Silentreload

Sunday, April 24, 2011

Format hard disk



Proses ini agak komplikated skit. Bergantung kepada keadaan dan jenis OS (operating System) yang korang nak guna. Untuk ini, tips aku adalah meliputi penggunaan OS dari jenis Windows XP dan juga Linux.

Ada beberapa jenis perisian third-party yang membolehkan korang memformat HDD korang dengan senang. Ataupun, korang boleh menggunakan utilities sedia adalam dalam CD Windows XP atau distro Linux sendiri. BTW aku amat mengalakkan korang menggunakan third-party software kerana ianya lebih senang, mudah dan pantas.

Merujuk pada third-party software, aku TERAMAT merekomen korang supaya menggunakan Acronis Disk Director. Ada sesetengah orang menggunakan software lain seperti Partition Magic tapi perisian yang aku rekomen ini memang best, malah 800x lagi best dari partition magic atau mana-mana software atau third-party. Feature yang terdapat dalam Acronis Disk Director memang best dan penggunaannya memang user-friendly.

Acronis vs Partition Magic

Sedia maklum, korang boleh menggunakan formater build-in dalam CD Windows XP atau menggunakan third party software seperti Acronis Disk Director. Acronis Disk Director memiliki ciri-ciri yang memang mesra pengguna malah terdapat option dalam perisian berkenaan untuk mencipta sekeping CD bootdisk bagi membolehkan perisian ini dijalankan dalam DOS (Disk Operating System), tak seperti Partition Magic yang masih menggunakan cara native dengan menggunakan disket sebagai medium bootdisk.

Antaramuka Acronis memang simple, tapi fungsinya memang powerful. Menggunakan Acronis korang dapat :-
1. Mencipta Partition
2. Memecahkan Partition sedia ada kepada beberapa bahagian partition lain
3. HEX-Disk, fungsi untuk low level editing bagi proses membetulkan ralat Bad-Sector secara manual
4. Fungsi mencipta partiton untuk pelbagai jenis OS (Operating System) seperti NTFS (WinXP), Ext3 (Linux), HFS (Macintosh) dan sebagainya
5. Fungsi "Ghost", membuat salinan pendua bagi partiton serta isi kandungannya*
6. Fungsi Data Vew, melihat isi kandungan partition berkenaan*
7. Pelbagai lagi fungsi, rujuk pada laman web acronis

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More