Silentreload

12 tips asas untuk menjaga komputer daripada virus

Adakah komputer anda dijangkiti virus?? Yaa.. ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh hampir semua pengguna komputer di seluruh dunia. Ada banyak virus dan worm diluar sana yang dapat menjangkiti komputer anda. Ada yang tidak berbahaya, tetapi, mereka memiliki kapasiti untuk melakukan perkara yang buruk seperti menghapus semua data dari komputer Anda. Namun ada cara untuk mencegah virus jauh dari PC Anda.

Pin Recycle Bin Pada Taskbar (Windows 7)

Recycle bin adalah tempat simpanan data atau fail yang anda buang dan mempunyai fungsi restore supaya anda boleh kembalikan folder atau fail2 yang telah dipadam.. Recycle bin adalah jenis bukan shortcut sebab itu bila nak pin pada taskbar ia takkan berjaya kerana folder tersebut memang dikhaskan pada desktop sahaja

Tips-tips menjaga External hard disk

External hard disk pelbagai jenama menjadi pilihan untuk kita simpan pelbagai file, lagu gambar tapi bagaimana kalau Hard disk kesayangan anda tu buat hal atau rosak dengan tiba-tiba.Tak kisah lah anda nak pilih brand apa..Hitachi ke Maxtor ke Toshiba ke Seagate ke. Pengguna yang suka sangat brand Maxtor akan cakap maxtor bagus..pengguna brand Hitachi akan cakap external hard disk dia lagi mantop.. tapi sekarang kita nak tahu sifat sifat external hard disk tu secara am..

Apakah SAYS.my

SAYS.my adalah komunitas warga Malaysia yang memilih hal menarik untuk berkongsi di media sosial (Facebook, Twitter, blog) dan mendapatkan ganjaran dengan wang tunai dan hadiah untuk melakukannya! Setiap Malaysia yang menggunakan media sosial boleh menyertai..

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, June 27, 2011

Make Your PC Talk




Just create a new text file with following matter.....

Dim msg, sapi
msg=InputBox("Enter your text","Talk it")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak msg

now save this file with any name and extension .vbs

for eg. talk to me.vbs

and save it,and then open it...

after opening it will ask you to enter text.....

enter some text and click ok...

Trick Melajukan PC





Pernah alami komputer menjadi berat bila terlalu banyak aplikasi yang digunakan dalam waktu yang sama. Untuk melajukan sikit performance komputer anda perlu Disable beberapa Service yang tak diperlukan pada Windows XP dan ke ATAS. Bila anda disable Service yang tak perlu pada sistem akan menjadikan komputer anda lebih lancar dan tidak terlalu berat untuk buka sesuatu fail.

Caranya:

1.Klik kanan pada My Computer > Pilih Manage

2. Pada Computer Management(Local) lihat di sebelah kanan dan klik pada Services and Applications > Services dan disable semua service di bawah dengan cara klik kanan > Properties > Pada Startup Type anda pilih Disable.

3. Restart.

Services yang perlu disable:
window xp

* Alerter
* Application Layer Gateway Service
* Application Management
* Ati Hotkey Poller
* Automatic Updates
* Background Intelligent Transfer Service
* Clipbook
* Com+ Event System
* Com+ System Application
* Distributed Transaction Coordinator
* Error Reporting Service
* Fast User Switching Compatibility
* Help and Support
* Human Interface Device Access
* Imapi CD Burning Com Service
* Indexing Service
* Internet Connection Firewall (icf)/Internet Connecton Sharing(ics)
* Ipsec Services
* Logical Disk Manager
* Logical Disk Manager Administrative Service
* Messenger
* Ms Software Shadow Copy Provider
* Net Logon
* Netmeeting remote desktop sharing
* Network dde
* Network dde dsdm
* Nt lm Securtiy Support Provider
* Performance Logs and Alerts
* Portable Media Serial Number Service
* Qos rsvp
* Remote Desktop Help Sesson Manager
* Remote Registry
* Removable Storage
* Secondary Logon
* Security Accounts Manager
* Server
* Smart Card Helper
* Ssdp Discovery Service
* System Restore Service
* Task Scheduler
* Tcp/ip Netbios Helper
* Telnet
* Terminal Services
* Uninterruptible Power Supply
* Universal Plug and Play Device Host
* Upload Manager
* Video Proes
* Volume Shadow Copy
* Webclient
* Windows Time
* Wireless Zone Configuration
* Wmi Performance Adapter
* Workstation


window7 :


* Application Experience
* Computer Browser (If your computer is not connected to any network)
* Desktop Window Manager Session Manager (If you don't use Aero theme)
* Diagnostic Policy Service
* Distributed Link Tracking Client
* IP Helper
* Offline Files
* Portable Device Enumerator Service
* Print Spooler (If you don't have Printer)
* Protected Storage
* Remote Registry (Always disable it for Security purposes)
* Secondary Logon
* Security Center
* Server (If your computer is not connected to any network)
* Tablet PC Input Service
* TCP/IP NetBIOS Helper
* Themes ( If you use Windows Classic theme)
* Windows Error Reporting Service
* Windows Media Center Service Launcher
* Windows Search (If you don't use Windows Search feature frequently)
* Windows Time (If you don't want to update system tray clock time usingInternet)

Monday, June 20, 2011

Install Windows 7 From USB Drive [Bootable Win 7 usb pendrive





This guide works 100% for Vista & Windows 7 installation.


The method is very simple.

Requirements:

*USB Flash Drive (Minimum 4GB)

*Windows 7 installation files.

Follow the below steps to create bootable Windows 7 USB drive using which you can install Windows 7 easily.


1. Plug-in your USB pendrive and backup all your pendrive data.(we will gonna format it)

2. Open Command Prompt with administrator rights(right click 'Run As Admin').

3. You need to know about the pendrive a little bit. Type in the following commands in the command prompt:


First type DISKPART and hit enter.Wait a few second until the ( DISKPART> ) command appeare.

Next type LIST DISK and see the Disk number (ex: Disk 1) of your USB flash drive. Identify by the size noted.


4. Next type all the below commands one by one. Here I assume that your pendrive number is “Disk 1”.If you have "Disk 2" as your USB pendrive then use "Disk 2".Refer the above step to confirm it.

So below are the commands you need to type and execute one by one:


SELECT DISK 1 <======"disk 1" is your pendrive

CLEAN <======Wait until next command appeare

CREATE PARTITION PRIMARY

SELECT PARTITION 1

ACTIVE

FORMAT FS=NTFS <=====Format process may take few seconds

ASSIGN

EXIT

Don’t close the command prompt.We need to use it one more command at the next step. Just minimize it.



5. Next insert your Windows7 image into the Virtual drive and check the drive letter of the DVD drive. In this guide I will assume that your DVD drive letter is “D” and USB pendrive letter is “H” (open my computer to know about it).

6. Open the minimized Command Prompt. Type the following command now:

D: CD BOOT and hit enter <====Where “D” is your DVD drive letter.

Next, type CD BOOT and hit enter



7. Type another command given below to update the USB drive with BOOTMGR compatible code.

BOOTSECT.EXE/ NT60 H: <====Where “H” is your USB drive letter


8. Copy your Windows 7 DVD contents to the USB pendrive.

9. Your USB drive is ready to boot and install Windows 7. Check your computer’s system information to see whether you need a X86 (32-Bit) or X64(64-Bit) version of the program, and then contact the software publisher.

Normally people use x86 @ -32bit

10.Then restart the computer, when entering BIOS (normally black screen with computers developer info listed), press a button to entering "boot setup". (normally a secial button, exmple F2, or F4,,depend on BIOS developer)

11.At "boot setup" optionunder the boot priority, change the position of usb pendrive to the top.(by clicking moving button)
Make sure you plug in the USB pendrive.

12.Choose "save And Exit" option, the computer will restart and Win 7 installation will begin..

streamyx speed check

ekali sekala try kowg test speed streamyx kowg..
laju ke x laju..
drpd kowg complain lembab mcm siput la mcm kure2 la..
ni nk share cara2 nk check speed streamyx..
Cara ini hanyalah digunakan untuk pengguna OS Windows sahaja (0s len xtry lak):
1) klik start
2) klik run
3) taip : cmd
4) klik ok (keluar 1 kotak hitam)
5) taip dalam kotak itu : ping 202.188.0.133
6) tekan enter
7) akan keluar resultnye seperti di bawah ini
Pinging 202.188.0.133 with 32 bytes of data:
Reply from 202.188.0.133: bytes=32 time=11ms TTL=248
Reply from 202.188.0.133: bytes=32 time=16ms TTL=248
Reply from 202.188.0.133: bytes=32 time=12ms TTL=248
Reply from 202.188.0.133: bytes=32 time=12ms TTL=248
Ping statistics for 202.188.0.133:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 11ms, Maximum = 16ms, Average = 12ms
Yang telah di hitamkan itu adalah kelajuan internet iaitu average yang perlu dilihat,
Average < class=”Apple-style-span” style=”">- internet streamyx anda berada dalam keadaan laju

Average > 20ms – kelajuan internet streamyx anda perlahan

______________________________

so? jom check brape speed internet yg sdg anda gune skarang.

laju? selow gle? sedang2 aje?

Wednesday, June 1, 2011

Oh media fm dihack kembali?

Bak kata pepatah pisang x kan berbuah dua kali tetapi lain pula ceritanya ini...
oh media fm pernah dihack oleh rilekscrew sebagai percubaan test security dlu.Ini bagi memastikan pemilik pages/admin sentiasa berhati-hati dengan percubaan hacker yang berhaluan songsang untuk merampas pages bagi tujuan yang tidak baik...
sebagai contoh pages oh media fm sekarang ditangan hackers indonesia.Pelbagai kutukan dan perbalahan mulut telah berlaku.hacker juga mengaku namanya ialah Dark Angelo Addres
saksikan screen shot berikut











Saturday, May 21, 2011

Cara Menonton Video Di Youtube Untuk 18++ Akaun



1. Apabila anda terjumpa dengan video 18++ (tak semestinya video seks..boleh jadi ia adalah video yang menunjukkan keganasan)

contohnya : Fight in Russia

ini URLnya : http://www.youtube.com/watch?v=LqWIvFeEhiI


2. Ini adalah kod yang telah diubah : http://www.youtube.com/v/LqWIvFeEhiI?fs=1
Anda akan dapat menontonnya tanpa sebarang masalah.

3. Apa yang perlu anda ubah/ganti ialah gantikan kod /watch?v=LqWIvFeEhiI kepada:

/v/LqWIvFeEhiI?fs=1 ---> /v/CodeTarget?fs=1

selamat mencuba

Wednesday, May 18, 2011

Terlupa Password Modem?


Terlupa password modem anda??? Boleh rujuk di sini
Trick ni pun boleh diguna untuk hack modem..

psword modem

Monday, May 16, 2011

SErabut weh:hot chick?

Lagu ini dinyayikan oleh AIN,ERMA,WANI Edan ELYANA.lagu indonesia yang telah digubah ke versi kelantan.Lagu asal dinyayikan oleh Manis Manja - Bete...bete tu maksud nya benci. tetapi telah digubah ke versi kelantan,bertajuk Serabut weh.. meh kita layan lagu versi kelantan ni apa pendapat anda?

Saturday, May 14, 2011

payudara terbesar didunia..


LONDON – Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.

Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali Polipropilena kini diharamkan Britain.

“Ia merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara, cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus membesar,” katanya.

Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi

Thursday, May 12, 2011

Definisi Hacking


Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza,walaubagaimanapun mereka boleh menjadi satu atau dikenali sebagai greyhat.Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber'password' dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking


Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan,spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking

Monday, May 9, 2011

hot fm kena hacked

Salam kawan-kawan , Wah HOT topik hari ni apabila Facebook Hot FM kena hack.Wow , dasyat tu . Hackers yang bernama Jack Sparrow itu sanggup buatkan satu page dimana kita boleh link sendiri tentang Facebook Hot FM kena hack .HOT FM pagi mesti sedikit kecoh la dan confirm nama Jack Sparrow meletup dan terkenal . Gila Dasyat Jack Sparrow ni antara gambar2 yang jumpe di google...










Salam kawan-kawan , Wah HOT topik hari ni apabila Facebook Hot FM kena hack.Wow , dasyat tu . Hackers yang bernama Jack Sparrow itu sanggup buatkan satu page dimana kita boleh link sendiri tentang Facebook Hot FM kena hack .HOT FM pagi mesti sedikit kecoh la dan confirm nama Jack Sparrow meletup dan terkenal . Gila Dasyat Jack Sparrow ni antara gambar2 yang jumpe di google...

Wednesday, May 4, 2011

Ron 97 Kini RM2.90, Najib Pecah Rekod Pak Lah


Zaman Pak Lah, petrol dinaikkan secara mendadak hingga RM2.70, semua orang melenting. Zaman Najib petrol dinaikkan berperingkat-peringkat dan bermula tengah malam tadi harga petrol telah memecah rekod kenaikan pada zaman Pak Lah. Penyokong BN masih cool.



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual pada harga baharu, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan kenaikan kali ketujuh. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.


P/s: Sifir Najib mudah, apabila PRU 13 diumumkan nanti, harga petrol tanpa mengira harga semasa dunia akan diturunkan pada paras yang menggembirakan rakyat. Selepas PRU harga akan dinaikkan semula kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan.

Sunday, May 1, 2011

Budaya londeh seluar

RATUSAN penumpang LRT bawah tanah (subway) New York, dengan santai melondeh seluar atau gaun pada hari minggu awal Januari lalu. Mereka mengambil bahagian dalam acara perlihatkan kaki secara spontan, meskipun pada suhu rendah membeku.



Memperingati tahun ke-10 "No Pants Subway Ride", ditaja oleh Improve Everywhere itu, menampilkan ratusan penumpang LRT di New York. Mereka melondehkan pakain luar dari pinggang ke bawah, walaupun masih memakai jaket, syal, penutup telingga dan pakaian musim dingin lainnya, bagi bahagian atas tubuh mereka.

Bila petang hari, penumpang di enam titik pertemuan New York itu, yang terpisah di seluruh kota pun naik ke LRT ditentukan. Mereka bergabung berperilaku biasa seperti membaca majalah atau melihat sekitar, dalanm keadaan separuh telanjang.



Begitu pintu ditutup di perhentian sebelum mereka turun, peserta diminta berdiri, melepaskan rok dan seluar, kemudian memasukan ke dalam ransel dan tas.


"Jika ada yang bertanya mengapa kamu lucut seluar kamu, beritahu mereka seluar atau rok itu makin tak sedap memakainya." Demikian instruksi yang disampaikan via e-mail kepada peserta.


Bila mereka keluar dari LRT itu, semua peserta berdiri sesaat di sebuah tempat khas di jaringan bawah tanah, demi memberikan efek kejutan maksimum bagi sesama penumpang.
Itu budaya baru yang ingin dipasarkan ke seluruh dunia. Setakat ini sudah banyak negara yang mengikutinya, seperti Jepun dan Taiwan. Ada ke, pengikut tulinya di Malaysia ini? (Sumber Compas. NewYork/IH)




ANDA BAGAIMANA??

Saturday, April 30, 2011

Hitman 2: Game Tembak Orang Melayu?

tak habis-habis dengan agenda Yahudi ingin menghina Islam, tetiba lak ada game yang menghina bangsa Melayu. Apa kejadahnya?. Game Hitman 2 ni yang berkisah seorang karakter berkepala botak! ingin melunaskan misinya dibantu oleh pendeta dengan mencari dan membunuh boss mafia (kalau tak silap aku).

Bukti mereka hina orang Melayu pada gameplay dibawah:


Banyak perkataan Melayu disebut antaranya ialah:
Perkataan "lu gila!!" banyak disebutkan
"banduan" masa 1:44
"apahal ni?" masa 1:48
"boleh tahan" masa 1:49

Memang banyak disebut dalam gameplay tersebut!.

Yang pelik, masa minit ke 1:56 ada tulis, "Screw you, Haji".
Apa maksud Haji ni? Tembak Pak Haji ke???
apa pendapat anda?

Apple Menghina Islam!






"Projek Apple Mekah" Membangkitkan kemarahan umat Islam.
Mesej yang dihantar oleh MEMRI.

Pada Oktober 10, 2006. 1 website Islam telah post mesej untuk mengingatkan semua Muslim mengenai penghinaan baru pada Islam. Menurut mesej, bangunan berbentuk sama dengan Kaabah yang dibina di New York City, di Fifth Avenue di antara 58 dan 59 jalan di tengah bandar Manhattan, sangat jelas bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Kenyataan bangunan itu menyerupai Kaabah yang disebut "Apple Mekah". Bangunan tersebut dibuka 24jam sehari seperti Kaabah, dan paling teruk sekali, di dalamnya mengandungi bar menjual minuman keras. Memang sangat jelas ianya bertujuan untuk menghina Islam!!!.

Masalah tersebut selesai apabila projek tersebut berakhir. Pembinaan bangunan tersebut tidak kelihatan sama seperti Kaabah sama sekali, melainkan semua struktur-struktur bentuk kiub ialah dilarang kepada orang-orang kafir.

kredid
sumber

Siti Sarah disahkan hamil




SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

“Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

“Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung,” ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

“Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

“Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

“Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

“Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya,” ujarnya.



Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

“Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

“Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula,” ujarnya.



Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

“Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

“Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

“Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula,” ujarnya.

Friday, April 29, 2011

Daging Lembu Tiruan Pon Dah Ada Kat China

Salam...

Dulu negara kita pernah digemparkan dgn berita telur palsu, lepas ujian semua dijalankan pihak berwajib, disahkan bahawa telur2 tu telur asli dari Ayam. Tapi baru2 nie, Jabatan Industri dan Perdagangan China telah menemui "ekstrak daging lembu", nak tau lebih lanjut baca kat bawah. Adeiiii, lepas baca berita ni macam takut la pulak nak makan daging,maklumlah rakyat malaysia ni penggemar daging, tambah2 kalo daging masak merah nyum2.

Ok jom nak terangkan, "ekstrak daging lembu" ialah bahan aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging lembu tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu dengan hanya mengambil masa selama 90 minit!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di restoran2 kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh China. Sebab utamanya adalah kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi. Daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu" yang berharga 45 yuan untuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.



Jadi kesimpulannya, berhati-hatilah kalo nk makan kat negara China. Banyak lak benda pelik2 yg dijumpai terutamanya makanan seperti telur tiruan, beras tiruan sejak kebelakangan ni. Sekian...

video games persenda islam "Gempur Syaitan" (Devil May Cry 2)

Kalo korang ada baca Harian metro hari nie mesti korang akan perasan tajuk "Gempur Syaitan". Jom kita baca apa berita tue kata.
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

He3, tapi dalam berita Harian Metro tu x bagitau lak apa tajuk game tue, sebenarnya game yg dimaksudkan adalah game Devil May Cry 2. Tah la aku x pernah main pulak game nie. Jom kita tgk gambar kalimah Allah dalam game tu.





sumber

Thursday, April 28, 2011

Digesa batalkan kad kredid jika anda pemain Sony PlayStation




LONDON - Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.

"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.

"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.

Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.

"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.

Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.

Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.

Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.

Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.

- Agensi

Tuesday, April 26, 2011

10 jari dijumpai


Kuala Lumpur: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Sunday, April 24, 2011

Cara-cara menambah hard disk



HARD DISK 1:
Set sebagai Primary Master.
Cara hard disk diset sebagai Pri Master dengan menentukan jumper yang terdapat di hard disk tersebut.
(Rujuk rajah pada hard disk)

Sambung hard disk ke papan induk menggunakan kabel data IDE 80 (kabel 1)
Biasanya papan induk mempunyai 2 sambungan IDE. Jadi pilih sambungan pertama (IDE 1)


HARD DISK 2:
Jika nak tambah satu lagi Hard Disk IDE, setkan hard disk kedua samada Primary Slave atau Secondary Master
Tentukan jumper yang bersesuaian.

Jika Hard Disk kedua disetkan sebagai Primary Slave, sambungkan Hard Disk 2 ke kabel 1 yang dah ada sambungan hard disk 1. Ertinya, 1 kabel ada 2 hard disk.

Jika Hard Disk 2 disetkan sebagai Secondary Master, sambungkan ke kabel 2 (kabel lain) ke IDE Conn 2 yang ada pada papan induk.


Ringkasan;

HD1 (Pri Mas)
HD2 (Pri Slave)
--> Guna 1 kabel IDE sahaja
--> Sambung ke IDE Conn 1 di papan induk

.................

HD1 (Pri Mas)
HD2 (Sec Mas)
--> Guna 2 kabel IDE

kenali dan cara penjagaan hard disk




FIZIKAL
• HD mengandungi litar, cip, cakera magnetik
• Berfungsi menggunakan arus terus
• Mempunya motor untuk menggerakkannya
• Sensitif terhadap GEGARAN
• Kebanyakkan kerangkan HD berwarna HITAM untuk memudahkan penyah-haba dari HD ke udara

LOGIKAL
• Data dutilis berdasarkan logik1 dan 0 diatas setiap sektor cekera menggunakan kaedah magnetik
• Tindanan ketas sektor sedia ada akan menghapuskan data sebelumnya
• Logik 1 = Menandakan adanya data, Logik 0 = Tiada Data
• Sektor cakera perlu distrukturkan dahulu dengan MBR (diformat) sebelum data dapat ditulis diatas sektor berkenaan
• Struktur MBR (Master Boot Record) diperlukan sebelum OS dapat di"boot" oleh sistem BIOS
• Terdapat pelbagai format MBR seperti NTFS, FAT32, Linux Swap, Linux Files System dan sebagainya

Penjagaan HD perlu meliputi kedua-dua aspek iaitu dari aspek Fizikal dan Logikal. Kedua-duanya memainkan peranan penting dan SALING BERHUBUNG-KAIT diantara satu sama lain. Kerosakkan pada bahagian Fizikal akan mempengaruhi Logikal dan juga sebaliknya.

Sekarang, kita akan membicangkan dahulu penjagaan HD dari aspek Fizikal. Seperti telah diterangkan pada post sebelumnya sewaktu proses pemasangan HD, perlulah kita mengambil-berat persekitaran HD supaya jangka hayat HD kita dapat bertahan dengan lama. Perkara yang septutnya dilakukan dalam memastikan fizikal HD sentias berkadaan optimum adalah :-
1. Memastikan orientasi pengaliran udara di persekitaran HD lancar supaya HD dapat membuang haba dengan lebih efektif
2. Untuk komputer dengan bilangan HD yang bayka, selang-selikan HD berkenaan supaya haba yang dibebaskan oleh HD lain tidak diserap oleh HD yang lain
3. Memastikan sambung kabel bekalan kuasa tidak dikongsi dengan alatan yang lain sekiranya disambungkan ke HD
4. Menggunakan kabel IDE80 (sekiranya HD jenis PATA) dalam pemasangan HD. JANGAN sesekali menggunakan kabel IDE40 kerana ianya boleh merendahkan prestasi HD
5. Susun wayar-wayar didalam komputer supaya ianya tidak berselirat berhampiran HD untuk mencegah penghasilan elektromagnetik yang boleh menjejas prestasi HD sekaligus memendekkan jangka hayat HD

Jangan membelah Hard disk



JIKA HDD korang merupakan HDD yang baru datang dari kedai, dan masih ada bau kedai kat HDD berkenaan maka korang memang perlu mengambil tindakkan wajar dengan memformat HDD berkenaan mengikut spesifikasi OS yang bakal digunakan.

Terdapat beberapa petua dalam memformat HDD korang, untuk memastikan HDD korang dapat bertahan sehingga bertahun lamanya. Berikut adalah petua-petua yang patutnya korang ikut semasa proses memformat HDD dilaksanakan :-
1. Sekiranya korang hendak memasang OS pada HDD, maka peruntukkan SEBIJIK HDD untuk OS berkenaan. Jangan cipta dua ~ tiga partition serentak didalam satu HDD dimana :
o Partiton A untuk OS
o Partition B, C, D untuk blablabla
Ini akan menyebabkan HDD berkenaan "tekanan dalam RPM" kerana terpaksa melaksanakan beberapa partition serentak disamping sudah sedia dengan partition OS yang heavy load (virtual memory, paging file, blablabla).

Ini akan menyebabkan prestasi komputer menurun, sekaligus menyebabkan HDD berkenaan cepat rosak kalau berlaku putus bekalan eletrik (probability untuk bad-sector = HIGH)

Kesimpulannya, untuk OS peruntukkan sebijik HDD. Jangan membelah HDD berkenaan.
2. Sekiranya anda hendak membelah (membuat partition) HDD berkenaan, pastikan partition yang dicipta adalah ideal dan sesuai dengan keupayaan HDD berkenaan. Sebagai contoh memang tak wajar bagi sebuah HDD dengan saiz 40GB dibuat 4 partition. Ini akan membebankan HDD, ia seumpama sebijik otak yang nak memikirkan 4 perkara serentak.

Saiz yang paling kecil, yang disarankan oleh aku bagi satu-satu partition adalah 40GB, jadi sebagai contoh sekiranya ada satu HDD dengan saiz 200GB maka pecahan yang Ideal adalah mungkin 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB. Sekiranya satu HDD dengan saiz 250GB maka pecahan Ideal yang mungkin adalah 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB + 50GB. (Bergantung, tapi pastikan setaip partition tidak kurang dari 40GB)

Ingat! Saiz yang paling kecil, seminimum adalah 40GB. Jangan meletakkan saiz yang lebih kecil dari itu (memang tak digalakkan).
3. Untuk HDD yang telah terpakai, atau ingin diformat semua adalah digalakkan untuk memalakukan proses LLF (Low Level Format) terlebih dahulu sebelum proses format partition dan filesystem dijalankan.

Format hard disk



Proses ini agak komplikated skit. Bergantung kepada keadaan dan jenis OS (operating System) yang korang nak guna. Untuk ini, tips aku adalah meliputi penggunaan OS dari jenis Windows XP dan juga Linux.

Ada beberapa jenis perisian third-party yang membolehkan korang memformat HDD korang dengan senang. Ataupun, korang boleh menggunakan utilities sedia adalam dalam CD Windows XP atau distro Linux sendiri. BTW aku amat mengalakkan korang menggunakan third-party software kerana ianya lebih senang, mudah dan pantas.

Merujuk pada third-party software, aku TERAMAT merekomen korang supaya menggunakan Acronis Disk Director. Ada sesetengah orang menggunakan software lain seperti Partition Magic tapi perisian yang aku rekomen ini memang best, malah 800x lagi best dari partition magic atau mana-mana software atau third-party. Feature yang terdapat dalam Acronis Disk Director memang best dan penggunaannya memang user-friendly.

Acronis vs Partition Magic

Sedia maklum, korang boleh menggunakan formater build-in dalam CD Windows XP atau menggunakan third party software seperti Acronis Disk Director. Acronis Disk Director memiliki ciri-ciri yang memang mesra pengguna malah terdapat option dalam perisian berkenaan untuk mencipta sekeping CD bootdisk bagi membolehkan perisian ini dijalankan dalam DOS (Disk Operating System), tak seperti Partition Magic yang masih menggunakan cara native dengan menggunakan disket sebagai medium bootdisk.

Antaramuka Acronis memang simple, tapi fungsinya memang powerful. Menggunakan Acronis korang dapat :-
1. Mencipta Partition
2. Memecahkan Partition sedia ada kepada beberapa bahagian partition lain
3. HEX-Disk, fungsi untuk low level editing bagi proses membetulkan ralat Bad-Sector secara manual
4. Fungsi mencipta partiton untuk pelbagai jenis OS (Operating System) seperti NTFS (WinXP), Ext3 (Linux), HFS (Macintosh) dan sebagainya
5. Fungsi "Ghost", membuat salinan pendua bagi partiton serta isi kandungannya*
6. Fungsi Data Vew, melihat isi kandungan partition berkenaan*
7. Pelbagai lagi fungsi, rujuk pada laman web acronis

Besarkan hard disk anda




Hard disk yang anda gunakan sekarang boleh diperbesarkan lagi muatannya sehingga sekali ganda samada SATA atau IDE.
Hasilnya 30GB menjadi 60GB dan 40GB menjadi 80GB. Diberitakan;
WD SATA 200GB --> 500GB
IBM Desktar 40GB --> 80GB
Fujitsu 80GB --> 120GB

Jika sekiranya anda berminat untuk melakukannya sendiri, teruskan membaca panduan di bawah dan tanggung risiko sendiri.

Keperluan:
1. Hard Disk O
2. Hard Disk X
3. Norton Ghost 2003
4. Drive Image

Keterangan:
1. Hard Disk O (asal) adalah hard disk yang telah mengandungi OS Windows XP yang anda guna sekarang.
2. Hard Disk X (target) adalah hard disk yang akan diperbesarkan saiz muatan - hard disk projek
3. norton Ghost 2003 untuk simpan fail image. (perlu)
4. Drive image - untuk clone hard disk O ke hard disk X (option)
Jika tiada, anda perlu install windows XP ke dalam hard disk X

Projek:
1. Hard Disk Maxtor 30GB (O) - 1 partition - OS Windows XP - NTFS
2. Hard Disk Maxtor 30GB (X) - 1 partition - tiada OS - NTFS

Langkah-Langkah
1. Dengan menggunakan Drive Image, clone HD asal yang ada OS ke Hard Disk X.
2. Setelah selasai, tukar Hard disk X menjadi primary dan hard disk O menjadi slave.
3. Boot komputer melalui HD X iaitu iaitu hard disk clone.

4. Install Norton Ghost 2003 ke dalam hard disk X
Pilih Ghost Basic
Pilih Backup
Pilih Hard Disk kedua (hard disk O)
Namakan fail
Klik butang OK, Next ... sehingga butang Reboot.
5. Reboot komputer dan Off komputer.

6. Tukar Hard Disk O (hard disk asal) menjadi PRIMARY Master dan Hard Disk X (clone) menjadi Secondary/Slave.

7. Boot komputer.

Dalam Desktop Windows

1. Klik kanan My Computer > Manage > Disk Management
2. Anda akan lihat satu partition bersaiz 8MB VPSGHBOOT dan unallocated space - (Hard Dsik X).
3. Jangan delete VPSGHBOOT
4. Pilih unallocated space , create primary / extended partition dan quick format.
5. Setelah selesai format, del 8MB partition.
6. Jika sekiranya anda ingin hard disk X sebagai PRIMARY Master, klik partiton pertama > set active.

Reboot komputer dan OFF
1. Tukar semula hard disk X sebagai Primary Master.
2. On komputer dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba kepada seseiapa yang berani dan rajin mencuba perkara baru.
Terima kasih

OK.

======================
risiko tanggung sendiri

Langkah-langkah yang patut dilaksanakan sewaktu memasang HDD




Korang membeli sebijik HDD, dan terlitas di hati korang untuk memasang sendiri HDD berkenaan di komputer korang. Maka jika itulah hasrat korang maka apa yang perlu dipertimbangkan di sini adalah :-

1. Ruang untuk HDD baru
2. Kitaran udara untuk HDD
3. Kabel bekalan elektrik ke HDD
4. Interface HDD

INGAT! 4 syarat tersebut adalah saling berkait rapat diantara satu dan yang lain. Perlunya 4 syarat ini dipertimbangkan dengan teliti sebelum mula memang HDD baru anda. Sekarang aku akan terangkan kenapa 4 syarat ini penting dan saling berhubung kait.

1 : Ruang untuk HDD baru

YA!, apabila membeli sebijik HDD pastikan yang komputer korang mempunyai ruang untuk memasang HDD berkenaan. JANGAN SESEKALI memang HDD BUKAN di tempatnya dalam casing korang seperti main letak jer HDD tu kat lantai Casing. Setiap HDD dibina dengan penyerap hentakan micro di tepi chassis HDD. Ini bermaksud, mengikut fiziknya hentakan / gegaran yang berlaku hanya akan diserap di tepi chassis (dekat skru tuu). Kalau berlaku di bawah chassis maksudnya gegaran berkemungkinan sampai ke cakera, sekaligus bakal merosakkan HDD berkenaan.

2 : Kitaran udara untuk HDD

Apabila syarat pertama telah dipatuh, masuklah segmen syarat kedua yakni kitaran udara pada HDD berkenaan. Ruang sudah ada tetapi ruang berkenaan tidak berupaya membekalkan ktaran udara yang lengkap bagi HDD berkenaan. Mengikut Fizik elektrik, elektrik mengalirkan haba maka HDD bila ianya berfungsi (sekaligus menggunakan elektrik) maka ianya menghasilkan HABA. Dan HABA dari HDD berkenaan jika tidak di nyahkan dari HDD, over-heating akan berlaku. Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa chassis HDD berwarna hitam? Kerana warna hitam mempercepatkan proses penyinkiran haba dari HDD sekaligus mengelakkan HDD dari over-heating.

Apabila memang HDD, pastikan yang ianya dipasang secara berselang-seli (jika terdapat HDD lain dalam komputer korang). Ini membolehkan HDD berkenaan menyahkan haba dengan lebih efektif. Jangan pasang HDD rapat-rapat dengan HDD (atau peralatan lain yang ada kat ruangan bay 3.5' tersebut). Perbuatan demikian akan mempercepatkan proses HDD untuk lingkup disebabkan over heating.

3 : Kabel Bekalan Elektrik untuk HDD

Ya.. ini satu lagi benda yang perlu dititikberatkan iaitu kabel sambungan bekalan kuasa untuk HDD. Setiap jenis HDD mempunyai jenis sambungan bekalan kuasanya yang tersendiri. Jangan lupa untuk membaca manual sebelum menyambung HDD korang!. Contoh seperti, HDD jenis PATA (Parallel ATA) memerlukan sambungan dari jenis MOLEX, manakala SATA (Serial ATA) memerlukan sambungan dari jenis 15-pin connector.

Terdapat HDD dari jenis Hybrid, yakni HDD yang mana memiliki dua jenis sambungan bekalan kuasa. Biasanya terdapat pada HDD dari jenis SATA. Perlu diingat di sini ialah korang HANYA PERLU SAMBUNGKAN SATU SAHAJA SAMBUNGAN BEKALAN KUASA pada HDD berkenaan!. Membuat dua sambungan kuasa secara serentak menyebabkan HDD korang lingkup on-the-spot.

Untuk performance dan pretasi yang superb, digalakkan korang supaya memperuntukkan satu saluran kabel bekalan kuasa pada satu HDD. Jangan kongsi laluan elektrik dengan peralatan yang lain semasa kabel berkenaan bersambung dengan HDD. Ini membolehkan HDD korang burfungsi dengan lebih baik dengan jumlah elektrik yang lebih konsisten.

4 : Interface HDD

Ini adalah benda yang SANGAT PENTING apabila handak menyambungkan I/O HDD korang. Pastikan korang tahu Interface HDD korang, samada dari jenis SATA, PATA, SCSI, SAS dsb. Jangan main cucuk dan sambung atau korang berpeluang melihat HDD korang rosak di hadapan korang. Lihat pada manual untuk lebih lanjut.

Biasanya, ralat sambungan selalu terjadi pada interface dari jenis PATA. Ingat!, pastikan orientasi sambungan adalah betul sebelum membuat sambungan

Monday, April 11, 2011

mozila backup.

kita sering menghadapi masalah apabila hendak bertukar atau pun upgread broser kita kerana segala bookmark,pasword akan hilang so disini ada caranya untuk backup maklumat ini ... anda boleh download di sini mozila backup sofware ini mesra pengguna dan senang untk digunakan selamat mencuba

Saturday, April 9, 2011

Ada Rindu di Jiwa...

Jalan Permaisuri 5 sesak dengan kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Nadya Kharinie masih tercegat di hadapan blok kondominium Bayu Tasik. Teksi yang dinaiki sudah berlalu meninggalkannya. Hati kecilnya berbelah bahagi, mahu terus melangkah atau berdiri sahaja disitu.
“Adik…akak nak tumpang tanya” tegur seorang wanita awal 40an sekaligus mematikan lamunannya.
“Orang sini ke? Akak nak tanya Jalan Permaisuri 5 kat mana ya?” tanya wanita itu. Berkerut dahi Nadya Khairine. Selama dia ke tempat itu, tidak pernah dia hafal nama-nama jalan di bandar itu. Yang dia tahu, bagaimana untuk ke stesen LRT Salak Selatan, bagaimana utk ke Kondo Bayu Tasik, yang mana satu Bayu 1 dan Bayu 2, blok-blok kondo A,B dan C.
“Entahlah kak…saya tak pasti saya bukan dari sini” jawabnya ringkas.
“Ohh…tak apalah kalau macam tu dik. Akak ni nak ke rumah sepupu…majlis kawin dia. Namanya pulak akak tak tahu…Cuma ingat nama ayahnya sahaja” terang wanita itu lagi. Hati Nadya Khairine terdetik. Mungkin wanita ini juga mempunyai tujuan yang sama sepertinya.
“Siapa nama ayah pengantin tu kak?” giliran Nadya Khairine bertanya.
“Haji Annuar…”
“Ohh…jadi akak nak ke rumah Affan Afzam ya?”
“Ya…betul… Panjang sangat nama dia sampaikan tak ingat nama sepupu sendiri malu betul. Adik ni kawan Affan ke?”
“Ya saya…kawan Affan dari JB”
“Jauhnya… jadi dari JB lah ni?”
“Ya… baru aje sampai”
“Marilah masuk sama-sama” pelawa wanita itu. Nadya Khairine menolaknya dengan sopan. Hatinya masih belum bersedia untuk melangkah walaupun untuk menghampiri pos pengawal.

Dilihatnya ada sepasang bunga manggar terpacak di pintu masuk dewan serbaguna. Ramai tetamu turun naik dari tangga menuju ke dewan yang terletak ditingkat satu. Masing-masing memakai pakaian indah berwarna-warni. Nadya Khairine menarik nafas sedalam mungkin, harus dia gagahi hatinya untuk menemui Affan.
Anak-anak tangga dipanjat dengan perlahan. Bagaikan dihitung satu persatu mata tangga. Walaupun bibirnya terkunci, namun dia pantas membaca ayat Kursi di dalam hati. Berkali-kali dan berulang-ulang dibaca. Hatinya mungkin tidak sekuat besi waja namun jiwanya meronta ingin menatap wajah Affan buat kali yang terakhir.
“Jangan nangis ya Nadya…ingat pesan aku ni…jangan nangis bila kau jumpa Affan nanti” terngiang-ngiang pesanan Farisha ditelinganya. Dalam hati jua dia berdoa agar tidak ada satu pun airmatanya gugur nanti pabila berdepan dengan Affan.

Berita perkahwinan Affan diterimanya tiga hari yang lalu dari teman baik Affan, Joe. Hampir sahaja handphone miliknya terlucut dari genggaman sewaktu Joe menyampaikan berita itu kepadanya. Nadya langsung tidak menyangka, begitu drastik sekali Affan bertindak tanpa memikirkan hatinya yang terluka.
“Jemput masuk…” pelawa seorang wanita. Wajahnya begitu asing, Nadya pasti wanita itu bukan ahli keluarga Affan.
“Saya nak jumpa pengantin…” ucap Nadya lembut.
“Makan dululah dik…nanti akak carikan pengantin…” ujar wanita itu. Baik sungguh dia mempelawa Nadya masuk dan makan. Namun hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kemana terbangnya selera Nadya ketika itu.
“Thanks kak…tapi saya nak jumpa pengantin dulu…nak cepat ni, takut terlepas flight” terang Nadya.
“Ohh…kalau macam tu sekejap ya… Mana Sharon ni… Ibu panggilkan Sharon, ni ada kawan dia nak jumpa” wanita itu berteriak kecil memanggil ibunya. Tidak lama kemudian datang seorang wanita yang cantik berpakaian pengantin.
“Hai…” sapa Nadya. Hampir dia terlupa bagaimana berbahasa dengan orang lain. Kamus dan perbendaharaan katanya tiba-tiba kosong. Yang tinggal hanyalah perkataan ‘hai’ sahaja.
“Kawan Affan ke? Dah makan belum ni?” tanya pengantin perempuan.
“Dah…tadi. Affan ada? Boleh jumpa dia kejap?” balas Nadya. Dirasakan seluruh tubuhnya menggigil ketika itu. Entah dari mana datangnya kekuatan sehingga dia mampu untuk berdiri dan berbual.
“Affan mana entah…tadi ada nampak kat belakang. Nak jumpa Affan ya..sekejap ya” ucap pengantin perempuan itu lagi.
“Ayah nampak Affan? Kawan dia nak jumpa ni… lupa nak tanya nama…siapa tadi namanya?” tanya pengantin perempuan itu kepada ayahnya yang kebetulan lalu dihadapan mereka. Si ayah turut menggelengkan kepala.
“Nadya..Nadya Khairine. You?”
“Sharon.. Hah tu dia Affan…” tunjuk Sharon kepada Nadya. Affan sedang berbual dengan beberapa teman lelakinya. Ada wajah-wajah yang masih melekat diingatan Nadya.
“Thanks…I jumpa Affan dulu ya…” ucap Nadya sebelum berlalu pergi. Dia melintas masuk ke dalam dewan untuk menemui Affan yang berada di balkoni berhadapan dengan kolam renang.
“Irin…” ucap Affan yang nyata terkejut dengan kehadiran Nadya Khairinie di situ. Seingatnya dia tidak melayangkan sebarang undangan untuk gadis itu. Bagaimana gadis itu bisa berdiri di hadapannya kini?
“Congrats Affan… sorrylah I datang tak diundang. I Cuma nak sampaikan hadiah ni aje” pilu hatinya sewaktu mengungkapkan sebaris ayat itu. Nadya memberi sebuah kotak kecil yang bersampul kemas kepada Affan.
“Selamat pengantin baru Affan..”
“Thanks Irin…” balas Affan perlahan. Dia menarik Nadya ke suatu sudut yang agak jauh dari orang lain.
“Bila sampai? Dah makan belum ni? Irin…I am so so…”
“It’s okay Affan, sepatutnya I yang mintak maaf sebab datang ke mari. I just nak tengok you untuk kali yang terakhir…”
“Irin…makan dulu…”
“Takpelah…I dah lambat, I nak catch flight pukul 3.45 petang…”
“Makanlah dulu Irin…dah sampai ni kena jamah…nanti perut tu sakit” pinta Affan. Dia masih lagi mengambil berat tentang Nadya yang berpenyakit gastrik.
“Thanks… I need to make a move…” ucap Nadya sambil mengatur langkah untuk pergi. Affan menghulurkan tangannya kepada Nadya. Serba salah gadis itu. Lelaki dihadapannya kini bukan lagi kekasihnya, dia telah menjadi suami orang.
“Irin…” panggil Affan lagi. Mahu tak mahu Nadya sambut jua tangan Affan dan mereka bersalaman. Affan mengenggam erat jemari Nadya. Direnung anak mata gadis itu. Nadya pantas menarik tangannya dan melangkah pergi sebelum ada orang lain perasan tentang kehadirannya disitu.
“Irin…” panggil Affan lagi namun tidak bersambut. Nadya Khairine telah menghilang dibalik dinding batu. Hujan lebat turun tidak lama kemudian. Nadya masih lagi disitu, bersandar di tembok sambil menangis. Airmatanya yang gugur selebat hujan yang turun. Kali ini dia tidak mampu menyembunyikan lagi kesedihannya. Nadya menangis semahunya. Hatinya pilu dan terlalu kecewa. Affan yang dicintai berkahwin dengan perempuan lain. Affan yang dirindui menikahi gadis lain. Sampai hati Affan!

Sebuah BMW warna hitam berhenti di hadapan pos pengawal. Seorang lelaki keluar dengan membawa sekaki payung menuju ke arahnya. Nadya segera menyeka airmatanya.
“Sorry I lambat…hujan lebat jalan sesak” ucap Khairul. Bajunya turut basah terkena tempias hujan.
“Takpe…just about time” balas Nadya.
“You nak ke mana lepas ni?” tanya Khairul
“Airport…”
“Nak ke sana terus ke? Lunch dululah…I lapar ni…”
“I tak lapar…lagipun flight I pukul 3.45, sekarang dah pukul 2 petang…”
“Takpelah…kalau terlepas flight I hantar you balik sampai depan pintu”
“Its okay Khai…ini pun I dah susahkan you. Jomlah dah lewat ni..”
Mereka berdua membelah hujan lebat menuju ke kereta. Nadya sempat berpaling dan mendongak ke arah dewan serbaguna itu sebelum dia masuk ke dalam kereta. Terlihat Affan sedang berdiri dan memerhatikannya, Nadya pantas menutup pintu.


“What a silence…still thinking of him?” soal Khairul membuka bicara antara mereka. Kereta yang dipandunya meluncur laju meninggalkan Cheras menuju ke lebuhraya.
“Tak…”
“Then dari mana datangnya airmata tu kalau bukan teringatkan orang tadi?. Look here Nadya…dia dah kahwin pun, dia tak sesetia you menunggu dia. Buat apa you nak menangis lagi?”
“Orang lain tak faham…” ujar Nadya. Dia masih teringatkan genggaman erat Affan sebentar tadi. Dia masih lagi dibayangi wajah Affan, tubuh Affan dan kata-kata rindu Affan. Sepupunya itu tidak pernah mengerti apa yang tersirat di dalam hatinya. Bagaimana teguhnya perasaan cintanya terhadap Affan Afzan!
“Macamana I nak faham Nadya…simple thing! He’s married…dia dah menduakan cinta you. Apa you nak tunggu lagi!”
“Perasaan tak boleh dipaksa Khai…tak boleh disuruh-suruh!”
“Dahlah…I tak mahu serabutkan lagi kepala you. Kita lunch dulu…I lapar ni. Don’t worry…kita makan kat KLIA jek…” balas Khairul. Dia tersenyum memandang Nadya yang sedang berkerut di dahi. Keras hati betul anak Mak Su ni!

Pagi di pejabat Nadya tidak ceria seperti selalu. Telefon berbunyi juga tidak berjawab. Dia mengelamun jauh memandang ke arah tingkap pejabat yang menhidangkan pemandangan lebuhraya Pasir Gudang.
“Nadya…” panggil Farisha. Tersentak gadis itu dari lamunannya.
“Isya… buat aku terkejut aje”
“Apa yang kau menungkan tu? Dekat lima minit aku berdiri kat sini…tapi kau tak perasan pun aku masuk bilik kau” ujar Farisha.
“Sorrylah Isya…aku tengah takde mood ni” balas Nadya ringkas.
“Kenapa tak cuti aje? Ambiklah cuti 2-3 hari…tenangkan fikiran kau tu” nasihat Farisha. Risau dan tidak sampai hati melihat keadaan Nadya begitu.
“Aku tak boleh lupakan Affan, berkali aku cuba buang dia dari ingatan aku…tapi aku tak berdaya Sya…tolonglah aku…” rayu Nadya. Mata bundarnya mula berkaca

“Kenapalah Affan buat kau macam ni…sampai hati dia. Selama ni aku tengok sikit punya elok aje. Tiap hari telefon..sekejap-sekejap sms… hujung bulan dating tapi tup-tup Affan kahwin dengan orang lain!”
“Aku macam tak percaya Nadya…” sambung Farisha lagi.
“Kalau kau tak percaya…apatah lagi aku?. Bulan lepas Affan call mintak putus…dia kata bila tiba masanya nanti dia akan kembali dan bila tiba saatnya nanti, dia kata aku tahu kat mana nak cari dia…” ujar Nadya disulami esakkan kecil. Air hangat mula mengalir dari kelopak matanya.
“Kalau abang Joe tak call aku…sampai bila-bila pun aku tak tahu yang Affan dah kahwin…Aku rasa macam nak mati Sya..” sambung Nadya lagi.
“Aku tak nampak Affan berubah sejak dia balik dari Germany. Masa aku temankan kau dan Affan shopping hari tu pun Affan nampak macam biasa…sayang kat kau, manjakan kau… Takde tanda-tanda Affan ada perempuan lain pun” tambah Farisha pula.
“Kenapa tiba-tiba Affan kahwin dengan orang lain? Apa salah aku Isya?” tanya Nadya pada sahabat karibnya itu. Persoalan itu tidak mampu dijawab oleh sesiapa. Hanya Affan sahaja yang tahu apa sebabnya.
“Bagi aku nombor telefon Affan…aku nak tanya dengan dia. Aku tak boleh tengok kau terusan macam ni Nadya. Biar aku sendiri yang tanya…kalau Affan tak boleh terus terang dengan kau takkan dengan aku pun dia tak mahu cakap. Kita kenal dia bukan sebulan dua. Bertahun dah aku kenal korang…”
“Affan dah tukar nombor…if you have any luck you may try his office but I’m sure his PA will say that he’s in the meeting…”
“Affan ni nak lari dari siapa? Hantu mana yang kejar dia?” Farisha naik berang apabila diberitahu Affan menukar nombor telefonnya. Langsung tidak terlintas difikirannya yang Affan akan bertindak begitu.
“Habis tu macamana kau nak cari dia?” soal Farisha.
“Takkan aku nak ke kondo dia? Lagipun untuk apa aku cari dia lagi Isya…semuanya sudah berakhir. Affan dah jadi suami orang…” keluh Nadya. Airmatanya mengalir lagi. Setiap kali nama Affan disebut dan setiap kali itu jugalah hatinya bagai dilapah.
“Takkan kau nak biarkan Affan macam tu aje Nadya? Sekurang-kurangnya kau perlu tahu kenapa Affan tinggalkan kau…supaya senang kau lupakan dia. Aku Cuma nak bahagia…aku tak mahu tengok kau menangis macam ni. Aku tahu kau sayangkan dia…kau cintakan dia…” syarah Farisha panjang lebar.
“Affan cinta pertama aku Sya…kau pun tahu kan…”
“Sebab itu kau perlukan jawapan Nadya…cinta pertama susah untuk kita lupakan”
“Aku tak tahu…”
“Dah…sabarlah… Anggap ini sebahagian ujian dari Allah, Dia mahu menguji sejauh mana kau mampu bertahan dan bersabar. Aku yakin kau kuat semangat…” ucap Farisha. Dia memeluk Nadya agar dapat meredakan ketegangan emosi yang dialaminya ketika ini.
“Isya…aku takut aku tak mampu lupakan dia…”
“Insya-Allah satu hari nanti kau akan jumpa lelaki yang lebih baik dari Affan…percayalah cakap aku ni. Allah maha adil…”
“He’s everything to me Sya…”
“Aku tahu…aku faham. Habis kalau dia sanggup tinggalkan kau dan kahwin dengan perempuan lain, apa pula maknanya tu Nadya? Lelaki jenis apa Affan tu? Dia takde perasaan ke? Takde hati ke? Eiiii…marah pulak akulah. Kalau ada depan mata aku, mati si Affan ni aku kerjakan…”
“Jangan Sya… Affan terlalu baik…kau jangan apa-apakan dia…”
“Kalau dia baik kenapa dia sanggup buat kau macamni Nadya? Cuba kau bagitahu aku! Takde angin, takde ribut tetiba aje dia kahwin… tak beritahu kau pulak tu. Affan main kayu tiga belakang kau, kau masih kata Affan baik??”
“Nadya…entah-entah perempuan tu dah pregnant, sebab tu kena kahwin senyap-senyap!” tambah Farisha lagi. Sakit sungguh telinga Nadya mendengar tuduhan dari sahabatnya itu. Sepanjang 7 tahun mengenali Affan, hubungan mereka cukup intim dan mesra, namun Affan tidak pernah mengambil kesempatan untuk menodainya.
“I don’t think so…Affan bukan macam tu…aku kenal dia…”
“Habis tu? Affan jadi pak sanggup?” soal Farisha lagi.
“Isyaaa… jangan tuduh dia macam tu, please Sya..kita tak tahu hujung pangkal”
“Huhh… kau ni baik sangat Nadya…Sebab tu Affan ambil kesempatan” marah Farisha pula.
“Isya please don’t yell at me like that…aku dah cukup terdera dengan apa yang Affan buat kat aku ni, jangan tambah lagi…please…”
“Sorry…sorry Nadya…aku geramkan Affan sebenarnya. Nantilah kalau ada masa lapang, aku akan email or call office dia…kalau dia lari, aku datang Cyberjaya tu. Apa ingat aku tak tahu kat mana Persiaran APEC…setakat nak cari Entreprise 3 tu, kacang ajelah…”
“Sya…jangan kau pergi serang dia pulak…aku takmo gaduh-gaduh…”
“Ishh..kau ni…tidaklah. Paling teruk pun aku tarik dia pi tempat lain..pastu aku lutu-lutu kepala dia”
“Thanks Sya…but please don’t hurt him…”
“Don’t worry Nadya…trust me…Aku tahu apa nak buat”

Setibanya Nadya di rumah, matanya tertumpu pada BMW hitam milik Khairul yang terparkir di perkarangan rumahnya. Ada sebuah Toyota Wish di sebelah kereta itu.
“Bila masa Mak Long datang ni…” ucapnya sendirian. Honda Jazz warna biru miliknya diparkir berdekatan dengan kedua buah kereta itu.
“Sorry dear…I park kat tempat you…” jerit Khairul dari anjung rumah. Lelaki itu tersenyum. Nadya membalas senyuman sepupunya itu. Setelah menutup pintu kereta dan mengambil tas tangannya Nadya mula melangkah mendekati Khairul yang sedang menanti di muka pintu.
“You ni tak kerja ke?”
“Boss I ada kat sini…I ikut dialah…”
“I don’t see your father’s car here…tu kan kereta mak you…”
“Kita datang satu family…my mom, sis…my dad sumer ada. Kereta ayah ada orang pinjam…buat kereta pengantin..”
“Hari Rabu ada orang nikah ya…tak tahu pulak I…” jawab Nadya sinis. Dia tahu abang sepupunya ini memang suka mengusik. Belum tentu apa yang keluar dari mulutnya itu boleh dipercayai. Bercakap dengan Khairul memerlukan Nadya memerah seluruh saraf otaknya, lelaki itu suka berbasa-basi.
“Assalammualaikum…” sapa Nadya dengan hormat kepada tetamunya. Kelihatan ibunya sedang rancak berbual dengan Mak Long dan Kak Shafiyya.
“Waalaikumsalam…baru balik Nadya?” tanya Mak Long dengan ramah. Nadya mendekati tetamunya dan bersalaman.
“Ada kot 5 minit tadi…berbual kejap dengan abang kat luar tadi…” balas Nadya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah ibunya manakala Khairul pula duduk berhadapan dengannya.
“Kak Piah dengan Mak Long bila sampai? Bertiga aje ke?” tanya Nadya.
“Kita sampai sini tengahari tadi… berempat dengan ayah dan tunang akak” jawab Shafiyya.
“Si Khai ni baru sejam sampai…” sampuk ibu Nadya pula.
“Betul tu Hanum…Khai dengar kami nak ke mari…terus dia pecut dari Ipoh. Tak tahu berapa laju dia bawak kereta” nyata Mak Long pula sambil memiat peha Khairul.
“Dia tak sayang nyawa agaknya Mak Long…” usik Nadya.
“Alah…siapa kisah, bukan ada orang sayang kita pun…” balas Khairul pula. Mak Long memiat anak lelaki tunggalnya itu sekali lagi. Khairul mengadu kesakitan.
“Ayah mana bu?” tanya Nadya pada ibunya.
“Ayah pergi masjid dengan Pak Long dan tunang Kak Piah”
“Bu, Mak Long…Kak Piah…Nadya naik atas dulu ya…” Nadya meminta diri dari tetamunya.
“Pergilah rehat dulu…lepas maghrib nanti kita dinner di luar. Khai nak belanja…” usik Ibu.
“Mak Su…saya nak belanja Nadya sorang ajelah…” gurau Khairul pula.
“Nadya…teman abang dating ya malam ni?” Khairul mengusik Nadya pula. Ibu dan Mak Long hanya menggelengkan kepala. Khairul memang suka mengusik Nadya.

Selesai mengerjakan solat Asar yang hampir ke penghujung waktu Nadya duduk balkoni biliknya. Udara petang itu nyaman seperti selalu, angin lembut menyapa mukanya. Di tangannya ada beberapa helaian email yang dicetak di pejabat siang tadi.

Hello my sunshine,

I rindu sangat kat you, harap boleh dapat balik Malaysia cepat-cepat and terus ke Johor jumpa you. I rasa lama-lama kat Germany ni I boleh mati kesejukan.
Irin, almost a month kita tak jumpa I really wanna meet you before Raya. Kalau I sampai KL awal…maybe we can go for shopping together like what we did last Raya. I suka kalau you pilihkan baju untuk I…and you know what…sweatshirt warna oren yang you belikan tu hampir tiap hari I pakai kat sini. The color so bright and keep me warm…just like you my sunshine.

Love,
Affan

----------------------------------------------------------------------------------------------

Dearest Irin,

Boss dah approved my cuti raya. I’ll be back to Johor one week earlier…so we can spend the whole week together!

I really, really wanna be with you right now…missed you so much!

Cheers,
Affan

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Irin,

Please take don’t skip your sahur ever again. I don’t wanna see you sick again. Don’t take it lightly sayang. Kalau you tak boleh puasa, jangan puasa okay…I rela gantikan puasa untuk you daripada tengok you sakit.

Listen to me this time okay…never ever skip your meal. I risaukan you Irin. Remember last time you sakit…nasib baik I ada, I boleh jaga you. Kalau I takde I tak tahu apa jadi kat you.

Sayang, I love you ever since I met you and I really love you and will always love you till the end of time…so please take good care of yourself.

Love u so much,
Affan


Airmata Nadya menitis lagi. Helaian kertas yang dibacanya itu jatuh ke lantai. Hidupnya sepi sejak Affan pergi darinya lebih sebulan yang lalu. Affan telah membawa bersama kebahagiaannya.

“Affan…kenapa I call you tak jawab? Banyak kali I call office you tak jawab…I call handphone pun you tak jawab…” tanya Nadya dengan lembut. Hatinya teramat lega setelah seharian mendial baru dia berpeluang untuk bercakap dengan Affan.
“I busy…” jawab Affan pendek. Nadya mengerti tentang tanggungjawab baru Affan itu namun hari ini berlainan benar reaksinya.
“Sorry I kacau you…okaylah kalau you still busy… I call you back later” ucap Nadya yang cuba berdiplomasi dengan kekasihnya. Biarpun pada saat itu dia teringin sekali untuk berbual mesra seperti selalu tapi dia harus akur dengan keadaan Affan yang sibuk.
“Irin…” Affan memanggil Nadya dengan perlahan. Suaranya hampir tidak kedengaran.
“Yes dear…” jawab Nadya. Affan kemudian terdiam. Nadya kebingungan.

“You don’t have to call me again…” ucap Affan tiba-tiba. Darah panas bagaikan tersirap ke muka Nadya. Biliknya yang sejuk itu tiba-tiba terasa seperti oven.Matanya mula berkaca.
“But why?”
“Just don’t call me anymore…”
“Kenapa Affan…why out of sudden you saying this? You dah tak sayang I lagi ke?”
“Tak…”
“Affan… don’t say that to me…you’re killing my soul…You don’t wanna see me anymore”
“Tak…”
“Affan…kenapa you jadi macamni? Apa salah I pada you? Affan…please…” rayu Nadya.
"I dont want to disturb you anymore...please jangan cari I lagi..."
"Affan... bila masa you ganggu I? Kenapa you cakap macam ni Affan..." rintih Nadya. Dia sungguh terasa hati mendengar perkataan yang singgah ditelinganya.
"Sayang...I have to go. When the time comes, you know where to find me...I really need to go...I am so sorry..."

Kedengaran pintu bilik diketuk dari luar. Nadya Khairine tersedar dari lamunannya yang panjang. Dia menyeka airmatanya dengan lengan baju dan kemudian mengutip satu persatu helaian email yang dibawanya dari pejabat.
"Nadya... cepat siap. Ayah ajak kita jemaah di masjid lepas tu kita dinner di luar sekali dengan Mak Long dan Pak Long" ucap Ibunya dari luar.
"Cepat Nadya...ibu tunggu kat bawah..."

Nadya menarik nafas panjang. Beristighfar dan melafazkan dua kalimah syahadah. Begitulah dia saban waktu setiap kali sendirian. Teringatkan Affan, rindukan Affan. Hidupnya tidak seperti dulu lagi.

Hari berganti begitu pantas, tanpa sedar sudah sebulan Affan menjadi suami orang. Nadya masih lagi murung, cuma dia tidak menangis seperti dulu. Pantang nama Affan di sebut, dia pasti menangis.
“Kak Isya…ada call…” sebut Suraya.
“Siapa call Sue?” tanya Farisha ingin tahu.
“Dia tak nak bagitahu nama kak…lelaki…”
“Lelaki mana pulak…cakap dengan dia kalau tak bagitau nama akak malas nak jawab. Busy ni…kerja melambak…” bebel Farisha. Kasihan Suraya yang terpaksa mendengar bebelan Pengurus Akaun itu.
“Kak…dia kata kawan Cik Nadya…”
“Kawan Nadya? Siapa pulak ya…hmmm takpelah Sue sambung aje ya…akak jawab” ujar Farisha akhirnya. Suraya meletakkan gagang telefon, beberapa saat kemudian kedengaran suara lelaki dihujung talian.

“Assalammualaikum Sya..”
“Waalaikumsalam…siapa ni?”
“Akulah…Affan…”
“Hahhhhh…Affan!” hampir terjerit Farisha apabila Affan memperkenalkan diri. Dia baru sahaja berkira-kira hendak menelefon, Affan pula datang menyerah diri.
“Aku baru nak call kau…apa cerita ni Affan, kenapa kau buat Nadya macam tu? Kau ni memang takde hati perutlah Affan…sampai hati kau khianati dia. Manusia jenis apa kau ni?” berjela bebelan Farisha singgah di telinga Affan.
“Isya…how’s he doing? Dia sihat tak?”
“Kenapa kau tanya dia sihat ke tidak? Bukan ke kau dah gali lubung kubur untuk dia?” marah Farisha lagi. Geramnya pada Affan sudah tidak tertahan lagi.
“Isya kalau kau marah-marah macam ni, macamana aku nak explain…”
“Ohhh…kau nak explain ya? Kenapa kau tak berterus terang dengan Nadya? Kenapa kau tipu dia Fan?”
“Takkan ada orang yang akan faham masalah aku ni Sya…”
“Cuba kau terangkan kat aku…” Farisha mula memperlahankan suaranya. Berkeras dengan Affan pun tiada gunanya, lelaki itu tidak pernah melawan. Memang benar kata Nadya, Affan adalah sebaik-baik lelaki yang pernah dikenalinya. Affan begitu menyenangkan. Namun tindakan Affan yang satu ini tidak boleh dimaafkan.
“Aku sayang Irin… aku masih sayangkan Irin dan sampai bila-bila pun aku tetap akan menyayanginya…”
“Sebab kau sayangkan dia…kau tinggalkan dia?”
“Isya…berat untuk aku hadapi semua ini. Aku tahu aku berdosa pada Irin, tapi percayalah…aku tetap sayangkan dia. Isya, please promise me…take care of her for me please dan jangan bagitau aku call kau…I love her so so much…”
“Kau sayang tapi kau lukai hati dia…aku betul-betul tak faham”
“Sya… kau tolong aku boleh?”
“Apa dia?”
“Kau tolong bagi semangat kat Irin… kau buat apa ajelah asalkan Irin happy macam dulu…”
“Kau yang buat dia merana Affan…lepas tu kau suruh aku pulak yang pulihkan semangat dia? Kau yang bunuh keceriaan Nadya Khairine!”
“Farisha tolonglah jangan zalim sangat dengan aku…”
“Habis tu apa kau buat pada Nadya tak zalim ke Affan Afzam?” herdik Farisha. Suaranya yang tadi rendah kini mula meninggi. Bukannya dia tak mahu membantu, tapi Affan perlu dibasuh terlebih dahulu.
“Kau nak tolong ke tidak ni Sya?”
“Aku boleh tolong…takde masalah. Aku dengan Nadya tu kawan sejak sekolah menengah lagi…sama-sama ke universiti…sama-sama cari kerja. Aku dengan dia dah macam adik beradik dan aku takkan biarkan Nadya menderita…”
“Thanks Sya…”
“Tapi perbuatan kau pada Nadya aku tak boleh maafkan Affan… tergamak kau buat dia macam ni. Bukannya kau tak tahu selama ini kaulah cahaya hidup dia, kalaulah kekuatan dan sumber inspirasi…tapi sekarang kau musnahkan semuanya…”
“Aku tahu Sya… Takpelah nanti kau akan faham jua. Satu hari nanti semuanya akan diperjelas… hanya masa yang akan menentukan. Kau tolong jaga Irin untuk aku…anything kau boleh email aku. Kalau nak call,aku mungkin selalu takde kat pejabat…sekarang ni asyik terbang ke Munich aje…”
“Aku mintak maaf sebab berkasar dengan kau Affan… aku geram, aku marah…”
“Aku faham Sya…anyhow I really appreciate your concern…keep in touch ya..”

Gagang telefon dikembalikan semula ke tempatnya. Farisha menarik nafas panjang. Biarpun dia dapat bercakap dengan Affan dan meluahkan geramnya namun Farisha masih belum berjaya mencungkil punca Affan berkahwin dengan perempuan lain.
Farisha ingin segera menemui Nadya namun apabila teringatkan janjinya pada Affan sebentar tadi, dia memendam hasratnya untuk seketika. Dia kembali menyemak lejer yang baru diserahkan oleh pembantunya.

“Isya…lunch jom…” ajak Nadya yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Aku baru aje nak semak kerja si Mastura ni kau dah ajak lunch…dah pukul 12 ke?” soal Farisha. Terdetik di hatinya, Nadya sudah mahu keluar jika tidak berkurung di pejabat dari pagi hingga petang. Suatu perubahan baik ni!
“Seminit lagi pukul 12 cik kak…jomlah…” pujuk Nadya lagi.
“Kau belanja ke? Kau drive atau naik kereta aku?” tanya Farisha. Sengaja dia bertanyakan soalan itu kerana ingin tahu sejauh mana perubahan Nadya.
“Taklah…abang aku datang jemput kita kat sini…”
“Abang kau yang mana? Mamat handsome yang tinggi lampai tu ke?”
“Yelah…mana aku ada abang lagi…yang itu ajelah…”
“Alah bukan abang betul kau…abang sepupu jek. Nadya…kenapa kau bahasakan dia abang tapi bila kau bercakap dengan dia kau pakai I – You?”
“Entah…aku pun tak tahu, maybe sebab dia aje sepupu lelaki yang aku ada sebab tu bahasakan dia abang…”
“Habis tu yang ber I – You tu kenapa?”
“Entah… heii yang engkau sibuk interview aku pasal ni kenapa? Kau suka dia ke? Kalau nak aku boleh rekomenkan…” usik Nadya sambil ketawa kecil. Farisha tersenyum, senang hati melihat Nadya kembali ceria.
“Oleh kerana abang handsome pujaan hati yang nak jemput…nak belanja… kira jadilah. Bagi aku 5 minit untuk touch-up sikit, okay?"
"Setengah jam pun takpe...Khai rela tunggu" balas Nadya
Farisha memberi senyuman palsu kepada Nadya. Hatinya pilu terkenangkan panggilan telefon dari Affan sebentar tadi. Sebahagian hatinya melonjak gembira mahu menyampaikan khabar itu namun sebahagian lagi melarang. Nadya baru sahaja mahu tersenyum semula...arghh biarlah dulu...


Sampai di Chismosa, Nadya terus ke meja kegemarannya yang terletak berhadapan dengan rimbunan pepohon heliconia dan kolam ikan. Di meja nombor 27 itulah dia selalu duduk, tidak kira dengan siapa.
“Takde tempat lain ke Nadya?” tanya Farisha. Dia bimbang Nadya teringatkan Affan lagi, takut Nadya menangis disitu.
“Sini bestlah…abang, you pun suka duduk kat sini kan?” tanya Nadya. Khairul mengangguk kecil. Baginya di mana sekalipun tidak mendatangkan masalah. Seorang gadis datang mendekati meja yang mereka duduki untuk mengambil pesanan.
“Zizi, akak nak Vegie Fajitas..extra chilli ya…hmm..air akak nak pineapple juice…” pesan Nadya tanpa melihat pada menu.
“Waiter kat sini pun kau dah kenal ya…” sampuk Farisha yang sedang membelek menu.
“Satu fish platter ya dik…dengan jus oren” giliran Khairul pula memesan makanan. Zizi tekun mencatit pesanan yang diterima. Farisha pula masih lagi menyelak menu.
“Alah tak tahu nak makan apa…nasi goreng kampung la satu”
“Air kak?”
“Hmm… sky juice jek la…” tambah Farisha lagi.
Setelah mengulang kesemua pesanan, Zizi berlalu ke ruang tengah. Sebentar kemudian dia datang semula untuk meletakkan sudu, pisau, garfu dan napkin di meja. Suasana mula sunyi. Yang kedengaran ketika itu hanyalah geseran dedaun heliconia yang ditiup angin. Ketiga-tiga manusia yang duduk disitu saling mencuri pandang antara satu.

Khairul merenung Nadya yang leka memandang taman kecil di hadapan mereka. Entah sampai ke mana agaknya Nadya membawa fikirannya terbang. Dia kelihatan begitu khusyuk sampai tidak sedar dirinya sedang diperhatikan.
“Hello…..anybody homeee….” Suara Farisha memecah hening. Dari tadi dia turut memerhatikan Khairul dan Nadya.
“Macam aku seorang aje yang duduk kat meja ni…orang lain ke mana ya? Kena kidnap bunian ke?” sindir Farisha.
“I ada kat sini…tapi kawan you ni…jasad ada…tapi rohnya I tak sure…” tokok Khairul.
“Irin…” panggil Khairul. Nadya tersentak apabila dipanggil dengan nama itu. Hanya Affan seorang sahaja yang memanggilnya Irin, singkatan daripada Khairine nama keduanya.
“Sorry guys…I dengar you all cakap…tapi I tengah concentrate tengok air tu jatuh dari tempayan. Such a beautiful sounds..” balas Nadya.
“Ohh…sebab tu ke you suka duduk kat sini…sebab air dalam tempayan tu, bukan sebab lain ya?” tanya Khairul ingin tahu.
“Yupp…takde sebab lain. Hmm..cakap pasal sebab ni baru I teringat…I nak sampaikan pesan seseorang ni, dia kata dia suka tengok muka you…” ucap Nadya dengan riang. Pipi Farisha mula merona merah.
“Really??…Siapalah yang suka tengok muka I ni, baik hati betul orang tu. Sedangkan orang yang depan I ni…I pandang dia, dia tengok kolam…tak sudi pun tengok muka I” balas Khairul pula. Nadya tersengih mendengar sindiran Khairul.
“Tak ada modal lainlah tu, sindir orang aje. Khai…serious ni ada orang nak berkenalan dengan you…” tambah Nadya lagi. Farisha Cuma diam memasang telinga.
“Nak kenal tu bolehlah…tapi lebih-lebih tak bolehlah…” jawab Khairul.
“Kenapa? Dah ada komitmen ke?”
“Just recently…”
“Wahh…I tertinggal keretapi ke ni? Dengan siapa? I kenal?”
“Entah… you ask your Mak Long coz dia yang pilih…” balas Khairul. Teringat dia pada kata-kata emaknya sebelum mereka ke Johor. Dia berhajat untuk mencarikan jodoh untuk anak lelaki tunggalnya itu. Jodoh kau ada depan mata Khai…terngiang-ngiang ditelinganya ketika ini.
“Hello Tuan Pengarah…zaman sekarang ni ada lagi ya mak pilihkan calon isteri? I cant believe that…then you suka tak?” tanya Nadya lagi.
“Hello Miss HRM…of course I like her…pilihan emak I adalah yang terbaik untuk I…” jawab Khairul sambil membayangkan seseorang.
“Wow…such a noble answer. Are you sure it is come from your sincere heart? Jangan berlakon depan I tau…” balas Nadya sambil ketawa. Dia seperti tidak percaya, Khairul Shahrin bersetuju dengan pilihan ibunya.
“Restu mak bapak tu penting Nadya…kalau tak nanti takut tak bahagia” sampuk Farisha.
“Yesss…betul tu pandai lagi kawan you ni…I suka dia coz dia calon pilihan my mom. Lagipun dia cantik, baik hati…dan takde sebab untuk I tak boleh terima dia. She’s kinda every men’s dream..”
“Huhuuuu….are you marrying to Audrey Hepburn?”
“She’s dead la sayang…I lagi suka kalau dapat kahwin dengan Nadya Hepburn”
“Siapa tu?” tanya Farisha. Khairul ketawa besar melihat Farisha sedang keliru.
“Tak kenal ke? She’s quite famous…”
“Kau percayalah cakap abang aku ni Isya…kene kelentong aje kau” beritahu Nadya.
“Sorry gals, I am just teasing you… Mana ada Nadya Hepburn…Nadya Khairine Hanafi adalah… but Nadya I really mean it…” bisik Khairul di telinga Nadya. Ayat terakhirnya itu sengaja diperlahankan sedikit.
“Gilalah you Khai…”

“Okay…okay don’t fight…makanan dah sampai. Aku dah lapar kebelai ni Nadya…kita makan dulu ya, gaduh tu nanti-nanti aje…” ujar Farisha. Dia begitu teruja dengan aroma nasi goreng kampung yang dipesannya. Melihat ikan bilis goreng yang bergolek di atas nasi, dia menjadi sangat lapar dengan tiba-tiba.
“Sedapnya bau nasi goreng kau…mintak sikit…” ujar Nadya. Farisha menolak sedikit pinggannya ke hadapan. Nadya menyudu nasi goreng kampung Farisha lalu disua ke mulutnya.
“Fish platter I pun sedap…you tak nak rasa ke?” tanya Khairul. Dia turut menolak pinggannya kepada Nadya.
“Ke nak abang suap?” usik Khairul lagi
“You gatal-gatal dengan I nanti I cakap dengan mak you…padan muka…”
“Mak I tak kisah kot…dia lagi suka..”
“Sah dah gila abang aku ni Sya…baik kita cepat-cepat makan…”
Khairul tersenyum melihat Nadya yang mula menggelabah. Dia menarik semula pinggannya. Kasihan dia melihat Nadya begitu. Bagaimana nanti jika dia benar-benar berkahwin dengan sepupunya itu? Ingin sekali dia membalut luka di hati Nadya, tetapi sudikah dia?

“Nadya…dah sebulan Affan kahwin, kau tak nak cari pengganti ke?” tanya Farisha ketika mereka sedang menunggu pintu lif terbuka.
“Entahlah Isya…Affan dah bawa lari hati aku bersamanya. Aku dah takde hati untuk diberikan pada lelaki lain. Semuanya ada pada Affan…” balas Nadya perlahan. Tuturnya cermat, bimbang mengundang hiba pada diri sendiri.
“Takkan sampai macam tu sekali Nadya? Berkahwin dan berkeluarga kan menjadi tuntutan agama. Fitrah manusia tu Nadya…takkan kau nak tolak…” ujar Farisha lagi.
“Hmmm… aku betul tak tahu Sya. Seandainya aku tahu kenapa dan mengapa Affan tinggalkan aku dan mengahwini perempuan lain…mungkin aku tidak mengharap tapi aku tahu Affan masih sayangkan aku. Aku pasti sangat…aku yakin yang Affan buat tu semua kerana terpaksa…”
“Kau pasti atau kau berteka-teki Nadya?”
“Aku pasti…Aku lihat anak mata Affan sewaktu kami bersalaman. Aku masih terasa bagaimana kuatnya Affan menggenggam tangan aku…dia macam nak katakan sesuatu tapi…”
“Keadaan tak mengizinkan?” sambung Farisha. Nadya mengangguk.

Pintu lif terbuka. Dua sahabat itu masuk ke dalamnya dan menyambung semula perbualan.
“Kau fikir Affan sayang aku ke tidak Sya?” tanya Nadya.
“Aku tak pasti… tapi tak mungkin Affan tak sayang kau. Melainkan selama ni Affan berpura-pura dengan kau…jahatnya Affan kalau dia macam tu kan?”
“Rasa macam nak lari jauh dari sini Sya… sakit betul perasaan, jiwa, hati…semuanyalah”
“Jangan Nadya…kau tu dah la sorang aje. Mak bapak kau takde anak lain…kalau kau lari, ishhh kau tak kesiankan diorang ke? Jangan buat kerja gilalah Nadya” pesan Farisha.
“Siang malam aku terbayang-bayang wajah Affan…kenangan aku dan dia sentiasa bermain difikiran aku Sya. Kondo tu…kereta kami…KL…JB…semuanya menyeksa jiwa”
“Kereta kau tu…kau jual aje…beli lain takpun tukar aje nombor platnya. Pasal kondo Affan tu kau tak usah ingat lagi, sejuta kali kau yang buat interiornya…sejuta kali kau dan Affan yang sama-sama menghiasnya…sekarang Affan duduk situ dengan perempuan lain. Dah tak usah diingat lagi!”
“Garanglah kau ni…”
“Bukan apa Nadya…aku tak mahu kau sia-siakan hidup kau. Kalau ada lelaki yang baik suka kat kau, apa salahnya kau bagi peluang kat orang tu” nasihat Farisha lagi.
“Aku dah tak reti macamana nak bercinta Sya…sepanjang usia remaja aku sehinggalah sekarang, aku Cuma ada Affan…dia dah mendominasi hidup aku. Too many things in my life associate with him…”
“Aku akan tolong kau…memang mustahil kita nak lupakan seseorang tapi tidak mustahil untuk kita terima seseorang…kan?”
Nadya menarik nafas panjang. Farisha meninggalkannya di situ. Masing-masing bertukar arah menuju ke pejabat masing-masing. Bagi Nadya dia sudah berusaha untuk membuang segala perasaan kasihnya pada Affan namun masih belum berhasil. Dia tahu, dia tidak boleh selamanya hidup beralaskan kenangan yang ditinggalkan Affan.

Saat dia membuka pintu bilik, sejambak lily putih menyambut kepulangannya. Jambangan indah disulami purple statice itu begitu menggembirakan hatinya.
“Dari seseorang…” Nadya membaca tulisan di kad yang mengiringi jambangan itu.
“Ini mesti Khai…sewel betul dia ni la…”
Nadya meletakkan jambangan lily putih itu di atas kabinet fail. Bertambah seri di sudut itu setelah dihiasi jambangan lily putih. Baru sahaja nak melabuhkan punggung di kerusi, telefon bimbitnya pula bernyanyi. Bait-bait lagu Misha Omar yang dijadikan ringtones senantiasa membuahkan rindunya pada Affan.

Cinta ini ku persembahkan, setulus hati kasih kepadamu
Seandainya engkau mengerti, hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku…
Kasih sayang ini, semoga abadi…
Kan ku bawa sampai akhir nanti…

“Ishh…khayal pulak aku…siapa pulak yang call ni” bebelnya sendirian. Telefon yang diletakkan diatas meja diambil, lalu dibuka flipnya.
“Assalammualaikum…ibu…ingat siapa tadi”
“Waalaikumsalam…Nadya dah makan?”
“Dah bu…dengan abang tadi…”
“Berdua aje ke?”
“Taklah…dengan Isya sekali…”
“Ibu nak bagitahu ni…balik awal ya hari ni…ibu masak special untuk Nadya…”
“Alah sejak Mak Long datang…ibu tiap hari masak sedap-sedap…apa yang specialnya hari ni?”
“Adalah…rahsia…balik cepat tau jangan menyinggah mana-mana pulak”

Telefon diletakkan semula. Nadya kembali menyambung kerjanya. Dia sempat mengerling ke sudut kiri mejanya. Ada sebuah bingkai gambar yang telah kosong disitu. Dahulunya bingkai itu dihiasi dengan gambarnya bersama Affan. Namun sejak mendapat berita dari Abang Joe tentang pernikahan Affan, Nadya mengeluarkan gambar itu dari bingkainya. Baginya Affan bukan miliknya lagi, Affan sudah terbang melayang jauh meninggalkannya sendirian.

Namun kenangannya dengan Affan terlalu banyak, tidak mampu untuk dipadam apatah lagi dibuang dari hatinya. Setiap nafasnya pasti terselit sebaris nama milik lelaki itu. Affan banyak mengajarnya erti hidup, biarpun dia dilingkungi kemewahan namun Affan yang mengajarnya bagaimana menghargai sesuatu yang orang lain tidak mampu miliki. Dengan Affan juga dia di bawa menjelajah dari sebuah ke sebuah rumah anak-anak yatim dan kurang berupaya.

Affan cuma anak kepada peneroka Felda namun kesemua adik beradiknya berjaya. Saat mula mengenali Affan yang baru pulang dari Colorado, Nadya masih lagi di kolej hati mereka terus terpaut pada pandangan pertama. Sifatnya yang periang dan penuh dengan jenaka begitu memikat hati Nadya.

“Kau ni suka sangat menyanyi…dari tadi aku dengar kau nyanyi” tegur Affan ketika mereka berjumpa untuk kesekian kali.
“Ehh..suka hati akulah, mulut aku…tekak aku…bibir aku…kalau kau tak suka tutup telinga” balas Nadya pula. Hatinya girang menyanyikan sebuah lagu dari Spice Girls yang amat popular ketika itu.
“Aku belum cakap habis lagi…” tambah Affan
“Hahh..habiskan cepat…” suruh Nadya pula.
“Kalau kau nyanyi terus pun tak apa…pasal suara kau sedap tapi kalau kau cakap dengan aku elok-elok lagi baik…lagi aku suka. Janganlah tengking-tengking… tak eloklah, awak tu perempuan” tegur Affan dengan ikhlas. Nadya jadi malu.
Perangai semulajadinya apabila berhadapan dengan lelaki, dia akan bertukar menjadi kasar dan garang. Sekadar melindungi diri dari jatuh hati dengan sesiapa memandang dia masih lagi belajar.

“Kalau Celine Dion dengar kau nyanyi, aku jamin dia pencen terus” tambah Affan lagi.
“Sudahlah…kalau nak jual ubat kat sini tak laku lah!” sindir Nadya sambil tertawa.
Sejak dari hari itu mereka sering berjumpa. Affan rajin menghantar dan menjemput Nadya pulang dari kolej. Affan tidak pernah berkira atau mengeluh penat, memandangkan rumahnya agak jauh dari bandaraya JB apatah lagi ke Pasir Gudang.
Tidak cukup dengan menghantar dan menjemput Nadya ke kolej, Affan tidak pernah gagal menelefon Nadya setiap malam. Bagaikan menjadi rutin mereka berdua sebelum tidur. Malah dia juga menjadi peneman setia Nadya ke perpustakaan dan menjadi tutor tidak bergaji. Semuanya dilakukan demi kasihnya pada Nadya Khairine.

Tiba di rumah, Nadya disambut dengan hilai tawa gembira keluarganya. Dia menjengah ke taman kecil di tepi rumah. Kedua orang tuanya bersama keluarga Pak Long sedang rancak berbual sambil minum petang.
“Amboi…meriahnya… dari dalam kereta lagi Nadya boleh dengar suara orang ketawa” ujar Nadya.
“Khai ni buat lawak seram…kena ketawakan ajelah…” terang Shafiyya.
“Awal balik hari ni dear?” tanya Khairul. Dia bangun dari duduknya lalu memberikan kerusi itu kepada Nadya.
“Thanks… Ibu yang suruh balik cepat. Katanya ada rahsia. Rahsia apa ya Bu?”
“Uiks…rahsia kerajaan langit tu…” usik Pak Long yang juga kuat bergurau.
“Malam nanti barulah tahu apakah rahsianya tu, sekarang tak boleh cakap lagi…nanti tak surprise” jawab ibu Nadya.
Sesak fikiran Nadya. Masakan dengannya semua orang mahu berahsia. Setelah menjamah sebiji karipap dan kuih tako, Nadya meminta diri untuk naik ke biliknya.

Siap membersihkan dirinya Nadya duduk di meja studi. Dia membuka laptop lalu mengakses internet. Hampir tiga bulan dia tidak membuka laptop kesayangannya itu. Malah gambar Affan juga masih lagi kekal sebagai wallpapernya.
Nadya melungsuri blog miliknya. Dibaca satu persatu posting yang ditulisnya dulu. Digagahi dirinya agar tidak menangis lagi dan dia berjaya. Dengan lafaz Bismillah, Nadya mula menaip, melampiaskan isi hatinya.

Dah lama aku tidak menulis di sini. Mungkin jua ini tulisanku yang terakhir di blog ini. Kerana… aku tidak mahu lagi dibayangi dia. Cukuplah aku begitu terdera dengan perpisahan yang tak pernah aku pinta ini. Semua ini hanya mengundang pilu di hatiku. Cukup-cukuplah aku mendera diriku sendiri. Aku harus kembali berdiri…biarpun tiap kali aku cuba untuk bangun, aku pasti jatuh…tapi kenapa?

Berkali aku cuba buang dia…berkali jua aku cuba lupakan dia namun tidak berdaya. Tapi kenapa?
Kenapa aku masih tidak bisa melupakan dia?
Kenapa aku tidak mampu membencinya?
Bukankah dia yang tidak setia padaku sehingga sanggup menggadaikan cinta kami?
Apakah dosa aku sehingga dibebani dengan perasaan sebegini?
Tidak kasihankan dia pada aku? Apakah aku tidak lagi mendiami hatinya? Tapi sejak bila?

Affan Afzam Hj. Annuar…sekiranya kau datang bertamu di blog ku ini, bacalah setiap baris yang aku tulis tanpa ada satu pun yang tertinggal. Sesungguhnya di dalam hati ini tidak pernah terisi dengan nama milik lelaki lain, kerna kau telah menghuninya sejak aku mula belajar mengenali rindu, kasih dan cinta darimu.

Sampai mati pun aku tak bisa melupakanmu dan sehingga ke akhir nafasku, aku akan bawa bersama kemanisan dan keperitan yang kau tinggalkan untukku. Aku tidak akan sesekali membencimu, insan yang paling aku damba dalam hidupku.

Affan, tidak akan ada dendam yang bakal singgah dalam hati ini. Usahlah kau risau. Doa-doa dariku akan senantiasa aku titipkan untukmu, moga kau bahagia melayari bahtera bersama isterimu yang jelita. Aku rela apa sahaja…asalkan itu bisa membuahkan bahagia untukmu…

Ya Allah…telah tersurat bahawa Affan itu bukan jodohku, maka Kau luputkanlah dia dari ingatan ini…aku tidak mampu untuk membendung rasa rindu kepadanya. Ya Allah…kau berikanlah aku kekuatan… Jika ini ujian yang kau turunkan untukku, aku mohon agar kau kuatkanlah hatiku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.

Moga esok akan memberikan sinar baru untukku…Amin…

Lama Nadya termanggu di meja studi. Entah apa yang difikirkannya. Nadya seorang yang realistik, tidak mungkin dia membiarkan hidupnya tidak tentu arah. Cuma dia perlu membina landasan yang baru dan menyusun semula hidupnya. Episod duka itu perlahan-lahan akan hilang jua, dia pasti!

Nadya menutup semula laptopnya lalu turun ke dapur untuk membantu ibu dan Mak Longnya untuk menyediakan hidangan makan malam.“Kenapa tak solat sama tadi?” soal ibu Nadya.
“Cutilah Bu… Nak Nadya tolong tak ni?”
“Takpe…dah siap pun. Nadya ke depan aje ya. Nanti Kak Piah boleh tolong ibu dengan Mak Long siapkan meja…” ujar ibunya lagi. Tiba-tiba Nadya merasakan dirinya bagaikan puteri di rumah itu.
Di ruang tengah, kelihatan ayah dan Pak Longnya sedang berbual. Khairul pula duduk di ruang AV, menonton berita. Nadya memilih untuk duduk bersama dengan sepupunya itu.
“Hai…berita apa?” tanya Nadya sambil mengambil beberapa biji kusyen besar lalu diletakkan dilantai.
“Biasalah perang kat Palestin ni… kenapa you duduk bawah? Malu duduk sebelah abang?” tanya Khairul.
“Taklah…I dah biasa duduk bawah kalau tengok TV…”
“Kenapa tak tolong orang kat dapur? Malas ya?”
“Ishh…suka hati dia aje kata kita malas. Ibu kata kerja dah siap…tinggal makan aje”
“Ohh..bukan malaslah ya? Ibu suruh ya? Nanti kalau dah kahwin malas…mati kebulur abang” ujar Khairul. Senyum terukir diwajahnya.
“Eiii… apa kena mengena I kahwin dengan you kelaparan ni? Perasanlah you ni… I cakap kat mama you nanti baru tahu. Dah ada calon isteri lagi nak miang dengan orang…” tutur Nadya sambil membesarkan biji matanya.

“Khai…Nadya…mari makan…” pelawa ayah Nadya. Belumpun sempat untuk Nadya memulang paku buah keras kepada Khairul, mereka telah dipanggil untuk makan malam.
“I cakap kat mama you nanti…”
“Cakaplah…I tak heran…” balas Khairul.

Lauk daging masak kicap kegemaran Nadya terhidang di atas meja. Begitu juga dengan acar rampai dan pajeri nenas kesukaannya. Masakan ibunya begitu membuka seleranya untuk makan. Mereka sekeluarga berbual sambil menikmati juadah makan malam.
“Macam lauk orang kahwin…” ujar ayah Nadya.
“Betul tu Pak Su…ni lauk orang kahwin ni…” celah Shafiyya sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan pakciknya.

“Kak Piah kan tak lama lagi nak nikah….” Sampuk Nadya dengan ceria.
“Ibu dengan Mak Long test skill untuk majlis Kak Piah ke?” Sambungnya lagi.
“Bukan Shafiyya aje yang nak naik pelamin ni…dengan Khai sekali naik pelamin. Senang sekali jalan…” ujar Mak Long.

“Ohh…patut pun… tapikan Mak Long…ada orang tu dia dah nak kahwin pun masih miang dengan Nadya…” adu Nadya pada Mak Longnya.
“Alah…bukan dengan orang lain pun…” sampuk Pak Long.

“Apa tak lainnya Pak Long? Abangkan dah nak kahwin…mana boleh mengada-ngada dengan Nadya lagi. Tahu dek bakal isteri sure kena ganyang…” tambah Nadya lagi. Khairul yang menjadi topik perbualan setiap orang hanya tersenyum. Dia lebih senang mendengar sambil menikmati hidangan.

“Tak apalah…bukan bakal isterinya tak tahu pun…” tambah ibu. Berkerut kening Nadya mendengar kata-kata ibunya.
“Ibu ni macam kenal aje dengan girlfriend abang…” ujar Nadya.
“Apa pulak ibu tak kenal Nadya… 26 tahun dia membesar depan mata ibu, ibu lebih kenal dia dari orang lain…” jawapan ibu Nadya mengundang tanda tanya yang amat besar kepadanya.

Khairul memerhatikan Nadya termenung sendirian di taman. Lepas makan malam bersama, Nadya terus memencilkan diri dari semua orang. Dia faham Nadya masih lagi terkejut dengan keputusan keluarga mereka. Bukan niatnya untuk mempermainkan perasaan sepupunya itu. Ikhlas dari hati sucinya, Khairul amat menyayangi Nadya. Sejak mereka remaja lagi dia telah menyimpan hasrat untuk memiliki Nadya bila tiba waktunya tapi sayang Nadya terlebih dahulu jatuh cinta dengan Affan Afzam teman baiknya sendiri.
Langsung Khairul tidak menyangka percutian yang diatur bersama Affan, Nadya dan beberapa orang temannya yang lain telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara Affan dan Nadya.
Khairul rasa bersalah terhadap Nadya namun perasaan cinta dan kasihnya pada gadis itu melebihi segalanya. Tiada yang kurang terhadap dirinya tetapi tidak cukup untuk menambat hati Nadya.

“Diya…” panggil Shafiyya. Nadya yang masih menangis tidak menjawab pabila dipanggil. Shafiyya duduk disebelah Nadya dan memberikan gadis itu sehelai sapu tangan.
“Marah lagi ke?” tanya Shafiyya dengan berhati-hati. Nadya tetap diam. Shafiyya tidak menyerah kalah.
“Kakak tahu Nadya kecewa dengan keputusan mama dan papa… tapi niat mereka baik. Kakak juga percaya yang Khai takkan sia-siakan Nadya…dia sayang Nadya cuma Nadya aje yang tak perasan selama ni…” beritahu Shafiyya.
“Tapi hati Nadya tak boleh terima Khai, kak… Hati Nadya milik orang lain…” balas Nadya bersulam sendu.
“Kakak tahu…kitakan membesar sama-sama. Kakak tahu siapa yang ada dalam hati Nadya…tapikan Affan dah kahwin…takkan Nadya sanggup nak runtuhkan masjid yang telah dia bina. Berdosa…Nadya tahu kan?”
Nadya cuma diam. Selama ini hatinya telah diberikan pada Affan dan sehingga kini hatinya masih lagi pada Affan sungguhpun lelaki itu telah menduakan cintanya.

Shafiyya memandang adiknya dengan wajah kecewa. Bimbang mula bersarang dalam hatinya. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa.
“Berilah peluang pada Khai…kakak yakin dia mampu membahagiakan Nadya”
“Saya tak janji kak…saya takut… Saya boleh lakukan apa sahaja untuk memuaskan hati semua orang termasuklah berkahwin dengan Khai…tapi kalau jadi apa-apa jangan salahkan saya…” tegas Nadya.
“Orang tua kita akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kita dik…takde satu pun mak ayah kat dunia ni yang suka melihat anak mereka menderita. Apa yang ayah dan ibu Nadya buat…semuanya yang terbaik untuk Nadya…” tambah Shafiyya lagi.
“Tapi kenapa dengan Khai? Nadya dah anggap dia macam abang Nadya sendiri. Kalau Kak Piah jadi Nadya…Kak Piah nak tak kahwin dengan abang kakak sendiri?”
Shafiyya terdiam. Dia sendiri tidak bersetuju dengan jodoh yang dipilih oleh orang tua. Namun dia percaya pada keputusan keluarga semata-mata untuk kebaikan.
“Saya tak mahu jadi anak kurang ajar kak…tapi saya tetap berhak ke atas hidup saya, kebahagiaan saya” ucap Nadya sebelum meninggalkan Shafiyya disitu. Hatinya jadi tidak keruan. Rasa marah dan geram menjadi satu. Wajah Affan mula terbayang difikirannya. Jika Affan tidak meninggalkannya dulu tentu dia tidak menjadi mangsa konspirasi ini. Nadya menangis, dia terlalu sayangkan Affan, tidak pernah terlintas dihatinya untuk menyalahkan Affan.

“Kak Piah tak faham…dan takkan ada orang yang akan faham hati Nadya. Nadya rela jadi candi…rela jadi batu kalau itu yang semua orang inginkan. Walaupun Nadya tak dapat apa-apa selain dari ditumbuhi lumut hijau dan terpaku bisu…” ujar Nadya berkias.
“You make it complicated sis…”
“No I am not…tapi you all yang jadikan perkara ni complicated. Kita bincang as an adults kak… dalam dunia serba canggih ni dah tak wujud lagi match-making macam ni. Setiap individu bebas memilih sesiapa sahaja yang mereka suka…” hujah Nadya tegas.
“Tapi orang yang Nadya suka tu dah kahwin…”
“Let’s not to mention about him kak. Hidup Nadya biarlah Nadya yang tentukan. Itu aje yang Nadya nak orang faham. Nadya perlu restu dari keluarga tapi bukan arrangement macam ni. I don’t need my parent to arrange my marriage…I am not desprate though Affan already left me…”
“I am still young…if Affan dumped me doesn’t mean I must find someone else to take over his place in my heart. Hati ni luka parah…hancur berkecai, takde siapa yang boleh cantumkan semula…” tambah Nadya lagi.
“Habis tu nak suruh Affan juga?” soal Shafiyyah lagi. Sesekali dia memalingkan wajahnya dan melihat adiknya yang sedang menunggu di berandah.
“Enough…jangan sebut pasal Affan lagi. Nadya ada maruah diri…buat apa terhegeh-hegeh pada orang yang tak sudi. Tapi tak bermakna Nadya perlu kahwin dengan orang lain…I need a break…I need some space for myself to mend my broken heart…”
“All you need is time sis…”
“Betul…tapi jangan paksa Nadya kahwin sekarang, Nadya tak boleh… Sorry Kak Piah…fikiran Nadya buntu, Nadya masuk dulu…”

Nadya meninggalkan Shafiyyah di taman itu. Dia bergerak menuju ke dalam rumah namun dia tetap singgah dan menyapa Khairul yang setia menunggu di anjung rumah.
“Khai…all this while I anggap you macam abang I sendiri, sampai bila-bila you tetap abang I…” ucap Nadya. Dia merenung lelaki dihadapannya yang sedang tunduk. Wajah Khairul layu.
“But I will always love you and always be your guardian…”
“Thanks for being understanding. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan maha berkuasa di atas segalanya… esok lusa kita tak tahu apa akan berlaku, ABANG…” tutur Nadya dengan lembut, tidak tegas sebagaimana ketika dia berhujah dengan Shafiyyah.

Nadya menghulurkan tangannya kepada Khairul, simbolik tiada dendam di antara mereka. Dia amat mengasihi lelaki itu namun hatinya telah lama diberikan kepada orang lain. Nadya masuk ke rumah dan terus menuju ke bilik. Kedua ibu dan ayah juga pak long dan mak long yang sedang berbual di ruang tengah tidak disapanya. Dia protes!


“Sya… sorry kacau kau malam-malam ni…”
“Takpe…ada apa kau call aku time camni Nadya?”
“Aku nak tumpang rumah kau semalam dua boleh tak Sya? Aku ada problem besar ni…”
“Problem apa?”
“Nanti aku ceritakan…sekarang tak boleh. Please Sya…”
“Okaylah kalau kau cakap macam tu…datanglah nanti kita bincang panjang lebar”
“Thanks Sya…”
“Don’t mention”

Setelah memastikan semua orang sudah masuk tidur, Nadya diam-diam menyelinap keluar. Dia membawa sebuah beg pakaian yang sederhana besar dan laptopnya. Dengan perlahan-lahan Nadya membuka pintu pagar agar tidak didengari oleh ibu dan ayahnya.
Sebuah teksi merah putih telah sedia menanti di hadapan rumah jirannya. Sengaja Nadya meminta teksi itu menunggu disitu agar tidak mengejutkan isi rumahnya yang sedang lena.
Teksi meluncur laju setelah Nadya memberitahu destinasinya pada malam itu. Nadya menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia nekad kali ini. Nekad untuk meninggalkan keluarga. Entah kenapa dia merasakan lukanya terlalu dalam apabila dijodohkan dengan Khairul. Bukannya dia tidak suka pada Khairul tetapi hatinya tetap pada Affan yang kini telah menjadi suami orang.
Nota ringkas telah dititipkan kepada kedua orang tuanya begitu juga untuk Khairul. Nadya memohon kepada semua agar memberikan dia sedikit waktu dan ruang untuk menimbang segala buruk dan baik sebelum dia memilih jalan mana yang harus dituju.

Tidak sampai 20 minit, Nadya sampai di hadapan rumah Farisha. Sahabatnya itu telah sedia menunggu di anjung rumah. Setelah membayar tambang teksinya, Nadya keluar membawa bersama beg-beg yang dibawanya.
“Ini betul-betul lari dari rumah ke Nadya?” ujar Farisha yang nyata terkejut dengan kehadiran Nadya bersama dengan beg pakaiannya.
“Yupp…”
“Aku nak cakap apa kat mak bapak aku?” tanya Farisha. Kerut didahinya cukup untuk menyatakan bahawa dia sedang keliru dengan keadaan sahabatnya ini. Apakah yang menimpanya sehingga nekad membawa diri?

“Kau cakap aku takut tidur seorang kat rumah, parents aku pergi France, honeymoon…rumah aku pulak tengah renovate, so aku homeless sekarang ni. Boleh?”
“Okay, okay… Masuklah dulu nanti kita berbual lagi..”

Mereka berdua terus menuju ke bilik Farisha di tingkat atas. Mujur kedua orangtuanya juga sudah lena, maka tiadalah sesi bersoal jawab dengan mereka.
“Bilik aku tak macam bilik kau yang besar tu tapi aku harap kau selesa share katil dengan aku…” ucap Farisha. Pintu bilik dikuak perlahan. Farisha mempelawa Nadya masuk ke dalam biliknya yang sederhana besar itu.
“Takpe…aku tidur kat bawah pun tak kisah Sya…asalkan kau bagi aku bantal dengan selimut pun dah cukup”
Nadya meletakkan beg pakaian dan laptopnya di lantai. Dia turut duduk bersila disitu. Menangkup muka lalu diam untuk beberapa ketika. Farisha memerhati dalam kebingungan.
“Kenapa kau nangis? Ceritalah pada aku…” pujuk Farisha
“Aku kena kahwin dengan Khai..”
“Ya Allah…pasal kena kahwin kau lari?”
“Isya… luka hati aku tak baik lagi…kau pun tahu kan”
“Sorry…”
“Aku rindu Affan…kalau Affan ada tentu aku tak jadi macam ni…Kenapa Affan tinggalkan aku Sya…” tutur Nadya sambil menangis. Di bilik Farisha itu Nadya meluahkan kerinduannya selama ini.
“Affan dah kahwin Nadya…nothing much we can do…”
“Aku tahu…sebab itu aku datang ke mari, kalau tak aku dah lari dengan Affan..”
“Macam nilah…kau tentu penatkan? Apa kata kau tidur dulu…esok pagi kita pergi somewhere, kita bincang… kita pergi holiday, nak tak? Kau pun dah bawak baju banyak ni…”
“Kerja?”
“Kita ponteng!”

Dua sahabat baik itu berpelukan. Sebahagian masalah Nadya kini berkurangan. Farisha bijak mententeramkan hati Nadya yang dikenali sejak sekian lama. Setelah Nadya tidur, Farisha memikirkan langkah seterusnya. Dia juga buntu untuk memilih tindakan yang sesuai. Dia tidak mahu menjadi duri dalam persahabatan mereka, menjadi penghasut agar Nadya terusan menjadi perlarian.
Dalam kelam malam dia mencari telefon bimbitnya di atas meja. Kemudian tercari-cari nombor telefon seseorang. Nombor pantas didail dan Farisha melekapkan telefon itu ke telinganya.

“Fan…aku ni Isya…” ucap Farisha dengan nada berbisik.
“Ishhh kau Sya, ada apa call aku memalam buta ni…”
“Kau kata kalau urgent boleh call, ni yang aku call kau. Aku buntu ni Affan, aku tak tahu nak buat apa…”
“Kenapa?”
“Irin kau ada kat rumah aku…dia lari dari rumah!”
“Hahh?? Irin lari dari rumah? Kenapa?”
“Dia belum explain kat aku lagi, tapi katanya dia kena kahwin paksa dengan sepupu dia…kawan baik kau tu…Khai…Kesian kat dia Fan, tak sampai hati aku tengok dia. Kalau kau tengok Nadya sekarang ni, bukan macam Nadya yang kau kenal dulu. Depan kita dia ketawa…belakang kita dia menangis”
“Sampai macam tu sekali… Ya Allah…aku tak sangka Sya… Kalaulah aku dapat tolong Irin…”

“Affan…Cuma kaulah kebahagiaan dia, harapan dia…tapi kau dah kahwin dan Nadya tak akan datang mintak pertolongan dari kau. Dia tak akan rosakkan rumahtangga kau walaupun setinggi gunung dia mengharapkan kau kembali pada dia…Kenapa kau kahwin dulu Fan? Kenapa kau tak kahwin dengan Irin?”

Affan menarik nafas panjang. Dia diam seketika, memikirkan jawapan yang harus diberikan kepada Farisha.
“Aku buat semua ini kerana Irin..” jawab Affan pendek.
“Gilalah kau…kenapa kerana Irin? Irin sayang kau Fan…kenapa kau buat dia macam ni? Kau balas dendam ya?
“Tak Sya… aku tak balas dendam. Aku sayang Irin, kau pun tahu…aku buat ini semua untuk kebaikan Irin, bukannya kehendak aku…”
“Maksud kau?”
“Ini permintaan keluarga dia…Irin mesti kahwin dengan Khairul… Berat untuk aku terima, apatah lagi untuk melepaskan Irin pada sahabat baik aku sendiri…tak tergamak aku buat semua ini Sya. Kalau tak ingat Tuhan…dah lama aku bunuh diri. Apa guna aku hidup kalau aku khianati Irin. Aku buat ni semua kerana terpaksa..”
“Siapa paksa kau?”
“Tak perlu aku beritahu siapa…tapi cukuplah aku katakan ‘keluarga’. Tapi Sya…kau janji dengan aku…jangan beritahu pada Irin, aku takut keadaan jadi lagi kalut…”
“Baru aku faham… tapi kesian Nadya, dia yang jadi mangsa…”
“Aku tahu…aku tak boleh tengok muka Irin masa dia datang wedding aku dulu. Aku tahu betapa hancurnya hati dia. Aku terperanjat tengok Irin datang…sebab aku memang tak bagi tahu dia…Aku sayang dia Sya…”
“Tapi kau dah ada isteri Fan…”
“Apa lagi yang boleh aku buat untuk Irin…kau katakan apa sahaja Sya, aku sedia membantu…”
“Nantilah aku fikirkan…esok aku ingat nak bawak dia pergi Tioman…dia kan suka laut, biar dia tenangkan fikiran dia dulu…”
“Eloklah tu Sya…Ehh, wife aku dah sedar ni…nanti apa-apa hal kau update aku ya…”
“Okay Fan…kau jaga diri..”

Giliran Farisha menarik selimut. Matanya belum lagi mengantuk memikirkan hal Nadya. Namun esok mereka perlu menempuh perjalanan yang jauh, perlu rehat yang cukup. Mata terpaksa dipejamkan jua.

Awal pagi lagi Farisha dan Nadya telah bertolak ke Mersing. Mujurlah kedua orang tua Farisha tidak banyak soal tentang percutian mengejut mereka. Dalam samar subuh, Satria Neo warna oren yang baru dibeli Farisha meluncur laju di jalan raya.
“Sya…malam tadi aku mimpi Affan…” ucap Nadya.
“Mimpi apa?” tanya Farisha. Dia bimbang jika Nadya terdengar perbualannya dengan Affan malam tadi.
“Aku mimpi Affan tak bahagia…dia cakap kat aku dia ada problem tapi tak boleh nak share dan dia mintak maaf…”
“Mimpikan mainan tidur Nadya…”
“Tapi malam tadi Affan bisik kat telinga aku…macam nilah lebih kurang… Irinnn…perlahan aje Sya, sayu hati aku. Sejak kami putus aku tak pernah mimpikan Affan tapi entah kenapa malam tadi dia hadir dalam mimpi aku” terang Nadya lagi.
“Kau rindukan dia kot…ataupun mungkin Affan pun rindu pada kau. Orang kata mimpi ni kadang macam firasat, tapi tak tahulah kan… hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya. Kita nak pergi holiday ni…takmau sedih-sedih, kita enjoy!” ucap Farisha sambil meniru gaya Nora Danish dalam sitkom Puteri.

“Nadya… macamana kalau sebenarnya Affan dipaksa kahwin, macam kau kena paksa kahwin dengan Khai” soal Farisha. Dia ingin tahu sejauhmana penerimaan Nadya terhadap perkara ini.
“Maksud kau?” tanya Nadya.
“Katalah, sebenarnya family kau tak suka Affan sebab Affan bukanlah dari kalangan orang kaya macam kau. Mak ayah dia orang Felda aje, harapkan Mawi menang AF baru orang kenal Felda Taib Andak…kalau tak kat ceruk mana pun orang tak tahu”
“Tapi ibu dan ayah aku kenal Affan… dah lama diorang kenal bukan sehari dua ni Sya. Lagipun parents aku layan Affan elok aje. Kau pun tahukan, ibu aku tak pernah kisah pun dengan siapa aku berkawan…” ujar Nadya membela keluarganya.

“Lain Nadya…kawan dengan menantu… Memanglah mak kau tak halang kau nak kawan dengan siapapun tapi untuk jadi menantu dia, mestilah dia pilih dari kalangan yang sekufu. Lagi pulak kau anak tunggal Nadya, perempuan pulak tu…harta mak bapak kau yang melambak tu takkan nak serah pada anak peneroka macam Affan. Lebih baik diberi pada Khai, yang tentu-tentunya anak buah dia…”
“Teori konspirasi apa yang kau pakai ni Sya?”
“Konspirasi Korban Cinta namanya… Let’s say benda ni betul macamana?” tanya Farisha pula. Nadya mengeluh. Berat kepalanya untuk memikirkan logik teori Farisha.

“Affan dah pun kahwin Sya… kalaulah betul sekalipun teori kau, yang makan hati adalah aku, yang merana pun aku. Bukan Khai, bukan Affan bukan jugak parents aku atau mak long dan pak long aku. Yang mati dulu nanti pun aku…” ucap Nadya sedih. Suasana sepi seketika. Farisha buntu. Yang nyata Nadya tidak akan sesekali pergi kepada Affan, dia teguh dengan prinsipnya. Farisha risaukan Nadya, bimbang temannya itu berpanjangan menjeruk rasa.

Lebih dua jam memandu akhirnya mereka sampai di jeti. Suasana pagi di jeti agak sibuk. Deruman enjin kapal-kapal kecil yang berlabuh membingitkan telinga mereka berdua. Farisha dan Nadya bergegas ke kaunter Sun and San Resort untuk membuat tempahan hotel di pulau Tioman. Mujur masih ada bilik untuk mereka.
Perut yang masih belum terisi sudah mula bernyanyi lagu keroncong. Nadya mengajak Farisha bersarapan di sebuah gerai makan yang berdekatan.
“Tak boleh makan banyak Sya…nanti mabuk laut…muntah…” pesan Nadya.
“Aku nak beli pil mabuk…kalau muntah-muntah tak syok…malu…” balas Farisha pula.
“Nadya…sementara kita tunggu feri datang, apa kata kita round bandar Mersing ni kejap. Kita ada masa satu jam lagi ni…nak tak?” pelawa Farisha.
“Kau nak ke mana?”
“Apa kata kita serbu rumah Nasharudin? Kau ingat tak budak Electrical yang mengurat kau dulu?”
“Ohh…Din Atom tu ehh? Ishh malulah…dia kan dah kahwin…”
“Alah…bukannya kita nak pergi pinang dia. Just say hello Din…”
“Tak payahlah….Kita duduk aje kat tebing pemecah ombak tu ajelah…hirup udara pagi, lagi best…”
“Ikut suka hati kaulah Nadya Khairine…”

Mereka berdua menarik kerusi dan mula melepaskan lelah memandu. Selepas bersarapan, tembok pemecah ombak menjadi sasaran mereka. Nadya ingin melontarkan kesemua kepayahan yang bersarang dijiwanya kini. Buang jauh-jauh semua masalahnya, dia ingin tenang untuk seketika waktu.


Lebih kurang jam 11.00pagi mereka mula bertolak ke Tioman. Tanah besar semakin jauh ditinggalkan. Tidak lama berlayar, Farisha sudahpun melentokkan kepalanya di dinding feri. Sejuk penghawa dingin menyebabkan matanya layu lalu tertidur. Nadya meninggalkan Farisha di tingkat bawah. Dia naik ke atas dek untuk melihat Laut China Selatan yang saujana meluas.
Nadya leka memerhatikan buih-buih putih yang terhasil dari kipas feri, sesekali buih-buih itu terbang dan kemudian jatuh semula ke dalam air. Fikirannya turut terbang sama. Teringatkan percutian yang telah dirancang bersama Affan, namun dibatalkan apabila Affan memutuskan ikatan kasih mereka.
“Irin… dah lama kita tak pergi holiday sama-sama. Lepas raya nanti kita ke Pangkor, I ada baki cuti seminggu lagi so bolehlah kita habiskan bersama”
“I tak kisah Affan… ke Pangkor boleh, kat JB aje ni pun tak apa”
“Tak naklah kat JB…this time I nak bawak you jauh dari kawan-kawan you yang ramai tu. Kalau kat JB pergi sana jumpa…pergi situ pun jumpa. Nanti I jadi kayu…you dah macam penyanyi Hong Kong kena serbu dengan peminat…” gurau Affan.
“Kata orang pulak, yang you tu sebijik macam apek kat Petaling Street tu you tak sedar… Dengan seluar you yang senteng tu, lepas tu pakai sandal… sebijik macam Ah Seng kedai basikal…” tawa Nadya.
Sungguhpun Affan gemar memakai seluar senteng menutupi lutut dan tee longgar, Nadya tidak kisah. Baginya Affan pakai apa sekalipun dia tetap segak.
“Irin nanti pakai baju apa? I nak pack baju sekarang ni…”
“Hmmm… day first I nak pakai blouse hitam bunga biru…”
“Okay, kalau macam tu I bawak balik T-shirt biru yang kita beli dekat Alamanda dulu…then you nak pakai cardigan warna oren tu tak? Kalau you nak…I bawak sweatshirt oren yang you belikan. I suka kalau kita pakai sama warna…barulah orang tahu yang kita ni loving couple…”
Terngiang-ngiang suara Affan. Bagaikan Affan sedang berkata-kata di sebelahnya. Hati Nadya hiba. Kalaulah Affan berada disisinya sekarang ini, pasti dialah gadis yang paling gembira di dunia.

Melihat pasangan yang asyik bergurau dihadapannya, airmatanya menitis. Sesungguhnya dia terlalu rindukan Affan. Nadya sendiri tidak mengerti mengapa dia masih tidak dapat melupakan Affan. Berkali dia mencuba, saban hari, saban waktu namun wajah dan suara Affan sentiasa berligar di mata dan telinganya.
“Sampai hati kau tinggalkan aku sensorang kat bawah…” ujar Farisha sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Nadya.
“Laaa…nangis? Kenapa?” soal Farisha.
“I miss him Sya…” ucap Nadya sayu.
“Aku tahu…aku faham… Tapi kau kan dah janji tak mahu fikir pasal Affan lagi. Affan tengah seronok dengan bini dia sekarang ni. Dah…tak usah nangis lagi. Lepas ni kat Tioman sana ada ramai lagi yang handsome, bujang, kaya yang tunggu kau…” tegas Farisha.

Hampir dua jam perjalanan dengan feri akhirnya mereka berdua selamat sampai di jeti Kampung Tekek. Percutian tanpa perancangan, tiada banyak yang dibawanya. Tiada pakaian mandi, tiada goggle, tiada sunblock. Semuanya tiada.
“Nanti kita pergi snorkeling nak tak? Kau kan suka tengok ikan dengan coral…” pelawa Farisha.
“Suka…suka sangat… Teringat masa ikut Affan dengan Khai ke Sibu dulu. Kat situlah aku belajar kenal laut…”
“Laa…sebut lagi nama Affan…” sergah Farisha.
“Habis tu kau ingat senang? Bertahun Affan sinonim dengan hidup aku. Kau ingat sebulan dua aku boleh lupakan dia? Baju aku, kereta aku, komputer aku, jam, bracelet ni…semua associates dengan Affan, Sya. Aku ni rasa macam nak mati tau Sya…sengsara nak lupakan dia” marah Nadya.
“Sorry…sorryyy…. Ya Allah aku takde niat pun, aku mintak maaf okay…Sorry Nadya…” pujuk Farisha. Dia menyesal dengan kata-katanya yang mengguris hati sahabatnya itu.

Tiba di kaunter pendaftaran dengan tram khas, Farisha terus sahaja menguruskan pendaftaran mereka. Manakala Nadya duduk menunggu di lobby lounge. Dia memerhatikan keadaan disekeliling. Tidak berubah sama sekali, masih seperti dahulu.
“Heyyy…what a pleasant surprise…” sapa seorang lelaki. Berseluar pendek paras lutut dan memakai kemeja berbunga. Nadya mendongakkan kepalanya.
“Hai Prof… tak sangka jumpa kat sini…apa khabar?” tanya Nadya sambil mereka berjabat tangan. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu dengan sifunya di universiti dahulu.
“Baik, baik…baik…” ulang Dr. Azhar berkali-kali. Dia cukup gembira berjumpa dengan Nadya di situ.
“Datang dengan student atau family?” tanya Nadya lagi.
“Student…apa projek sikit di kaki gunung tu…You ni datang dengan siapa Khairine? Affan ke?” giliran Dr. Azhar pula bertanya.
“Tak…I datang dengan kawan I…Affan dah kahwin…”
“Sorry to hear that…Bila masanya dia kahwin? Dia tak jemput I pun…Si Azrene pun tak cakap Affan kahwin…Ini betul-betul surprise ni Khairine…”
“Entahlah Prof. I pun Affan tak jemput, lagikan pulak anak you, coursemate dia…”
“Macamana ni Khairine, selama ini I ingatkan you dengan dia…”
“Tak tahulah Prof. I pun ingat macam tu jugak. You pun tahukan kami macamana…anak you satu universiti dengan dia, you pulak mengajar I di universiti…kita saling kenal antara satu sama lain… tapi rupanya masih ada ruang yang kita tak tahu…”
"Takpe Khairine…hidup ini tak seperti yang kita selalu harapkan. If you love him, let him go. If he returns, he's yours. If he does, he never was… that said and done, you'll have to take stock of your own situation. I'm around if and when you want someone to talk to..." ujar Dr. Azhar. Lelaki itu seperti ayahnya. Penuh dengan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar.
“Affan…Affan…” ujar Dr. Azhar sambil menggelengkan kepalanya.
“Kalau you takde plan petang nanti bolehlah ikut student I ke lapangan…” pelawa Dr. Azhar.
“Insya Allah Prof, nanti kalau I nak ikut…I bagitahu you… I ke bilik dulu Prof…”
Hubungan baik yang terjalin antara Nadya dan Dr. Azhar menjadi semakin erat apabila mengetahui yang Affan rakan sekursus dengan anaknya, Azrene. Dr. Azhar menganggap keduanya seperti anaknya sendiri malah dia bukan setakat menjadi tempat rujukan Nadya dan Affan tetapi tempat Nadya meluahkan resah dan gundahnya. Lelaki awal 50an itu sangat memahami jiwa mudanya.

Petang itu, dengan persetujuan dari Farisha mereka berdua mengikut Dr. Azhar dan pelajarnya ke lapangan kajian mereka di kaki Gunung Nenek Semukut. Sepanjang perjalanan merentas denai hutan, Nadya ringan berkongsi kisahnya yang lara dengan Dr. Azhar. Malah ahli geologi itu juga tidak lokek memberi pandangan dan nasihat kepada Nadya yang telah dianggap sebagai sebahagian dari keluarganya.
“I tak pernah terjangka it gonna end up like this Khairine… like I always mentioned before, Affan and you are match-make in heaven. Pasangan yang sangat ideal… I betul terkejut siang tadi bila you kata Affan dah kahwin dengan orang lain. Lama juga I berfikir…mengapa Affan mengambil tindakan sebegitu. Apakah dia sedar apa yang dia lakukan, apakah dia sudah menimbang sehabis mungkin segala tindakannya. Sangat sukar untuk kita percaya…kerna I tahu bagaimana Affan menginginkan kamu…” kata Dr. Azhar. Nadya Khairine tekun mendengar, begitu juga dengan Farisha.
“Tak ada jodoh Prof…” ucap Nadya perlahan.
“Ya… ada pepatah mengatakan yang bercinta tidak semestinya bersatu. Saya mahu lihat kamu teguh Khairine…kamu punya masa depan yang cerah. Jangan biarkan kekecewaan ini menyelubungi dunia kamu…” nasihat Dr. Azhar lagi.
“Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung pedihnya Prof. Tapi saya sentiasa mengingatkan diri, Affan sudah bahagia, mengapa perlu saya menangis. Jika Affan bahagia, saya sepatutnya bangga kerana telah menyelamatkan Affan dari terus kecewa. Mungkin Affan tidak bahagia ketika bersama saya…dan kerana itulah dia mencari kebahagiaan lain…” ucap Nadya Khairine. Farisha tekun mendengar luahan hati sahabat karibnya itu. Saat ini, hanya dia dan Affan sahaja yang tahu duduk perkara yang sebenar.

“Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor…di lapangan ini ada pelbagai spesis kumbang dan bunga…tinggal pilih aje kan Prof” celah Farisha.
“Hmm… betul kata kamu tu” kata Dr. Azhar.
“Sebenarnya keluarga sudah merancang untuk menyatukan saya dengan Khairul…sebab itu saya ke mari”
“Dengan Khairul anak Datuk Hassan, sepupu kamu tu? Dah berbelit cerita ni kamu ni Khairine…” kata Dr. Azhar. Nadya Khairine tunduk. Dia sedih mengenang cintanya yang tidak kesampaian. Sayu hatinya teringatkan ibu yang ditinggalkan.
“Mungkin Affan tinggalkan kamu kerana keluarga telah merancang untuk mengahwinkan kamu dengan Khairul…Affan dan Khairul bersahabat baik… tidak mustahilkan?”
Farisha tercengang. Dr. Azhar bijak menyusun ‘puzzle’ ini dengan tepat sekali.
“Susah kalau dah melibatkan keluarga ni Khairine…banyak hati yang perlu dijaga, banyak perkara yang perlu diambil kira…kena duduk berbincang dari hati ke hati, mungkin nanti akan jumpa jalan penyelesaian…” nasihat Dr. Azhar.
“Tak tahulah Prof. Sekarang ini saya ingin lapangkan fikiran dulu…selama ini saya tak pernah menolak segala kehendak keluarga. Semua kemahuan ayah dan ibu saya turuti. Belajar dalam Negara, ambil jurusan yang dipilih oleh ayah… bekerja dengan syarikat ayah… semuanya saya turutkan walaupun hati saya sebenarnya pada alam yang luas ini…” keluh Nadya Khairine.
“Tak mengapa Khairine…tak rugi menurut kata ibubapa. Syurga menanti sebagai balasan kepada mereka yang patuh dan taat pada ibubapa”
“Insya Allah Prof.”

Suasana di kaki gunung mula kelam. Dr. Azhar meminta pelajarnya berkemas untuk turun ke resort. Dia tidak putus-putus memberikan nasihat kepada Nadya Khairine. Baginya gadis itu perlu panduan dari orang yang lebih matang dan berpengalaman. Mujur mereka bertemu di situ hari ini. Jika tidak, Nadya pasti kusut memikirkan nasibnya. Nadya Khairine ibarat sehelai kain, jika diwarnakan dengan warna-warna sejuk, hatinya akan sejuk. Tetapi jika dijirus dengan minyak dan dibakar, maka terbakarlah dia.
“Khairul tu baik jugakan…” kata Dr. Azhar ketika mereka mula menuruni denai untuk kembali ke resort.
“Dia pelajar kejuruteraan yang cemerlang di MIT…” kata Dr. Azhar Hussin.
“Ya Prof, dia bukan sahaja pandai tapi baik hati…” balas Nadya Khairine. Abang sepupunya itu sangat cemerlang dalam pelajaran, namun Affan tidak kurang bijaknya. Jika dibuat perbandingan di antara Affan dan Khairul Shahrin, Affan masih mendahului. Bagi Nadya, Affan lebih berjaya kerana dia datang dari keluarga yang susah. Kehidupan di Felda yang dilaluinya tidak semudah Khairul Shahrin yang lahir dari keturunan orang berada. Kesederhanaan yang diamalkan Affan Afzam itulah yang membuatkan dia jatuh cinta pada lelaki itu.
“Percaya tak kalau saya katakan kamu mungkin hidup bahagia jika kamu berkahwin dengan Khairul?”
“Kenapa Prof. cakap macam tu?”
“Kamu tahu, jika kita sukar untuk mendapatkan sesuatu kita akan berusaha sehingga ianya menjadi milik kita. Dan bila ia sudah berada dalam genggaman kita…tidak sesekali kita akan melepaskannya…” ujar Dr. Azhar dengan bernas. Nadya Khairine mengangguk kecil, mengutip dan mencantumkan kata-kata professor geologi itu menjadi sebuah lukisan di benaknya.
“But it gonna takes sometime for us to accept something new to us…” celah Farisha.
“Yeah, it’s not easy…not that easy…” balas Dr. Azhar.
“You know what Khairine, it’s not easy for us to forget someone that we love and care…for sure you cannot forget him in a blink. Perhaps it going to take a few months or maybe few years…” hujah Dr. Azhar lagi.
“Affan sudah pun kahwin, dia sudah buat pilihan dan kamu harus menghormati keputusannya. Affan telah memilih untuk berundur, dia juga berkorban untuk kamu, untuk sahabat baiknya Khairul. Bukan senang untuk menyerahkan cinta kita pada orang lain. Tentu Affan fikir adalah lebih baik menyerahkan kamu pada orang yang dia percayai, sahabat baiknya sendiri. Bukan orang lain Khairine, sepupu kamu juga. Affan sudah melakukan tugasnya dan sekarang kamu juga perlu mengalah. Berkorban sedikit untuk keluarga juga tidak salah…apatah lagi kamu satu-satunya anak yang mereka ada. Ibu dan ayah kamu orang baik-baik Khairine, tentu niat mereka juga murni untuk menjodohkan kamu dengan sepupu kamu sendiri. Silap mereka tidak berterus terang dengan kamu sejak awal…”

Kata-kata Dr. Azhar itu mengundang airmata di pipi Nadya Khairine. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya, wanita yang selama ini memanjakan dirinya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Dia tersepit di antara cintanya pada Affan dan rasa marahnya pada keputusan melulu keluarganya.
“Think about it Khairine…” pesan Dr. Azhar. Farisha menggapai tangan sahabatnya. Mereka berdua saling berpandangan. Farisha menganggukkan kepalanya, dia bersetuju dengan kata-kata Dr. Azhar.
“Khairul dan Khairine…kalau buka kamus Arab, maknanya sama… kamu perasan tak?”
“Sebaik-baik…” beritahu Nadya Khairine.
“Very well planned…” bisik Dr. Azhar
“Okay guys, balik ke bilik masing-masing…rehat dan mandi atau buat apa yang patut, kita jumpa lagi masa makan malam nanti ” teriak Dr. Azhar kepada kumpulan pelajarnya.
“See you later Khairine… take care yah…” ucap Dr. Azhar. Mereka bersalaman sebelum masing-masing bertukar haluan. Nadya Khairine mengucapkan syukur dalam hati kerana dipertemukan dengan Dr. Azhar. Lelaki itu telah membuka hatinya untuk berfikir sekali lagi. Sebahagian hatinya telah terbuka untuk berkorban, demi ayah dan ibu. Alang-alang selama ini dia menurut kata mereka, tidak menjadi kudis dihatinya jika dia memenuhi permintaan nan satu itu.

“Kau nak telefon siapa tu? Ada coverage ke dalam semak ni?” tanya Farisha bila melihat Nadya mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandangnya.
“Penuh line ni…nampak tak?” kata Nadya Khairine.
“Nampaklah cik kak…”
“Hello…abang…” ucap Nadya Khairine. Farisha terdiam. Dia agak terkejut mendengar perkataan abang keluar dari bibir sahabatnya itu.
“I am in Tioman with Farisha…will you pick me up from Mersing on Wednesday?” sambung Nadya lagi.
“May I come?” tanya Khairul
“Nak datang sini ke? Tak payahlah… this is gals vacation, abang tak payah kacaulah. Nanti kita pergi honeymoon okay…”
“Up to you my dear…and thanks…”
“Don’t thank me…okaylah I nak ke bilik ni…rimaslah baru turun dari gunung dengan Dr. Azhar tadi…”
“Macamana boleh jumpa dia kat sana? Azrene ada sama ke?”
“Best friend you tak ada…papa dia datang dengan student la…”
“Ohh…I see…”
“Okaylah, send my regards to my mom. Please tell her not to worry bout me…”
“Insya Allah…”

Farisha memandang Nadya Khairine. Matanya mula berkaca. Entah gembira, entah pilu yang bertandang dalam hatinya kini. Simpati ada, kasihan juga tidak kurang. Dia tidak mahu Nadya menjadi korban percaturan kasih keluarganya. Namun dia menaruh harapan yang tinggi agar sahabatnya itu bahagia.
“Made up your mind?” tanya Farisha. Nadya Khairine mengangguk.
“If Affan can, so do I…”



QUOTE:
“Kamu tahu, jika kita sukar untuk mendapatkan sesuatu kita akan berusaha sehingga ianya menjadi milik kita. Dan bila ia sudah berada dalam genggaman kita…tidak sesekali kita akan melepaskannya…” ujar Dr. Azhar dengan bernas. Nadya Khairine mengangguk kecil, mengutip dan mencantumkan kata-kata professor geologi itu menjadi sebuah lukisan di benaknya.
“But it gonna takes sometime for us to accept something new to us…” celah Farisha.
“Yeah, it’s not easy…not that easy…” balas Dr. Azhar.
“You know what Khairine, it’s not easy for us to forget someone that we love and care…for sure you cannot forget him in a blink. Perhaps it going to take a few months or maybe few years…” hujah Dr. Azhar lagi.
“Affan sudah pun kahwin, dia sudah buat pilihan dan kamu harus menghormati keputusannya. Affan telah memilih untuk berundur, dia juga berkorban untuk kamu, untuk sahabat baiknya Khairul. Bukan senang untuk menyerahkan cinta kita pada orang lain. Tentu Affan fikir adalah lebih baik menyerahkan kamu pada orang yang dia percayai, sahabat baiknya sendiri. Bukan orang lain Khairine, sepupu kamu juga. Affan sudah melakukan tugasnya dan sekarang kamu juga perlu mengalah. Berkorban sedikit untuk keluarga juga tidak salah…apatah lagi kamu satu-satunya anak yang mereka ada. Ibu dan ayah kamu orang baik-baik Khairine, tentu niat mereka juga murni untuk menjodohkan kamu dengan sepupu kamu sendiri. Silap mereka tidak berterus terang dengan kamu sejak awal…”

Kata-kata Dr. Azhar itu mengundang airmata di pipi Nadya Khairine. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya, wanita yang selama ini memanjakan dirinya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Dia tersepit di antara cintanya pada Affan dan rasa marahnya pada keputusan melulu keluarganya.
“Think about it Khairine…” pesan Dr. Azhar. Farisha menggapai tangan sahabatnya. Mereka berdua saling berpandangan. Farisha menganggukkan kepalanya, dia bersetuju dengan kata-kata Dr. Azhar.
“Khairul dan Khairine…kalau buka kamus Arab, maknanya sama… kamu perasan tak?”
“Sebaik-baik…” beritahu Nadya Khairine.
“Very well planned…” bisik Dr. Azhar
“Okay guys, balik ke bilik masing-masing…rehat dan mandi atau buat apa yang patut, kita jumpa lagi masa makan malam nanti ” teriak Dr. Azhar kepada kumpulan pelajarnya.
“See you later Khairine… take care yah…” ucap Dr. Azhar. Mereka bersalaman sebelum masing-masing bertukar haluan. Nadya Khairine mengucapkan syukur dalam hati kerana dipertemukan dengan Dr. Azhar. Lelaki itu telah membuka hatinya untuk berfikir sekali lagi. Sebahagian hatinya telah terbuka untuk berkorban, demi ayah dan ibu. Alang-alang selama ini dia menurut kata mereka, tidak menjadi kudis dihatinya jika dia memenuhi permintaan nan satu itu.

“Kau nak telefon siapa tu? Ada coverage ke dalam semak ni?” tanya Farisha bila melihat Nadya mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandangnya.
“Penuh line ni…nampak tak?” kata Nadya Khairine.
“Nampaklah cik kak…”
“Hello…abang…” ucap Nadya Khairine. Farisha terdiam. Dia agak terkejut mendengar perkataan abang keluar dari bibir sahabatnya itu.
“I am in Tioman with Farisha…will you pick me up from Mersing on Wednesday?” sambung Nadya lagi.
“May I come?” tanya Khairul
“Nak datang sini ke? Tak payahlah… this is gals vacation, abang tak payah kacaulah. Nanti kita pergi honeymoon okay…”
“Up to you my dear…and thanks…”
“Don’t thank me…okaylah I nak ke bilik ni…rimaslah baru turun dari gunung dengan Dr. Azhar tadi…”
“Macamana boleh jumpa dia kat sana? Azrene ada sama ke?”
“Best friend you tak ada…papa dia datang dengan student la…”
“Ohh…I see…”
“Okaylah, send my regards to my mom. Please tell her not to worry bout me…”
“Insya Allah…”

Farisha memandang Nadya Khairine. Matanya mula berkaca. Entah gembira, entah pilu yang bertandang dalam hatinya kini. Simpati ada, kasihan juga tidak kurang. Dia tidak mahu Nadya menjadi korban percaturan kasih keluarganya. Namun dia menaruh harapan yang tinggi agar sahabatnya itu bahagia.
“Made up your mind?” tanya Farisha. Nadya Khairine mengangguk.
“If Affan can, so do I…”




Khairul menyampaikan khabar gembira yang diterimanya sebentar tadi kepada kedua orangtuanya. Ibu Nadya yang risau sejak pagi sudah mula tersenyum apabila mendengar berita tentang Nadya. Seharian dia termenung dan menangis memikirkan tentang anak tunggalnya itu.
“Dya cakap tak bila nak balik?” Tanya Hanum pada bakal menantunya.
“Rabu nanti Mak Su…dia suruh Khai jemput kat Mersing…” beritahu Khairul pada Hanum.
“Lapang dada dengar Nadya selamat… apa lagi dia beritahu pada kamu?” Tanya Hanum lagi.
“She did mentioned bout honeymoon…” ucap Khairul sambil tersipu malu. Seluruh ahli keluarga mengukir senyum.
“Alhamdulillah… terbuka juga hati Nadya akhirnya” celah Shafiyya.
“Jangan terlalu excited kak…mungkin dia perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan ini. Kita semua perlu berikan dia sokongan… kita tahukan apa yang Nadya lalui sebelum ni, jadi kalau boleh Khai mintak janganlah kita paksa dia…berikan sedikit masa untuk Nadya…” kata Khairul sambil memandang papa dan mamanya.

“Nadya budak yang dengar kata tapi sesekali dia memberontak juga. Hatinya lembut tapi kita tak tahu apa yang dipendamnya. Hanum risau kalau-kalau Dya terpaksa turutkan kehendak kita…takut dia makan hati bang, abang Long…” ujar Hanum kepada suami dan abangnya.
“Betul…macam yang Khai cakap tadi, memandangkan Nadya dah beri persetujuan, itupun dah cukup bagus. Kita berikan dia sedikit waktu…jangan ditekan sangat…” balas Hanafi, ayah Nadya.
“Yelah abang setuju dengan pendapat kamu semua. Piah tak kisah sangatkan kalau kita lajakkan sedikit hari perkahwinan Piah? Atau kita nak buat majlis berasingan untuk Khai?” Tanya Datuk Hassan.
“Piah tak kisah papa, tapi kena bincang juga dengan orang sebelah sana…”
“Hmmm…betul tu, nanti kita balik KL kita bincang semula. Sudahlah dah nak masuk waktu Maghrib ni…bersiaplah boleh kita ke masjid…” kata Datuk Hassan lagi.

Dalam perjalanan ke masjid, tangan Khairul sibuk berSMS dengan Nadya Khairine. Hatinya gembira tidak terkata. Syukur dipanjatkan kepada yang Esa berkali-kali.
“Dear, I promise that I will love you with all my heart and soul. I dunno how to express my feelings rite now but I’m so happy and extremely excited…thanks Nadya…thank you very-very much…”

“I dun expect much Khai…still there’s big hole to be patch. I am giving you the all chances that you might need” bunyi SMS yang dibalas Nadya.

Khairul akur dengan kemahuan Nadya. Dia sanggup bersabar demi Nadya. Apalah salahnya kalau dia memberi sedikit lagi waktu untuk Nadya. Baginya inilah saat-saat yang diidamkan, selama ini dia sekadar memandang gadis pujaannya bahagia disamping sahabat karibnya. Rasa berdosa kerana mengambil kesempatan ke atas Nadya, dia sendiri terkejut bila diberitahu Affan sudah berkahwin dengan seorang janda. Jika Nadya tahu siapa isteri Affan sekarang ini tentu dia akan lebih kecewa.

“Apa yang kau menungkan tu Nadya?” Tanya Farisha. Dia memerhatikan sejak mereka mula duduk di meja itu, Nadya hanya menguis makanan di pinggannya, tidak sesudu pun masuk ke dalam mulutnya.
“Tak ada apalah…” jawab Nadya. Masih lagi menguis makanannya.
“Tak ada bendanya… kau janganlah nak sorok dari aku Nadya, aku nampak dari airmuka kau yang tak berapa nak jernih tu…” kata Farisha.
“Tak berapa jernih ekk? Hmm…kalau macam tu esok pepagi kita pergi snor******. Lepas makan ni kita jumpa Muhammad, macam biasalah booking bot dengan dia…nak?”
“Ada aje jawapan nak mengelak…sukahati kaulah… aku syok juga dengar pasal snor****** ni. Tapi kita mana ada bawak swimsuit…”
“Takpe…lepas ni kita beli kat kedai…”
“Yahoo…Nadya belanja…”

“Sya… kau rasa Khai tu betul-betul sayangkan aku ke?” Tanya Nadya
“Hmm…kau yang rapat dengan dia kan…takkan kau tak tahu. Dia ada girlfriend tak sebelum ni?” Tanya Farisha pula.
“Tak ada… Khai tu mana reti mengurat perempuan, dia pun tak pernah serius…joker…” beritahu Nadya.
“Kalau kau dah kata macam tu, kesimpulan yang aku boleh katakan ialah…dia memang suka gila kat kau… Lain kali cik kak, tengok orang bukan dengan mata aje tau, tengok dengan hati kau sekali…” omel Farisha.
“Aku buat semua ni untuk ibu…bukan niat aku untuk lepas geram pada Affan. Kalau sudah tertulis jodoh aku dengan Khai, aku terima dengan redha… kau doakan aku Sya…” pinta Nadya.
“Insya Allah…”
“Thanks…”


Sepi malam membuai perasaan sayu dihati Nadya. Dia sudah membuat keputusan untuk akur dengan kehendak keluarga. Namun cintanya untuk Affan masih lagi tidak luak. Hatinya meronta-ronta ingin membuang segala kenangan jauh dari mindanya namun akal warasnya masih berkehendakkan agar Affan kekal disitu. Lenanya malam ini beralaskan airmata, pengorbanan yang sukar tapi perlu dilaksanakan jua.

“Irin…” panggil Affan.
“Irin…” panggil Affan lagi. Nadya menoleh ke belakang, dilihatnya Affan sedang berlari ke arahnya. Dia bingkas bangun dari bangku simen dan berlari mendapatkan Affan. Lantas mereka berdua berpelukan dan saling mengucapkan kata rindu.
“I rindukan you sayang… teramat rindukan you…” luah Affan di telinga Nadya.
“I pun rindukan you Affan…” bisik Nadya. Mereka berpelukan untuk beberapa ketika. Affan memeluk Nadya seeratnya bagai tidak mahu berpisah dengan gadis itu.
“Irin…maafkan I sayang… I need to go…” bisik Affan
“Affan please…jangan tinggalkan I lagi…” rayu Nadya
“I am so sorry sayang… I must leave now…”
Perlahan-lahan Affan merenggangkan pelukannya, membiarkan Nadya menangis di situ.
“Affan… Affan…” panggil Nadya
“Affan… Affan…” panggil Nadya lagi. Namun Affan telah hilang dibalik kelam malam.
“Affannnnnn…” jerit Nadya sekuat hatinya.

Terasa bahunya disentuh seseorang, Nadya membuka matanya. Terlihat wajah Farisha yang sedang duduk disisinya. Temannya itu menggelengkan kepala.
“Kau mengigau tahu tak…”
“Ya Allah… Sya, aku mimpi Affan datang mintak maaf kat aku Sya…”
“Nadya… kau ikhlas tak buat semua ni? Hmmm? Aku tengok kau macam tak bersedia nak lupakan Affan. Jangan terburu-buru Nadya…take as much time as you need. Kalau Khai sayangkan kau…suruh dia tunggu. Aku tak mahu benda-benda macam ni menyeksa kau di hari kemudian…” nasihat Farisha. Nadya memeluk Farisha dan menangis.
“Aku tak tahu apa aku buat Sya…tolong aku…” rintih Nadya.
“Tenangkan fikiran dulu… kau nak kopi tak? Aku buatkan…”
“No, thanks…”
“Kau perlukan rehat Nadya…jangan paksa diri… Tidurlah, hari masih pagi lagi ni, subuh pun jauh lagi. Kau tidur dulu okay…baca ayat Kursi banyak-banyak…” pesan Farisha.


Seawal jam 7 pagi Nadya telah siap berpakaian renang. Dia menyarung sehelai t-shirt untuk menutupi badannya. Sehelai pareo warna oren dan sehelai tuala nipis dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Farisha yang lebih awal bersiap membuka pintu chalet mereka.
“Dya…look at this…” panggil Farisha dari anjung chalet.
“Apa dia…” tanya Nadya dari dalam.
“Datang sinilah…tengok sendiri, keluar cepat…”panggil Farisha lagi.
“Kacaulah kau ni, nampak tak aku tengah sapu sunblock ni…”ujar Nadya sambil menunjukkan kakinya yang berkilat disapu krim.
“God…” ucap Nadya terkejut sewaktu melihat sejambak mawar putih dan merah jambu yang digubah indah. Bouquet itu diletakkan di dalam sebuah bakul rotan bersama dengan seekor teddy bear yang comel dan beberapa kotak coklat Merci kesukaannya. Dikelilingi bakul rotan yang diletakkan dihadapan pintu chalet mereka itu, ditaburi dengan kelopak ros putih dan merah jambu.
“Dari mana datang benda alah ni?” tanya Nadya.
“Bakal suami kau kot…tu ada kad…ambillah baca…” kata Farisha. Nadya tunduk mengambil kad kecil yang terselit diantara kotak-kotak coklat dan teddy bear.

“Dari Senai ke Kuantan, Dari Kuantan ke Kampung Tekek…untuk seorang puteri yang telah lama beraja di hati, ikhlas mengasihimu Khairul Shahrin…” baca Nadya.
“Apa bendanya dari Senai pergi Kuantan, pergi Kampung Tekek tu Nadya?” tanya Farisha, pelik dengan kata-kata yang tertulis di dalam kad itu. Nak kata pantun bukan, puisi pun bukan.
“Airportlah…dia terbangkan benda ni dari Senai ke Kuantan, transit kat Kuantan kot…ke naik bot dari Kuantan ke…arghh entahlah…”
“Nadya…sedap coklat ni, bawaklah sekotak dua, boleh buat alas perut nanti” cadang Farisha.
“Boleh…tak jadi masalah, kau nak makan semua pun tak apa…aku nak roses ni…Cantikkan?”
“Cantik sangat Nadya, untung kau dapat bakal suami loaded…”
“But he’s very calculative…some time…”

Nadya mengangkat bakul rotan itu lalu di bawa masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan jambangan ros itu diatas katilnya dan kemudian menyimpan coklat-coklat Merci ke dalam mini bar. Sekotak coklat diberikan kepada Farisha untuk dibawa ke tengah laut.
“Sya kau suruh Muhammad ambil kita kat sini pukul berapa? Aku malaslah nak jalan kaki pergi jeti”
“Kejap lagi sampailah dia. Tadi dia sms aku, katanya lagi 5 minit dia sampai.Dia suruh kita tunggu kat luar. Haahh…tu panjang umur dia, punyalah laju bawak buggy tu…ada kang tercabut tayar…” gurau Farisha.

“Kak Sya, Kak Rin…selamat pagi…” ucap Muhammad dengan ceria. Baju batik warna pink yang dipakainya begitu kontra sekali dengan kulit hitam manisnya.
“Selamat pagi Muhammad…” balas Nadya dan Farisha serentak. Mereka menaiki buggy lalu menuju ke pusat rekreasi air resort itu. Sampai di situ beberapa orang pelancong asing sudah menanti di dalam bot. Nadya begitu teruja untuk segera menaiki bot. Dia menanggalkan seliparnya dan mula berkaki ayam kemudian masuk ke dalam air. Bot yang sedang ditambat diletakkan agak hampir dengan pantai, memudahkan pemandunya untuk menolaknya nanti.

Bot kecil itu menderu laju menuju ke Monkey Bay, salah satu venue wajib untuk para pelancong. Keindahannya sangat menakjubkan ditambah pula dengan pelbagai spesis ikan karang yang berwarna-warni. Nadya begitu asyik melihat bukit bukau yang menghijau disekeliling pantai. Baginya Tioman terlalu indah dan punya nilai sentimental dalam hidupnya. Hampir setiap tahun dia akan berkunjung ke pulau ini sejak dari zaman dia menuntut di universiti lagi.
“Yeyy…bot dah berhenti…” Farisha berteriak gembira. Dia juga tidak sabar untuk terjun ke laut seperti Nadya. Masing-masing mula memasang goggle dan bersiap untuk turun dari bot.
“Muhammad tak nak turun sekali?” tanya Nadya.
“Tak apa Kak Rin, saya dah hari-hari tengok coral…hari ni saya kena jaga Kak Rin dengan Kak Sya” balas pemuda yang berasal dari Kluang, Johor itu. Farisha yang sudah berada di dalam air berteriak memanggil Nadya untuk segera turun.

Nadya sangat sukakan laut dan hutan. Baginya keindahan kedua-dua elemen alam ini bagai terapi minda untuknya. Dia tidak kesal kalau kulitnya terbakar akibat ‘sunburn’ asalkan kepuasan dirinya dapat dipenuhi.
“Sya…kau nampak tak ikan Bayan tadi…besarnyaaa…”
“Nampak…ikan tu cantik kat pasar pun ada jual, tapi tak pernah terfikir pulak nak beli. Tak tertelan aku rasa…hijau semacam sisiknya…”
“Sya…Sya… ada shark…” beritahu Nadya. Terkejut Farisha dibuatnya. Ingatkan jerung besar.
“Alah kau ni…coral shark aje…ingatkan jerung putih…”
“Tak kiralah, asal namanya jerung…” Nadya ketawa melihat Farisha yang cemas sebentar tadi.
“Apa-apa sahajalah Nadya Khairine, asal kau gembira sudahlah…jumpa naga dalam laut ni pun aku tak kisah…”

Dari Monkey Bay mereka dibawa ke Coral Island, kemudian ke Marine Park yang terletak di Kampung Salang. Di situ juga para pelancong di bawa ke pantai untuk berehat.
“Kena teh tarik pun sedap ni Nadya…”
“Hmm…makan pun sedap, lepas tu bloated…” balas Nadya. Bot mula perlahan dan mendekati pantai Kampung Salang, kemudian seorang demi seorang turun dari bot dan berjalan di dalam air. Sesekali mereka ditolak ombak. Farisha dan Nadya berjalan sambil berpegangan diantara satu sama lain, takut jatuh dek ombak yang ‘nakal’.

“I’ve been here before…” kata Nadya sewaktu kakinya mula mencecah pantai berpasir.
“Kau datang sini tiap tahun kan…” peringat Farisha pada sahabatnya.
“Yahh…many times…with Affan…”
“Dyaaa…” panggil Farisha dengan lembut. Dia tidak mahu Nadya menyebut nama Affan lagi. Farisha bimbang Nadya berubah hati lagi.

“Susah aku nak lupakan Affan Sya, apatah lagi untuk tidak menyebut namanya… kat bawah pokok sana tu, aku pernah berpiknik dengannya… kat pantai depan tu, tempat aku dan Affan berjogging setiap pagi…” beritahu Nadya sambil jarinya ringan menunjukkan tempat-tempat yang sarat menyimpan kenangannya bersama Affan.
“Kau tahukan Affan suka makan di warung…hmm… kat depan tulah dia selalu lepak sambil makan. Nasi goreng seafood kat situ nombor satu kat pulau ni…” ujar Nadya lagi.
“Kalau duduk kat resort, lidah Affan kelu…dia mana suka masakan hotel ni, rasa tak sesedap rupa…” sambung Nadya.

“Nadya…kau tak ada kenangan dengan abang kau ke? Asyik Affan aje…aku pun nak dengar juga cerita kau dengan Khairul, masakan tidak ada kenangan sedangkan Khairul dah lama suka kat kau…” celah Farisha. Nadya ketawa.
“Kau ni Isya, dengki betullah…aku baru nak flashback…”
“Tak usah flashback aku dah khatam dengar cerita kau dengan Affan. Cerita cepat, aku nak dengar cerita kau dengan Khairul…cepattt!!” tegas Farisha dengan nada bergurau.
“Selalunya…kat mana ada abang, kat situ ada Affan… tapi sebelum ada Affan, aku memang banyak habiskan masa dengan dia. Dia memang baik…sanggup buat apa sahaja untuk aku. Selama ini aku ingat, segala kebaikkannya pada aku berlandaskan hubungan keluarga… aku langsung tak sedar yang dia sebenarnya sukakan aku…” beritahu Nadya.
“Itulah engkau, tak buka mata luas-luas…”
“Kalau aku buka pun…hati aku tetap tak boleh terima dia. Aku dah anggap dia macam abang aku Sya, macamana aku nak terima dia jadi kekasih pulak…” beritahu Nadya jujur.
“Habis tu…kau tak jadi kahwin ke?” tanya Farisha. Nadya membisu, dia terus melangkah menuju ke warung di hadapannya. Farisha tercegat, buntu memikirkan jawapan yang diberikan Nadya.
“Mengapa kau harus menjadi korban Nadya…” kata hati kecil Farisha.


Sekembalinya dari snor******, Nadya dan Farisha menerima satu lagi kejutan. Di gigi air, telah berdiri seorang lelaki yang menunggu dengan sebuah senyuman.
“What is he doing here…”
“Dunno…aku tak jemput dia ke mari…” balas Farisha. Nadya mengeluh melihat kelibat bakal tunangnya. Dia jadi malas untuk turun dari bot.
“Dya… kot iya pun turunlah…” panggil Farisha yang sudah turun dari bot.
“Kau tak turun dia datang nanti…” kata Farisha lagi. Benar kata Farisha, Khairul Shahrin sudahpun melipat kaki seluarnya.

“Hai sayang…” sapa Khairul Shahrin mesra menyambut Nadya. Senyum kelat dihadiahkan Nadya kepada bakal tunangnya.
“Kenapa you datang?” tanya Nadya tanpa menunggu lama.
“Ibu dan ayah you yang suruh…not only me…semua orang ada kat sini” Khairul berterus-terang.
“Khai…told you not to come, right? You dah tak sabar sangat ke?” tanya Nadya tanpa memandang wajah Khairul. Farisha disebelahnya diam tidak bersuara.
“Demi Allah tak sampai ke situ niat abang… I Cuma ikut diorang aje Nadya. Bila sampai sini tengahari tadi I was told that you all pergi snor****** then ibu you mintak I datang sini jemput you…” beritahu Khairul tentang kehadirannya di situ.
“I tahu you tak mahu diganggu…bukannya I ni manusia tak reti bahasa…” tegas Khairul lagi. Nadya terkejut dengan bahasa yang digunakan Khairul. Dia tidak pernah berkasar begitu.
“I mintak maaf…bukan nak kata you macam tu…I am sorry Khai…” pujuk Nadya. Katanya tak berbalas. Nadya tahu Khairul marah. Dia tidak mahu bercakap lagi takut kalau ada yang terasa hati dengan kata-katanya nanti.

Dengan pakaian renang yang masih basah Nadya dan Farisha menaiki bugee dengan ditemani Khairul. T-shirt yang mereka pakai awal tadi juga sudah lencun. Sehelai tuala menyelimuti badan mereka berdua. Angin laut yang bertiup menambah lagi kedinginan mereka. Farisha sudah mula menggigil.
“Sejuk sangat…Muhamad, janganlah laju sangat…akak tak tahan sejuk ni…” beritahu Farisha kepada Muhamad.
“Kalau slow lagi sejuk nanti kak…lambat sampai ke bilik…” beritahu Muhammad. Dia memperlahankan bugee yang dipandunya. Jelas, semakin kesejukan gadis itu.
“Kejap lagi sampai…sabar kak…” kata Muhammad. Dia menambah pecutan pada bugee kecil itu. Apalagi menjerit Farisha dan Nadya. Khairul yang duduk disebelah Muhammad tersenyum sinis.

“Eh…Muhammad kenapa berhenti kat sini…” tanya Nadya apabila Muhammad memberhentikan bugee di hadapan bangunan utama resort itu.
“Abang ni kata turun kat sini…” jawab Muhammad.
“Kak Rin nak balik bilik la…Muhammad hantar kami ke bilik terus ya” pinta Nadya.
“Tak nak jumpa ibu dulu?” celah Khairul yang sudahpun turun dari bugee.
“Dengan baju basah macam ni? You nak suruh your mother tengok I dengan swimming suit ni ke? I nak ke bilik dulu…siap nanti I datang jumpa you…” tegas Nadya pula.
“Up to you then…kita semua duduk kat suite biasa…” beritahu Khairul sebelum pergi. Nadya memandang sepi bakal tunangnya yang pergi tanpa dikirim ucapan selamat. Dia sedang berusaha untuk mendamaikan hatinya yang sedang celaru.

“Janganlah berkasar dengan dia Nadya…aku takut dia bosan nanti…” nasihat Farisha ikhlas.
“Aku nak buat macamana lagi Sya… kau tahukan aku pesan apa kat dia, jangan datang sini…tapi kenapa dia ikut juga… kau tahukan aku tak suka di desak…”
“Bukan dia datang sorang kan… mak bapak kau pun ada sama kan…”
“Ya betul… tapi kenapa dia ikutkan idea diorang tu semua? Buat aku marah aje… aku baru nak berlembut Sya…” Nadya memperlahankan suaranya.
“Aku faham” kata Farisha.

Pintu suite apartment 502 diketuk. Wajah ibu terpempan dimuka pintu. Nadya memeluk ibunya lalu memohon maaf di atas perbuatannya. Menyusul dibelakang ibu, sang ayah yang risaukan anak tunggalnya.
“Masuk Nadya…”
“Ayah…Nadya mintak maaf…”
“Nadya tak salah…ayah dan ibu yang patut mintak maaf pada Nadya” ucap Hanafi sambil mengusap kepala Nadya.
“Isya mana?” Tanya ibu Nadya.
“Dia jumpa kawan Bu, kebetulan kawan-kawan di UM dulu pun ada kat sini…” beritahu Nadya.

Di ruang tamu yang sederhana besar itu, telah sedia menanti Khairul dan kedua ibubapanya. Nadya mengambil tempat disebelah Khairul. Suasana sepi seketika, memberi ruang kepada Nadya agar selesa dengan duduknya.
“Nadya sihat?” Tanya Pak Long.
“Sihat alhamdulillah Pak Long…” balas Nadya dengan lembut.
“Pak Long tahu Nadya tak suka kami ke mari, Nadya inginkan privasi…tetapi niat kami semua baik, bukannya untuk menyusahkan Nadya…” beritahu Pak Long lagi.
“Betul kata Pak Long tu Nadya. Ayah, ibu, Pak Long dan Mak Long sudah berbincang panjang lebar tentang hasrat kami untuk menjodohkan kamu berdua. Setelah difikirkan dan ditimbangkan sebaik-baiknya, kami sepakat untuk tidak memaksa Nadya mahupun Khairul…” kata ayah Nadya. Nadya hanya diam.
“Terpulang pada Nadya…samada mahu diteruskan rancangan ini atau tidak…” sambung ayah Nadya lagi.
“Bukankah ibu dan ayah dah buat keputusan bagi pihak Nadya?” Tanya Nadya yang nyata keliru dengan keputusan yang dibuat.
“Abang tak mahu Nadya terima abang kerana terpaksa…” celah Khairul pula.

“Ayah… Dya ikut aje semua keputusan dan kemahuan keluarga. Dya tak membantah. Ibu dan ayah dah aturkan semuanya untuk Nadya…apa perlu lagi Nadya buat selain dari bersyukur? Teruskanlah dengan rencana yang telah lama dirancangkan…sebagai anak Nadya tak membantah…ayah berhak menentukan siapa jodoh anak ayah…” tutur Nadya cermat.
“Nadya boleh terima Khai? Boleh lupakan Affan?” Tanya Pak Long.
“Apalah gunanya Nadya ingat pada Affan lagi, dia sudah menjadi suami orang Pak Long…”
“Papa, Pak Su…boleh Khai jumpa Nadya sekejap…” mohon Khairul.
“Pergilah…” balas ayah Nadya.

Nadya dan Khairul keluar dari suite apartment itu dan menuju ke kolam renang. Di situ tiada sesiapa kecuali limpahan lampu neon yang kelam. Sesuai untuk mereka berdua meluahkan segala rasa yang terpendam dalam jiwa.
“I Cuma nak beritahu you sesuatu…” Khairul memulakan bicara.
“Apa dia…cakaplah…”
“I will be going to USA…for about a year…”
“So…??”
“The wedding is cancelled…”
Terkejut dengan kata-kata Khairul, Nadya pantas berdiri dari duduknya. Dia memandang Khairul dengan sejuta persoalan.

“What are you trying to do? You dah suruh mak I benci Affan…you dah komplot dengan my parents sampai Affan lari tinggalkan I and now you pulak nak batalkan perkahwinan ni? Wow…Khai… you pelakon yang hebat, sangat hebat…” tengking Nadya
“Sampai hati you tuduh abang macam tu Nadya? I tak ada kena mengena dengan Affan dan segala tuduhan yang you cakap tu. Affan kawan baik I, apa gunanya I tikam dia dari belakang? I sanggup mengalah dan lupakan you semata-mata kerana Affan sukakan you…tapi you tuduh I macam ni…” ucap Khairul penuh kesal. Nadya terdiam.
“I mengaku I suka kat you, I sayang pada you…tapi I bukan manusia yang hina macam tu Nadya. I juga ada maruah, ada harga diri… I tak mahu you kahwin dengan I sebab parents kita paksa. Untuk apa I kahwin dengan you tapi hati you ingatkan Affan…tak ada makna kita kahwin kalau macam tu…”
“Sampai bila-bila pun I tetap akan sayang you…as my very good friends, as sister and…”
“Khai I am sorry…”
“Takpe…just tell our parents yang kita tak jadi kahwin…itu aje…” ujar Khairul. Dia mengajak Nadya kembali semula ke suite penginapannya. Nadya hanya menurut. Dia bimbang dimarahi ayah jika menolak kehendak keluarga.

Pintu dikuak perlahan. Dua wajah sugul masuk ke dalam. Kedua orang tua turut berkerut di dahi. Belumpun mulut dibuka, airmata Nadya terlebih dahulu jatuh membasahi pipinya.
“Nadya nak mintak maaf pada ayah dan ibu…juga pada Pak Long dan Mak Long. Memandangkan abang pun nak ke US, Nadya rasa kita tangguhkan dulu rancangan ini. Nadya dah bincang dengan abang tadi… Nadya tunggu sampai abang balik…” beritahu Nadya dengan jelas.
“Kalau macam tu kita tunangkan dulu budak berdua ni bang…” cadang Mak Long.
“Tak perlu mama… Khai tak mahu bertunang…” sampuk Khairul. Kedengaran kata-katanya seperti orang yang berjauh hati. Nadya rasa terpukul dengan keputusan drastik yang dibuat Khairul.
“Lahhh…kenapa pulak?”
“Khai tak mahu tunang, itu aje mama…”
“Nadya?”
“Nadya ikut aje apa yang abang fikirkan patut Mak Long…”

“Ishh…budak-budak ni, nak main-mainkan kita pulak” marah Mak Long.
“Bukan macam tu Mak Long… Nadya dengan abang dah setuju yang kami tak mahu bertunang, bila abang balik nanti…kita langsungkan terus…” sampuk Nadya untuk menyelamatkan keadaan.
“Huhh… macam-macamlah kamu ni…”

“Ayah, ibu…Nadya ingat balik ke chalet, dah malam ni…kesian pulak kat Isya sorang-sorang kat sana”
“Baliklah…esok pagi kita breakfast sama-sama…” balas ibu Nadya.
“Abang temankan…” kata Khairul. Nadya tidak menolak. Selepas bersalaman dengan kedua ibubapa dan Mak Long dan Pak Longnya, Nadya meminta diri untuk pulang ke chaletnya.


Dalam gelap malam mereka memilih untuk berjalan kaki. Hampir 1km jaraknya dari apartment menuju ke chalet yang terletak di bahagian utama resort itu.
“Nady mintak maaf bang…Nadya dah lukakan hati abang…”
“Abang tak boleh nak paksa orang untuk suka abang. Abang tahu Nadya masih cintakan Affan. Affan baik, dia sahabat yang jujur dan abang sendiri pun tak tahu menahu tentang rancangan keluarga kita. Tak siapa tahu tentang hasrat hati abang, abang tak pernah luahkan pada sesiapa, baik Affan, Kak Piah ataupun mama dan papa sendiri. Abang sukakan Nadya…tapi abang diam aje sebab abang tahu Nadya dan Affan saling mencintai…” ujar Khairul. Dia menggapai tangan Nadya dan menggenggamnya.
“As I always mentioned to you…bila abang dah sayang, abang akan sayang sampai bila-bila…” ujar Khairul lagi. Nadya membiarkan sepupunya itu memegang tangannya. Dia sayangkan Khairul tetapi masih berat untuk Nadya mengubah hatinya agar sayang itu bertukar menjadi cinta dan kasih.

“Abang nak buat apa ke US?”
“Entahlah…tiba-tiba terbuka hati nak sambung study…”
“Marahkan I ke?” Tanya Nadya
“A bit… not actually marah…tapi disappointed… just a bit…” jawab Khairul.
“I want you to know one thing, bila Nadya kata Nadya dah terbuka hati nak terima abang…Nadya betul-betul maksudkannya…” kata Nadya.
“Tapi masa tu you dalam keadaan terpaksa kan? You terima I sebab you nak lupakan Affan… dan sebab Affan dah kahwin dengan orang lain…”ujar Khairul pula.

“Hmmm… I am not sure bout myself. You pun tahukan how much I love him… Out of sudden Affan datang dan beritahu nak putus…almost gila bila dengar apa yang dia cakap. Rasa tertipu, rasa dikhianati… tujuh tahun menyulam cinta tapi tiba-tiba Affan kahwin dengan orang lain…”
“Tapi abang takde kena mengena dengan semua tu…demi Allah” tegas Khairul sekali lagi.
“Nadya mintak maaf pasal tuduh abang melulu tadi… Nadya terdengar Farisha berbual dengan Affan kat telefon masa malam Nadya tidur kat rumah Isya. Affan ada mentioned pasal dia dipaksa oleh someone… I tahu Affan sayangkan I. Affan sanggup korban apa sahaja untuk I termasuklah menafikan segala kasih sayangnya untuk I…”
“Tapi semuanya dah berlalu…Affan dah jadi milik orang lain dan I perlu mengakhiri semua ini. I tahu you sayangkan I… tapi I perlu masa untuk bina kehidupan yang baru…” sambung Nadya lagi.
“Take as many time as you need my dear… I wont be around for some time dan you boleh fakir dan Tanya hati you…siapa dan apa yang you mahukan selama ini. Jangan biarkan nafsu kita yang beri jawapan…tapi tanyalah hati, tanyalah akal dan tanyalah jiwa…apa yang kita mahukan sebenarnya…” pesan Khairul.
“I feel…very bad…”
“No Nadya…don’t feel bad. You such nice girl…kind-hearted, cantik…kelakar…semuanya ada pada you… Kalau betul ada jodoh kita, abang percaya Nadya akan jadi milik abang… tapi kalau sudah ketentuan Allah kata, jodoh Nadya dengan Affan… kita tak boleh nak kata apa…”
“He’s married abang…”
“Mana tahu esok lusa dia bercerai…Nadya pun tahukan…how much he want you…”

Nadya mengeluh. Sampai ke situ Khairul berfikir. Langsung tidak pernah singgah diakalnya yang Affan akan bercerai-berai kerananya. Affan seorang yang bijak dalam menangani segala permasalahan yang melanda dirinya. Sarjana Elektrikal dari sebuah kolej terkenal di Amerika itu sangat bijak dan berfikiran jauh. Affan tidak akan buat kerja bodoh!
“Jodoh pertemuan, ajal dan maut urusan Allah, sebagai umatNya I terima siapapun jua lelaki yang telah disuratkan untuk jadi suami I…Insya Allah…”
“Yeahh…Insya-Allah…”


Masa berganti...Tahun berlalu...


Langkah panjang diatur kemas. Nadya sudah terlewat 15 minit untuk menghadiri seminar di Shangri-La Putrajaya. Kelewatan kapal terbang yang dinaikinya dari Johor Bahru antara sebab utama mengapa dia terlewat hari ini. Sampai di dewan, seminar sudah bermula. Nadya terpaksa duduk di kalangan peserta lelaki di bahagian belakang memandangkan tempat duduk di bahagian depan sudah penuh.
Dengan nota seminar yang diberikan sewaktu mendaftar, Nadya mencatat beberapa perkara yang dirasakan penting. Dia turut menyelak-nyelak helaian nota itu beberapa kali. Diselak semula muka hadapan membaca nama-nama speaker yang akan memberi ucapan. Tercatat nama Dr. Affan Afzam Annuar dari InnoTechnologies. Terkejut, terperanjat, gabra melihat nama yang hampir sama dengan orang yang pernah berada dalam hatinya suatu waktu dulu.
“Affan bukan doktor…mungkin nama aje serupa…”bisik Nadya sendiri. Dia kembali tekun mendengar ceramah yang diberikan. Sesekali dia mencatat sesuatu ke dalam PDAnya.

Melihat pada barisan jurutera lengkap beruniform yang tertulis nama InnoTechnologies, memanggil Nadya untuk menyelak semula senarai nama speaker di muka surat pertama tadi.
“Dr. Affan Afzam Annuar…InnoTechnologies, Putra Nilai…”sebut Nadya.
“Office Affan di Cyberjaya… yang ini kat Putra Nilai… kat mana ni ya…” ucap Nadya dalam hati. Tergerak untuk bertanya dengan lelaki di sebelahnya yang memakai uniform putih tertulis InnoTechnologies di lengan bajunya.
“Excuse me…Encik…”sapa Nadya. Lelaki Melayu disebelahnya menoleh.
“Masya Allah…Azrene?”
“Nadya? Ya Allah aku boleh tak perasankan kau duduk sebelah aku… Apa khabar?”
“Sihat Az… kau lain betul sekarang…” Nadya mengamati perubahan fizikal sahabat baik Affan dan Khairul itu. Sudah berjambang dan tubuhnya sedikit berisi.
“Masa berubah… manusia juga berubah…kan?” jawab Azrene dengan penuh makna.
“Kau tengok Affan…dia juga dah berubah, sudah bergelar Dr. Affan Afzam…” beritahu Azrene tanpa perlu Nadya bertanya kepadanya.
“So…lepas ni giliran Affanlah yang akan bagi ceramah?”
“Ya Nadya…”

Nadya terpaku apabila Affan muncul di pentas. Hampir airmatanya menitis melihat tubuh kurus tinggi Affan berdiri memberi ceramah. Affan sedikitpun tidak berubah sejak kali terakhir mereka bertemu di hari perkahwinan Affan dua tahun lalu.
Tiada satupun ucapan Affan singgah dibenaknya. Kata-kata yang dilafaz Affan bagai dibawa angin lalu. Matanya tertumpu pada Affan di pentas tapi fikirannya melayang.

Sebaik sahaja sesi soaljawab dibuka. Ramai peserta yang hadir bergilir-gilir bertanyakan soalan kepada Dr. Affan Afzam. Nadya tergerak hati untuk bertanyakan soalan yang sudah tersedia sejak dalam perut kapal terbang lagi, namun dia sungguh tidak menyangka yang soalannya itu akan diajukan kepada Affan.
“Silakan cik yang di barisan belakang itu untuk bertanyakan soalan kepada Dr. Affan…sila berikan nama dan syarikat anda…”
“Terima kasih pengerusi majlis. Saya Nadya Khairine dari JM Power Resources, Johor Bahru ingin bertanyakan soalan kepada Dr. Affan. Bagaimanakah jika negara ini melaksanakan sistem penjimatan tenaga seperti yang diamalkan di negara-negara barat…apakah impak…” belumpun sempat Nadya menghabiskan soalannya dewan itu tiba-tiba gelap. Hanya samar cahaya daripada lampu-lampu kecemasan yang menerangi dewan itu.

Tindakan pantas urusetia majlis membawa para peserta seminar keluar dari dewan yang mula membahang itu melegakan mereka. Kesemua yang berada di situ di minta ke foyer dewan untuk menikmati hidangan ringan.
“Affan takut nak jawab soalan kau tadi Nadya, sebab itulah tiba-tiba dewan blackout…” usik Azrene. Nadya tersenyum. Dia juga sebenarnya gementar tadi.
“Heyy…mengumpat aku ke?” soal Affan yang muncul dengan tiba-tiba.
“Kau ni Affan tak reti sekali bagi salam… Kau kenal lagi tak dengan makwe sebelah aku ni…?” tanya Azrene. Nadya jadi serba-salah. Dia cuba berlagak biasa namun semuanya serba tak kena.
“Kenal… masih kenal lagi…superwoman yang ambil double degree…dan lulus cemerlang kedua-duanya… Apa khabar Irin…” tegur Affan.
“Alhamdulillah doktor…” balas Nadya dengan formal sekali.
“Tak sangka kita jumpa lagi di sini” tambah Affan lagi. Nadya mengangguk. Dua tahun lamanya dia cuba lupakan Affan dan hari ini ketika Affan berdiri dihadapannya lelaki itu tidak seperti Affan yang dikenalinya dulu. Affan begitu tenang sekali bagaikan tidak ada satupun perasaan yang masih tinggal dihatinya.
“Kau dah kahwin belum Nadya?” tanya Azrene tanpa berselindung.
“Aku? Belum sampai seru lagi Az”
“Khai?” tanya Affan pula.
“He’s in USA pursuing his doctorate…will be back by end of this year…” beritahu Nadya.
“Wahhh…semua orang ambil PhD nampaknya…aku seorang aje yang ada Masters ni…tak boleh jadi ni…” gurau Azrene.
“Aku dah tak boleh nak study lagi Az, ingat nak jadi petani aje lepas ni…” kata Nadya.
“So bila nak langsung dengan Khai?” soal Azrene lagi.
“Dia belum masuk meminang lagi…” jawab Nadya jujur. Affan nyata tersentap dengan jawapan yang diberikan Nadya.
“Irin dengan Khai belum bertunang? Belum kahwin lagi?” giliran Affan untuk bertanyakan soalan sensitif itu kepada Nadya.
“Khai kata I belum bersedia lagi… Guys, boleh tak kita tukar tajuk lain? I tak selesalah bincang perkara ni” pinta Nadya. Affan memandang Nadya. Rasa kasihan terbit dihatinya. Affan mencari maksud ‘belum bersedia’ yang dikatakan Nadya tadi. Apakah kerana dirinya atau kisah silam mereka berdua. Gadis itu memalingkan mukanya ke arah lain. Dia masih sayang dan cintakan Affan. Kedua hati mula berbisik melafazkan rindu yang terbungkam sejak lama.

“Sorry Nadya, aku mintak maaf. Okay…apa kata aku jemput korang datang dinner kat rumah aku malam ni? Nadya…bapak aku sure suka bila jumpa kau nanti…kau kan student favorite dia. Amacam Affan? Kau OK ke?”
“Aku takde hal… Irin tinggal di mana?” Tanya Affan. Terlintas jua dihatinya ingin menjemput Nadya ke rumah Azrene.
“I tinggal dengan keluarga Khai di Kajang…”
“Ohh…”
“Az malam nanti kalau aku tak ada plan dengan Mak Long, insya Allah aku sampai ke rumah kau…aku tak janji ya…”
“Ajaklah bakal mak mertua kau tu sekali… boleh kenal-kenal dengan family aku” pelawa Azrene lagi.
“Nantilah…” jawab Nadya ringkas.

Seminar hari pertama berakhir pada jam 5 petang. Nadya bergegas ke bahagian Concierge hotel itu untuk mengambil beg pakaiannya yang ditinggallkan di situ pagi tadi.
“Kata tidur rumah Mak Long” tegur seorang lelaki dibelakangnya. Nadya menoleh, dilihatnya Affan sedang berdiri seorang diri. Berpakaian kemas, siap dengan sut biru gelap dan bertali leher Affan kelihatan sangat professional.
“I nak ambil beg aje…tinggalkan kat sini siang tadi…” jawab Nadya. Gementar jantungnya pabila ditegur Affan. Nadya bimbang jika dia jatuh cinta lagi pada Affan. Kasih sayangnya yang cuba dipadam sejak dua tahun lalu dibimbangi bersemarak semula.
“Wanna ride to Kajang?”
“No, thanks… Mak Long akan jemput I kat sini. You still live in Cheras?”
“Yeahh… masih di situ, tak ke mana-mana since I duduk situ. You tahukan Cheras tu favorite spot I senang nak ke mana-mana…semuanya dekat, very convenient for me…” balas Affan panjang.
“Abang Mat Tanjung masih jual Kway Tiaw Penang?” tanya Nadya pada Affan. Teringat pula pada kenangan lalu saat bahagia mereka berdua, Affan selalu mengajaknya makan di gerai itu.
“Ada lagi… Irin nak makan kway tiaw ke?”
“Taklah, I tanya aje Fan…”
“Kalau nak I boleh bawakkan…”
“Tak apa…jangan susah-susah… I tak mengidam…”

Affan tersenyum. Nadya masih mahu bergurau dengannya. Hatinya lapang bertemu Nadya di situ hari ini. Nadya kelihatan tenang bila ditegurnya, langsung tidak terbit rasa benci di hati gadis itu. Tiba-tiba Affan rasa terkilan di atas perbuatannya dulu.
“Irin masih kerja dengan ayah ke?” tanya Affan cuba untuk mengajak Nadya berbual lebih panjang.
“Masih lagi… siapalah yang nak tolong ayah kalau bukan I… Kadang I rasa macam tak larat, tapi apa boleh buat…I seorang aje anak dia… You kena beranak ramai Fan, kalau tidak nanti anak you senasib dengan I…lone ranger…”
Affan tersenyum lagi. Nadya rindukan senyuman itu. Senyuman yang pernah menceriakan hidupnya dulu.
“Berapa dah anak you Fan?”
“Nil…” ringkas jawapan yang diberikan Affan.
“Family planning ke? Tak mahu menyahut seruan kerajaan mencapai sasaran rakyat Malaysia seramai 70 juta menjelang 2020 ke?”
“Belum ada rezeki lagi, Irin…”
“Insya-Allah nanti adalah tu…keep on working on it…”
“Insya Allah”

Affan melihat cincin di jari Nadya. Hatinya tersentuh. Dia kenal cincin itu, cincin yang dikirim dari Munich sempena hari ulang tahun Nadya beberapa bulan sebelum dia memutuskan hubungan. Sebentuk cincin platinum dalam rekaan ringkas dihiasi sebutir berlian kecil yang membawa maksud ‘one and only’ hadiah ikhlas dari jiwanya yang tulus.
Nadya pula tidak senang dipandang Affan begitu. Baginya Affan bukan lagi sahabat mahupun kekasihnya. Affan kini orang asing, orang jauh.
“Still wearing that ring…”tanya Affan dengan berani. Nadya mengangguk sambil berkata
“You want it back?” jawab Nadya spontan.
“No, Irin…it’s yours…you may keep it as long as you want…”
“You will never know what I’m going thru in these couple years Affan… I struggle to patch back lubang-lubang yang you tinggalkan…”

“I am really, really sorry Irin…”
“Don’t need to be sorry Fan…semuanya telah tertulis begini akhirnya hidup kita. I tak menyesal dan I tak marahkan you… ini takdir kita…” bicara Nadya, gambaran hatinya yang telah lama menderita. Affan menangkup mukanya.

“I happy tengok you berjaya Fan…you dapat capai apa yang you impikan selama ni. I tumpang bangga…” tambah Nadya.
“Thanks Irin…you still the same angel”
“I cuma Nadya Khairine yang punya hati dan perasaan macam orang lain… I bukan angel…” ucap Nadya lantas mengingatkan Affan yang dia bukanlah lagi ‘sunshine’ dan ‘angel’ Affan yang dulu.

“Irin marahkan I?”
“Tak pernah Affan…tak pernah sekali terbit rasa marah atau benci dalam hati ini. Untuk apa I benci you, marah you… I tak dapat apa-apa pun. Remember this lines…story of love is hello and goodbye, until we meet again…”
“Jimi Hendrix…” jawab Affan.
“Good…you tak pernah lupa…”

Affan mencuri pandang pada Nadya yang sedang memicit telefon bimbitnya. Hatinya tersentuh lagi. Dia kenal telefon itu. Hatinya mula berkata-kata. Apakah makna pertemuan mereka hari ini, adakah Tuhan ingini menunjukkan kepadanya betapa setianya sang kekasih. Lalu teringat pula pada kata-kata Nadya siang tadi ‘Khai kata I belum bersedia…’

“Kenapa geleng kepala? Ada yang tak kena ke?” tanya Nadya bila melihat Affan tiba-tiba sahaja menggelengkan kepalanya.
“Tiba-tiba aje teringatkan something…”
“Affan…I balik dululah, makcik dah sampai tu…” tunjuk Nadya pada Toyota Harrier yang berhenti di hadapan pintu utama.
“Jumpa malam nanti…”
“Insya Allah…I tak janji…”

Nadya meninggalkan Affan sendirian di lounge lobby hotel itu. Melihat Nadya melangkah pergi hati lelaki Affan bagai ditusuk dengan duri tajam, membayangkan betapa pedihnya luka di hati Nadya. Dia sendiri menyedari betapa diri dan jiwanya juga kosong. Terlupa dengan kata-kata yang pernah dilafazkannya dahulu…’hati kita satu, jiwa kita juga satu…’ kini baru Affan sedar, melukai Nadya samalah seperti dia melukai hatinya sendiri.


“Menungkan apa tu?” tanya Mak Long sambil memandu.
“Fikirkan apa lagi…” sambung Mak Long lagi. Wanita itu sangat peka tentang perubahan sikap anak saudara kesayangannya itu.
“Tak ada apalah Mak Long… penat…”
“Kalau penat sampai rumah nanti rendam kaki tu dalam air suam…lepas tu rehat…”
“Mak Long ingat lagi tak pada Azrene?”
“Ingat…budak tu rajin datang ke rumah masa Khai ada dulu…”
“Nadya jumpa dia tadi…dia ajak datang ke rumah, malas pulak nak pergi”
“Ehhh…pergilah… tak elok orang dah pelawa kita tak datang. Mak Long pun ada dinner dengan kawan-kawan Pak Long, sejak jadi wakil rakyat ni ada sahaja undangan. Kalau Nadya nak pergi, nanti Mak Long boleh mintakkan Daud hantar Nadya ke sana…”
“Terima kasih Mak Long…nanti kalau Nadya nak pergi, Nadya beritahu…”
“Iyelah… Cuma satu aje Mak Long nak pesan…jangan balik malam sangat, awak tu anak dara…tak elok balik lewat”

“Abang ada call Mak Long?” tanya Nadya
“Ada…dia tak telefon Nadya ke?”
“Tak…”
“Sibuklah tu agaknya tadi pun dia cakap sekejap aje, tanya khabar…belum sempat Mak Long nak tanya lebih dia dah letak” beritahu Mak Long. Nadya tahu, Khai juga terluka sepertimana dirinya. Sejak dia ke Amerika hampir setahun setengah yang lalu jarang sekali dia mengutus berita kepada Nadya. Khai seakan merajuk dan menjauhkan diri darinya. Dia rindukan Khairul Shahrin yang petah dengan kata-katanya yang sinis dan berbasa-basi. Rindukan perhatian dari seorang abang yang cukup mengambil berat tentang dirinya. Nadya berasa janggal tanpa Khai yang selama ini menjadi peneman dan penjaganya.

Pintu pagar rumah besar di Sungai Ramal ternganga luas menyambut ketibaan Nadya. Jika diberi pilihan, dia lebih senang tinggal di hotel kerana tidak mahu menyusahkan pembantu Mak Long. Namun ayah berkeras mahu dia tinggal dengan keluarga. Begitulah dirinya, senantiasa diatur dan diuruskan keluarga. Nadya rimas namun dia tidak bisa membantah.

“Assalammualaikum Mak Som…” ucap Nadya sambil memeluk pembantu setia keluarga Mak Longnya itu.
“Cik Nadya sihat?”
“Alhamdulillah… Mak Som nampak slimlah…makan jamu apa?” usik Nadya.
“Nona Roguy…Datin belikan…” jawab Mak Som.
“Wahhh… Mak Long sponsor Nona Roguy lah…nanti bolehlah sponsor Nadya sekali. Boleh Mak Long?”
“Boleh…banyak stok kat kedai, pilih aje mana Nadya berkenan. Kira Mak Long belanja aje…” balas Mak Long.
“Kak Som…bilik Nadya dah kemas?” Tanya Mak Long pada Mak Som.
“Sudah Datin…”
“Nadya pergilah rehat dulu, Mak Long nak jengah anak-anak Mak Long kat depan sekejap” beritahu Mak Long sambil berlenggang menuju ke luar.
“Anak siapa Mak Som?” Tanya Nadya kehairanan. Mak Som tersengih.
“Anak ikan… Datin ada hobi baru…bela ikan sekarang. Kalau bela tilapia ke, keli ke…boleh juga Mak Som buat lauk. Ini dia bela ikan Koi… cantik aje tapi tak boleh dimakan!” beritahu Mak Som sambil ketawa. Nadya terhibur dengan telo Jawa Mak Som yang pekat. Mak Som sentiasa mengingatkannya pada Affan yang juga berketurunan Jawa dari Muar, atau lebih tepat lagi orang Parit Jawa.

Melalui Mak Som juga Nadya tahu bahawa lelaki Jawa sangat menyayangi pasangannya dan mereka juga sangat romantik. Sama sekali seperti Affan, dia sangat penyayang dan sangat ‘caring’. Affan pantas memberi respon terhadap sesuatu. Dia mendengar dengan cermat dan menyusun tiap katanya dengan berhati-hati.

Nadya membawa beg pakaiannya ke bilik. Bilik itu dihuninya setiap kali dia bertandang ke Kajang. Malah bilik itu juga memang diadakan khas untuknya. Rumah besar itu mempunyai bilangan bilik yang cukup untuk semua ahli keluarganya. Nadya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia ingin menelefon Khairul. Hatinya berbelah bahagi. Mahu dibahagiakan keluarga namun dia sendiri tidak gembira. Ingin diturutkan kehendak hati, yang ditunggu pula suami orang. Nadya buntu.
“Assalammualaikum…” ucap Nadya dengan lembut.
“Waalaikumsalam…” jawab Khairul.
“Abang sibuk ke?”
“Biasalah student… ada aje kerja yang nak kena buat” balas Khairul. Suaranya kedengaran seperti acuh tak acuh. Nadya mengeluh dalam hati.
“Kalau I ganggu you belajar…next time lah I call lagi…”
“Takpe, kalau nak cakap sekejap aje cakaplah…I kejap lagi nak keluar jumpa kawan…”
“Nadya nak beritahu abang…Nadya kat Kajang ni…baru aje sampai…”
“Buat apa kat Kajang?” soal Khairul pendek.
“I ada seminar kat Putrajaya…”
“Abang… may I ask you something…?”

“Cakaplah…”
“I wanna hear an answer from your heart…not from your mouth…”
“My heart does not have a voice box, it can’t speak…”
“Seriuslah…” pinta Nadya.
“Abang masih sayangkan Nadya macam dulu?”
“Kenapa Nadya tanya?”

“I Cuma nak tahu…”
“Jawapannya ada dalam hati Nadya, abang tak boleh berikan jawapannya. Apa yang ada dalam hati Nadya itulah jawapan abang…” jawab Khairul. Bagi Nadya itu bukanlah jawapan sebaliknya menambah lagi persoalan di kepalanya.
“Nadya, susah abang nak lupakan Nadya… jauh beribu batu pun abang tetap ingat Nadya. Abang jauhkan diri dari Nadya sebab abang pun nak cari jawapan, ke mana tujuan hidup ini sebenarnya… Abang tak mahu pentingkan diri sendiri, abang nak kita bahagia…Nadya bahagia dengan pilihan Nadya dan abang bahagia dengan keputusan abang” beritahu Khairul.
“Maksud abang?” Tanya Nadya yang mulai kusut.
“Hati abang kata, Nadya masih belum dapat lupakan Affan… walaupun Nadya selalu email abang, telefon abang… tapi abang dapat rasakan yang semua tu hanyalah suatu cubaan semata-mata. Nadya ingin uji sejauh mana Nadya mampu lupakan Affan…dan beri peluang pada orang lain…”

Nadya diam. Dia tahu Khairul bukanlah risk-taker. Perkahwinan bukanlah suatu perjudian.
“Abang tetap sayangkan Nadya, Cuma kita tak akan kahwin selagi dalam hati Nadya…ada Affan…” jawapan yang jelas keluar dari mulut Khairul. Airmata Nadya mengalir tanpa disedari.
“Thanks abang…”
“Bila sampai waktunya nanti, Nadya akan jumpa jawapannya… kita akan jumpa jawapannya. Be strong my dear…I am always here if you need me…”
“Thank you…”



Jam 9.00 malam Nadya muncul di hadapan rumah teres dua tingkat milik Dr. Azhar. Kereta Honda Accord warna hitam milik Affan terparkir di hadapan rumah. Model yang sama juga dipandu Nadya, nombor pendaftaran kereta mereka juga sama cuma berbeza pada huruf ketiga.

“Helloooooo Khairine…” sambut Dr. Azhar di pintu pagar. Tersenyum lebar Dr. Azhar melihat Nadya keluar dari kereta. Affan yang sedang duduk berbual dengan Azrene turut melirik matanya pada Nadya.
“Ingat tak jadi datang…” kata Dr. Azhar dengan suaranya garau.
“Boring Prof… kat rumah Mak Long tak ada orang…”
“Affan ada…tak kisah ke?” bisik Dr. Azhar.
“Dia makan orang tak?” Tanya Nadya bergurau.
“Dulu makan…sekarang tak lagi…” jawab Dr. Azhar sambil ketawa besar. Nadya terpinga-pinga. Dr. Azhar mempelawa Nadya masuk ke dalam rumahnya.

“Papa…kita keluar ajelah… segan ada Nadya tapi kita tak ada benda nak jamu dia. Biskut kering pun dah habis…” kata Azrene. Besar mata Dr. Azhar mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya itu.
“Ohh…iyelah, lupaaa… isteri saya ikut ekspedisi ke Maliau Basin…minggu depan baru balik” kata Dr. Azhar sambil menggaru kepalanya.
“Macamanalah boleh lupa”
“Eh..papa pulak, you yang ajak kawan datang rumah…sendiri lupa nak salahkan papa. Hmm… so sekarang kita keluar ajelah ya…oleh kerana Khairine seorang aje perempuan, apa kata kita suruh dia pilih mana nak lepak…” cadang Dr. Azhar.

“I tak tahu nak ke mana Prof…”
“Apa kata kita pergi my apartment…” cadang Affan pula. Dr. Azhar dan Azrene pantas mengangguk. Tanpa berlengah kesemua mereka menaiki kereta masing-masing, meninggalkan Nadya tercegat seorang diri.
“Laa…kenapa tak naik?” teriak Azrene dari dalam kereta.
“Naik kereta Affan la…van my dad kat belakang tu penuh dgn gadgets… Fan, Irin naik kereta kau…” kata Azrene lagi. Nadya tak punya pilihan lain. Affan keluar semula dari keretanya dan membuka pintu untuk Nadya.

“Masuklah…” pelawa Affan.
Luruh jantung Nadya saat masuk ke dalam kereta Affan. Barang-barang yang dibeli bersamanya masih lagi berada di dalam kereta itu. Potpourri dari Lovely Lace yang digantung di cermin masih lagi berada di tempatnya. Begitu juga dengan dua kusyen keci dengan patung beruang diatasnyal dan kotak tisu berenda masih elok lagi. Haruman dalam kereta itu juga masih sama sejak kali terakhir dia menaiki kenderaan itu.

“Cermat you jaga kereta…” kata Nadya sekaligus membuka topik perbualan mereka.
“Buah hati I…”

“So how’s your life Irin…you dengan Khai…macamana?”
“I okay aje… biasalah sibuk dengan kerja sampai masa untuk diri sendiri pun tak ada…”
“Khai?” Tanya Affan sekali lagi. Nadya diam. Terus diam sehingga mereka tiba di Cheras. Dua beranak yang baru turun dari van ketawa suka. Entah apa yang menggeletek hati mereka berdua.

“Fan…rumah kau ada apa? Papa aku Tanya ni…” Tanya Azrene. Dr. Azhar di sebelah masih lagi ketawa.
“Adalah…something…”
“Affan kalau setakat ada Maggie mee aje baik kita makan di warung Indon depan sana tu…” kata Dr. Azhar. Nadya buntu.
“Adalah…naik ajelah…”

Mereka berempat berjalan kaki melalui koridor yang samar cahayanya. Berjalan di situ, disisi Affan Afzam bagai membawa Nadya melalui sebuah terowong masa dan kembali ke zaman silamnya.

Affan mengeluarkan kunci dari poketnya. Satu persatu mangga dibuka dan akhirnya pintu panel 12 itu dikuak perlahan. Gelap gelita rumah Affan.
“Masuklah semua…” jemput Affan.
“Assalammualaikum…” ucap Azrene, Nadya dan Dr. Azhar. Masing-masing melabuhkan diri di sofa empuk warna kelabu. Masih lagi sofa yang sama yang mereka pilih di Ikea beberapa tahun lalu.

“Nak makan apa kat rumah kau ni Affan?” Tanya Azrene.
“Kau lapar sikit ke…lapar banyak Az?”
“Boleh jadi sikit dan boleh jadi banyak ni…” balas Azrene dengan tawa.
“Ingat nak mintak tolong Irin…” bicara Affan perlahan-lahan. Nadya memandang Affan. Sejak mula sampai dia sudah dihujani dengan pelbagai persoalan. Dan kini Affan inginkan pertolongannya, Nadya bingung.

“Irin boleh buatkan cekodok tak?” pinta Affan. Nadya terpaku memandang Affan. Lupakah dia siapa dirinya atau lupakah dia siapa aku…bisik Nadya dalam hati.
“Khairine…saya pun dah lama tak makan cekodok awak buat…bolehlah tolong Affan buat cekodok…” tokok Dr. Azhar. Nadya serba salah. Kalau dahulu dia rajin memasak di dapur itu namun keadaannya berbeza sekali malam ini.

“Semuanya ada dalam fridge…kat tempat biasa…” beritahu Affan.

Walaupun hatinya berat namun Nadya bangun juga dari sofa kelabu itu dan menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil beberapa biji bawang besar dan cili hijau. Rajin sungguh wife Affan, kemas sekali fridge ni…sama macam dulu… kata Nadya dalam hati lagi.
Semuanya masih sama, dimana dia letakkan papan pemotong, pisau, basin kecil langsung tidak berubah kedudukannya. Dari dapur Nadya mendengar Affan, Dr. Azhar dan Azrene berbual. Ketawa sahaja mereka bertiga. Kalau ada Khairul tentu lagi gamat. Lantas hatinya teringatkan Khai, serba salah jadinya. Khai terlalu baik namun hatinya masih pada Affan tapi Affan pula suami orang.

“Ouuchhh…” Nadya melihat jari telunjuknya yang sudah berdarah.
“Kenapa Irin?” Tanya Affan dari ruang tamu.
“No…nothing…” balas Nadya. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Nadya, Affan menyusul ke dapur.
“Ya Allah macamana boleh kena pisau…” kata Affan sambil memegang jari Nadya yang luka.
“Nasib baik tak dalam… mari I taruk plaster…”

Nadya melihat Affan membalut luka kecil dijarinya. Alangkah baiknya kalau luka yang ditinggalkan Affan di hati Nadya juga dibalut seperti itu. Nadya memejamkan matanya, memadam semua yang terlintas dihatinya ketika ini.


“I okaylah Affan… you pergilah ke depan…sekejap lagi I bawakan cekodok yang you nak ni…”
Rimas Nadya jika Affan lebih lama di dapur. Rimas dengan hatinya yang semakin kacau dek kenangan yang sarat di rumah ini. Nak dibuang Affan dia tak sanggup, nak ditolak jauh juga dia tidak mampu.

Satu persatu bahan yang telah disiapkan digoreng dengan sedikit minyak. Setelah kesemuanya siap dah ditoskan, Nadya mengacau tepung gandum, sedikit garam dan air. Apabila semuanya telah dicampurkan dan sebati dia mula menggoreng.
Sempat memandang keluar tingkap, pakaian yang tersidai di jemuran. Semuanya pakaian kerja Affan. Nadya tersenyum sendiri bila terkenangkan Affan membasuh pakaian menggunakan tangan. Affan bergaji lumayan, bukannya tidak mampu membeli mesin basuh, sedangkan home theater yang berbelas ribu harganya mampu dibeli tapi Affan tidak membeli mesin basuh. Bila ditanya, jawapannya mudah sekali,

“Kalau isteri basuh baju suami dengan tangannya, seluruh kasih sayang isteri akan meresap ke dalam baju itu…”
“Then you want me to do the cleaning with my bare hands?”
“Only my cloths sayang…the rest we will send to laundry”

“Ehemmm… cik kak… air ada tak?” Suara Azrene disebelah mematikan lamunan Nadya.
“Kacau aje…ambil sendiri dalam fridge, aku bukan tuan rumah tau… Kalau tak jumpa kau mintak kat Affan” kata Nadya.
“Amboi…garangnya. Kalau dengan Affan kau lembut aje ya…”
“Saje aje nak garang dengan kau…”
“Tahu hati kau baik… Nadya inikan rumah kau jugak, kau buatkanlah aku air ya…Please my darling, kau buat Nescafe aje…semua orang sama”
“This is not right Az…”

Azrene mengekek ketawa. Nadya pula menggerutu hatinya. Namun tetap dibuat juga Nescafe yang diminta. Dihidangkan Nescafe panas di atas meja dan berlalu semula ke dapur mengambil gorengan cekodok yang masih berasap. Kemudian dia kembali semula ke dapur mengambil cili sos.
“Lepas ni kita makan kwey tiaw kat depan sana…” ucap Azrene.
“Mulut ada cekodok jangan bercakaplah…” tegur Dr. Azhar. Nadya hanya memerhati kawan-kawannya menikmati cekodok ikan bilis yang dibuatnya. Sesekali matanya dan Affan saling bertentangan. Lantas pandangan itu bagai dibawa ke hati dan cair disitu.

“Affan…pandai kau ekk. Kau ajak kita semua ke rumah kau, lepas tu suruh Nadya buat cekodok. Sedap boleh tahan cekodok Nadya ni… tak sangka ada juga perempuan yang pandai buat cekodok sedap macam ni…” kata Azrene.
“Kalau Khairine buat sambal ikan bilis lagi sedap ni Az… teringat dulu masa kami ke Hutan Belum, Khairine tunjuk skill memasak…sambal apa tu namanya Khairine…?”
“Entah Prof…I panggil sambal ketuk…” jawab Nadya dengan senyuman. Dia belajar buat sambal ketuk itu dari Mak Som. Orang Jawa memang suka sambal ketuk. Ikan bilis, belacan, bawang dan cili digoreng terlebih dahulu dan kemudian ditumbuk dan digoreng semula.

“Prof… If you don’t mind nanti hantar I balik boleh?”
“Boleh tak ada masalah…”
“Kenapa tak suruh Affan aje? Habis aku nak balik naik apa?” celah Azrene.
“Tak bolehlah Az, aku tak nak Mak Long nampak Affan hantar aku balik. Kalau dia tahu aku ke mari pun boleh jadi perang nanti. Van Prof. kan besar…kau boleh duduk belakang… tak pun duduk kat tengah…” cadang Nadya. Dia tahu van milik sifunya itu penuh dengan perkakas. Didalam van itu ada pendayung, ada GPS, ada khemah dan bermacam lagi perkakasan yang jarang dilihat.

“Alah Az, kamu tunggu aje di sini, takpun mintak Affan hantar kamu balik” cadang Dr. Azhar pula. Affan pula bagai orang terkilan. Jauh dalam hatinya dia ingin menghantar Nadya pulang dan berbual disepanjang jalan. Banyak perkara yang ingin dibincangkan dan dikongsi bersama Nadya.

"Dah dekat pukul 11 ni...I nak baliklah... Esok ada seminar lagi..." kata Nadya. Affan mengerling ke arahnya. Hati menguntum senyum, terlupa esok pagi dia bisa ketemu Nadya lagi.
"Tak apa lambat, tuan speaker ada depan ni ha...nanti dia boleh bagi pinjam notes takpun dia boleh ulang apa yang dia cakap for free..." usik Azrene. Affan tersenyum lagi.

Nadya dan Dr. Azhar meminta diri dahulu. Affan menghantar mereka berdua sehingga ke tempat letak kereta.
"Jumpa lagi nanti Irin..."
"Insya Allah...good night Affan..."
"Good night dear..."

Pintu van ditutup. Dr. Azhar memandang Nadya penuh simpati. Dia juga tahu bagaimana perasaan Nadya ketika ini. Gadis itu tersepit dan terhimpit oleh keadaan.
"I wanna tell you something..." ujar Dr. Azhar
"Macam serius aje bunyinya Prof."
"It is..."

Jantung Nadya semakin laju. Hatinya saling berteka-teki akan perkara yang akan disampaikan kepadanya. Serupa atau tak sama?


“Affan dah solo… you tak tahu ke?”
“Ya Allah… biar betul Prof?”

Dr. Azhar menanggukkan kepalanya, mengiyakan apa yang dikatakannya. Mata Nadya mula berkaca. Sebak datang dengan tiba-tiba.
“Affan terlalu muda untuk…”
“Bergelar duda?” sambung Dr. Azhar.

“Sudah suratan hidup dia begitu Khairine… dia berkahwin tapi tak bahagia, untuk apa diteruskan kalau dia tak happy…”
“Tak sampai setahun pun dia kahwin sebenarnya…” sambung Dr. Azhar lagi. Nadya mengucap panjang. Langsung tidak terfikir olehnya Affan akan bercerai dengan isterinya.

“Prof… saya betul-betul rasa bersalah Prof…”
“Bukan salah kamu Khairine, Affan buat apa yang dirasakan betul mengikut keadaannya. Kamu tidak salah apa-apa…”
“Kenapa jadi sampai macamni sekali…?”

“Saya pun kurang pasti Khairine. Affan tak beritahu secara detail namun saya boleh agak…dari tindak tanduk Affan, dia sebenarnya mencari cahaya hidupnya yang hilang…”
“Hilang atau dirampas?” celah Nadya
“Mungkin…”


“Cik…Cik… Cik Nadya…” panggil Daud.
“Cik Nadya…” panggil Daud lagi.
“Sorry abang Daud…saya tak perasan abang Daud panggil saya…ada apa bang?” Tidak sedar yang mereka sudah berada di hadapan pintu masuk hotel Shangri-La. Sepanjang perjalanan dari Sungai Ramal menuju ke Putrajaya dia mengelamun sebenarnya. Teringatkan perbualannya dengan Dr. Azhar malam tadi. Patutpun rumah Affan gelap, patutpun Affan mengajak mereka semua ke rumahnya, patutpun tiada baju wanita yang tersidai di ampaiannya...sindiran-sindiran Dr. Azhar semuanya bermakna!

“Petang nanti Cik Nadya nak saya jemput pukul berapa?”
“Hmm… saya tak pasti lagi bang, ingat nak ke Alamanda sekejap lepas habis seminar nanti. Saya SMS Mak Longlah nanti kalau saya perlu abang Daud jemput saya…” terang Nadya.
“Kalau macam tu nanti Cik Nadya beritahu Datin ajelah…saya standby…”
“Terima kasih abang Daud”

Nadya berjalan menuju ke dewan seminar. Di hadapan dewan telah berkumpul sebahagian peserta seminar, ada pula yang bersembang di foyer. Nadya tercari-ari kelibat Azrene.
“Morning Irin…” sapa Affan dengan riang. Hari ini dia memakai sut kelabu dengan kemeja putih didalamnya dan bertali leher warna jingga. Kontra sungguh penampilan Affan hari ini. Tali leher warna jingga itu bagai lampu trafik, sepuluh batu Nadya boleh nampak!

“Morning… awal sampai…?”
“Saje aje nak datang awal… ada discussion dengan ahli panel yang lain”
“Ahli panel?”
“Officemates I lah…”
“Ohh… lupa… I betul-betul lupa…” ucap Khairine. Bagaimana dia boleh lupa InnoTechnologies merupakan sebuah syarikat GLC yang menjadi salah satu penganjur seminar yang dihadirinya.

“Patut ramai kaum kerabat you ya…I lupa yang you kerja kat InnoTech” beritahu Khairine.
“Dah breakfast? Mari kita minum dulu…ada setengah jam lagi ni…”
“Takpelah Affan, I dah minum tadi dengan family I…” Nadya menolak dengan lembut. Bimbang jika Affan fikir dia membencinya.
“Irin tak nak komen ke…how I deliver my speech…”

“As always Fan…you are the brightest among us, you pandai bercakap…you pandai ambil hati orang, you pandai tackle crowd…” hujah Nadya.
“And you are the only rose among the thorns…” balas Affan. Nadya tersenyum. Kalau bukan kerana Khairul, dia pasti tidak akan mengenali Affan dan Azrene. Khairul sentiasa membawanya bersama tidak kira ke mana jua, berkelah, ke hutan, panjat gunung, skuba diving, snor******...ke mana sahaja.

“Bila balik JB?” Tanya Affan.
“Hmm… pagi esok…”
“Malam nanti makan dinner dengan I?”
“Tak bolehlah Fan… I dah ada janji dengan orang lain…” bohong Nadya. Dia tidak ada rencana lain malam ini. Mak Long awal pagi sudah bertolak ke Besut menemani Pak Long yang sibuk berkempen. Kak Piah pula Cuma sebulan sekali aje pulang ke Kuala Lumpur sejak mengikuti suaminya yang bekerja di Singapura.

“Tak apalah…” bunyi suara orang kecewa.
“I Cuma ada perkara nak cakap dengan you Irin…itupun kalau you masih sudi nak dengar…” ujar Affan. Nadya memandangnya lantas berkata,

“Affan…you masih ingat tak pada one of your message to me…bunyi dia macam ni…Remember those time when you always be there when I need you…” kata Nadya.
“There’s when I sensed your love…” sambung Affan sambil mengangguk.

“I tak pernah padam status persahabatan kita Fan, apapun yang berlaku antara kita I tak pernah sekalipun I buang you sebagai kawan I…” terang Nadya.
“I tak pernah lupakan you Irin…Cuma keadaan tidak mengizinkan kita untuk bertemu dan berbual…”
“Kita tak macam dulu lagi Fan… kita dah lain…” kata Nadya. Dadanya sebak. Dia tidak mahu berkata lagi. Cukuplah untuk waktu ini, Nadya tidak mahu harinya terus mendung macam langit di luar sana.
“I masuk dulu Fan…”


Nadya Khairine memilih untuk tidak duduk bersama-sama dengan Azrene dan teman-temannya. Dia duduk ditengah-tengah dewan, dicelah-celah ratusan manusia yang ramai, pasti Affan tidak dapat mencarinya.

Bila tiba waktu rehat, Nadya tidak ke restoran di mana para peserta seminar mengisi perut dan membasahkan tekak sebaliknya dia mengasingkan diri berjalan-jalan mengambil angin di taman hotel itu.

Berhadapan dengan Taman Putra Perdana, tempat dia dan Affan berkejaran dahulu. Berjalan-jalan di situ membawa ingatannya kembali kepada Affan yang kini mahu dijauhi. Membayangkan saat gembiranya dia bersama Affan. Mereka sungguh bahagia.

“Affan… I penatlah jalan…” rengek Nadya yang manja. Seharian menghabiskan masanya di Kuala Lumpur Affan membawanya pusing satu KL!
“Irin nak I dukung?” tanya Affan.
“Serius ke nak dukung I?” tanya Nadya pula.
“Yes my darling…”

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Nadya seperti anak kecil digendong Affan menaiki bukit kecil di taman itu.
“Fan…you are my hero…” bisik Nadya ditelinga Affan. Dia memeluk erat Affan dari belakang.
“Nasib baik you kurus Irin, kalau gemuk tak larat nak dukung belakang macam ni”

Nadya tertawa. Kasihan Affan kepenatan mengendongnya. Namun hatinya girang, dia tahu Affan lakukannya dengan ikhlas kerana cinta mereka.
“Balik nanti you gotta cook for me…”
“Nak mintak upah ke ni?” tanya Nadya yang masih didukungan Affan.
“Yelah sayang… what else I can ask from you? Kalau kita dah kahwin I will ask for more…not only cooking but I will include few more tasks for you…”
“Wow, macam berat aje bunyinya Fan…”
“Nolah, very light and easy tasks…”
“Such as?”
“Massaging, bathe me… pakaikan I baju…”
“Lagi?”
“Buat baby ramai-ramai…” jawab Affan nakal.
“Heiiii… nottylah you Fan…”

“Irin… I nak anak ramai so nanti bila kita tua takdelah sunyi sangat. I want more than 7, wanna beat my dad records…” ujar Affan sambil ketawa. Nadya minta diturunkan dari dukungan. Tidak tahan dia menahan ketawa, gelihati benar dengan niat Affan ingin punya anak ramai.
“Kalau lebih dari 7 tu berapa Fan? 10 ke?”
“lebih kuranglah… sanggup tak? I will provide anything you want… you Cuma jaga anak aje...”
“That’s sounds like a baby sitter, not your wife…”
“Then…siapalah nak jaga anak kita? Irinlah kena jaga…duduk rumah, jaga anak-anak and you may use your double degree untuk ajar anak-anak kita. It’s an advantage your know… Electrical plus geological plus economy… Can you imagine how brilliants our kids gonna be?”

Nadya menarik nafas panjang. Mengeluh sendirian di hadapan taman indah itu. Sudah dua tahun berlalu, dia ingin mengakhiri rasa cinta yang tersimpan sejak sekian lama namun semuanya masih kekal di kotak fikirannya. Setiap patah bicara Affan masih segar dimindanya, tidak ada satu pun yang dilupakannya. Sebahagian besar otaknya sarat dengan kenangan, kata-kata nasihat Affan dan segalanya yang berkaitan dengan mereka berdua.

Dua tahun juga Nadya menjauhi Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Kuala Lumpur. Segala urusan yang berkaitan dengan daerah-daerah itu diserahkan kepada orang lain. Namun Nadya tidak dapat mengelak untuk tidak menghadiri seminar ini. Diberikan kepadanya pada saat-saat akhir bagi menggantikan ayah yang tidak sihat.

“Kenapa duduk di sini?”
Nadya tidak menoleh, dia tahu Affan dibelakangnya. Tidak juga dia menjawab soalan Affan tadi.
“Cuba jauhkan diri dari I?” tanya Affan lagi.

“If everyone cared, nobody cry…” jawab Irin perlahan.
“Nickelback, All the Right Reason…released 2005…” jawab Affan. Nadya tahu Affan masih seperti dulu, mengumpul love quotations, motivational inspirational quotes dan informasi lagu-lagu kesukaan mereka. Itu yang menjadikan hubungan mereka erat dan istimewa.

“Dah dua tahun Fan…since the last time I met you… no one cares bout my feelings, what I want or what I feel inside here…not even you…” luah Nadya. Mungkin inilah masa terbaik untuknya mencurahkan rahsia yang tersimpan dilubuk hatinya.

“Kenapa bila I datang sini baru you nak cuba dekati I semula Fan? Kenapa you tak cari I kat JB… Kenapa you tak call atau email I?
“I made a promise Irin…made promise to your family…”
“Habis tu sekarang ni you tak langgar janji ke?”

Affan diam.
“I bukan perigi cari timba Affan… I datang sini bukan cari you atau nak sambung semula cinta kita. I kemari atas amanah ayah…” sambung Nadya.

“Irin… apa yang I buat semua sebelum ni bukan kehendak I. I turutkan kemahuan orang lain…”
“Sudah tu, apa lagi yang you harapkan sekarang? Kalau you tak boleh kahwin dengan I dua tahun dulu…dua tahun lagi pun kita tak mungkin bersama Fan…”
“Irin… Kenapa kita harus jadi mangsa keadaan? Kenapa kita tidak mendahului kehendak hati kita? Kenapa tidak kita tempuhi semua ini bersama-sama?”

Nadya menggelengkan kepalanya. Kenapa dia yang ditanya soalan-soalan itu. Bukankah Affan yang menyimpan segala jawapannya?
“Kuncinya ada pada you Affan…”
“Hmmm…”

“I want you back Irin…”
“Lepas you ceraikan isteri you? Macam tu ke? Affan… pernah tak you ambil masa untuk kira berapa hati yang sudah you lukai, berapa perasaan yang telah you hancurkan dan berapa jiwa yang telah musnah akibat dari keputusan yang you ambil?”

“Irin… kenapa semuanya you bebankan pada I? Salah I ke semua ini terjadi?”
“Fan… if you firmed with what you want…benda ni takkan terjadi. Saat I bersedia tempuhi segalanya dengan you, you tinggalkan I terkapai-kapai seorang diri…” ucap Nadya diiringi dengan linangan airmata. Dia memandang Affan meminta ikhsan dari lelaki itu.

“Irin… I still love you… I tak boleh lupakan you Irin…”
“We cant go on like this Fan…”

Nadya menangis. Hatinya terlalu sayangkan Affan namun dia terpaksa melupakan cintanya yang menggunung itu. Affan memeluk Nadya rapat ke dadanya. Airmata gadis itu sangat berharga buatnya. Sayu sendu yang mengiringi tangisan Nadya menambah hiba didada Affan.

“Kita masuk dulu sayang… kita akan bincangkan lagi tentang hal ni lagi…”
Affan melihat jam di tangannya. Sudah jam 2 petang, sesi petang bagi hari terakhir seminar akan bermula sepuluh minit lagi. Affan memberikan sapu tangannya pada Nadya untuk dikeringkan airmata yang membasahi pipinya.


“Irin, please wait for me at the lobby…we need to talk”

Nota kecil itu dibeleknya berkali-kali. Dibaca berulang-ulang. Nadya menyelitkan nota itu dicelah helaian kertas yang dipegangnya. Nadya ke bilik air membetulkan rambut dan membelek wajahnya.
“Nadya tak kenal saya?” tegur seorang wanita bertudung. Nadya memandang cermin besar di hadapannya. Dia ingat-ingat lupa siapa wanita itu.
“Maaf, saya tak berapa ingatlah… siapa ni ya…”
“Sharon…”
“Sharon… wife Affan, yahhh I ingat sekarang. Apa khabar?” tanya Nadya dengan penuh santun. Siapapun wanita itu, dia wajar dihormati dan dilayan dengan baik.
“Baik Alhamdulillah… datang sini buat apa?” giliran Sharon pula untuk bertanya.

“I gantikan ayah… sepatutnya dia yang hadir untuk Konferens Tenaga ni… You pulak buat apa kat sini?”
“Saya kerja di sini… Nadya ada masa? Saya nak berbual-bual sekejap dengan Nadya…”
“I dah janji dengan kawan sebenarnya tapi kalau you nak cakap sekejap aje maybe kawan I boleh tunggu. Kalau nak cakap panjang…kita boleh jumpa malam nanti…” cadang Nadya.

“Saya nak tahu pasal hubungan Nadya dengan Affan…” beritahu Sharon terus-terang. Nadya tidak terkejut, dia juga pasti Sharon akan bertanyakan hal itu.
“Kenapa tak tanya dengan Affan sendiri?” tanya Nadya pula. Sharon diam.

“Sharon… I tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Affan. Kami kenal rapat sejak I masih sekolah lagi. Kami kawan baik…” terang Nadya.
“Kawan baik sampai tidak dapat melupakan antara satu sama lain?”
“Itu you kena tanya Affan… on day I went to your wedding, I dah lupakan Affan,I dah kosongkan hati dan I dah bagi restu. Apapun hubungan yang terjalin sebelum itu…ianya telah berakhir apabila Affan menjadi suami you…” ujar Nadya.

“Kalau you kenal Affan sedalam-dalamnya, you pasti akan tahu betapa dia seorang lelaki yang mudah you manipulate…jika kena caranya…”sambung Nadya lagi. Nadya tahu Affan sangat menghormati wanita, Affan sanggup buat apa sahaja untuk membantu kaum yang diberi kelebihan untuk mengandung dan melahirkan. Affan tak punya sifat benci dalam hati, jika dia tidak suka dia akan menolak dengan baik.

“Sharon… kalau you masih sayang dan perlukan Affan, pandai-pandailah you pujuk dan ambil hati dia. Affan lelaki yang baik…jagalah dia…” beritahu Nadya. Kini dia tahu, Sharon juga masih sayangkan Affan. Nadya meminta diri untuk keluar dari situ dan terus menuju ke lobi.

Affan dan Azrene telah sedia menunggu di lobi. Affan tahu kalau dia seorang di situ pasti Nadya tidak mahu berjumpa dengannya jadi diajaknya sekali Azrene menemani mereka.
“Sorry for keep you guys waiting, I met with Sharon in Ladies just now…” beritahu Nadya saat tiba di tempat Affan dan Azrene menunggu. Tiada riak terkejut di wajah Affan. Mungkin dia telah sedia maklum akan kehadiran Sharon yang bekerja di situ.

“Sharon kenal kau ke Nadya?” tanya Azrene.
“Kenal kot… akukan tetamu yang tak diundang dulu…mesti dia ingat muka aku…” sindir Nadya. Tidak mendatangkan sikit kudis pun sindiran itu pada Affan dia tetap tenang.
“Atau dia tengok tag nama kau ni?” tambah Azrene lagi. Nadya membelek tag namanya yang jelas tercatat nama penuhnya.
“Apa-apa ajelah Az… so kita nak ke mana sekarang ni? Aku tak cakap dengan Mak Long nak balik pukul berapa, takut nanti abang Daud tertunggu-tunggu aku pulak…”

“I will send you home…naik kereta Az” beritahu Affan.
“Cehhh… naik kereta aku pulak. Pandai kau Fan nak dating dengan Nadya aku pulak yang jadi mangsa…” rungut Azrene.
“Bukan mangsa bang…tapi teman…” ajuk Affan.
“Eiiiii gelilah aku, jangan buat macam tu la… geli wehhhh…” balas Azrene.

“Mari Irin…” ajak Affan. Azrene turut bergerak menuju ke tempat letak kereta. Dari hotel itu mereka menuju ke Masjid Putra. Berjalan-jalan di sekitar tasik berdekatan dengan masjid itu dan ke Souq. Azrene tetap mengekori ke mana Affan dan Nadya pergi namun jarak mereka agak jauh.

“Kenapa you bawak I datang sini Fan?” tanya Nadya.
“Ini tempat kita Irin… I kunjungi tempat ni setiap hari sebelum berpindah ke Nilai…”

Nadya memandang Affan. Kini dia tahu Affan juga menanggung rindu sebagaimana dirinya. Benar telahan hatinya selama ini, mimpi-mimpinya mengatakan Affan masih setia dengan janji mereka dan hari ini mimpi itu bertukar menjadi nyata.

“Kita tak boleh macam dulu lagi Fan…” ulang Nadya untuk kedua kali. Affan mengangguk.
“Sampai bila-bila pun kita tetap akan jadi mangsa percaturan yang telah dibuat oleh keluarga I… I, you, Khai… semuanya mangsa…”
“I gembira terima you kembali Fan…tapi biarlah semuanya kita simpan dalam hati. Kita simpan dalam-dalam…kita tutup rapat-rapat… Cinta kita dah lama jadi sejarah Fan…”

Affan tenang mendengar setiap patah bicara Nadya. Sudah lama dia tidak mendengar gadis petah itu berbicara, tutur yang lembut itu telah lama diidam sampai jadi rindu.
“You dengar tak Fan?”
“Dengar sayang…”

“Esok pagi I dah nak balik…” Nadya mengingatkan Affan.
“I pun nak balik JB esok… you balik naik apa?”
“Flight…”
“Nak tumpang I tak? Boring drive sorang-sorang…”
“No thanks… my mom gonna pick me up from airport afterall I’m taking the earliest flight from here… kalau you nak, you ikut I naik flight…”

Affan tersenyum dan berfikir sampai bila Nadya mahu menidakkan kata hatinya, menafikan cinta mereka yang utuh. Affan sedar, semua itu berpunca dari kesilapannya.
“Irin…”
“Yes…”
“Kita kawan?”
“Yahhh…kita kawan…” balas Nadya.

“Saya Affan Afzam Annuar” ucap Affan sambil tangan kanan dihulur kepada gadis di hadapannya.
“Nadya Khairine Hanafi… selamat berkenalan…” sambut Nadya dengan senyuman manis. Dia teramat sayangkan Affan dan hubungan mereka. Dia tidak sanggup kehilangan Affan lagi. Jika cinta itu racun perhubungan ini, biarlah sahabat yang jadi penawarnya.


“Cantik kau hari ni…” puji Farisha. Nadya melihat pakaiannya dari atas ke bawah. Dirasanya biasa, apa yang cantik?
“Beli kat KL ke blouse tu…lawa…”
“Ohhh…blouse ni ke yang cantik? Bukan aku?” tanya Nadya. Blouse bercorak retro warna coklat gelap itu dipadankan dengan skirt warna putih paras lutut, menampakkan betis Nadya yang runcing.

“Affan pilih…kat Souq kelmarin…” bisik Nadya ditelinga Farisha. Terbeliak mata Farisha bila Nadya menyebut nama Affan.
“Affan?” tanya Farisha sambil mengekori Nadya masuk ke dalam biliknya.
“Ya Affan…Dr. Affan Afzam Head of Engineering, InnoTechnologies…” beritahu Nadya. Dia mengeluarkan pamplet seminar yang dihadirinya itu lalu diberikan kepada Farisha.

“Nampak tak nama ni…” tunjuk Nadya pada nama Affan yang tertera sebagai speaker seminar itu.
“Dr. Affan Afzam Haji Annuar… Gilalah kau boleh jumpa dia pulak kat sana…Kalau ayah kau tahu ni Nadya, lumat kau…”
“Aku jumpa Azrene, Dr. Azhar…”
“Huhh… satu kapal kau jumpa ya…”
“Yes…”
“So apa jadi?”
“Tak jadi apa pun… Kau tahu aku macamana kan…” balas Nadya. Farisha menarik kerusi di hadapannya.

“Menarik cerita kau pagi-pagi ni Nadya…”
“Habis tu kau takde kerja nak buat ke? Payment semua dah siap?” Tanya Nadya pada sahabatnya itu. Farisha tersengih.
“Budak aku dah settle dah summer payment…check pun ayah kau dah sign. Mehlah cerita kat aku apa kes kau dengan Affan. Dya takkan kau nak sorok dari aku kot?” pujuk Farisha sungguh-sungguh.

“Takde apa terjadilah Sya, kita orang professional…jumpa tegur, salam…tu biasalah. Affan pun dah kahwin dan aku pun dah janji dengan ibu dan ayah… so no further question ya…” kata Nadya. Dia tidak tergamak untuk menyampaikan pada Farisha bahawa Affan sudah pun bercerai.

“Aku tetap tak percaya…kalau sampai Affan pilihkan baju dan skirt ni, takkan tak ada apa-apa. Kau tu kalau jumpa Affan boleh lupa pada dunia…” kata Farisha. Nadya tersenyum, Farisha mengetap bibir!

“Aku tak puas hati ni Nadya…baik kau terus terang dengan aku…”
“Heyyy… nak ugut aku pulak, dah pergi bilik kau sana…siapkan claim aku ni cepat, aku dah pokai…” kata Nadya pula. Sekeping petty cash voucher dihulur kepada Farisha.
“Kalau kau tak cerita aku tak nak proses cek kau…” balas Farisha lalu ketawa besar.
“Ohh…kau main kotor ya…nanti kau, increment tahun ni…aku potong 10%!”
“Eiii… tak baiknya…”

Nadya pula ketawa. Farisha mencebik bibirnya. Ketika itu juga telefon pejabatnya berbunyi.
“Sambung Sue…” arah Nadya pada Suraya. Nadya memberi isyarat pada Farisha supaya menunggunya. Farisha diam di kerusi dan memasang telinga.

“Morning Fan…” balas Nadya. Dia menekan butang speakerphone dan berlari menutup pintu biliknya.
“Apa khabar Irin?” tanya Affan. Suaranya ceria.
“Sihat alhamdulillah…Affan kat mana ni?”
“Tengah drive ni, nak ke lab di UKM. Irin… I really have good time with you last weekend…thanks Irin…” ucap Affan dengan nada yang sangat ceria.
“No need to thank me Fan…thank yourself… and thanks for bring me around…”
“Irin I dah sampai lab ni, nanti kita berbual lagi ya”
“Okay Fan…take care”

Farisha masih menanti dan menuntut jawapan dari Nadya. Namun Nadya dengan senyum manis meminta Farisha keluar dari biliknya.
“Nanti Dya…aku call Affan sendiri…” ajuk Farisha.
“Call la…aku tak kisah…”

Tatkala Nadya membuka emailnya, satu email tanpa tajuk kiriman Sharon Alias menarik perhatiannya. Justeru dia terus membuka email itu dan membacanya.

Nadya,

Maafkan saya kerana menghantar email ini pada Nadya yang mungkin sedang sibuk dengan tugasan pejabat. Biarlah saya berterus terang tentang tujuan saya menulis email ini.

Saya tahu tentang hubungan Nadya dan Affan lebih dari sekadar kawan. Baik sebelum Affan berkahwin dengan saya ataupun selepas itu. Kalau ianya sekadar hubungan biasa, ianya tidak bisa menggoncang keharmonian rumah tangga yang kami bina.

Saya jangkakan perkenalan singkat kami benar-benar membuka hati Affan untuk menerima saya. Kalaulah saya tahu Affan menerima saya kerana mengubat luka dihatinya tentu saya takkan membiarkan diri saya menjadi mangsa.
Saya sangat cintakan Affan, saya harap Nadya faham. Berikanlah kesempatan pada saya untuk memenangi semula hati Affan. Janganlah rebut Affan dari saya.

Sharon Alias

Ringan jemari Nadya membalas email itu. Dia juga wanita seperti Sharon, dia tahu bagaimana perasaan seorang wanita.


Sharon,

Janganlah risaukan tentang saya, tidak pernah terlintas di hati saya untuk merampas Affan dari sesiapa. Saya sudah bertunang dan akan bernikah sebaik sahaja tunang saya tamat pengajiannya.

Menangilah hati Affan dan bahagiakanlah hidupnya

Nadya Khairine


”Apa lagi yang harus aku tulis dan yakinkan dia?” kata Nadya sendirian. Memberi peluang kepada orang lain juga ibadah, Nadya tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan semua orang.



“Sunyinya rumah ni…mana pergi semua orang…” kata Nadya sendiri. Dia melilau ke dalam dan luar rumah, mencari kelibat ibu dan pembantu.
“Ibu…ooo Ibu… Kak Siti….” Jerit Nadya berlagu.
“Ibuuuu…” panggil Nadya lagi. Penat berteriak, Nadya ke ruang tamu dan merebahkan tubuhnya di sofa.

“Kenapa menjerit macam anak tarzan ni Nadya?” Tanya ibu yang muncul dari dapur.
“Ibu ke mana Nadya panggil tak menyahut?”
“Kat belakanglah…tengah cabut lengkuas dengan Kak Siti…ada apa hal awak menjerit tadi?” ulang ibu lagi.

“Bulan depan abang balik kan?”
“Kenapa? Dah nak kahwin sangat?” terjah ibu.
“Ishh ibu ni…ke situ pulak. Biarlah abang yang decide bila tarikhnya…bukan Nadya yang pinang dia, tapi dia yang sepatutnya masuk meminang Nadya” perjelas Nadya menyampaikan maksud hatinya.

Hanum tidak jadi ke dapur semula. Dia duduk di sebelah anak gadisnya yang mula menampakkan bunga-bunga setuju.
“Betul ke ni Nadya?”
“Habis tu…nak suruh Nadya cakap macam mana lagi? Nanti Nadya call abang beritahu dia sendiri…” kata Nadya. Tersenyum lebar si ibu mendengar keputusan yang diberikan anak gadisnya.
“Senang kerja macam ni…ibu tak jadi nak masak, kita makan di luar ajelah, celebrate berita baik ni…Ibu nak call Mak Long kejap” beritahu Ibu. Pantas tangannya mencapai gagang telefon di meja sebelah dan terus mendial. Nadya pula ke luar mengambil angin. Biarlah semuanya diuruskan ibu dan Mak Long, dia mahu cuci kaki.

Dengan berkaki ayam, dia memijak batu-batu sungai yang dijadikan laluan refleksiologi menuju ke buaian. Angin bukit yang bertiup perlahan menerbangkan rambutnya. Nadya suka mengambil angin di situ sambil melepaskan penat seharian bekerja.
“Nadya…telefon…” jerit Kak Siti dari dalam rumah.
“Siapa?” Tanya Nadya
“Entah…polis kot…” gurau Kak Siti. Nadya berlari anak menuju ke tempat Kak Siti berdiri siap dengan telefon di tangannya.
“Siapa?” Tanya Nadya lagi sebelum dia mengambil cordless phone itu dari Kak Siti. Kak Siti mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

“Assalammualaikum” ucap Nadya.
“Waalaikumsalam…” sahut Khairul di talian.
“Abang…ingat siapa tadi…”
“Tak suka abang call ke?”
“Tidaklah… Kak Siti tu tadi kata polis…ingat Nadya ada buat salah ke apa. Hmm… abang call Nadya ni nak ajak Nadya shopping kat LA ke?”
“Abang kat LAX ni…sekejap lagi boarding…” beritahu Khairul.
“Balik dah?”
“Cuti sayang… mama suruh balik, ada few things nak settle. Nadya ada beritahu apa-apa pada ibu ke?” Tanya Khairul sekaligus memancing Nadya untuk memberitahunya sendiri.
“What do you think?” soal Nadya pula.
“Entah… suka ada, pelik pun ada… tiba-tiba aje Nadya beri keputusan. Tapi apapun abang suka sangat…tak sabar rasanya nak bahagiakan Nadya. I’ve been waiting for so long honey…”

“I nak semuanya dibuat serentak Khai. Bertunang dan nikah sekali… kalau boleh lepas you habiskan urusan you kat sana…then kita nikah…” jelas Nadya. Lagi cepat lagi bagus, fikirnya dalam hati.
“You dah fikir habis ke Nadya? Nadya betul nak hidup dengan abang?” Tanya Khairul inginkan kepastian. Dia teramat sayangkan Nadya namun tidak sanggup untuk membiarkan gadis itu terseksa kerana terpaksa mengahwininya.
“Nadya nak kahwin dengan abang sebab Nadya yakin abang boleh bahagiakan Nadya…” beritahu Nadya.
“Only the best for you dear…” balas Khairul.
“Thanks abang…”

Airmata Nadya jatuh menitis. Jika Affan pernah berkorban untuknya, kali ini biarlah dia berkorban untuk orang lain. Untuk ayah, ibu, Mak Long, Pak Long, Khai dan Sharon. Telefon diletakkan semula ke tempatnya.
18 jam lagi Khai akan sampai di KLIA. Hujung minggu nanti pasti dia akan ke KL untuk mengadap bakal mertua. Segalanya bagai telah terencana sejak awal, ibu pantas menyusun jadual bila untuk beli itu, bila untuk tempah ini. Nadya tahu keputusannya ini akan menggembirakan banyak hati, lebih baik …berbanding dari dua hati yang terluka.



sambungan semalam...


Saat itu wajah Affan terlintas difikirannya. Harapan untuk hidup bersama dengan lelaki itu kian berlabuh. Sayangnya pada Affan tidak mungkin dapat dipadam sepanjang usianya. Kasihnya pada Affan tak mungkin kan luput dari ingatan selagi nafasnya masih ada, namun Nadya Khairine bukan manusia yang mementingkan diri. Dia menganggap cinta dan kasih sayangnya terhadap Affan sebagai suatu pengorbanan yang tulus demi sebuah ikatan kekeluargaan dan persahabatan.

Malam ini, sebaik pulang dari makan malam bersama keluarganya di luar Nadya menelefon Affan. Rindu pada zaman remajanya di mana Affan rajin menelefon dan bertanyakan tentang pengajiannya di kolej, Affan bagai inspirasi yang membakar semangat Nadya untuk terus maju.
“Dah tidur ke Fan? Maaf kalau I mengganggu you malam-malam macam ni” ucap Nadya.
“Taklah… I baru aje balik swimming. Baru nak refresh myself…” terang Affan.
“Malam-malam ni swimming? Fan…tak elok tau orang lelaki berendam malam-malam”

”Apa yang tak eloknya dear?”
“Entah…I just sampaikan apa yang orang cakap. Orang lelaki tak elok mandi malam…that’s all…”
“You ni Irin sama macam my mom…” ujar Affan.
“Hmmm… sebut pasal your mom…how’s she doing? Lama tak jumpa mak you…rindu nak makan bingka ubi mak you yang sedap tu Fan…” kata Nadya.

“My mom okay…baru aje balik ke Johor…sebulan dia kat Kerteh tengok cucu baru dia. Kalau you nak makan bingka ubi…datang ajelah ke rumah, nanti I cakap dengan mak you nak datang. Dia pun rindukan you…” kata Affan pula. Terbayang wajah emak Affan yang sudah dimamah usia, orangnya lembut dan baik hati. Rajin berkebun dan bercucuk tanam di sekeliling rumah mereka di Felda Taib Andak.

“Did she knows what happened between us?”
“Tak… dia ingat I dah tak suka you. I never blame you on this dear… Teruk juga I kena cuci dengan my mother, diakan sayang you…” beritahu Affan. Besar hati ibunya untuk menerima Nadya sebagai menantu namun jodoh mereka tiada.

“Irin… esok I nak ke Singapore…then cuti terus sehari dua kat Johor. Bolehlah you datang ke rumah…”
“Insya Allah Affan… I pun dah lama tak ke Taib Andak…”
“Datanglah… nanti kita boleh ke pasar sama-sama then you tolong mak I masak. Ingat tak dulu you selalu kena masak bila datang ke rumah mak I?”
“Ingat… youlah selalu buli I…” kata Nadya
“Sorry dear… itu bukan buli namanya Irin, itu training… I tak nak you kekok bila sama-sama ke dapur dengan mak I…” jelas Affan yang masih menyimpan harapan.
“Fan…” panggil Nadya perlahan
“Yes dear, I’m still here with you… Ada apa Irin?” Tanya Affan.
“Khai sampai sini esok…and I will be going to KL to meet him and his parents. Both of us will tie a knot in couple months time…” beritahu Nadya. Affan tenang mendengarnya.

“I know…” balas Affan. Nadya diam.
“Khai call I petang tadi… dia mintak I jadi pengapit…” beritahu Affan pula. Kedengaran suara Affan begitu berat sekali. Nadya menangis, hiba hatinya mendengar Affan bakal menjadi pengapitnya.

“Jangan menangis sayang…” pujuk Affan. Nadya tidak tahu hendak berkata apa lagi pada Affan. Dia benar-benar sedih.
“Irin… dengan siapapun you akan kahwin, kita tetap akan kekal sebagai sahabat sebagaimana yang you inginkan. I mengaku semua ni salah I, I sepatutnya teguh dengan pendirian I dan tahu apa yang I inginkan… tapi semuanya dah terlambat…”
“Kita tak mampu untuk melawan sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita… kita cuma manusia yang ada keinginan terhadap sesuatu tapi kita tak punya kuasa untuk menentukan yang itu hak kita…” kata Affan lagi.
“Irin…whatever it is… you know I love you…”

Nadya mengangguk kepalanya. Mulutnya bagai terkunci untuk membalas kata-kata Affan itu. Dia teramat sedih mengenangkan jalan yang terpaksa mereka lalui.
“I tak you nangis lagi Irin… apapun yang berlaku antara kita I tetap macam dulu, kawan yang sentiasa ambil berat tentang diri you. Dan I bersyukur kerana you akan berkahwin dengan sahabat I, Khai… bukan dengan orang lain…”

Makin lebat airmatanya gugur ke pipi. Sendunya juga mula kedengaran. Nadya tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya lagi.
“I wanna meet you Fan…” kata Nadya.
“Boleh… nanti I balik dari Singapore…kita jumpa ya. Irin, jangan nangis lagi…petang esok kita jumpa dan kita cakap panjang-panjang. Okay dear? I think you need a rest, Irin tidurlah dulu…”
“Good nite Affan…”
“Good nite sunshine…”




Pagi-pagi lagi Nadya sudah keluar ke pejabat sehingga tidak sempat menjamah sarapan pagi yang disediakan ibunya. Tiada alasan kenapa dia perlu keluar awal hari ini, dia cuma turutkan kata hati yang ingin sampai awal ke pejabat. Kesesakkan lalulintas yang berlaku pagi ini memberi peluang padanya untuk lebih lama dalam kereta. Sesekali dia tersenyum mendengar celoteh JJ dan Rudy di corong radio Hitz.Fm
“Ishh… tak guna keluar awal kalau jalan sesak macam ni punya teruk” bebel Nadya sendiri.

Sudah lima minit dia di tempat yang sama. Hatinya mula panas. Jam ditangan sudah menginjak ke pukul 7.20 pagi. Nadya menurunkan cermin keretanya, kebetulan ada seorang penunggang motosikal di sebelahnya lantas ringan mulutnya untuk bertanya.
“Bang… kenapa tiba-tiba jem ni? Ada road block ke?” Tanya Nadya.
“Kawan kata ada accident kat depan tu… baru aje berlaku” jawab penunggang motosikal itu.
“Terima kasih…” balas Nadya. Cermin kereta kembali dinaikkan. Dia mengambil keputusan untuk membelok ke kiri jalan dan meletakkan keretanya di bahu jalan.

Dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Skudai menuju ke Pusat Bandaraya, Nadya berjalan kaki untuk meninjau tempat kemalangan. Ada siulan nakal penunggang motosikal yang lalu di situ, namun Nadya buat tidak tahu. Dia tiada niat untuk menyebuk di situ, dengan pengalamannya sebagai ahli St. John Ambulans mungkin bantuannya diperlukan di situ.

Dari jauh Nadya melihat sebuah kontena warna hijau melintang ditengah jalan. Ada sebuah motorsikal ditepinya. Nadya mempercepatkan langkahnya, kemudian dia melihat sebuah kereta warna hitam terperosok di bahagian hadapan lori itu.
“786…” sebut Nadya bila melihat serpihan nombor pendaftaran kereta yang terperosok di hadapan kepala lori itu. Jantungnya berdegup laju.
“Ya Allah… Affan…” jerit Nadya apabila melihat Affan tidak sedarkan diri di dalam kereta.
“Affannnn…” jerit Nadya lagi.

“Adik…ke tepi dik…” kata seorang pemuda yang cuba menghalang Nadya daripada mendekati kereta Affan yang sudah remuk dibahagian hadapan.
“Abang…dia tunang saya…” kata Nadya. Dia meronta minta dilepaskan. Dalam kekalutan itu Nadya sempat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Azrene.

“Az…Affan…” ucap Nadya sambil menangis.
“Nak nangis ke nak cakap ni?”
“Affan accident Az…” sambung Nadya.
“Kat mana?”
“JB depan The M Suites… Az tolong beritahu kat family dia, aku nak uruskan Affan kat sini…”
“Dia macamana Nadya?” Tanya Azrene lagi.
“Aku tak tahu…Affan tak sedar, dia tersepit…”

Nadya mengakhiri perbualannya dengan Azrene saat pasukan penyelamat sampai di tempat kemalangan. Dengan juraian airmata Nadya melihat anggota Bomba memotong pintu kereta untuk mengeluarkan Affan yang sudah berlumuran darah.

Seorang anggota Trafik meminta Nadya agar menjauhkan dirinya daripada kawasan kemalangan itu namun Nadya berkeras untuk menunggu sehingga Affan dikeluarkan dari kereta.
Sebaik sahaja Affan berjaya dikeluarkan, dia diberi bantuan kecemasan oleh paramedic. Bermacam alat digunakan untuk memeriksa degup jantung dan denyutan nadi.
“Encik, benarkan saya ikut ke hospital…” pinta Nadya pada seorang anggota polis.
“Apa hubungan Cik dengan mangsa?”
“Saya tunang dia…” kata Nadya. Seluruh tubuhnya menggigil melihat Affan yang tidak bermaya dan berlumuran darah.
“Baiklah…cik boleh naik ambulans tu…”

Nadya menghantar beberapa SMS kepada Farisha, Khairul, Dr. Azhar dan abang sulung Affan yang tinggal di Kerteh. Nadya menggenggam erat tangan Affan yang masih belum sedar.
“Macamana keadaan dia bang?” Tanya Nadya pada pegawai perubatan yang ada di dalam ambulans.
“Yang dapat saya pastikan sekarang, dia mengalami kecederaan yang agak teruk di kaki dan keadaannya masih stabil, tapi tak dapat nak pastikan lebih lanjut…takut kalau ada kecederaan dalaman”
“Affan…bangun…I ada kat sini” bisik Nadya ditelinga Affan. Dia melihat bola mata Affan bergerak-gerak namun matanya masih tertutup rapat.
“Fan…please bangun…” rintih Nadya lagi.


Lewat tengahari, Khairul muncul di wad di mana Affan di tempatkan. Dia melihat dari jauh Nadya duduk di sebelah Affan. Ibu Affan turut berada di situ, ditemani seorang lagi wanita yang tidak dikenalinya. Kesemua mereka kelihatan sugul.

“Assalammualaikum…” sapa Khairul.
“Waalaikumsalam…” jawab mereka perlahan. Nadya bangun dari kerusi lalu memeluk Khairul. Khairul membalas pelukan itu, dia tahu Nadya sedang dilanda kesedihan apatah lagi dia sendiri yang melihat Affan di lokasi kemalangan. Tentu dia masih trauma.

“Macamana keadaan Affan?” Tanya Khairul pada Nadya.
“Lepas dibedah tadi, Affan masih belum sedar…” jawab Nadya perlahan. Nadya memperkenalkan Khairul kepada emak Affan dan Sharon.
“Mak… ini tunang Irin. Abang ini mak Affan…ini Sharon…”ujar Nadya. Khairul bersalaman dengan emak Affan dan Sharon.
“Saya turut bersedih atas apa yang terjadi pada Affan, makcik…Sharon” ucap Khairul.
“Terima kasih nak…”
“Kalau makcik dan Sharon perlukan bantuan, jangan segan-segan…beritahu pada saya ataupun Nadya, kami akan cuba bantu sedaya yang mampu…” kata Khairul. Sebak menghuni dadanya melihat Affan yang masih belum sedar. Melihat mata Nadya yang masih merah dan sembab turut mengundang kekesalan di hatinya. Mungkin ini berpunca dari pelawaan aku yang mahukan Affan menjadi pengapitku nanti, kata Khairul dalam hati.

“Mintak-mintak cepatlah Affan sedar…makcik risau kalau dia lama macam ni” beritahu emak Affan.
“Insya Allah makcik…kita sama-sama berdoa semoga Affan cepat sedar dan pulih dari kecederaannya” ujar Khairul.
“Rin… nanti Rin tolong telefonkan Along, cakap pada Along mak tidur di sini temankan Affan” pesan emak Affan pada Nadya.
“Baik mak, nanti Irin telefon Along. Mak kalau tak selesa tidur di sini mak boleh tidur kat rumah Irin…” pelawa Nadya pula. Sharon memandang Nadya, hatinya mula berdetik.

“Saya pun boleh tunggu Affan kat sini mak, kalau mak nak balik pun tak apa…” kata Sharon pula.
“Takpelah mak nak tunggu kat sini…dari kecil sampai besar emak yang jaga dia. Tak sanggup mak nak biarkan Affan terlantar kat sini sorang-sorang” ucap emak Affan. Air jernih mula bertakung di kelopak matanya. Emak Affan menangis lagi, Nadya memeluknya lalu ditenteramkan ibu tua itu.
“Sabar mak…kita doakan Affan tak apa-apa” pujuk Nadya.
“Sabar makcik…” pujuk Khairul pula. Dia mengurut perlahan-lahan bahu emak Affan. Sharon di sebelahnya sekadar menjadi pemerhati melihat keakraban Nadya dan bekas mertuanya.

“Doktor cakap apa tentang Affan?” tanya Khairul pada Nadya.
“Doktor kata Affan tak apa-apa bang. Airbag kereta Affan telah menyelamatkan Affan daripada sebarang kecederaan serius. Luka-luka Affan Cuma disebabkan serpihan cermin depan yang pecah. Kaki Affan aje yang teruk…doktor terpaksa bedah masukkan besi…”
“Tapi kenapa Affan tak sedar lagi?”
“Nadya tak tahu…”
“Tak apa sayang, nanti abang tanya doktor…”

“Itu yang mak risau Rin…kenapa Affan masih tak sedar lagi. Kalau doktor kata takde apa-apa, kenapa Affan masih belum buka mata…” rintih emak Affan lagi.
“Sharon tak apa-apa?” tanya Khairul pada Sharon. Dari tadi hanya dia dan Nadya sahaja yang berbual, dia turut simpati pada Sharon.
“Saya tak apa-apa… Affan seorang aje yang kemalangan…” beritahu Sharon pada Khairul.
“Affan on the way ke Singapore bang…” celah Nadya. Khairul menganggukkan kepalanya.
“Sharon tak ikut?” tanya Khairul lagi
“Saya dan Affan dah lama berpisah…”sebut Sharon. Khairul terpaku. Dia tidak pernah tahu yang Affan sudah bercerai dengan isterinya.

“Siapa beritahu Affan accident?”
“Nadya call…Nadya kata dia jumpa Affan accident masa dalam perjalanan nak ke pejabat…”kata Sharon sambil menangis. Nadya memeluk wanita itu.
“Pagi tadi I tergerak nak keluar awal… Selalunya pukul 8 pagi baru keluar rumah, tapi tadi 7.15 dah keluar. Bila sampai depan Lido jalan dah mula sesak. Dari jauh nampak macam kereta Affan…bila dah dekat tengok Affan ada dalam kereta…terus call Az. Lepas tu Nadya SMS abang, Along Affan… call Sharon…” beritahu Nadya pada Khairul. Dia sedar Khairul mensyaki sesuatu terhadap dirinya dan Affan.
“I’m telling you the truth abang…” tambah Nadya lagi.
“I tahu…” balas Khairul.

“Mak… dari tadi mak tak makan apa-apa, mak pergilah makan dulu biar Irin dengan abang tunggu Affan kat sini. Sharon boleh temankan mak?”
“Boleh… mak kita pergi makan dulu, alas perut aje…nanti mak sakit perut pula” tokok Sharon.
“Mak tak lapar…”
“Mak makan sikit ya…kalau Affan tahu mak tak makan, nanti dia lagi risau…”pujuk Nadya lagi. Akhirnya emak Affan bersetuju untuk ke kafe hospital biarpun kakinya berat untuk meninggalkan bilik kecil itu.

“Abang tengok Nadya rapat dengan mak Affan…”
“Tapi Nadya lagi rapat dengan mama abang…” balas Nadya pula. Dia tahu niat Khairul sebenarnya.
“Bila kita nak beli cincin?” giliran Nadya pula bertanya langsung memadam gundah dihati Khairul.
“Abang dah beli kat US tapi mama kata tak cantik…”
“Nak tengok boleh?” usik Nadya. Khairul tersenyum. Sejuk hati Nadya melihat Khairul menguntum senyum.
“Boleh…tapi nanti dah tak surprise lah…”
“Which one come first? Surprise or satisfaction?”
“Both… Ishh, tak baik kita bincang perkara ni depan Affan” kata Khairul. Hatinya masih samar-samar tentang keputusan yang dibuat oleh Nadya. Masih mencari jawapan yang membawa perubahan kepada kekasih hatinya.

Nadya duduk di tepi katil Affan dan mengusap rambut Affan. Khairul sekadar memerhati sambil hatinya menganalisis setiap perlakuan Nadya.
“Fan…sembuh cepat ya, nanti boleh jadi pengapit Khai…”
“Abang… lepas ni kita kena singgah butik, ibu suruh pilih baju…”
“Nadya dah ready nak buat semua ni?” soal Khairul. Nadya jawab dengan anggukkan kecil. Dia kembali mengusap rambut Affan.

“I Cuma ada satu permintaan aje Khai…” sebut Nadya.
“Say it…”
“I nak mintak izin dari you untuk benarkan I berkawan dengan Affan sepertimana I dengan Az and his father…” ujar Nadya tanpa berselindung.
“Abang pun tahukan…Nadya kawan dengan Affan sejak kami di kolej lagi, kami dah macam aur dengan tebing…saling memerlukan antara satu sama lain…” tambah Nadya lagi. Khairul tekun mendengar.

“Futhermore…I am trying to reunite Affan and Sharon, hopefully with God’s will…semuanya berjalan lancar…” kata Nadya lagi.
“Boleh abang tanya?”
“Tanyalah…”
“Nadya ikhlas tak buat semua ni?”
“Allah maha mengetahui segalanya bang…I am just doing my part…” jawapan ikhlas, lahir dari hatinya yang ikhlas. Nadya tersenyum. Lelaki berbaju belang dihadapannya juga turut menguntum senyum.

“Mak… dah makan?” tanya Nadya apabila emak Affan kembali semula ke katil Affan.
“Tak lalu ditekak Rin, mak telan aje…” keluh wanita itu. Nadya faham, ibu manalah yang berselera untuk makan saat anaknya sedang terlantar tidak sedarkan diri.
“Mak, Irin nak balik dulu…nak singgah butik tempah baju nikah…” beritahu Nadya pada emak Affan.
“Iyelah…Rin pun dah sehari suntuk kat sini, baliklah nak…bawak kereta elok-elok…”pesan emak Affan.
“Sharon, I balik dulu…kalau perlu apa-apa call I okay…”
“Thanks Nadya…”

Nadya memeluk Sharon dan emak Affan, memberi mereka semangat dan sokongan moral.
“Nadya balik dulu mak… Sharon, kalau Affan sedar SMS me okay…” pesan Nadya. Hatinya mengucapkan selamat tinggal pada Affan yang masih belum sedar, hati yang sebenarnya ingin terus berada disitu namun terpaksa beralah demi kebahagiaan dua hati yang lain.


“Mama dengan ibu tunggu kita dekat butik…” kata Khairul ketika mereka berjalan keluar dari hospital itu.
“Tapi I nak kena ambil kereta I dulu…”
“I dah call tow truck…” balas Khairul sambil tersengih.
“Brilliant!” jawab Nadya.

Khairul menggapai tangan Nadya yang berayun, digenggam kemas dengan seluruh rasa rindu yang menghuni jiwanya sejak setahun lampau.
Langkah dihayun seiringan menuju ke tempat letak kereta. Hati Khairul berbunga-bunga, tidak sabar untuk ke butik, menempah pakaian nikah.



aku dalam teka teki...

Ke mana lagi nak kubuang langkah
Ke arah hilang terdengar mentari
Nun di hujung lautan terpancar jua
Semuanya
Telah pun aku langkahi
Sudah aku renangi
Namun di hati masih mencari

Sedangkan sungai ada muaranya
Begitu juga bumi dan paksinya
Tetapi hatiku kosong terbiar
Pasangannya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Di manakah cinta

Menerangi jiwa yang gelap gelita
Membuai aku yang terlena
Pesona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu

Biarpun hanya sekali
Namun kan terbukti
Biarlah menjadi rahsia abadi

Ke mana lagi nak kubuang langkah
Ke arah hilang terdengar mentari
Nun di hujung lautan terpancar jua
Semuanya
Dalam cahaya ku mencari
Bagai teka-teki
Dimanakah cinta
Menerangi jiwa yang gelap gelita

Membuai aku yang terlena
Persona antara yang nyata
Hadirlah kau hilangkan rindu
Dengan wajahmu di mataku
Biarlah bersatu
ooo...



Saling memandang antara satu sama lain ketika melangkah masuk ke dalam butik Pesona Pengantin buat Nadya berdebar. Khairul mempereratkan genggaman tangannya, isyarat hati kepada Nadya bahawa dia juga mampu membahagiakan gadis manis itu.
“Sampai pun bakal pengantin ni… kenapa lama sangat nak ke mari? Ibu dengan mama sempat shopping satu shopping complex ni…” sambut Hanum dengan riuh.
“Kemana aje awak berdua ni? Khai? Nadya?” tanya Mak Long pula.

“Jemput Nadya di hospital tadi…sambil tu tengok Affan sekali” beritahu Khairul pada mama dan makciknya.
“Teruk sangat ke dia?”
“Teruk bu…tak sedar lagi” beritahu Khairul lagi. Nadya hanya membisu, dia tahu dia bukan lagi orang layak untuk bersuara apatah lagi tentang Affan.

“Nadya pilihlah nak pakai design yang macamana, nak pakai yang dah siap ataupun nak yang baru…nanti suruh Seri jahitkan…” suruh ibu Nadya. Seri Wahida pengusaha butik itu terangguk-angguk mengiyakan kata Hanum.
“Dya nak warna putih untuk nikah… kelabu untuk sanding…” suara Nadya tentang warna pilihannya.
“Kelabu? Tak menariknya warna…pengantin patut pakai warna-warna ceria, kelabu tu untuk orang berkabung” sebut Datin Kamariah pula. Memang Nadya sedang berkabung. Putih sebagai tanda warna cintanya yang suci, kelabu warna cintanya yang terpaksa dikuburkan.

“Datin…kelabu trend warna sekarang ni…cantik Datin…” celah Seri pula.
“Bukan kelabu kusam Mak Long…” terang Nadya pula.
“Tunjuk sini Seri kelabu macamana yang kamu ada saya nak tengok” kata Ibu Nadya pula.
“Macam-macam warna pengantin sekarang ni Hanum, kita dulu tak banyak pilihan” kata mama Khairul kepada ibu Nadya.
“Betul tu kak…”

Khairul menarik tangan Nadya ke suatu sudut di butik itu meninggalkan ibu dan mama mereka berbincang dengan Seri.
“Abang suka Nadya pakai baju macam ni bila nikah nanti…you will look stunningly beautiful darling”
Khairul menunjuk sehelai kebaya Pahang berbutang bulat dihadapan diperbuat dari sifon putih, dihiasi dengan batu-batu kecil warna putih dan lilac yang dijahit pada lengan, leher dan kaki baju.
“Simple but nice…” kata Khairul lagi. Nadya membelek baju itu dan digayakan ke tubuhnya.
“Cantik…” sahut Nadya.
“Cakap dengan ibu…kita nak design yang macam ni…” tambah Khairul.

“Khai…Nadya ke mari… Orang sibuk berbincang dia boleh pulak sembunyi dekat situ” panggil Datin Kamariah. Nadya memaut manja lengan Khairul dan menuju ke kaunter butik di mana ibu dan mama mereka berbincang dengan Seri.

“Orang tengah pilih baju la…” bebel Khairul pada mamanya.
“Kita tengah pilih bunga untuk main table ni…Nadya nak bunga apa?” tanya Datin Kamariah.
“Kalau boleh nak Lily Casablanca…Eustoma dan Ivy untuk kaki lilin di setiap meja… Nadya tak mahu roses…”
“White and green aje ke sayang?” tanya Khairul.
“Putihkan suci bang…” jawab Nadya sambil menjeling manja

“Ibu…we gonna have the wedding in our house right?” tanya Nadya pada Hanum.
“Nadya tak mahu di hotel ke? Semalam ayah kata dia nak buat di Puteri Pacific”
Nadya menggelengkan kepalanya. Dia mahukan perkahwinan itu dilangsungkan di rumah sahaja.
“Nikah di masjid…bertunang dan bersanding di rumah…” kata Nadya. Si ibu menggaru kepala.
“Macamanalah anak dara aku seorang ni…”
“This is my only request Bu… lain semua ikut suka ibu dan ayahlah, Nadya tak membantah…”

“Bolehlah Mak Su…buat di rumah aje. Khai pun suka kalau majlisnya buat di rumah…ala-ala kampung” pujuk Khairul pula.
“Kenapa kamu tak mintak buat di Besut aje kalau sungguh-sungguh nak buat majlis ala kampung?” sampuk Datin Kamariah. Khairul ketawa.
“Kawan-kawan Khai ramai di KL ma, kawan-kawan Nadya pulak ramai di sini…kita buat kat sini ajelah… Nak balik Besut tu jauh ma…” hujah Khairul pula. Nadya tersenyum senang hati kerana dibela Khairul.

“Nanti ibu bincang dengan ayah…” beritahu Hanum. Nadya tahu keputusan ayahnya sukar dibantah namun jika kena dengan caranya pasti permintaan yang satu ini tidak menjadi keberatan bagi ayah.
“Nanti abang pujuk Pak Su…Nadya jangan risau okay…” janji Khairul pada Nadya.
“Thanks…”
“No need to thank me sayang, this is for us… I just wanna makes you happy…”

Datin Kamariah dan Hanum bertukar pandang. Masing-masing menarik nafas lega bila melihat Nadya dan Khairul mula menunjukkan keserasian. Perbincangan disambung semula. Khairul menurut semua kemahuan Nadya yang inginkan sebuah majlis yang sederhana.
“Nadya nak berapa dulang hantaran?” tanya Datin Kamariah.
“Ikut suka abanglah nak kasi berapa Mak Long…” jawab Nadya. Dia tidak kisahpun berapa dulang hantaran yang bakal diterimanya.
“Mana boleh macam tu…Nadya cakaplah Nadya nak apa nanti Mak Long sediakan. Khai… nak bagi Nadya berapa dulang?” tanya Datin Kamariah pada anak bujangnya.
“Entahlah mama, Khai manalah tahu kerja orang perempuan ni. Khai tak kisahlah ma…berapa mama nak bagi Khai tak ada halangan. Mak Su macamana?”

“Ishh…macam main bola pula pass sana sini. Senang macam ginilah kak, Nadya bagi sembilan, Khai balas tujuh…ikut adat orang sini. Kalau di Johor ni kebiasaannya belah perempuan bagi paling banyak pun sebelas dulang tapi kita ambil mana yang perlu ajelah” cadang Hanum.
“Cukup ke untuk Nadya tujuh dulang aje?” tanya Khairul pada Nadya.
“I tak kisah Khai… ikut ajelah apa yang ibu cakap tadi” balas Nadya.




Datin Kamariah dan Hanum mula menghitung barang-barang yang mahu dijadikan hantaran. Set barang kemas, baju, jam tangan, alat solek dan wangian, telekung, kasut dan beg tangan, cufflink dan tali pinggang, sirih junjung antara yang disebut oleh dua wanita itu. Nadya sekadar mendengar dan mengangguk, sesekali memberi pandangan apabila disuruh.

“Esok ikut Mak Long balik Kajang…kita shopping di KL aje, banyak pilihan kat sana. Hanum tak kisahkan kalau kakak bawak Nadya ke sana atau Hanum nak ikut sama?”
“Biar Nadya ajelah yang ikut akak…saya ada kerja kat sini. Ayah Nadya ni tahu ajelah mana boleh ditinggal, bila kita ajak dia pulak tak mahu tinggal kerja”
“ Ehmm… kalau macam tu tak apalah, Nadya ikut Mak Long aje ya…”

Nadya resah. Dia ingin melawat Affan esok, tidak termasuk dalam perancangannya untuk ke mana-mana saat Affan sedang terlantar sakit.
“Nadya banyak kerja di pejabat Mak Long…” kata Nadya memberi alasan namun ibunya pantas menyampuk.
“Ibu cakap dengan ayah nanti…kerja Nadya boleh suruh orang lain take over”
Nadya mengeluh. Kalau dengan ibu ada sahaja kata-katanya yang boleh mematikan hujah Nadya, dia tidak betah untuk melawan.

“Terlanjur Khai ada kat sini ni Nadya senang sikit kalau nak pilih barang. Dua tiga hari lagi Khai dah nak balik ke US…” tokok Datin Kamariah. Nadya mengangguk sambil tangannya membelek alas dulang yang diperbuat dari kain satin dan dihiasi renda mewah dan kristal.
“Hmm… alas dulang tu cantik, Nadya berkenan yang itu ke?” Tanya Hanum. Nadya menggelengkan kepalanya. Hatinya masih memberontak tidak mahu pergi ke Kuala Lumpur esok.

“Mak Long fikir…Mak Long nak buatkan hantararan dari Khai temanya warna baby blue… lembut aje warnanya dan nampak eksklusif…” beritahu Datin Kamariah.
“Lawa juga warna tu kak…” sampuk Hanum.

“Mak Su, malam nanti Khai nak ajak Nadya keluar…nak mintak izin dengan Mak Su…” pinta Khairul dengan sopan.
“Pergilah… Mak Su tak kisah…pandai-pandailah bawak diri, awak berdua belum sah lagi…” balas Hanum sambil tertawa.
“Kita pergi tengok Affan malam nanti” bisik Khairul dengan gaya manja. Nadya yang diam dari tadi mula mengukir senyum dan berterima kasih dalam hati.

“Senyum…senyum…baju dah pilih belum? Cepat beritahu Seri awak nak yang macamana…” sergah Hanum. Nadya memicit kepalanya.
“Khai dah pilih Mak Su… untuk nikah Nadya pakai kebaya Pahang…Nadya tolong ambilkan baju tadi abang nak tunjuk pada Ibu…” suruh Khairul. Nadya bangun dan mengambil baju yang masih bersarung plastik. Dibawa dan digayakan ke tubuh sambil dia berjalan.

“Wahhh…cantiknya bakal menantu mama…” puji Datin Kamariah.
“Itu belum disarung ke badan lagi tu ma, kalau Nadya dah pakai lagi nampak cantik” tambah Khairul lagi.
“Nadya suka yang ini ke?” Tanya Hanum. Nadya mengangguk.
“Baju baru ni Kak Num, Datin…baru dua hari Seri siapkan, kalau Nadya nak yang ini Kak Seri boleh buat fitting…” celah Seri Wahida.

“Cantikkan Mak Su?” Tanya Khairul pada bakal mertuanya.
“Cantik sangat… Nadya, diam aje kenapa? Baju sanding awak memang nak yang warna kelabu ke?”
“Nadya peninglah bu…” kata Nadya sambil memicit kepalanya yang tak sakit. Hari ini terlalu banyak perkara yang difikirkannya.

“Seri…sempat tak kalau lagi dua bulan nak siapkan baju sanding?” Tanya Datin Kamariah.
“Sempat datin… kalau pagi petang siang malam mengadap baju aje seminggu pun boleh siap” gurau Seri Wahida.
“Hahh…iyelah tu kamu tak payah makan, tak payah mandi. Nanti baju anak menantu aku ke mana, kamu ke mana…” kata Datin Kamariah. Terhambur ketawa mereka berlima.

“Nadya ingat nak pakai kebaya pendek untuk sanding… Kak Seri, ada songket warna kelabu?” tanya Nadya pada Seri Wahida.
“Rasanya ada… nanti kakak geledah dulu stok kain tengok yang mana ada” jawab Seri Wahida. Dia mengambil beberapa helai kain songket dan satin dalam pelbagai pilihan kelabu dan diletakkan di atas meja.
“Eh…lawa jugak kelabu ni…” kata Datin Kamariah. Nadya memilih songket kelabu yang agak gelap sedikit dengan motif pucuk rebung, untuk Khairul pula dia memilih satin warna sedondon dengan songketnya.
“Okay tak abang?” Tanya Nadya pada Khairul.
“Nice…”

Seri Wahida mula mengambil ukuran badan kedua bakal mempelai. Sesekali Khairul ketawa apabila Seri meminta dia mendepakan tangannya. Dia terasa geli ketika Seri mengambil ukuran badannya. Mama dan Mak Sunya mula mengusik nakal.
“Itu baru Seri yang pegang awak dah ketawa Khai…”
“Nadya yang pegang nanti entah macamana agaknya”
Khairul tersenyum sipu. Pipi Nadya pula mula merona merah. Siap mengukur badan, mereka memilih pula petarana persandingan. Nadya memilih sebuah pelamin yang ringkas untuk upacara persandingan.

“Tak mahu yang semak-semaklah Ibu…yang ni okaylah…” tunjuk Nadya pada ibunya. Pelamin gaya klasik dengan juntaian melur sebagai tabir menarik hatinya.
“Kalau dah suka yang itu…suka hati kamulah Nadya” kata Hanum. Kalau ikutkan hatinya, Hanum inginkan sebuah pelamin yang mewah dan sarat dengan hiasan, sebab itu dia mahu mengadakan majlis dihotel tetapi anak gadisnya berkeras mahu bersanding di rumah.

“Cantiklah yang ni Mak Su… Khai pun suka…” celah Khairul. Sekali lagi dia bertindak sebagai penyelamat keadaan. Nadya memandang Khairul, dia berterima kasih lagi dalam hati.

“Eh, tak sedar dah dekat Maghrib…kita balik dululah ya. Seri mana yang tak cukup ke apa ke, nanti kakak telefon awak… ataupun awak aje telefon kakak kalau ada nak tanya apa-apa” ucap Hanum.
“Baiklah Kak Num…nanti kalau dah siap bajunya Seri telefon Kak Num. Nadya nanti beritahu Kak Seri ya nak alas dulang yang mana satu… kalau nak yang baru kena beritahu cepat, nak menjahit sekuin ni leceh…” beritahu Seri Wahida. Nadya mengangguk faham.

"Balik ke rumah terus Khai…jangan menyinggah ke tempat lain” pesan Datin Kamariah sewaktu mereka bertukar arah menuju ke kereta masing-masing. Nadya pulang bersama Khairul manakala ibu dan Mak Longnya menaiki kereta berasingan.

“Abang…thanks…” ucap Nadya. Khairul tersenyum. Dia merangkul pinggang Nadya dan berjalan beriringan. Nadya turut meletakkan tangannya ke pinggang Khairul. Rasa kasih mula menyelip ke dalam hatinya, perlahan-lahan dia cuba memberi sedikit ruang untuk dirinya mula mengasihi lelaki ini.




Sejak petang tadi Nadya tidak menerima apa-apa berita dari Sharon tentang Affan. Dia cuba menelefon Sharon beberapa kali namun tidak berjawab, hatinya mula bimbang.
“Telefon siapa aje tu, dari tadi abang tengok Nadya macam kelam-kabut…” tegur Khairul.
“Sharon ni…call tak berjawab…”
“Kan kita dah sampai depan hospital ni, apa yang Nadya risaukan lagi. Affan pun mungkin dah sedar sekarang. Dahlah…jangan risau okay…” pujuk Khairul.
“Harap macam tulah…kesian kat mak dengan Sharon, bimbang tengok Affan tak sedar-sedar…” kata Nadya.

Khairul membuka pintu kereta untuk Nadya. Mereka berdua berjalan berpimpin tangan menuju ke bangunan utama Hospital Sultanah Aminah. Nadya tidak menghalang Khairul untuk memegang tangannya, dia masih memujuk hatinya untuk membiasakan diri dengan keadaan itu.

Sampai di wad ortopedik, kelihatan Affan sudah mula sedar dan berbual-bual dengan Sharon. Hati Nadya berbunga riang.
“Assalammualaikum Sharon, Affan…” ucap Nadya.
“Waalaikumsalam…” jawab mereka serentak.
“Apa khabar Fan?” Tanya Khairul.
“Macam yang kau tengok nilah Khai…kaki aku ni dah patah dua…” beritahu Affan pada sahabat baiknya itu.
“Sabarlah… kalau kau rajin makan ubat dan ikut sesi fisioterapi, Insya Allah cepat baik nanti…” kata Khairul memberi semangat pada Affan.
“Tak dapatlah aku jadi pengapit kau Khai…nak jalan pun tak boleh ni…” kata Affan pula. Khairul menepuk bahu Affan perlahan-lahan.
“Fan…majlis aku lagi tiga bulan, Insya Allah sempat kau sembuh. Jangan risau pasal itulah, yang pentingnya sekarang kau cepat sembuh ya. Irin risau sangat tengok kau macam ni…sampai makan pun tak lalu…” ujar Khairul sambil mengerling pada Nadya yang duduk di sebelahnya.

“Irin… thanks… You have done a lot for me” ucap Affan. Suaranya mula berubah, menjadi berat dan perlahan.
“If not because of you…tentu I dah mati…” kata Affan lagi. Matanya mula digenangi air hangat.
“Affan jangan cakap macam tu…” suara Nadya yang diam dari tadi.
“It was a long dream…a long journey… I saw you and my mother…” kata Affan sambil menangis. Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya, hatinya terlalu sebak. Nadya dan Khairul saling berpandangan. Sharon menggenggam tangan Affan, dia juga turut menangis.

“Affan…sabarlah… I dengan Nadya sentiasa ada kalau you perlukan kami. Kita dah lama kawan kan…” pujuk Khairul. Affan mengganggukkan kepalanya, airmata masih lagi mengalir deras.
“Nadya…temankan saya ke bawah sekejap boleh tak? Saya nak beli roti untuk Affan…” ajak Sharon.
“Pergilah sayang, abang teman Affan kat sini…’

Nadya dan Sharon meninggalkan Affan dan Khairul berdua. Mereka keluar dari wad B7 itu tetapi mereka tidak turun ke bawah. Sebaliknya mereka berdua duduk di ruang menunggu yang terletak di ruang legar wad itu.
“Saya ada perkara nak cakap dengan Nadya…” kata Sharon sebaik mereka melabuhkan punggung di sofa hitam.
“Bila Affan sedar dari pengsan…dia sebut nama Irin banyak kali… Irin, Irin…jangan pergi…” kata Sharon. Nadya mengetap bibirnya sambil telinganya mendengar dengan tekun.
“Affan bukan koma…tapi sebenarnya dia bermimpi. Affan kata dia hampir terjatuh ke dalam sebuah gaung yang sangat dalam. Lama dia menjerit meminta tolong tapi tak ada siapa pun dengar. Dia panggil semua orang tapi tak ada siapa pun yang datang. Kemudian dia jerit nama Irin kuat-kuat…” kata Sharon lagi.

“Irin datang hulur tangan pada dia, mak pun datang tolong keluarkan Affan dari gaung tu… Affan kata Irin susah sangat nak bawak Affan keluar dari situ, ramai sangat orang menghalang” sambung Sharon. Nadya teringatkan peristiwa pagi tadi ketika dia sampai di tempat Affan kemalangan. Dia dihalang untuk mendekati Affan namun dia berkeras.
“Saya tahu benda ini sangat sukar untuk Affan mahupun Nadya… dan saya tahu keadaan yang sebenarnya. Affan dah ceritakan semuanya pada saya tadi…” ucap Sharon diiringi dengan airmata yang berlinang.
“Affan needs you… awak dan Affan saling memerlukan Nadya, saya rela berundur asalkan Affan bahagia. Dia benar-benar sayangkan awak…”

“Saya tak boleh Sharon…” balas Nadya. Airmatanya mengalir. Dia menangkup mukanya dan menangis.
“Nadya…masih belum terlambat lagi…” kata Sharon. Nadya pantas menggelengkan kepalanya.
“Tak boleh Sharon…tak boleh…” ulang Nadya lagi.
“Saya tak mahu bincang perkara ni lagi Sharon, saya akan bernikah dengan Khairul tak lama lagi. Keputusan telah dibuat dan saya tidak boleh berundur…” sambung Nadya.
Sharon melepaskan nafasnya. Mengeluh sendiri sambil memikirkan kesudahan cerita cinta dua insan yang dikenalinya ini.
“Kita masuk dulu Sharon…” ajak Nadya. Dia mendahului Sharon yang masih menangis di sofa.


“Lamanya…mana roti?” Tanya Khairul bila melihat Nadya dan Sharon masuk dengan tangan kosong.
“Kedai dah tutup bang…” balas Nadya. Khairul merenung Nadya, hatinya bertingkah ada yang tidak kena apabila melihat mata Nadya yang merah.

“Malam ni Sharon tidur sini ke?” Tanya Nadya.
“Tak… saya akan balik ke KL sekejap lagi. Mak yang akan jaga Affan malam ni…” jawab Sharon.
“Mak mana?”
“Dia balik sekejap ambil baju dan telekung…nanti abang Long hantar dia semula ke mari” terang Affan pula.

“Sharon nak balik KL naik apa?” soal Nadya.
“Bas…”
“Esok saya pun nak ke KL…boleh saya hantar Sharon sekali. Bolehkan abang?”
Khairul menganggukkan kepalanya dan tersenyum.
“Sharon tidurlah rumah saya malam ni…esok pagi boleh kita sama-sama ke KL” pelawa Nadya lagi.
“Menyusahkan Nadya aje…”
“Saya ikhlas menolong… lagipun Sharon tentu penat berulang alik dari KL sejak siang tadi. Ikut saya balik malam ni ya…” pelawa Nadya sungguh-sungguh.

“Pergilah ikut Irin… kalau you balik malam ni pun sampai KL subuh, bahayalah sorang-sorang kat Pudu tu…” celah Affan pula.
“Betul kata Affan tu Sharon. Ikut kami balik malam ni…esok pagi kita sama-sama ke KL…” tambah Khairul.
“Thanks Nadya…”



Satu demi satu pusat membeli belah terkenal di ibukota di jelajahi. Sejauh Alamanda di Putrajaya sehinggalah ke Bukit Bintang, Jalan TAR Nadya dan Khairul singgahi untuk membeli keperluan perkahwinan mereka.
Khairul tidak lokek membelanjakan sejumlah wang untuk Nadya. Barangan yang dibelinya mencecah ratusan dan ribuan ringgit namun dia masih lagi tersenyum. Yang penting baginya, Nadya dapat apa yang diinginkan.

“Cukuplah ni Khai… I rasa semuanya dah ada…” kata Nadya. Tangannya kiri dan kanan penuh membimbit beg kertas.
“Betul dah cukup? I rasa macam tak puas lagi shopping ni…” kata Khairul. Sebenarnya hari ini dia benar-benar dapat mengenali hati budi sepupu yang juga bakal isterinya itu. Nadya sukakan sesuatu yang ringkas dan praktikal dengan harga yang berpatutan. Berkali Nadya mengingatkannya agar tidak membazir membeli barangan yang mahal.

“I ingat nak cari satu barang lagi untuk you…”
“Ishh…tak payahlah Khai. Dah cukup semua ni, dah banyak dah… lagipun dah petang ni, pukul berapa I nak balik JB…” balas Nadya. Khairul perasan sejak awal tadi, Nadya kerap memeriksa telefon bimbit dan jam tangannya.
“Mama kata Nadya tidur sini lagi semalam. Nadya risaukan Affan ya?” kata Khairul pula. Nama Affan pantas terpacul dari bibirnya bila mendengar Nadya ingin segera pulang.

“I tak risaukan Affan lagipun mak ada temankan dia…” jawab Nadya. Dia memandang wajah bakal suaminya beberapa ketika. Ingin dia jelaskan hatinya ketika itu, namun bila teringatkan janjinya pada keluarga, Nadya memendamkannya semula.
“I dah call Affan tadi… dia okey…” beritahu Khairul.
“Ini bukan pasal Affanlah…boleh tak kita jangan cakap pasal Affan lagi… I pening ni…”

“Nadya penat ya…sorry sayang. Kenapa tak cakap dari tadi? Kita lepak kejap dekat Secret Receipi kat depan sana tu…lepas tu kita boleh balik…” cadang Khairul pula. Dia mengambil beg-beg shopping yang dipegang Nadya, sungguhpun tangannya juga sudah penuh.
“Sorry Khai…I menyusahkan you…” ucap Nadya. Khairul menggelengkan kepalanya. Baginya Nadya tidak perlu memohon maaf, dia yang lebih teruja untuk membeli belah keperluan perkahwinan mereka sehingga lupa tentang penat.

Cuaca diluar mula gelap dan gerimis sudahpun turun. Nadya menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Jalan Esfahan. Ketika Khairul sedang membelek menu, fikiran Nadya mula berterbangan teringatkan kenangannya bersama Affan di situ. Semuanya masih hangat sehangat genggaman tangan Affan sewaktu mereka melintas jalan menuju ke bazar-bazar di lorong-lorong di Masjid India.
“Irin nak pakai tudung tak? Irin lagi cantik kalau bertudung…kalau nak I belikan…” kata Affan sewaktu mereka singgah di sebuah kedai menjual kain dan tudung.
“Nak… tapi bukan sekarang… lepas kahwin nanti… boleh tak?”
“Boleh dear…I tak paksa tapi kalau Irin dah kata macam tu Alhamdullilah lapang hati dengar…” balas Affan.

Nadya memejamkan matanya. Affan terlalu sukar untuk disingkirkan dari hatinya. Kuala Lumpur ini penuh dengan kenangannya bersama Affan. Ke ceruk mana sekalipun sarat dengan memori mereka berdua.
“Nadya nak minum apa?” tanya Khairul
“Errr…ehmm… Ice cream… abang pilihkan ya…” jawab Nadya.
“Tengok apa kat seberang jalan tu?” tanya Khairul setelah selesai memesan minuman untuk mereka berdua. Dia turut memusingkan badannya untuk melihat apa yang menarik perhatian Nadya.
“Tengok kedai kat depan tu…”
“Vincci ke?”
“Taklah…kedai tudung…”
“Nak pakai tudung ke?”
“Insya Allah…”

“Pakailah…seorang muslimah memang wajib menutup aurat. Mama, Ibu…Kak Piah pun bertudung kepala. Abang rasa kalau Nadya pun pakai tudung…Nadya lagi cantik…” ucap Khairul. Nadya tunduk. Sedar akan kekurangan dirinya yang masih belum bersedia untuk menutup aurat. Kurus tinggi persis model, Nadya lebih selesa menyarung jeans dan baby T atau kemeja bila ke mana-mana.
Dia melihat baby T warna putih dengan tulisan MNG warna hitam didada, baju yang tersarung ditubuhnya itu hadiah dari Affan yang dibeli ketika dia sedang transit di Amsterdam.
“Kenapa dengan baju Nadya…kotor ke?”
“Taklah…tak terfikir pulak yang selama ni I seksi…” kata Nadya.Khairul tersenyum.
“Nadya pakai baju kurung pun seksi tau” usik Khairul.

“Boleh pakai baju macam tu tapi pakai untuk tatapan abang aje kat rumah nanti…abang tak paksa, tapi Nadya tahukan apa tanggungjawab abang bila kita dah nikah nanti…” beritahu Khairul. Mendalam maksud katanya itu.
“Nadya bukan perempuan liar bang… tak susah abang jaga Nadya…”
“Ishh…ke situ pulak. Bukan macam tu maksud abang. Abang kenal Nadya… dari kecil lagi, bukan baru hari ni. Tak pernah abang kata Nadya liar…abang tak pernah nampak Nadya liar pun. Kalau perempuan liar, dia dah lari dari rumah dan tak balik-balik lagi bila kena kahwin paksa…” tegas Khairul.
“I pernah lari dari rumah…” sebut Nadya. Dia terasa dirinya disindir Khairul. Tak mungkin Khairul lupa Nadya pernah lari bersembunyi di rumah Farisha hampir dua tahun dulu.
“Tapi you balik kan?” soal Khairul pula.

“Dah sayang…tak baik bertengkar depan rezeki. Abang mintak maaf kalau kata-kata abang melukakan hati Nadya. Sorry sayang…”
Khairul menyudu aiskrim di hadapan Nadya lalu disua ke mulut gadis itu. Khairul tahu Nadya tersinggung.
“I am sorry…” lafaz Khairul lagi. Tangannya masih memegang sudu aiskrim, menunggu Nadya membuka mulutnya.
“Thank you sayang…” ucap Khairul bila Nadya membuka mulutnya. Dilihat mata Nadya yang berkaca, hatinya ditimbuni dengan rasa bersalah.
“Abang mintak maaf…” ulang Khairul lagi. Nadya diam. Kepalanya ligat menyusun kata.

“Kenapa you nak kahwin dengan I? I bukanlah perempuan yang baik… You pun tahukan I selalu tidur di rumah Affan bila I ke KL… I selalu pergi holiday dengan Affan, berdua…tanpa ditemani sesiapa, tanpa pengetahuan ibu dan ayah I… you tahu semua tu kan?” tanya Nadya. Khairul menganggukkan kepalanya.
“Kalau I kata I pernah tidur dengan Affan… you masih sanggup terima I? Kalau I kata I pernah mengandungkan anak Affan…you nak kahwin jugak dengan I?” tambah Nadya. Airmatanya meleleh perlahan ke pipi. Cepat-cepat Nadya menyeka dengan kedua jari telunjuknya.

“Abang kenal siapa Nadya Khairene dan abang kenal siapa Affan Afzam…” jawab Khairul ringkas.
“Anak Imam tak semestinya baik macam bapak dia…” jawab Nadya sinis.
“Jangan provok abang lagi Nadya…please… Abang dah mintak maaf tadi…”

Gerimis mula bertukar menjadi hujan lebat. Tempias air hujan mula membasahi meja memaksa mereka segera beredar sekaligus menamatkan pertengkaran mereka petang itu. Satu tanda soal mula berkhemah dibenak Khairul. Sedikit sebanyak dia termakan juga dengan kata-kata Nadya tadi. Dia tahu Affan dan Nadya intim, dia tahu hubungan itu disirami dengan kasih sayang dan cinta…tidak mustahil jika mereka pernah terlanjur.
“Arghhh…persetan itu semua…” jerit Khairul dalam hati.



MMS yang diterima dari Farisha amat melegakan hatinya. Nadya berterima kasih pada sahabatnya itu kerana sudi mengirimkan gambar Affan. Nota ringkas dari Farisha dibaca dan disemat dalam hati.
“Affan kata pengantin kena happy, tak usah fikirkan pasal orang sakit ni. Orang sakit dah ada doktor dan nurse yang jaga. Affan kata lagi…dia tahu apa yang kau tahu…hehehe tapi aku tak tahu apa-apa”
Nadya tersenyum simpul sambil membalas mesej Farisha.
“Kalau dah tak tahu apa-apa tu jangan berangan nak korek pulak. Hug n kisses from me for both of you”

Nadya turun ke bawah mencari Mak Longnya. Petang tadi sewaktu dia pulang dari membeli belah, Datin Kamariah sedang sibuk menggubah bunga pahar.
“Mak Som nampak Mak Long tak?”
“Dia tidur…kepenatan menggubah bunga telur…”
“Ohhh… Datin tidur ya Mak Som…” ulang Nadya sambil mencucuk pinggang Mak Som.
“Mak Datin tidur…Mak Datin tidurrr…kau tak faham ke…” latah Mak Som. Nadya ketawa.

Nadya ke ruang tamu di mana Datin Kamariah meninggalkan bunga telur dan bunga pahar yang belum siap di dalam sebuah bakul rotan yang besar. Dia duduk bersimpuh di sebelah bakul itu lalu mula mencantum-cantumkan kelopak mawar warna merah baldu. Kemudian Nadya melilit kelopak mawar yang telah siap dicantumkan pada buluh kecil yang telah disisir bersih dengan pita warna hijau. Satu persatu kelopak mawar dicantum dan disiapkan.
“Rajinnya menantu mama ni…” tegur Datin Kamariah
“Ehh… Mak Long… Nadya kacau-kacau aje…”
“Tak apa, ini pun untuk Nadya dengan Khai juga bukan untuk orang lain pun. Hmmm…kemas Nadya buat ni…cantik…” puji Datin Kamariah.
“Nadya tiru Mak Long punya yang dah siap. Cantikkan Mak Long…macam zaman dulu punya bunga telur…”
“Sekarang ni semuanya dah balik asal Nadya, orang dah guna semula fesyen-fesyen dan stail-stail lama ni” kata Datin Kamariah lagi.
“Ehmmm… Mak Long dah tengok barang-barang yang Nadya dan abang beli?”
“Sudah… Mak Long nak buat sendiri hantaran untuk Nadya, baru rasa puas…”
“Ibu tempah dengan Kak Seri…”
“Boleh tahan hasil tangan Seri tu, Mak Long puas hati dengan kualiti kerjanya. Bunga dip dia pun cantik-cantik…” puji Datin Kamariah lagi.

Nadya dan Datin Kamariah meneruskan kerja-kerja menggubah bunga telur dan bunga pahar sambil berbual-bual. Khairul pula memerhatikan mereka berdua dari tingkat atas.
“Mama sayangkan Nadya…Mama suka sangat kalau Nadya jadi menantu mama. Tidak pernah tercalon nama wanita lain di dalam senarai menantu mama selain dari Nadya Khairine, anak saudara mama sendiri…” terngiang-ngiang kata-kata Datin Kamariah ditelinga anak lelaki tunggalnya itu.

“Kenapa perhati dari jauh aje?” tegur Datuk Hassan.
“Papa… Khai tengok mama tu…”
“Tengok mama ataupun Nadya?”
“Mama nampak happy sangat…teruja nak terima menantu…” jawab Khairul.
“Kenapa mama dan papa pilih Nadya untuk Khai? Kenapa pa?” tanya Khairul pada papanya. Dia masih lagi memerhatikan mamanya dan Nadya yang sedang rancak menggubah bunga telur.

“Mama kamu memang sukakan Nadya sejak dia kecil lagi. Lagipun Nadya bukan asing dalam keluarga kita, anak Mak Su kamu juga. Yang kamu tu tak pernah bawa perempuan lain balik ke rumah ni kenapa? Nadya jugakan yang kamu usung ke sana ke mari sebelum ini, betul tak?” soal Datuk Hassan pula. Khairul mengangguk. Selama ini hanya Nadya yang bertakhta di hatinya biarpun gadis itu juga menjadi pujaan sahabat karibnya yang sudah dianggap seperti saudara.
“Sabarlah…kurang dua bulan aje lagi…” kata Datuk Hassan sambil menepuk bahu Khairul.
“Insya Allah papa…” sahut Khairul. Datuk Hassan meninggalkan Khairul di situ, dia sendirian turun ke tingkat bawah. Khairul menyeluk poketnya lalu dikeluarkan telefon bimbitnya. Lantas dia terus mendial.

“Fan…aku ganggu kau ke?” tanya Khairul setelah memberi salam.
“Ehh tidaklah…” balas Affan. Suaranya perlahan.
“Kau dah okay ke?”
“Alhamdulillah…kaki aku ni baru pagi tadi doktor masukkan besi, lepas ni aku dah start fisio. Kau pulak macamana, dah ready nak naik pelamin?”

“Entahlah…berdebar semacam ni. Siang tadi aku dan Nadya pergi shopping…tapi dia macam tak happy. Fikiran dia macam melayang jauh…” kata Khairul terus terang.
“Irin memang macam tu, kau bukan tak tahu dia kan kuat berangan…” balas Affan. Ada ketawa kecil dihujung katanya.
“Aku rasa dia ingatkan kau Fan…” terjah Khairul. Affan beristighfar panjang.
“Khai… kau janganlah cakap macam tu. Aku dengan Irin dah tutup buku… dia dah nyatakan hasrat hatinya untuk memilih kau, bukan aku dan aku dengan rela hati melepaskan dia pergi dari hati aku…pada kau, sahabat aku…” ucap Affan.

“Kau fikir dia akan bahagia kalau dia kahwin dengan aku?” tanya Khairul lagi.
“Insya Allah… bukan susah nak bahagiakan dia. Sepanjang aku kenal dia…dia gadis yang baik, patuh pada tuntutan agama, patuh pada ibu bapa…” sambung Affan.
“Tapi dia kata dia pernah tidur dengan kau…” potong Khairul. Affan tertawa kecil.

“Dia cakap dengan kau yang dia tidur dengan aku ke?” soal Affan. Ketawanya masih berbaki.
“Yeah…siang tadi…” jawab Khairul dengan serius.
“Hehehe…memanglah dia tidur dengan aku, serumah… tapi bukan tidur bersama dengan aku. Ishh…nakal Irin ni. Dia cakap tak yang dia perintah aku macam-macam sebelum tidur? Affan, I nak comforter…Affan I nak bantal lagi satu…Affan…kipas ni laju sangat…Affan…lampu bilik jalan ni buat I silau…” jawab Affan bersulam ketawa.
“Dia manja…” tambah Affan.

“Korang ada buat apa-apa tak?” tanya Khairul. Hatinya tidak keruan sejak petang tadi. Berterus terang dengan Affan merupakan jalan keluar yang paling baik.
“Aku tak pernah sentuh dia, dia masih suci… percayalah… Demi persahabatan kita ini, dan demi sebuah perkahwinan yang bakal kau bina dengan dia aku mintak kau hapuskanlah segala sangsi kau pada aku dan Irin” pinta Affan.
“Thanks Fan… Aku janji aku akan bahagiakan dia…”
“Good…”

Khairul menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia berniat untuk turun ke bawah menyertai mama dan papanya yang sedang galak tertawa.
“Abang… baru nak panggil” ucap Nadya yang bertembung dengan Khai di tangga. Itulah ayat pertama yang keluar dari bibir Nadya sejak petang tadi.
“Mak Long ajak kita keluar… makan sate…” sambung Nadya.
“Mama…bukan Mak Long…” perbetul Khairul. Dia memaut pinggang Nadya dan mereka turun bersama-sama.
“Abang mintak maaf pasal siang tadi…” bisik Khairul di telinga Nadya
“Nadya pun mintak maaf…”




Khairul menemani Nadya pulang ke Johor Bahru dengan menaiki penerbangan AirAsia. Kemudian mereka mengambil teksi untuk pulang ke rumah Nadya yang terletak di Nong Chik. Khairul masih lagi mengantuk, hari ini mereka terpaksa bangun awal untuk mengambil penerbangan pertama ke JB. Nadya pula tidak tidur semalaman kerana membantu Datin Kamariah menggubah bunga telur.
“Bang… turunkan kami di Hospital Sultanah Aminah boleh?” ucap Khairul secara tiba-tiba. Nadya agak terkejut bila mendengar Khairul meminta pemandu teksi itu supaya menghantar mereka ke hospital.
“Kenapa nak ke hospital dulu?” tanya Nadya.
“Nak jumpa Affan dulu…ada barang nak bagi pada dia…” jawab Khairul.
“Ohh…”

Teksi meluncur laju di Jalan Skudai menuju ke pusat bandaraya. Selat Tebrau kelihatan tenang hari ini. Teluk Danga pula masih lagi lengang. Khairul menyandarkan kepalanya di kerusi, dia cuba memejamkan matanya yang kelat. Nadya pula asyik memandang air selat yang biru.
Sambil matanya dipejam, Khairul mengusap lembut jari-jari runcing Nadya. Beberapa kali dia menyentuh cincin di jari manis Nadya.
“May I see…?” tanya Khairul sambil memegang tangan kanan Nadya.
“Abang nak tengok apa?”
“Nice ring… Affan bagi ke?” soal Khairul.
“Tak…tak… Nadya beli sendiri…” jawab Nadya. Bimbang jika keadaan menjadi lebih kusut jika dia memberitahu perkara yang sebenar.
“Dulu… I ada temankan Affan pergi beli cincin, macam inilah lebih kurang bentuknya…” kata Khairul sambil membelek cincin di jari manis Nadya.

Nadya tersentap dengan kata-kata Khairul. Jantungnya seakan terhenti. Dia hampir kehilangan kata untuk membalas kata-kata Khairul itu.
“Lepas tu Affan ada engraved perkataan Queen of my heart kat dalam cincin tu…” tambah Khairul lagi.
“Wah…detail betul…semua abang tahu…”
“Mestilah… abang yang pilih font, abang yang pilihkan cincin. Affan tak pandai bargain…so abanglah yang berlagak konon-konon nak beli cincin for my lady…” kata Khairul.

Saat itu Nadya seperti ingin menelan cincin itu. Demi kasih sayang dan cinta yang terpaksa dikuburkan, dia tidak sanggup untuk membuang cincin itu. Hanya inilah yang tinggal sebagai ganti diri Affan. Hari ini bukan harinya untuk Nadya padamkan api cintanya yang masih menyala namun dia tetap akur bila tiba saatnya nanti, dia perlu jadi isteri yang setia lagi jujur.
“Dah sampai…” ucap Nadya. Dia menarik nafas panjang, melahirkan rasa lega yang amat apabila subjek cincin itu dihentikan untuk seketika.
“Abang tunggu sekejap ya… kami tak lama…” beritahu Khairul pada pemandu teksi itu.

Nadya berpimpin tangan dengan Khairul menuju ke blok hospital di mana Affan ditempatkan. Khairul menggenggam kemas jemari Nadya sehingga Nadya berasa sakit. Marahkah abang pada ku? Soalnya dalam hati.
Butang lif segera ditekan, sebaik pintu lif terbuka mereka berdua melangkah masuk. Khairul diam, begitu juga Nadya. Lif berhenti di tingkat 4, mereka berdua keluar dan berjalan menuju ke bilik Affan.
“Morning Fan…” sapa Khairul seperti biasa. Affan seorang diri di katil.
“Huii…macamana boleh lepas kandang ni? Guard tak nampak ke kau masuk?” Tanya Affan yang masih berselimut.
“Aku bagi kakak guard tu nasi lemak… dia pergi breakfast terus” gurau Khairul.
“Mak mana?” Tanya Nadya pada Affan.
“Mak turun ke bawah beli sarapan…” jawab Affan.

“Ni aku bawakan kau serunding daging special bapak aku beli kat Jertih… kau sukakan?” ucap Khairul sambil menyerahkan sebuah beg kertas kepada Affan.
“Huii…sedap ni Khai kalau makan dengan lontong atau nasi lembik…” bicara Affan. Nyata dia sangat gembira dengan pemberian sahabatnya itu.
“Laaa…nak bagi serunding daging aje, ingatkan apalah tadi sampai tak sabar-sabar nak jumpa Affan…” celah Nadya pula.
“We are brothers…don’t you remember?” jawab Khairul pula.
“Huhh…yelah tu…”
“Khai ada orang cemburulah…” usik Affan.

Emak Affan baru pulang dari membeli sarapan pagi, Nadya bersalaman dan memeluk wanita itu seperti selalu. Tangannya ringan membantu emak Affan menyalin sarapan yang dibeli ke dalam pinggan.
“Affan tak suka lauk hospital…” ujar emak Affan.
“Dia memang cerewet mak…” ajuk Nadya sambil mengelap sudu.
“Kau kalau hari-hari makan macam ni, tak ada exercise nanti kembang badan kau Fan…” Khairul melihat nasi lemak dengan lauk rendang kerang dan sambal sotong di dalam pinggan.
“Habis…nasi lauk hospital ni semua tak ada rasalah Khai…mati lidah aku… Tapi tak apa, elok aje kaki aku ni…aku pergi gym semula”

“Nak makan sendiri atau mak suapkan?”
“Fan makan sendirilah mak…” jawab Affan. Nadya menyerahkan pinggan yang dipegangnya kepada Affan. Kalaulah mereka masih lagi berkasih…tentu saat ini Nadyalah yang akan menyuap Affan makan.

“Lusa aku dah balik ke US semula…tapi sebelum balik ke KL…aku jumpa kau lagi. Ini pun masih banyak perkara yang aku kena selesaikan. Tengahari nanti kena pergi Pusat Islam pula untuk kursus pra perkahwinan. Kalau tak pergi nanti tak boleh nikah pulak” terang Khairul. Affan mengangguk sambil mulutnya mengunyah nasi lemak.
“Bila langsungnya Rin?” Tanya emak Affan.
“Lagi tiga bulan mak… nanti mak datang ya, mak tidur rumah Irin…” pelawa Nadya.
“Insya Allah…” sahut emak Affan. Wanita itu menyapu hidungnya, kemudian dia meminta diri untuk ke bilik air. Hati Nadya sebak melihat emak Affan pergi, dia tahu apa yang terpendam di dalam hati ibu tua itu.

“Kau nak hadiah apa dari aku Khai?”
“Ishhh…aku tak perlu hadiah dari kau, your attendance is much more important to me… Kau tanya Nadya dia nak apa…” balas Khairul. Matanya melirik pada Nadya yang duduk di sebelahnya.
“Irin nak hadiah apa…?”
“I tak nak apa-apa Fan… thanks…” balas Nadya. Aku nak Affaaaannnn… jerit Nadya dalam hati! Matanya dan mata Affan saling bertentangan. Andai mata itu bisa berkata-kata, tentu ianya telah lama menyampaikan hasrat hati yang terpaksa dipendam dalam-dalam itu.

“Ehh… lima belas minit dah, keras driver teksi tu tunggu kita sayang…” kata Khairul. Nadya memandang bakal suaminya itu.
“Jomlah bang… Fan, kirim salam kat mak ya. Kalau perlu apa-apa telefon I okay…” pesan Nadya sebelum pergi.
“Fan aku balik dululah, nanti kalau sempat lepas habis kursus petang nanti Insya Allah aku datang lagi, kalau tak…malam aku datang…” beritahu Khairul.

Tinggallah Affan disitu seorang diri. Melihat kekasih hatinya dirangkul pergi oleh sahabat karibnya sendiri. Dia melihat Nadya menghayun langkah meninggalkannya, sempat gadis itu memalingkan wajah lantas tersenyum. Bagi Affan senyuman Nadya itu bagai luka yang sedang berdarah, dia bimbang luka itu nanti bernanah lalu menjadi barah. Affan mengeluh panjang…





Menjelang tengahari Nadya dan Khairul sampai di Kompleks Pusat Islam. Berbaju kurung biru kundang, lengkap bertudung Nadya berjalan sendirian manakala Khairul pula sudah pun tiba di kaunter pendaftaran. Mereka telah terlewat setengah jam untuk menghadiri sesi pertama kursus pra perkahwinan.

Auditorium utama kompleks itu sudah dipenuhi dengan peserta kursus. Nadya tercari-cari tempat duduk kosong. Khairul pula duduk berasingan di bahagian yang dikhaskan untuk peserta lelaki. Nadya membuka nota kursus dan mula melukis di atasnya. Bentuk hati pelbagai saiz dilukis dengan cantik dan kemas. Kemudian dia menulis kata-kata perangsang yang sentiasa tersemat di kepalanya.
BE POSITIVE
THINK POSITIVE
STAY POSITIVE

Fikirannya tidak di situ, menghitung waktu-waktu bilakah semua ini akan berakhir. Ditulis nama Affan Afzam di atas kertas putih itu, kemudian namanya Nadya Khairene dan terakhir sekali Khairul Shahrin. Kemudian dia melukis anak-anak panah dan mencantumkan ketiga-tiga nama itu menjadi bulatan.

“Me and You, You and Me…why cant it come true? … I am just sitting here in the darkness…thinking of you, dreaming of you… wishing you were still here…with me…” conteng Nadya di atas kertas putih itu.
“Do I really truly still love you? Or am I just hanging onto what we used to be?”
“Affan…letting go never felt so easy…but yet I wonder, have I really let you go?”

Airmatanya gugur di atas kertas itu. Perasan kesal mula terbit dalam hatinya. Soalan demi soalan yang selama ini dipendam kembali terulang. Apa dosa aku sehingga menjadi korban dalam percaturan ini? Apa silap Affan dan Khai yang terpaksa melalui saat perit? Dua sahabat yang merebut cinta dari aku, seorang aku kasih dan seorang lagi aku sayang. Oh Tuhan…berikanlah aku cahaya Mu…terangilah hatiku yang sedang kelam ini…

Penceramah silih berganti, Nadya hanya memberi tumpuan sekali-sekala. Dia langsung tidak fokus pada ceramah yang diberikan. Setiap apa yang didengarnya cukup sekadar singgah dibenaknya untuk seketika.
“Aku tidak boleh berpaling lagi… mungkin ini takdirku. Mampukah aku bahagia dengan Affan jika tidak mendapat restu ayah dan ibu? Tidak bahagiakah aku bersama Khai dengan diiringi restu dan doa dari ayah, ibu, Pak Long dan Mak Long?” tanya Nadya pada dirinya sendiri.
Dua jam pertama sudah berakhir. Peserta kursus dihidangkan dengan minuman petang dan kudapan ringkas. Khairul menunggu Nadya di pintu keluar dewan. Namun Nadya tidak muncul-muncul. Khairul masuk semula ke dalam dewan. Dia melihat Nadya sedang termenung.
“Kenapa tak keluar ni?”
“Ishh… Khai, terkejut I tahu tak…bagi salam boleh tak?”
“Sorry… sudahlah…jangan termenung lagi, lepas ni I hantar you jumpa Affan…baru boleh hilang penyakit termenung you tu” sindir Khairul. Nadya rasa terpukul dengan kata-kata Khairul itu.
“Yahh…please send me there, I really want to meet him…” jawab Nadya pantas.

Khairul meninggalkan Nadya di situ. Puas dipujuk hatinya agar terus berlembut dengan Nadya, berkali dia mengingatkan dirinya tentang kesukaran gadis itu saat ini. Khairul beristighfar panjang dalam hati lantas mengawal amarahnya yang mula menyala.
Nadya memerhati Khairul pergi. Dia juga sudah penat berlakon menjadi orang sabar. Dia juga sudah penat melayan karenah hatinya yang sekejap mahukan ini, kemudian nanti berubah lagi.
“Hari ini harus aku tamatkan semuanya…” ucap Nadya sendiri.

Jarum jam pantas berputar. Penceramah silih berganti begitu juga dengan topik-topik kekeluargaan yang dibincang saling bertukar. Peserta kursus juga diberi peluang untuk mengajukan soalan.
“Assalammualaikum ustaz, saya ada satu soalan…” ucap seorang peserta lelaki. Semua orang kini tertumpu ke arahnya termasuk Nadya.
“Teruskan dengan soalan encik…”
“Khairul Shahrin…” sambung Khairul.
“Silakan…”

“Saya akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis pilihan keluarga yang mempunyai pertalian saudara dengan saya. Saya memang sukakan gadis ini dan sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Yang menjadi masalah sekarang ini ialah gadis ini merupakan kekasih sahabat baik saya… dan kami bertiga mempunyai hubungan yang akrab. Apakah yang kejam dan mementingkan diri sendiri jika saya meneruskan juga pernikahan ini atau perlu saya beri peluang kepada mereka agar mereka dapat bersama?” tanya Khairul panjang lebar.
“Dia sukakan kamu tak?”
“Saya kurang pasti ustaz…kadang nampak macam suka,kadang nampak macam teringatkan kekasih lamanya…”

“Beginilah ya encik Khairul… awak buatlah solat istikharah, begitu juga dengan bakal isteri tu minta dia lakukan perkara yang sama. Soal jodoh ini memang telah ditentukan sejak azali lagi. Kalau awak rasa dia akan bahagia dengan kekasihnya…lepaskanlah dia tapi apapun tanyalah dengan dia, bersemuka dengan dia…apa mahu hatinya. Insya Allah perkara-perkara sebegini boleh diselesaikan dengan berbincang. Kita tak mahu jadi sampai bercerai berai selepas berkahwin… jadi sebelum terlajak jauh tu, baik kita berbincang dahulu…” jawab ustaz itu.

Nadya tergamam. Dia tidak menyangka yang Khairul akan mengajukan soalan berkenaan dengan dirinya. Namun Nadya tetap bersetuju dengan Khairul, mereka perlu mencari jalan keluar agar tidak terus terperangkap di dalam persoalan ini.

Khairul duduk semula di kerusinya, dia memandang Nadya. Sayu dan terkilan.
“Kalaulah aku yang menjadi penyibuk dalam hubungan mereka berdua…biarlah aku sahaja yang beralah. Affan sahabat baik aku, Nadya adik sepupuku… kalau aku tak berkahwin dengan Nadya pun dia tetap adik aku, dan Affan tetap akan menjadi sahabat aku. Aku tak akan kehilangan sesiapa. Tapi kalau aku kahwin dengan Nadya…aku telah memisahkan dua hati yang saling mencintai… tidakkah itu kejam namanya?” soal Khairul dalam hati.

Dia berpaling semula pada Nadya yang sedang tunduk. Wajah Nadya tersorok dibalik tudung yang tersarung dikepalanya. Nadya sungguh cantik hari ini. Sebahagian hatinya tidak redha jika terpaksa melepaskan Nadya ke tangan Affan, namun dia tidak betah menanggung rasa sakit hati untuk lebih lama lagi.
“Aku perlu jumpa Affan… aku perlu bersemuka dengan Affan dan bawa Nadya sekali…”
Pilihan muktamad harus dibuat. Teka teki ini perlu ada jawapannya. Khairul membulatkan tekad, haluan mereka selepas kursus petang ini merupakan Hospital Sultanah Aminah!



Affan sudah duduk di katil ketika Khairul dan Nadya sampai. Terdapat juga beberapa orang pelawat lain yang menziarahi Affan. Daripada perbualan mereka Khairul dapat mengagak, mereka itu saudara mara terdekat Affan atau mungkin juga jiran-jiran Affan di Felda Taib Andak.
“Fan…boleh kita ke tempat lain sekejap tak?” bisik Khairul pada Affan.
“Nak ke mana?” tanya Affan perlahan.
“Foyer depan tu pun boleh juga… Kau boleh duduk kat wheelchair tak?” soal Khairul lagi. Affan mengangguk.
“Okay…aku ambil wheelchair kejap” kata Khairul. Dia menghilang ke belakang untuk mengambil kerusi roda.

“Mak…Affan nak ambil angin kat luar dengan Khai dan Irin kejap…” suara Affan pada emaknya.
“Mintak maaf ya Mak Timah, Kak Pah…Pak Mail… lenguh badan asyik terbaring aje, nak juga tengok langit kat luar sana…” beritahu Affan pada pelawatnya.
“Iyelah Affan…nak harapkan mak kamu, manalah dia larat nak tolak kamu…” celah Pak Mail. Khairul muncul semula dengan membawa kerusi roda untuk Affan. Kemudian dia dengan bantuan Pak Mail, membantu Affan untuk duduk di kerusi roda. Kaki Affan yang bersimen dan berbesi itu kelihatan sangat menakutkan. Nadya menangkup mulutnya, hatinya sebak melihat Affan seperti orang kehilangan upaya. Affan yang dulu gagah…kini duduk di atas kerusi roda.

Khairul menolak perlahan kerusi roda Affan sambil mereka berdua berbual-bual. Nadya menyusul di belakang. Mereka berhenti di foyer yang menghidangkan pemandangan selat yang tenang. Di sudut yang agak sunyi itu, mereka bertiga meluahkan apa yang terpendam dalam hati masing-masing. Khairul mendahului mereka.
“Affan… aku ke mari bawa hajat besar. Aku harap kau berterus teranglah dengan aku. Begitu juga Nadya…Nadya yang mintak di bawa ke mari untuk berjumpa dengan kau Fan. Aku harap hari ini juga kita dapat rungkai semua yang kita pendamkan selama ini…” ucap Khairul. Affan mengangguk.
“Apa yang kau nak tahu Khai?”
“Hubungan kau dan Nadya… Perasaan kau terhadap dia…cinta kau, sayang kau…” tambah Khairul sambil memandang Nadya.

“Ya Allah…Khai… kan aku dah terangkan semuanya pada kau sebelum ni…”
“Tak cukup Fan…masih ada lagi yang terbungkam dalam hati…” jawab Khairul.
“Kalau kau tanya sesiapapun…pasti jawapannya hampir sama. Kau pun tentu tahu kenapa aku tinggalkan Irin dulu…bukan kehendak aku bukan juga atas kerelaan aku. Aku dipaksa dan memandangkan bukan orang lain yang akan dijodohkan dengan Irin, aku beralah juga. Aku mengalah untuk kau…” beritahu Affan.
“Habis tu…sekarang ni kau masih nakkan Nadya?”

Affan diam. Matanya berkaca. Khairul memandang Nadya yang duduk dihadapannya. Gadis itu sudahpun menangis.
“Nadya sayangkan Affan lagi?” tanya Khairul. Nadya mengangguk. Dua pasang mata tertumpu padanya.
“Abang perlu faham hati Nadya…bukan perangkap Nadya macam ni. Tak siapa pun tahu sampai bila rasa sayang pada Affan akan berakhir, Nadya tak ada jawapannya. Tapi ini tidak bermakna Nadya tidak berusaha untuk mencintai abang” jawab Nadya jujur.

“Kalau aku serahkan Nadya pada kau semula, kau boleh jaga dia Fan?” tanya Khairul pada sahabatnya. Affan diam. Airmata lelakinya mula gugur satu persatu. Suasana jadi sepi seketika.
“Aku dah tak macam dulu lagi Khai… aku tak mampu untuk jaga sesiapapun…” ucap Affan sebak. Dia memegang kepalanya.
“Aku tak faham…”
“Nanti kau tahu juga…” balas Affan.

“Irin…” panggil Affan. Nadya memandang Affan.
“Irin akan bahagia dengan Khai…percayalah cakap I ni. Khai lelaki yang baik dia boleh jaga Irin dan bahagiakan Irin…” ucap Affan.
“Aku tak mahu gaduh dengan kau Khai… Kau sahabat aku dunia akhirat, sudah bertahun kita kenal…kau dah aku anggap macam saudara sendiri. Sudah takdir kita jadi macam ni…jatuh cinta dengan gadis yang sama. Irin sangat istimewa…sebab tu kita mudah cair dengannya” kata Affan, cuba membangkitkan mood mereka. Dia menguntum senyum pahit.
“Kalau dari dulu aku tahu kau pun sukakan Irin…awal-awal lagi aku dah tarik diri, aku betul-betul tak sedar Khai…maafkan aku…” sambung Affan lagi.

“Irin perlu masa untuk membiasakan dirinya dengan keadaan baru…kau bantulah dia Khai… Mungkin semua ini berpunca dari aku juga, dua tahun aku menghilang…tentu kau dan Irin sedang bahagia. Bila aku muncul semula…hubungan kau dan Irin jadi kacau…” kata Affan.
“Kalau Nadya dah jadi wife aku… kau masih sayang dia lagi ke Fan?” soal Khairul.
“Khai… kalau kau rasa tak secured… aku ada jalan lain untuk memastikan kau dan Irin bahagia sampai ke akhir hayat. Aku bukanlah manusia sekotor itu Khai…aku juga ada perasaan, ada akal…aku masih boleh menimbang sesuatu perkara dengan logik dan munasabah” tegas Affan. Mata Affan bulat. Khairul terdiam.Nadya mula bimbang kalau terjadi pertengkaran di antara mereka bertiga.

“Irin… jawab, Irin nak kahwin dengan siapa?” tegas Affan pada Nadya Khairene pula.
“Semua orang dah tahu I akan kahwin dengan Khai, and it is firmed. Bahagia atau tidak…bergantung pada bagaimana kami melayari hidup kami nanti. Abang…cukup-cukuplah, jangan seksa hati I lagi…Affan…cukup okay…” jawab Nadya sambil menangis.

Mengapalah perlu aku curahkan semuanya di sini? Bukankah aku juga manusia yang punya sifat malu dan perlukan privasi untuk diriku sendiri? Biarlah aku simpan semua ini dan biarlah masa sahaja yang menentukan bila aku dapat padamkan semua kenangan aku bersama Affan, luah Nadya dalam hatinya.

“Puas hati kau Khai?” tanya Affan pada Khairul.
“Maafkan aku Fan…”
“Aku doakan kau dan Irin bahagia dan dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak” ucap Affan ikhlas.

Nadya tidak betah duduk di situ lagi. Dia meninggalkan Affan dan Khairul tanpa sepatah kata. Airmatanya mengalir deras. Semuanya salah akuuuuuu…jerit Nadya dalam hati. Nadya bergegas menuruni anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah. Dia kemudian menaiki teksi untuk pulang terus ke rumah.



“Abang sayang Nadya macam abang sayang nyawa abang sendiri. Abang tak ada niatpun nak menjatuhkan maruah Affan dan abang tak terlintas langsung untuk jerat Affan dengan soalan-soalan seperti kelmarin. Sepatutnya abang sedar, Affan juga ada hak untuk menyimpan kenangan dia dengan Nadya, begitu juga dengan Nadya. Abang tak boleh nak buang memori Affan dalam fikiran Nadya secara paksa. Abang juga sepatutnya sedar, Nadya dan Affan punya sejarah yang panjang sebelum kita disatukan keluarga…abang lupa semua tu. Abang tahu bukan mudah nak melupakan seseorang apatah lagi kalau orang tu kita sayang. Abang mintak maaf”

Nadya menyimpan semula kad pemberian Khairul ke dalam laci mejanya. Sudah tiga hari Khairul pulang ke Amerika. Dia mempelawa Nadya untuk menghadiri majlis konvokesyennya bulan depan. Tujuannya agar hubungan mereka kembali pulih sebelum mereka diijabkabulkan. Namun Nadya masih belum pasti untuk ke sana.
Hari ini Nadya tergerak hati untuk ke hospital bagi melawat Affan. Dia meminta Farisha menemaninya. Mereka mengambil peluang dari waktu makan tengahari yang agak panjang untuk melawat Affan. Jalanraya belum lagi sibuk, Nadya memandu cermat menyusuri jalan menuju ke hospital.
“Semalam masa aku lawat Affan, dia ada cakap dengan aku pasal korang bertembung enam mata kelmarin”
“Affan cakap apa?” tanya Nadya
“Dia tertekan…Affan kata, sudah cukup dia berkorban tapi kenapa tidak dihargai. Affan kata lagi dia tak mampu nak lupakan semuanya sekelip mata tapi demi sahabat dia lakukan juga. Kalau terpaksa pergi jauh dari sini semata-mata untuk memuaskan hati Khai, dia sanggup…asalkan Khai tidak mencurigai kau lagi…”
“Susah nak yakinkan Khai…semua ni salah aku…” ucap Nadya. Nadanya kesal.

Dua sahabat itu sampai di hadapan pintu wad tempat Affan mendapat rawatan. Katilnya kosong malah sudah dibersihkan dan dikemaskan. Nadya keluar semula. Dia lihat nama Affan Afzam Annuar juga sudah dipadamkan dari senarai nama pesakit.
“Nurse…patient yang dalam bilik depan tu mana ya?”
“Ohh…Encik Affan sudah discharged semalam cik…” jawab jururawat itu.
“Semalam kau tengok Affan pukul berapa Sya?”
“Tengahari…”

Nadya terkilan kerana tidak dapat menemui Affan. Dia mendial nombor telefon bimbit Affan.
“Please Fan…please pick up your phone…” keluh Nadya. Dia menekan butan redial beberapa kali namun tidak berhasil. Nadya mendial pula nombor telefon rumah Affan. Juga tidak bersambut.
Nadya mencari nombor telefon Abang Johari, teman sekampung Affan.
“Alhamdulillah…ada juga orang jawab… Hello Abang Joe…Irin ni…”
“Irin…apa khabar? Dengar cerita nak makan nasi minyak ya…” usik Johari.
“Insya Allah…tak lama aje lagi. Abang Joe…tahu tak kat mana Affan sekarang? Irin call rumah dia tak jawab, call handphone pun tak jawab…”
“Haji Nuar kata semalam nak ke Kuala Terengganu…bawak Affan berubat kat sana agaknya…” beritahu Johari.
“Ohh…jauhnya…”

Nadya mengeluh. Jauhnya Affan pergi. Mungkin benar kata Farisha, Affan akan pergi jauh untuk kebaikan mereka bertiga. Airmata Nadya bertakung.
“Affan tak perlu pergi jauh dari aku…aku nak Affan sentiasa depan mata aku…”
“Kau kan dah nak kahwin Nadya…”
“Aku tahu Sya… tapi aku nak Affan ada depan mata aku supaya aku tahu dia sihat, dia gembira…” luah Nadya lagi.
“Listen here gal, mana mungkin Affan gembira bila kau ada depan mata dia…melihat kau dengan Khai, sama macam dia menelan kaca masuk dalam tekak dia…kau faham? Kau nak tengok Affan kurus melidi menjeruk rasa tengok kau laki bini…macam tu?”
“Jangan tamak Nadya Khairene… kau dapat satu sahaja, kau tak boleh simpan kedua-duanya sekali. Pasal Affan kau jangan risau…aku akan pantau keadaan dia. Kalau kau tak ada dengar apa-apa dari aku, maknanya Affan sihat…kau jangan risau…” tokok Farisha lagi.

Mereka kembali ke kereta. Terik mentari memaksa mereka mengatur langkah panjang untuk segera sampai ke tempat letak kereta.
“Kau jadi ke nak ke US bulan depan?”
“Entah Sya…tak tahu lagi. Visa tak apply lagi… Banyak benda aku nak kena siapkan, mungkin lepas ni aku dah kurang masuk ke pejabat”
“Kan mak kau guna khidmat wedding planner…buat apa kau nak susah-susah lagi?”
“Ada juga yang aku buat sendiri…Mak Long aku pun buat bunga telur sendiri…”

Dua sahabat itu singgah di Wisma Persekutuan untuk makan tengahari. Hidangan ABC yang enak dan Ice Jelly berwarna warni menjadi pilihan mereka.
“Khai tu sweet kan?”
“Kenapa kau kata macam tu?”
“Yelah…gaduh-gaduh pun dia tetap bagi kau hadiah sebelum dia pergi. Itu maknanya dia betul-betul sayangkan kau. Sabar betul dia dengan karenah kau yang macam budak kecil ni…” kata Farisha. Dia memang tajam setiap kali melontarkan pandangannya.

Nadya melihat jam baru dipergelangan tangannya. Khairul menyerahkan jam tangan itu kepadanya sebelum dia menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur kelmarin. Dia agak terkilan juga kerana tidak pernah memberi apa-apa hadiah kepada Khairul sebelum ini, berbanding dengan Affan mereka amat kerap bertukar hadiah ketika bercinta dulu.
“Aku kena buka mata besar-besar…dan gali dalam-dalam…aku nak cari di mana aku harus mula mencintai Khai…bagaimana nak sayang dia…” beritahu Nadya.
“Aiks…kau tak pernah sayang dia sebelum ni ke?”
“Bukan macam tu…sayang dulu, sayang sekarang dan sayang akan datang totally different my dear…”
“Baguslah kalau kau ada niat macam tu… Jangan fikir lagi pasal kisah silam kau, kau patutnya dah mula fikir macamana nak mulakan kehidupan baru dengan orang lama tapi baru…hihihi” usik Farisha.

Nadya menyudu ABC yang sarat dengan koko ke dalam mulutnya. Dikumam perlahan-lahan lalu masuk ke kerongkong.
“Kalau dia sabar sikit lagi…tak perlu gaduh-gaduh pun. Khai tu kelam kabut, takut sangat kalau Affan tackle aku semula. Aku dan Affan dah berjanji, kami sekadar bersahabat…tak lebih dari itu. Aku Cuma simpati dengan Affan…baru jumpa semula, baru dapat tahu Affan dah bercerai, tiba-tiba kemalangan pulak. Bertimpa-timpa ujian datang pada dia Sya…”
“Entahlah…kompleks sangat kisah cinta kau ni. Nak kata cinta tiga segi pun tak boleh…ini namanya cinta berlingkar-lingkar, terbelit-belit sampai tersimpul…kusut dan tak boleh dileraikan” gurau Farisha.
“Boleh nak leraikan…tapi kena sabar…”
“Masalahnya cik abang kau tak sabar…” sambut Farisha. Nadya tersenyum. Hatinya senang setiap kali bersama Farisha. Gundahnya hilang bila dia ditemani sahabatnya itu.


“Aku sayang Affan… aku dewasa dengan ceramah-ceramahnya. Kau tahukan Affan…dia suka bagi free lecture kat orang. Tuhan aje yang tahu macamana perasaan aku masa aku datang ke majlis perkahwinan dia dengan Sharon dulu. Aku sedih, tapi aku tak boleh nak menangis. The wedding so simple like he doesn’t afford to have a grand one…” luah Nadya.
“Masa tu aku dah mula fikir, Affan kena tangkap basah ke? Kenapa tergesa-gesa buat majlis macam tu… Susah aku nak explain kat kau Sya…kau faham sendiri sudahlah…” tambah Nadya lagi.
“Grand wedding he reserve for you…memandangkan dia bukan kahwin dengan kau…dia buatlah yang simple aje…” balas Farisha.
“Pandai-pandai aje kau ni…”

“Isya…nanti kau ingatkan aku ya, aku ada barang nak bagi pada kau…sebelum aku nikah nanti…” kata Nadya sambil membelek cincin dijarinya.
“Barang apa? Bagi sekarang tak boleh ke?”
“Wehh…kau pun sama macam Khai tak reti bersabar. Aku kata sebelum aku nikah, sebelum aku nikahlah…gelojoh tau kau ni Sya. Tapi kau kena janji dengan aku…kau boleh guna, kau boleh simpan tapi kau tak boleh jual…kau tak boleh kasi orang lain…Ini amanah…” beritahu Nadya. Dia memerhati cincinnya lagi. Diusap perlahan-lahan cincin comel dijarinya.

“Amboi…dah bagi tu kira aku punyalah, suka hati akulah nak buat apa pun”
“Hahh…kalau macam tu aku tak jadilah bagi kau…aku bagi orang lain…” balas Nadya. Farisha tertawa, suka hatinya dapat membuat Nadya naik angin.
“Lawa muka kau bila marah Nadya…” usik Farisha lagi.




Persiapan menjelang hari pernikahan sedang dirancang dengan rapi. Setiap hari bila pulang dari pejabat Nadya pasti duduk diam menyiapkan cenderamata untuk tetamu. Nadya turut dibantu oleh ibunya yang teruja hendak menerima menantu, kurang sebulan sahaja lagi.
“Cik Nadya punya barang dah sampai, mana nak letak?” tanya Lukman. Nadya menjengah troli kecil yang ditolak Lukman masuk ke dalam biliknya.
“Letak sini aje abang Man…” arah Nadya. Lukman mengangkat tiga kotak berisi kad undangan yang baru sampai dari Kuala Lumpur dan diletakkan di atas kabinet fail di hadapannya.
“Thank you so much abang Man…” ucap Nadya.

Dia membuka kotak yang paling atas. Dengan cermat dia mengeluarkan sekeping kad lalu membeleknya. Kad warna krim emas dan berbau wangi itu dicium dan dibuka. Dibaca perkataan- perkataan yang tertulis di atasnya.

Undangan Majlis Perkahwinan
Nadya Khairine & Khairul Shahrin

Nadya mengambil beberapa keping kad dan sampul lalu di bawa ke meja tulisnya. Ligat tangannya menulis nama tetamu pertamanya di atas kad dan sampul yang cantik itu.

Affan Afzam Haji Annuar
B33, Bayu Tasik 2
Bandar Sri Permaisuri
Cheras

Ditulis nama yang sama di atas kad yang lain pula, kali ini dengan menggunakan alamat yang berbeza.
Affan Afzam Haji Annuar
InnoTech Sdn. Bhd.
Enterprise Building 3
No.1 Persiaran APEC,
Cyberjaya

Diulang sekali lagi nama yang sama dengan tambahan perkataan dan alamat yang lain juga.
Affan Afzam Haji Annuar & Keluarga
Lot 965B Kampung Bahagia
Felda Taib Andak
Kulai, Johor

Sejarah cintanya bersama Affan tidak mungkin akan terpadam dan tidak bisa juga luput dari ingatan. Namun atas sejarah yang sudah dikuburkan itu, Nadya membina iltizam untuk meneruskan kehidupan yang telah terencana. Hatinya sudah diberikan kepada Khairul Shahrin dan dia sentiasa berharap agar lelaki itu bisa membantu dia melupakan kenangan-kenangan lalu. Namun baginya Affan tetap sahabat, Affan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

“Oitt…buat apa tu?” jerkah Farisha.
“Ada mata tengoklah sendiri…” balas Nadya. Dia memasukkan kad undangan ke dalam sampul yang telah dilengkapkan dengan alamat. Nadya menyerahkan kad-kad itu kepada Farisha.
“Amboi…Affan sorang aje dapat tiga kad? Biar betul kau ni Nadya…”
“Aku amanahkan pada kau untuk poskan ketiga-tiga kad ini…”
“Kenapa sampai tiga?”

“Kau pun tahu Affan menghilangkan diri kan? Kau tahu dia di mana? Tak tahu kan?” soal Nadya pula. Farisha menggelengkan kepalanya. Affan tidak dapat dijejaki sejak dia keluar dari hospital. Telefon tidak pernah bersambut, email tidak lagi berbalas. Affan benar-benar pergi jauh dari Nadya.
“Tak apalah Nadya, Affan buat ni semua untuk kebaikan bersama. Aku percaya yang Affan tak akan berdendam dengan sesiapa, baik engkau ataupun Khai. Cuma aku harap lepas ni kau janganlah nak flashback memori silam kau dengan dia…benda tu dah jadi sejarah” nasihat Farisha.
“Insya Allah Isya… aku pun tak mahu nak fikirkan lagi pasal yang dah lepas tu. Setiap kali aku ingat, aku hanya melukakan hati aku sendiri. Bila aku fikir lagi…aku kasihankan Affan…dia terima dugaan yang paling berat antara kami bertiga…” ucap Nadya.
“Kau jagalah rumahtangga yang bakal dibina ni Nadya. Kita kalau boleh biarlah nikah sekali aje…jangan sampai bercerai berai. Kau fahamkan maksud aku?”
“Faham…”

“Esok kau jadi cuti ke?”
“Jadi…aku kena jemput Khai di Changi. Mak Long dan Pak Long aku pun dah sampai semalam. Esok lepas jemput Khai, kami semua nak jumpa caterer yang ayah pilih…test food. Kau nak ikut tak?”
“Ishh…tak usahlah, buat semak aje…”
“Hey tak baik cakap macam tu, kau dah macam kakak aku Sya. Nanti aku cakap dengan ayah so kau boleh cuti sekali esok” cadang Nadya.
“Takpe, takpe…aku segan dengan bakal mertua kau…lagipun aku banyak kerja kat pejabat ni. Nanti lambat lagi aku buat closing…”

Farisha keluar dari bilik Nadya dengan kad undangan di tangannya. Nadya pula menutup semula kotak yang berisi kad undangan itu. Dia perlu masa seminggu untuk menulis kesemua nama jemputan. Dia lebih senang melakukannya sendiri biarpun dia boleh mengarahkan pekerjanya untuk membantu.

Gagang telefon di capai, nombor telefon rumah didail dengan segara. Suara Hanum bersahut dihujung talian.
“Ibu…kad dah sampai…” beritahu Nadya
“Cepatnya… bila sampai?” Tanya Hanum.
“Baru kejap tadi. Lawa Bu…wangi…”
“Tengoklah siapa yang pilih…”
“Khai… semua Khai pilih cantikkan Bu…”
“Termasuklah anak Ibu…” balas Hanum. Nadya ketawa.
“Nanti ibu siapkan senarai jemputan yang Ibu dan Ayah nak undang, bolehlah Nadya tulis sekali. Nadya baru nak start dengan kawan-kawan Nadya…” beritahu Nadya.
“Lahhh… kenapa tak mintak dengan Ayah? Senarai tu semua ada pada Ayah… Nadya jumpa dia mintak senarai tu. Jangan berat mulut dengan Ayah…tentu dia suka kalau Nadya mintak sendiri dari dia dan pasti dia lagi suka kalau dia tahu Nadya nak tulis sendiri nama jemputan tu”

Nadya mengeluh. Sejak akhir-akhir ini ayahnya banyak menyendiri dan mengasingkan diri darinya. Acapkali bertembung di rumah dan pejabat, ayahnya seperti kelu untuk berkata. Nadya juga bingung dengan perubahan ayahnya.
“Mungkin ayah sedih agaknya nak lepaskan aku, yelah aku akan jadi isteri orang…bukan lagi tanggungjawabnya” teka Nadya.



“Ayah…” panggil Nadya. Dia berdiri di hadapan pintu melihat ayahnya yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputer riba.
“Hmmm… Nadya, come in…” panggil Hanafi tanpa menoleh ke arah anak tunggalnya itu. Nadya masuk dan duduk di hadapan ayahnya yang masih lagi menaip.
“Ayah, Nadya nak mintak list jemputan…ibu kata ada pada ayah…” terang Nadya akan hajatnya.
“Nadya nak buat apa dengan list tu?”
“Nak tulislah…kad dah sampai pagi tadi” beritahu Nadya.
“Nanti ayah email pada Nadya…”
Jawapan dingin dari Hanafi membuatkan Nadya merasakan ayahnya tidak senang dengan kehadirannya di bilik itu. Nadya keluar dengan senyap tanpa berkata apa. Dia kembali ke biliknya dan termanggu di hadapan komputer ribanya. Nadya membuka Microsoft Outlook dengan harapan ayahnya sudah mengemailkan senarai jemputan yang dimintanya.

Inbox masih kosong. Nadya menanti dengan sabar sambil jarinya pantas menggerakkan cursor menari-nari di atas skrin, berputar-putar di situ tanpa tujuan. Jarinya berhenti menggerakkan cursor ketika dia melewati satu folder yang dinamakan AFFAN. Folder yang penuh dengan email-email kiriman Affan. Nadya melihat kiriman email yang terakhir dari Affan, berusia lebih tiga tahun yang lalu. Semuanya masih tersimpan di situ.

Dearest Irin my sunshine,

I am going back to Munich again next week. This time my trip to Germany a bit longer than usual. I wish I can fly back to JB this weekend before depart for Germany, I really missed you baby.

Irin, masa I tak ada please take good care of yourself. I risau nak tinggalkan you lama-lama, takut ada orang lain kebas my Irin. Kalaulah kerja ni habis cepat dan I tak perlu terbang pergi Germany lagi, mesti best kan? I nak kita kahwin cepat-cepat…tak mahu jauh-jauh dengan Irin lagi, tak sanggup!

Insya Allah I akan balik ke JB jumpa you dulu sebelum I terbang ke Germany. Okay sayang, I nak ke Bangi sekejap…later I call you okay!

Love,
Affan

Nadya masih ingat lagi, Affan menghantar email itu pada pagi Jumaat sebelum dia bertolak ke makmal yang terletak di Bangi. Petang itu Affan menelefonnya dan mengesahkan yang dia akan pulang ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Nadya. Affan juga menyatakan dia rindu pada emak dan ayahnya.

Namun menjelang petang Sabtu, ditempat yang dijanjikan mereka sepatutnya bertemu Affan tidak kunjung tiba. SMS Nadya tidak berbalas dan panggilan telefon juga tidak bersambut. Affan menghilangkan diri dengan tiba-tiba dan sejak dari hari itu juga Affan tidak lagi menghantar berita kepada Nadya. Affan akhirnya mengalah, namun panggilan telefon dari Nadya seminggu selepas itu hanyalah menambah duka dihati. Affan memilih untuk memutuskan hubungan mereka.

Nadya tidak tahu punca sebenar Affan meninggalkannya, selain dari memenuhi kehendak ayahnya yang mahukan Affan berundur.
“Semuanya sudah lama berakhir, kasih dan sayang itu tetap ada…tersimpan disuatu tempat yang selamat, abadi sebagai kenangan. Dan rindu tetap akan hadir dalam jiwa ini tetapi tidak akan sekali-kali dilafazkan. Affan, dimanapun jua kau berada ketika ini…aku doakan kau sejahtera dan sihat selalu” ucap Nadya. Dia menutup semula email itu dan kembali ke folder AFFAN. Dia menekan butang kiri lalu memilih menu DELETE. Kini folder itu lenyap buat selama-lamanya.
“It’s all over…long ago…” keluh Nadya. Dia melihat cincin di jarinya. Cincin baru yang disarungkan oleh Datin Kamariah sebagai tanda merisik menggantikan cincin pemberian Affan. Kesemua hadiah dari Affan telah diberikan kepada Farisha. Tiada lagi Affan dekat hatinya, tiada lagi Affan dekat dengan dirinya.

“Makcik… tak nak balik ke?” tanya Farisha. Nadya melihat jam di tangannya, sudah pukul enam petang.
“Ehh…aku tak perasan Sya…”
“Orang nak dapat suami memang macam ni…berangan tak kira masa, sampai hari dah nak senja pun tak perasan” usik Farisha.
“Nahh…ayah kau bagi ni…” Farisha menyerahkan beberapa helai kertas kepada Nadya.
“Bila dia bagi?” tanya Nadya sambil mereka bertukar tangan menyerah dan menerima kertas-kertas itu.
“Tadi sebelum dia balik…”
“Ohh…kenapa ayah tak bagi pada aku sendiri?”
“Dia tengok kau berangan aje, pasal tu kot dia serah kat aku suruh bagi kat kau… Dia malas nak kacau kau tengah berangan…” kata Farisha.
“Yelah kot…Isya, tolong aku bawakan kotak ni ke kereta boleh tak. Aku bawak dua…kau bawak satu…” pinta Nadya.
“Boleh tak jadi masalah pada aku. Dya…rindulah aku nanti kau dah tak kerja lagi. Aku dah tak ada geng kat pejabat ni…” luah Farisha.
“Aku belum nak pindah lagi Sya. Aku cuti sebulan…tapi lepas nikah nanti mungkin aku kerja semula. Aku belum bincang lagi dengan Khai nak duduk di mana lepas kahwin. Semua tu aku tak plan lagi…tengoklah nanti…” jelas Nadya.
“Takkan seorang di KL seorang lagi di JB? Boleh jadi ke?”
“Ayah mungkin akan hand over business ni pada Khai…mungkin akan merged dengan business Pak Long. Kau tahulah Pak Long aku dah sibuk dengan politik dan tugas-tugas rasminya. Mana ada masa nak jenguk pejabat. Entahlah Isya…aku betul-betul tak tahu…”

Memang benar Nadya tidak tahu. Dia tidak berkesempatan untuk merancang masa depannya bersama Khairul. Bakal suaminya itu juga tidak pernah menyebut di mana mereka akan tinggal selepas menjadi suami isteri. Mereka sibuk dengan hal masing-masing, dan perkahwinan yang dirancang dalam tempoh yang singkat ini juga antara sebab mengapa mereka tidak sempat hendak merancang kehidupan selepas berkahwin.
“Sya…nanti kau duduk rumah aku dua tiga hari boleh tak? Temankan aku…seminggu sebelum nikah aku dah tak boleh keluar rumah, bosanlah aku tak tengok dunia luar…”
“Insya Allah…aku ambil cuti nanti jadi bolehlah temankan kau…” balas Farisha.
“Thanks…kaulah sahabat aku dunia akhirat…”

Nadya dan Farisha mengangkat kotak sehingga ke pintu lif. Seorang lelaki dari pejabat bersebelahan menawarkan diri untuk membantu dua gadis itu untuk mengangkat kotak-kotak itu sehingga ke tempat letak kereta. Nadya dan Farisha menarik nafas lega. Tidaklah lenguh tangan bakal pengantin mengangkat kad jemputannya sendirian!




Changi tetap sesak seperti biasa. Ribuan manusia berada di situ saban waktu. Nadya duduk di kerusi panjang sambil menunggu Khairul muncul di pintu ketibaan. Dia memerhati sekelilingnya, lapangan terbang ini sungguh asing baginya. Tiada kenangan yang pernah tercipta di sini, tidak seperti KLIA. Namun ingatannya tidak pernah luntur, biarpun nama itu cuba untuk tidak disebut lagi.
“Ya Allah betapa sukarnya aku untuk melupakan dia. Jika dia dalam kesusahan Kau bantulah dia Ya Allah…” doa Nadya ikhlas. Hatinya sentiasa berat teringatkan Affan. Firasatnya mengatakan Affan sedang melalui saat-saat sukar.
Telefon bimbit Nadya berbunyi. Dilihat nombor yang terpampang di skrin bermula dengan OO1.
“You di mana?” tanya Khairul.
“Depan you…right in front of you…jalan tegak aje” kata Nadya. Dari jauh dia melihat Khairul yang tinggi lampai itu. Khairul tersenyum lebar. Nadya berdiri di tempatnya sambil menunggu Khairul.

“Rindu abang tak?” tanya Khairul selepas Nadya mencium tangannya.
“Tak…” jawab Nadya. Dia tersenyum melihat Khairul mencebik mukanya.
“Ohh…penat-penat kita rindu dia, dia tak rindu kita pun. Sikit pun tak rindu ni?” tanya Khairul lagi.
“Next question please…” balas Nadya.
“Hmm…sayang abang tak?” soal Khairul. Nadya tersenyum. Dia tidak menjawab soalan itu.
“Mintak soalan lain tapi tak jawab juga”
“Khai…perlukah setiap soalan itu dijawab dengan perkataan?” balas Nadya. Dia tersenyum lagi.
“Tapi soalan I tadi I memang perlu jawapan dalam bentuk perkataan, kalau boleh bertulis sekali…” gurau Khairul.
“Tak lama aje lagi you akan tahu jawapannya…lengkap dengan perkataan secara bertulis dan juga perbuatan. Okay? Sekarang ni kita balik rumah dulu, parents you dengan parents I dah tunggu…kita nak pergi test food” beritahu Nadya.
“Kita tak boleh pergi dating dulu ke?”
“Nope…Pak Long kata terus balik ke rumah…you know your dad right?” kata Nadya lagi. Datuk Hassan Abdullah sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Apatah lagi dengan statusnya sebagai Yang Berhormat, dia tidak mahu tindak-tanduk anak-anak membawa cela pada nama keluarga.
“As you wish madam…”
“I’m not yet a madam, Sir…”
“Okaylah Cik Nadya Khairine…soon you gonna be a madam…” balas Khairul sambil ketawa. Nadya turut tertawa.

“Semuanya dah siap ke?” tanya Khairul pada Nadya ketika dia memasukkan beg ke dalam boot kereta.
“My side dah siap…tinggal menunggu harinya aje. You punya pun dah siap…mama you excited bercerita malam tadi” beritahu Nadya sungguh-sungguh membuatkan Khairul semakin teruja.
“Kurang tiga minggu aje lagi…” kata Khairul.
“Yahh…lepas ni you tak boleh jumpa I lagi, tak boleh keluar rumah lagi…mama you dengan ibu I dah keluarkan arahan perintah berkurung sampai hari nikah nanti…”
“Wahh…sampai macam tu sekali?”
“Iyelah Khai…tak percaya you tanya mama you bila kita sampai nanti” jawab Nadya. Khairul pura-pura mengeluh.

“You tahu Affan kat mana? I cari dia dah seminggu ni tak jumpa-jumpa” tanya Khairul tiba-tiba.
“Dunno… lepas insiden kat hospital dulu sampai sekarang I tak pernah dengar apa-apa berita tentang dia” jawab Nadya jujur. Khairul mendengus.
“Bimbanglah…”
“Nak bimbang apa? Dia dah dewasa…tahulah bawa diri” kata Nadya
“Bukan macam tu sayang…I rasa tak sedap hati, rasa bersalah kerana fikir yang bukan-bukan tentang you dan Affan”
“Benda dah lepas Khai…”

“Affan tak ada, siapalah nak jadi pengapit I…”luah Khairul.
“Carilah orang lain untuk jadi pengapit you…Az ke, siapa ke…” cadang Nadya pula, dia sendiri tidak pernah bersetuju dengan cadangan Khairul yang mahukan Affan menjadi pengapitnya. Bagi Nadya, idea itu sangat kejam dan tidak adil untuk Affan.
“Betul juga tu, I pun zalim jugak mintak dia jadi pengapit…tapi seriously Nadya, abang tak terlintas pun nak sakitkan hati Affan masa pelawa dia jadi pengapit. Nadya pun tahukan kami berdua sangat akrab” kata Khairul.
“I reserved my comments” balas Nadya.

Tidak sampai satu jam, kereta yang dipandu Nadya melepasi sempadan Johor-Singapura. Sepanjang perjalanan itu hatinya masih berat teringatkan Affan. Entah kenapa dia merasa seperti kehilangan sesuatu. Lantas hatinya memanjatkan doa, agar perasaan kosong itu segera pergi. Berulang kali dia mengingatkan dirinya bahawa episod cintanya dengan Affan sudah lama berlabuh.
“Berkerut aje dahi…ada problem ke?” tanya Khairul.
“Tak adalah…”
“Habis tu kerut kat dahi tu kenapa? Kulit kedut ke?”
“Silaulah…I lupa bawak my shades…” beritahu Nadya. Matahari yang sedang naik memancar terik sinarannya menyilaukan mata Nadya.
“Ohhh…ingatkan kedut…” usik Khairul. Semakin berkerut dahi Nadya diusik sebegitu.
“I belum tua lagi tau…”
“I tahu…you baru aje 25… kan sayang?”

Sebuah van kecil milik katerer yang dipilih terparkir di hadapan rumah sebaik sahaja mereka sampai. Mulut Khairul becok membebel, kerana difikirnya mereka akan makan di luar bukan di rumah.
“Kena tipulah I macam ni…” bebelnya lagi.
“Nasib you lah…” tambah Nadya. Mereka turun dari kereta lalu masuk ke dalam rumah. Dilihat kedua ayah dan ibu sedang berbincang dengan pengusaha katerer. Dua orang pekerja pula sedang menyusun lauk pauk di atas meja. Aroma nasi beryani dan acar paceri sungguh memikat. Bau acar buah dan ayam masak merah seperti mengajak mereka segera beralih ke ruang makan.

“Langkah kanan awak berdua…” kata Hanafi menyambut anak dan bakal menantunya pulang.
“Memang lapar ni Pak Su…” ujar Khairul sambil mengusap perutnya yang kempis. Nadya mengambil tempat di celah ibu dan Mak Longnya, Khairul dan ayahnya menyusul di belakang.
“Khai ingat kita makan keluar…” bisik Nadya di telinga Datin Kamariah.
“Kesian…” balas Datin Kamariah. Khairul menjeling kearah Nadya, sedar dirinya sedang diperkatakan.
“Bisik apa dengan mama tu?” tanya Datuk Hassan.
“Tak ada apa Pak Long…” jawab Nadya pantas.
“Berdosa tau bisik depan orang…boleh menimbulkan syak…” celah Khairul.

“Nadya…kenapa masih panggil Mak Long, Pak Long… dah boleh panggil mama dan papa kan? Tak gitu Hanafi, Hanum?” tanya Datuk Hassan.
“Betul tu Bang Long…tinggal berapa hari aje lagi ni…Khai dengan Nadya dah boleh praktis dengan gelaran baru untuk kita…” sampuk Hanafi pula.
“Nadya kena panggil Khai, Abang…” celah Khairul lagi. Nadya tersenyum malu. Banyak betul perubahan yang berlaku pada dirinya dalam masa yang amat singkat ini. Dia sedaya upaya untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahannya.
“Betul tu Khai…ni tidak, ibu asyik dengar Nadya ber I-You dengan Khai. Tak manis…gunalah panggilan yang lebih mesra…” cadang Hanum pula.
“Kalau I kena panggil you abang, you nak panggil I apa pulak?” giliran Nadya membuka mulut.
“Sayanglah…” jawab kedua ibu bapa mereka dengan serentak. Khairul tersenyum lebar.
“Sayang…” panggil Khairul dengan manja. Nadya mengukir senyum bila dipanggil semanja itu. Cair hati wanitanya.
“Abang dah lapar ni, mari teman abang makan…” kata Khairul lagi.
“Macam orang gatal pulak awak ni…” celah Datuk Hassan. Khairul jadi malu apabila ditegur papanya. Yang lain ketawa kecil, terhibur, bahagia…Nadya pula mula mencari titik-titik mula di mana harus belajar untuk menghargai kesempatan ini. Untuk seketika, Affan tidak lagi di fikirannya.




Kad sudah habis dilayangkan kepada para jemputan, ibu dan ayah Nadya juga sudah selesai mengelilingi rumah saudara mara dan tetangga bagi menyampaikan sendiri undangan ke majlis persandingan Nadya. Majlis bertunang, nikah dan bersanding akan berlangsung serentak pada hujung minggu nanti. Debar menjadi pengantin semakin kuat dirasakannya.
“Nadya… Isya dah sampai ni…” jerit Hanum dari bawah. Nadya memang menunggu kehadiran Farisha untuk menemaninya. Malah Nadya meminta ayahnya agar memberikan Farisha cuti tanpa rekod, mujur Hanafi tidak keberatan.

Nadya turun dengan pantas mendapatkan sahabatnya. Sudah seminggu tidak bersua, mereka berdua berpelukan. Nadya mengajak Farisha naik terus ke biliknya.
“Ajak Isya minum dulu Nadya…” pesan Hanum.
“Tak apa ibu, nanti kami minum di atas aje…” kata Nadya.
“Kau ni macam nak duduk sini sebulan aje…besar betul beg kau ni…” usik Nadya.
“Habis kau kata jangan balik…so aku bawaklah semua sekali dalam beg ni. Segala khazanah aku, aku sumbat dalam ni…” beritahu Farisha sambil mengangkat begnya.
“Since aku pun tak boleh keluar rumah…so engkau pun tak boleh baliklah… Adilkan?”
“Ya, adil sangat!”

Nadya membantu Farisha mengangkat begnya sehingga sampai ke bilik. Pintu bilik dibuka luas, tersergam indah sebuah katil postur yang sudah dipasang layah putih. Semuanya serba putih.
“Macam bilik orang mati” kata Farisha
“Putihkan suci Sya…”
“Sesuci cinta Affan?” kata Farisha. Kelat bahasanya, namun Nadya tahu Farisha berkata dari hatinya yang luhur. Nadya menggelengkan kepalanya.
“Jangan sebut lagi nama dia Sya…” pinta Nadya. Dia duduk bersila di atas permadani lalu menyambung kerja-kerja memotong riben yang ditinggalkannya tadi.
“Sorry Dya…bukan aku nak buat kau sedih, aku terlepas cakap tadi…aku mintak maaf Nadya”
“Lupakan ajelah…nak ambil gunting ni…kau tolong aku potong riben ni…”
“Nak buat apa benda ni?”
“Entah aku pun tak tahu…Kak Seri nak buat apa dengan benda ni pun aku tak sure. Petang karang dia nak datang, dah start nak decorate bilik aku ni…”
“Lawa bilik kau Nadya…katil kau tu, giant pun boleh tidur. Malam nanti kita tidur atas katil tu ke?” Tanya Farisha.
“Tak…kita tidur bilik lain… katil tu untuk Khairul Shahrin sahaja”
“Pulak? Habis kau nanti tidur asing-asing ke?” Farisha kebingungan.
“X-rated soalan kau ni…terpulanglah pada Khai mana dia nak aku tidur…sebelah dia ke, mana ke… Lagipun dia yang pilih katil tu, so biar dia ajelah yang rasmikan” ujar Nadya. Farisha tersengih. Dia faham akan maksud Nadya.
“Senyum, senyum… nak kena?”
“Kau ni garanglah…nanti dah jadi isteri orang, jangan garang sangat nanti laki kau lari. Khai tu handsome, kalau kau tak mahu…aku kebas…” usik Farisha.

“Dya… last week aku jumpa kawan lama aku… kesian tau…”
“Kawan lama kau? Siapa? Aku kenal tak?” Tanya Nadya. Farisha menggelengkan kepalanya. Setahu Nadya, kawan Farisha adalah kawannya dan kawannya juga kawan Farisha.
“Kau ada kawan lain yang aku tak kenal ke?” Tanya Nadya lagi.
“Kawan chatting akulah…tak pernah jumpa sebelum ni…baru minggu lepas jumpa” terang Farisha.
“Boyfriend ya…”
“Bukanlah…kawan aje” jawab Farisha.
“Dah tu, apa yang kesiannya?” Tanya Nadya lagi.

“Dia cacat…aku tak tahupun dia cacat sampailah aku jumpa dia minggu lepas” kata Farisha memulakan ceritanya.
“I see…kesiannya… lepas tu?”
“Tak ada apalah, Cuma aku simpati dengan keadaan dia… tak boleh berjalan, duduk atas wheelchair… sedih aku tengok…” sambung Farisha lagi.
“Kesiannya… aku dengar kau cerita pun dah sedih, kalau aku tengok sendiri mesti aku menangis…” ujar Nadya.
“Sebab tu aku tak ajak kau…aku gerenti kau memang akan menangis… Itu ajelah ceritanya”
“Kalau kau jumpa dia lagi, kau ajak dia datang ke majlis aku Sabtu ni ya… nak jugak aku berkenalan dengan kawan chat kau tu. Diam-diam kau chatting rupanya ya, nanti aku beritahu ayah” kata Nadya. Farisha tersenyum.
“Ajak tau Sya…” pesan Nadya lagi.
“Macamana nak ajak…aku kan kena kurung dalam rumah ni…”
“Telefon kan ada…” jawab Nadya.

Riben sudah habis dipotong. Hanum pula datang ke bilik dengan membawa sebakul bunga telur. Bakul rotan yang besar itu penuh dengan bunga telur warna emas.
“Nadya kata semua dia nak buat sendiri Isya…” tutur Hanum. Nadya mengambil kotak kecil di atas meja dandannya.
“Isya ada ni bu, kita boleh dera dia lekatkan tag ni…” kata Nadya. Dia menyerahkan kotak itu kepada Farisha.
“Apa pulak aku yang kena buat, auntie kata kau yang nak buat sendiri” kata Farisha pula.
“Kita rewanglah, jangan takut Sya, auntie tolong…” kata Hanum. Bunga telur yang sudah siap, diperelokkan lagi sebelum dicucuk pada batang pisang muda yang sudah dibalut dengan kertas putih.

“Hari ni dah Rabu…esok dah Khamis…lusa Jumaat…” Farisha membilang hari. Hanum dan Nadya memandangnya.
“Kenapa kau menghitung hari ni Sya?”
“Menghitung hari, detik demi detik…Masaku nanti apakan ada. Jalan cerita, kisah yang panjang…menghitung hari…” nyanyi Farisha. Hati Nadya juga terdetik lagu yang sama, lantas dia turut menyambung rangkap seterusnya.
“Padamkan saja kobar asmaramu, jika putik itu takkan ada… Yang aku minta tulus hatimu…bukan puitis…”

“Pergi saja…cintamu pergi… Bilang saja pada semua…Biar semua tahu adanya, diriku kini sendiri…” sambung Farisha pula. Hanum diam sambil menyimpul lilitan pada bunga telur, membiarkan Nadya dan Farisha menyanyi.
“Ohh pergi saja, cintamu pergi… bilang saja pada semua, biar semua tahu adanya…diriku kini sendiri…” sambung Nadya pula.
“Diriku kini…sendiri…” sambung Nadya lagi. Dia diam seketika sebaik mengungkapkan rangkap terakhir. Matanya mula berkaca. Dadanya bertukar menjadi berat dan sebak. Nadya bingkas bangun lalu ke bilik air.



Suasana di luar rumah mula riuh dengan suara orang memasang khemah. Di dalam rumah juga tidak kurang bisingnya. Pembantu Kak Seri mula memasang dan menyiapkan pelamin dan dekorasi di tangga dan bilik pengantin. Farisha menjadi mandur memerhatikan orang sedang bekerja. Rumah ini telah sedia untuk menerima kunjungan tetamu. Tinggal esok sahaja lagi, lusa Nadya akan dinikahkan dengan Khairul Shahrin.

Farisha duduk di satu sudut mengadap pelamin, memandang sepi pelamin yang sudah hampir siap. Bunga-bunga lily Casablanca, eustoma dan ivy menjadi pilihan Nadya untuk menghiasi pelaminnya yang ringkas. Pilihannya sederhana demi menghormati seorang yang telah dia kuburkan hidup-hidup.
Tanpa Farisha sedar, airmatanya meleleh ke pipi. Dia saksi cinta Affan dan Nadya. Dia sering mendengar angan-angan Nadya jika disandingkan dengan Affan. Dia mahu pelaminnya digantung dengan bunga-bunga melur yang segar, dihiasi dengan bunga harum sundal malam biar wangi. Nadya mahu pelaminnya warna hijau, warna kegemarannya. Namun warna-warna pilihan Nadya untuk persandingannya lusa semuanya warna-warna luka, luka hatinya. Farisha tahu, biarpun Nadya kata putih itu suci hakikatnya putih itu juga warna kematian. Simbolik cintanya pada Affan yang terpaksa dikuburkan.

Nadya pernah berkata padanya, jika dia bersanding dengan Affan dia mahukan songket merah maroon, sepekat warna cinta mereka. Tetapi lusa, Nadya akan mengenakan songket kelabu untuk bersanding, warna protes hatinya. Farisha sedih mengenangkan dua sahabatnya, dia turut bimbang, bimbang yang tidak pernah terbit dalam hatinya kini mula meluap-luap. Bimbangkan Nadya, mampukah dia bahagia dengan Khairul? Mampukah dia melupakan Affan? Bimbangkan Affan, bagaimanakah nanti hidupnya tanpa Nadya? Bagaimanakah Affan harus berhadapan dengan Khai, sahabatnya dan Nadya buah hatinya? Airmata Farisha mengalir lagi, mengalir lebih laju.

“Isya… aku sayang Irin…sampai mati pun cuma akan ada Irin dalam hati aku, dalam jiwa aku. Biar aku tanggung rindu segunung tinggi, biar aku tanggung semua ini sendiri…aku rela Sya jika ini harga cinta aku pada dia. Jauh dalam hati, aku mahu Irin bahagia dan aku tahu Khai mampu jaga Irin dan bahagiakan dia…” kata-kata Affan yang singgah di telinganya lewat pertemuan mereka dahulu. Farisha membayangkan betapa sepinya hidup Affan, asing di tempat orang tanpa ditemani sesiapa. Kasihannya Affan!
“Fan…dia sedang cuba untuk melupakan semua yang berlaku. Dia sedang berusaha untuk memenuhi harapan semua orang. Dia sedang berusaha membina bahagia sedangkan kita tahu hatinya masih luka dan berdarah…” adu Farisha pada Affan.
“Isya… aku tak marah Irin sekiranya dia melupakan aku. Malah aku bangga jika Irin mampu melupakan aku dan aku juga sanggup pergi jauh darinya jika ianya dapat membantu Irin untuk lupakan aku. Silap aku juga dulu kerana tidak mempertahankan hak aku, aku juga sedar hak seorang bapa terhadap anak perempuannya. Dia berhak memilih siapa yang dia rasakan layak untuk menjadi menantunya. Aku tak marah Sya…”

Berulang-ulang kata-kata kecewa Affan di fikiran Farisha. Perasaan yang tidak pernah diluahkan pada sesiapa. Betahkah Khairul menjadikan Nadya isterinya sedangkan sahabatnya juga menyimpan rasa cinta yang sama?
“Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhkanlah sahabatku Nadya Khairine Hanafi dari segala musibah. Kau limpahkan padanya kebahagiaan hidup dan ketenangan dalam hatinya agar dia mampu melayari hidup dengan suaminya nanti. Ya Allah Ya Tuhanku…Kau tabahkan hatinya, Kau perkasakanlah jiwanya agar dia mampu melupakan kesemua cerita dukanya dahulu. Amin…”

Nadya turun dari tangga, melihat Farisha meraup kedua tapak tangannya ke muka. Disusuri mata-mata tangga sehingga ke bawah sambil matanya melihat Farisha yang terpegun di hadapan pelamin.
“Kau baca doa tolak bala ke tadi Sya?” Tanya Nadya.
“Ehh…kau nampak aku baca doa ke?” Tanya Farisha pula.
“Nampak…dari atas tu aku dengar kau baca doa…” usik Nadya.
“Kenapa kau turun? Dah siap ke bilik kau?”
“Aku kena halau dengan Nyah tu…dia kata aku banyak songeh…” jawab Nadya.
“Kau lepuk ajelah mak nyah tu, banyak cengkadak pulak nak suruh kau keluar…sukahati kaulah kan nak tengok diorang buat kerja dalam bilik kau…” marah Farisha.
“Ishh…tak adalah, aku saja aje buat cerita. Kau ni cepat betul emosi…nak period ehh?” usik Nadya lagi. Farisha menarik muka empat belas.

“Tu achi yang nak pakaikan kau mehndi dah sampai…kau lukislah satu badan dengan inai…” tunjuk Farisha dengan memuncungkan bibirnya. Mereka berdua melihat ke pintu masuk, ibu Nadya sedang mempelawa temannya, Sheila masuk ke dalam rumah.
“Dia muda lagi, mana boleh panggil achi. Achi tu makcik… kau kena panggil dia Akka Shiela…” terang Nadya.
“Apa-apa ajelah Nadya. Aku manalah tahu sebab mak ayah aku tak ada kawan India, semuanya Melayu…lainlah kau…jiran-jiran kau semuanya internasional” balas Farisha. Mereka berdua mengekek ketawa.

“Isya nak pakai inai sekali?” pelawa Hanum.
“Tak mahulah makcik, nanti orang ingat saya pun dah kahwin…melepas pulak nak cari pasangan nanti” gurau Farisha.
“Lukis ditangan aje…tak usah pakai dikuku macam pengantin” kata Sheila yang fasih berbahasa Melayu.
“Oooohh…”

“Bilik Nadya belum siap lagi ibu, kalau nak lukis mehndi sekarang…Nadya guna bilik tamu boleh?” Tanya Nadya pada ibunya.
“Boleh…kalau nak tunggu bilik Nadya siap pun tak apa ibu rasa, kita bagi Kak Sheila rehat-rehat dulu. Sheila dan makan belum ni?” Tanya Hanum.
“Dah Kak Num…I dah makan tadi…thanks… Lepas Isyak pun boleh nak pakai inai ni, lepas Nadya habis solat…lagipun lama nak tunggu inai kering baru boleh cuci” terang Sheila. Walaupun dia berbangsa India, dia juga tahu tanggungjawab orang Islam untuk menunaikan solat.
“Nadya cuti kak…anytime aje boleh” beritahu Nadya
“Ishh kau cuti? Rugilah Khai…hehehe” bisik Farisha. Nakal!




Nadya tidur dengan kaki dan tangan yang masih berinai. Mehndi dilukis ditangannya sehingga ke paras siku. Kulitnya yang cerah menaikkan lagi seri inai yang merah. Nadya keletihan berjam-jam duduk di kerusi sepanjang proses melakar mehndi. Bermula dengan tangan dan kakinya dicuci dengan limau kasturi, kemudian barulah Sheila mula melakar mehndi yang dimulakan di kaki dahulu.
“Nadya…bangun nak…” kejut Hanum.
“Penat bu…” jawab Nadya malas. Dia mengeliat sepuasnya.
“Hodoh betul… sudah bangun cuci inai tu, mandi… sekejap lagi kumpulan Yaasin ibu sampai…” kata Hanum.
“Tapi bu…Nadya cuti…mana boleh baca Yaasin…”
“Kot iyapun awak cuti…tak perlu mandi dan bersiap ke? Nak jadi pengantin, nak jadi isteri orang dah Nadya… tak mahu malas-malas…” bebel Hanum. Sesudah Hanum keluar dari bilik, Nadya tidak juga berganjak dari duduknya.

Dilihat inai yang memerah dijari, lengan dan kakinya. Teringat pula Nadya pada sebuah lagu nyanyian kumpulan bersaudara dari Singapura, Tekad tajuknya.

JIKA MALAM INI AKAN BERINAI JUGA
KAN KU PIMPIN TANGAN ANAK-ANAKBANGSA
MENUJU TELAGA BENING MERAHJINGGA
TANDA PERJUANGAN KU KEMBALIBERMULA

JIKA BERSERI NASI PENGANTIN
KAN KU BAKAR MALAM INI DENGAN API LILIN
DENGAN BUNGA DI TUJUH MUSIM
TANDA KEMBALINYA JEBAT BERKERIS LADING

“Tapi aku bukan Jebat…” kata Nadya sambil tersenyum. Lirik itu sungguh puitis, tidak ada kena mengena dengan dirinya kecuali dengan inai dijarinya.
“Aduhh…pukul 10.00, sekejap lagi orang Yaasin sampai” kata Nadya lagi. Jam di bawah sudah berbunyi sepuluh kali. Nadya singgah sebentar di rak audio visualnya dan membuka perlahan hi-finya. Nadya memilih stesen Sinar FM, dan dikala itu penyampai Sinar, Halim Othman sedang membaca kiriman SMS.
“SMS selamat pagi ini diterima dari…dari Hang Nadim untuk temannya yang akan melangsungkan perkahwinan esok. Katanya di sini…Selamat Pengantin Baru Irin… dan Hang Nadim ni minta kita putarkan sebuah lagu lama…nyanyian Yunizar Hussien…”

Nadya terpaku sebentar. Dia tidak kenal siapa Hang Nadim, tapi Irin yang disebut Halim tadi itu miliknya.
“Ada Irin lain nak nikah esok ke?” Nadya bercakap sendiri.
“Hanya dia sahaja yang memanggil aku Irin… tapi kenapa Hang Nadim, bukan Affan Afzam?” Nadya tidak jadi ke bilik mandi. Dia menunggu sehingga Halim Othman memutarkan lagu yang ditujukan kepada Irin.

Dalam sepi ku terbayang wajah mu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata berlinangan dipipiku
Terkenang peristiwa di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya
Betapa sepi betapa pilu
Melihat kau berdua di situ, bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada semua turut gembira
Selamat… ku ucapkan padamu…
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat…ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru…
Semoga gembira selalu…
Semoga gembira selalu…

Airmata Nadya mengalir. Tiba-tiba dia merasakan esok yang bakal menjelang seperti hari perpisahan mutlak untuk dia dan Affan. Hari di mana dia perlu mengucapkan selamat tinggal selamanya kepada semua yang berkaitan dengan Affan. Lagu ini seperti menyampaikan hasrat Affan yang mahu pergi jauh darinya.

Pintu biliknya ditolak dari luar. Pantas Nadya menyeka airmatanya. Farisha dan ibunya muncul di muka pintu.
“Nadya Khairine… tak mandi lagi?? Ya Tuhan…tetamu ibu dah sampai Nadyaaaa…” bebel Hanum.
“Ishh auntie…teruknya anak dara sorang ni, esok nak kahwin pun malas mandi pagi ni…” ajuk Farisha pula. Nadya tidak menjawab. Dia terus sahaja ke bilik mandi.




Selepas Maghrib, Kak Seri dan beberapa orang pekerjanya datang. Dia membawa beberapa helai pakaian pengantin yang masih berbungkus plastik. Nadya dan Farisha mengekor Seri naik ke bilik.
“Naik dah warna inai Nadya…esok mesti lagi cantik warnanya…” tegur Kak Seri.
“Farisha tak pakai sekali ke?” Tanya Kak Seri pada Farisha. Dengan selamba Farisha menyinsing lengan baju.
“Wahh…ini dah macam tatu…” kata Kak Seri.
“Lawa tak Kak Seri?” Tanya Nadya. Tatu dari inai yang dibuat olehnya di bekas suntikan BCG Farisha.
“Nadya tak ada kerja” beritahu Farisha.

“Tadi akak singgah di Hyatt, hantar baju Khai… handsomenya dia… Dia baru potong rambut tapikan kalau ada misai lagi handsome…” kata Kak Seri dengan ramah. Nadya tersenyum. Khairul memang kacak orangnya tapi Affan lebih cute.
“Nak buat fitting lagi tak ni?” Tanya Seri. Dia meletakkan baju-baju yang akan dipakai Nadya esok, di atas katil.
“Tak mahulah kak… dah elok sangat masa Nadya cuba bulan lepas…” beritahu Nadya.

Seorang pekerja Kak Seri memasang tambahan tabir dan skalop pada tiang katil, Kak Seri pula menggubah bunga-bunga segar yang belum kembang sepenuhnya untuk dijadikan hiasan di bilik. Farisha membantu Kak Seri memotong batang-batang bunga, Nadya pula sekadar melihat.
“Esok pagi kembanglah semua ni…” beritahu Seri.
“Ya Kak…yang kat pelamin pun saya tengok ada yang dah kembang…wangi baunya”
“Haii pengantin diam aje…penat ke?” Tanya Farisha.
“Ehh…belum apa-apa lagi dah penat?” usik Kak Seri. Nadya menggelengkan kepalanya. Dalam hatinya sedang rancak berkata, seperti tidak percaya esok dia akan bernikah tetapi bukan dengan lelaki impiannya. Entah kenapa sejak pagi tadi, selepas dia mendengar lagu Yunizar Hussein hatinya asyik teringatkan Affan sedangkan dia sudah berjanji untuk melupakan.

“Sya… kau rasa esok Affan datang tak?” Tanya Nadya tiba-tiba. Farisha memandang wajah sahabatnya yang layu itu. Rasa kesian kian bercambah dalam hatinya.
“Kan kau dah bagi dia tiga kad sekaligus Nadya…sure dia datang punya” beritahu Farisha dengan yakin.
“Semalam aku telefon abang Joe…dia kata Affan dah tak duduk kondo kat Cheras tu lagi, dah lama dia tak balik ke situ. Az pun kata Affan dah tak kerja di InnoTech lagi…Affan dah resigned…” tutur Nadya perlahan. Farisha meletakkan bunga yang dipegangnya, tidak jadi di kerat.
“Dya… janganlah fikir pasal dia lagi okay, esok kau dah nikah…” pujuk Farisha.
“Aku tak boleh lupakan dia Sya…sejak pagi tadi aku asyik teringatkan dia, berat hati aku ni ingatkan dia aje Sya…” kata Nadya.
“Affan okay…kau jangan risaukan dia… Aku pasti Affan okay…” kata Farisha lagi.

“Nadya, Farisha… mintak maaf kalau akak menyampuk. Cuma akak nak beritahulah melalui apa yang akak pernah lalui dan dengar. Orang kalau nak kahwin ni memang banyak sangat ujian dan dugaan… kita nak dirikan masjid ni syaitan memang keliling menghasut… Nanti mulalah kita teringatkan bekas kekasih kita, mulalah kita teringatkan orang lain…mulalah nanti kita terfikir yang bakal suami kita tu kurang itu, kurang ini…” bicara Kak Seri.
“Saya faham kak…” balas Nadya.

“Sabarlah, kurang 24jam aje lagi… semuanya dah siap, dah sedia. Baju pengantin, pelamin…khemah… catering… Meja dan kerusi dah bersusun di bawah sana tu… bunga manggar pun dah siap, tinggal nak dipacak aje…” kata wedding planner itu lagi. Nasihat Seri amat berguna namun tidak mendatangkan kesan dalam hati Nadya. Nadya mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di meja sisi katilnya. Dia menekan-nekan butang kecil, mencari nombor telefon. Dia mula mendail nombor yang telah lama disimpannya itu, pernah Affan beritahu padanya nombor itu hanya boleh didail jika kecemasan sahaja.
“Assalammualaikum…boleh saya bercakap dengan Dr. Arifah?” kata Nadya. Farisha kelihatan terkejut kerana Nadya menelefon kakak Affan. Dia melihat airmata Nadya sudah meleleh ke pipi. Hatinya turut pilu.

“Kak Ifa…Irin ni…” ucapnya perlahan.
“Irin… apa khabar dik…” jawab Dr. Arifah, seorang pensyarah IT di sebuah universiti awam.
“Kakak tahu kat mana Rin boleh jumpa Affan?” Tanya Nadya.
“Irin…kakak mintak maaf dik, kakak dah janji dengan Affan dia tak bagi akak cakap dengan sesiapapun” jawapan Dr. Arifah sangat mengecewakan Nadya.
“Esok Irin dah nak nikah kak…” beritahu Nadya.
“Kakak tahu… mak ada beritahu…”
“Mak mana kak?”
“Mak ada kat Taman Melati…rumah Kak Uda…”
“Tak apalah kak… kalau akak jumpa Affan, sampaikan salam Irin pada dia. I wish I can meet before I wed to my cousin…”
“Insya Allah…moga Tuhan makbulkan doa Irin. Akak dan keluarga doakan semoga Irin bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru Irin…” ucap Dr. Arifah.

Nadya menutup flip telefonnya. Airmatanya semakin laju. Kenapa rindu ini semakin memberat dalam hati, sehingga aku tidak berdaya melawannya? Farisha bingkas bangun dan memujuk Nadya Khairine.
“Sabarlah Dya…semua ini akan berakhir tak lama lagi… sabar ya… Aku tahu kau nak jumpa dia,kau Cuma nak jumpa dia aje kan?” kata Farisha yang turut sama menangis. Nadya mengangguk perlahan-lahan.




Jam 8 pagi Nadya sudah mula disolek. Rambutnya disisir rapi dan disanggul kemudian dipakaikan selendang panjang. Farisha duduk memerhati Nadya disolek. Sesekali dia senyum melihat temannya itu, sesekali dia melihat keluar tingkap seperti menanti kehadiran seseorang.
“Rombongan lelaki dah sampai ke Farisha?” tanya Kak Seri. Risau dia melihat Farisha yang sekejap duduk, sekejap berdiri.
Nadya sudah siap dengan kebaya pahang warna putih. Saudara mara dan handai taulan sudah ramai di ruang tamu menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki.Sebentar lagi upacara bertunang akan dilangsungkan

Semuanya berjalan mengikut jadual yang telah diaturkan. Majlis pertunangan akan dilangsungkan sebelum majlis akad nikah. Rombongan Khairul sampai tepat pada waktu yang dijanjikan. Deretan kereta mewah menjalar di perkarangan rumah membawa anggota rombongan. Seorang demi seorang keluar dari perut kereta dan membawa dulang hantaran yang dihias cantik. Khairul yang ditemani Azrene sebagai pengapit menjadi orang yang terakhir keluar dari kereta. Diiringi oleh sanak saudara, mereka berjalan masuk menuju ke dalam rumah.
“Sya… dia tak datang…” bisik Nadya perlahan ketika mereka menuruni anak-anak tangga. Farisha diam. Dia tidak tahu apa yang harus dia khabarkan pada Nadya. Dia mengiringi Nadya duduk di tempat khas yang disediakan untuk majlis bertunang. Hati Nadya semakin berdebar. Dia melihat Khairul Shahrin yang segak berbaju kurung Teluk Belanga dan diapit Azrene dan seorang lagi saudara mereka.

Deretan dulang hantaran yang digubah indah tersusun rapi di hadapan kedua belah pihak pengantin. Warna baby blue, bingkisan dari pengantin lelaki sebanyak tujuh dulang. Manakala dari pengantin perempuan pula dari warna krim dan emas sebanyak sembilan dulang. Wakil keluarga mula membuka bicara dengan pantun melayu lama, saling berjual dan membeli. Adat orang Melayu ketika merisik dan bertunang tidak dilupakan oleh keluarga ini.

Selesai menjual dan membeli pantun, sesudah berkias dan bergurindam ibu pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari manis Nadya. Datin Kamariah memeluk dan mencium kedua pipi bakal menantunya. Nadya pula mencium tangan bakal ibu mertuanya. Hanum dan Farisha yang duduk bersebelahan Nadya tersenyum gembira. Khairul, Azrene dan Datuk Hassan juga Hanafi, ayah Nadya memerhati dari sudut yang bertentangan dengan tempat Nadya duduk.

Upacara bertunang terlaksana sudah. Imam Zahid pula mengambil tempat. Khairul juga dibawa beralih duduk di hadapan pelamin. Sesekali matanya memerhati pada Nadya. Bermula dengan doa-doa dan memanjat kesyukuran pada Ilahi, upacara pernikahan dilangsungkan dengan suasana yang hening dan tenang. Ruang tamu yang besar itu senyap sekali, yang kedengaran hanyalah suara Imam Zahid yang membacakan doa.
“Khairul Shahrin bin Hassan, aku nikah akan dikau dengan Nadya Khairine binti Hanafi dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunaiiiii…” ucap Imam Zahid.
“Aku terima akan nikahnya Nadya Khairine binti Hanafi dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai” jawab Khairul.

Dengan itu juga airmata Nadya mengalir laju. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Khairul Shahrin. Nadya menggenggam erat tangan Farisha yang duduk di sebelahnya. Dua sahabat itu saling berpandangan. Farisha turut mengalirkan airmata. Selesai membaca taklik, Khairul menyarungkan sebentuk cincin dan rantai leher pada Nadya.
“Sayang…” panggilan pertama Khairul pada Nadya. Dia kemudiannya mengucup dahi Nadya.
“Abang…” balas Nadya lalu mengucup tangan Khairul. Azrene member sehelai sapu tangan kepada Khairul dan Khairul menyeka airmata Nadya yang mengalir.

Selesai upacara bertunang dan nikah, tetamu yang hadir dijamu dengan menu ringkas. Doa selamat dibacakan oleh Imam Zahid. Nadya enggan menjamah makanan, katanya dia tidak berselera. Dia tercari-cari kelibat Affan dari kalangan tetamu yang menghadiri majlis pernikahannya. Namun tiada bayang Affan kelihatan. Nadya kecewa.

Jam 11.30 pagi rombongan pengantin lelaki mula bergerak meninggalkan rumah dan kembali ke hotel. Mereka harus bersiap untuk upacara bersanding pada pukul 2.00petang nanti. Keluarga Nadya pula mula menerima tetamu lain pada jam 1.00 tengahari.
“Nadya…Kak Seri panggil…dia nak solek kau untuk bersanding…” bisik Farisha pada Nadya yang tercegat diri menghantar Khairul pulang ke hotel. Tangannya masih lagi melambai-lambai pada kenderaan yang mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
“Dia tak datang pun Sya…” ucap Nadya.
“Kalau ditunggu memang dia takkan sampai ke mari. Dah…jom masuk, Kak Seri nak tenyeh mekap lagi kat muka kau tu…” kata Farisha.

Tetamu mula ramai di khemah kenduri. Ibu dan Ayah Nadya sudah tidak kelihatan lagi di dalam rumah. Masing-masing sibuk menyambut para jemputan yang ramai. Khemah warna putih dan kelabu mula dipenuhi dengan tetamu. Di dalam bilik pengantin, Nadya diam ketika di andam. Farisha pula asyik menjengah ke tingkap.
“Nadya senyum sikit…” pinta Kak Seri. Nadya sudah siap disolek dan dipakaikan kain layah yang panjang, sama panjang seperti episode cintanya dengan Affan. Nadya memandang Farisha, Farisha menggelengkan kepala.
“Nak ambil gambar tak?” Tanya Lutfi, jurugambar Kak Seri.
“Ambil gambar pengantin ni aje…suruh dia senyum sikit…” kata Kak Seri. Lutfi mengambil gambar Nadya secara kandid bila Nadya tidak mahu bergambar lagi.
“Pengantin kena bergambar Nadya…supaya ada kenang-kenangannya…” beritahu Kak Seri.
“Nantilah kak…atas pelamin aje nanti…” balas Nadya dengan lembut.

Jam 2.00 petang, kedengaran kompang dipalu dengan kuat. Farisha berebut ke tingkap melihat pengantin lelaki diarak.
“Kak Seri…pengantin dah sampai” beritahu Farisha.
“Mari Nadya, kita turun… Jangan lupa senyum dan kalau boleh jangan tunjuk muka sedih. Akak faham apa yang Nadya lalui, tapi hari ni kan hari baru, hari bahagia Nadya…jangan keruhnya ya…” nasihat Kak Seri dengan ikhlas. Nadya memeluk Kak Seri.
“Dah jangan nangis…” pesan Seri lagi. Farisha membuka luas tangannya, dia turut mendakap Nadya.
“He will come and I am sure of that…” bisik Farisha.

Nadya di bawa turun ke pelamin. Kak Seri mengiringinya dan Farisha membantu mengangkat kain layah yang panjang. Perlahan-lahan pengantin yang cantik itu di bawa ke pelamin. Berkebaya labuh dari songket Terengganu warna kelabu, Nadya kelihatan sungguh ayu. Tidak lama kemudian Khairul di bawa masuk setelah melepasi halangan-halangan ‘tol’ manusia di pintu rumah. Khairul juga segak bak pahlawan Melayu. Mereka berdua sangat cocok bergandingan di atas pelamin indah itu dengan bersaksikan teman-teman dan sanak saudara. Sesekali Nadya dan Khairul saling berpandangan dan tersenyum.

Hanum dan Hanafi mula menepung tawar kedua pengantin, diikuti pula oleh Datuk Hassan dan Datin Kamariah. Mereka memberi restu kepada mempelai, dituruti pula dengan keluarga terdekat dan handai taulan.
“Siapa lagi nak menepung tawar?” pelawa Kak Seri yang riuh mulutnya. Ruang tamu yang luas itu bergempita dengan suara riuh tetamu.
“Adoiii… ramai pulak yang volunteer, tapi bunga pahar pengantin dah nak gondol ni, dua orang aje lagi…” kata Kak Seri.
“Hahh…dua aje, dua aje…” ulangnya lagi.


Dalam keriuhan sanak saudara saling mengusik pengantin dan berebut untuk mengambil peluang untuk menepung tawar dan bergambar dengan pengantin, datang dua orang lelaki di muka pintu.
“Tengok siapa dekat pintu tu…” bisik Farisha di telinga Nadya. Mata Nadya tertumpu pada dua orang lelaki di muka pintu, seorang daripadanya berkerusi roda. Segera itu juga airmatanya tiba-tiba memenuhi kelopak matanya.
“Affan…” sebut Nadya perlahan. Khairul berpaling pada Nadya dan kemudian berkongsi pandang pada Affan dan abangnya. Dia juga sama terkejut seperti Nadya melihat Affan duduk di kerusi roda.
“Saya nak tepung tawar pengantin boleh kak?” tanya Affan. Semua orang memandang ke arahnya. Suasana tiba-tiba jadi sepi. Keadaan Affan yang berkerusi roda mengundang sebak kepada semua orang disitu termasuk kedua ibu bapa pengantin.
“Dia kawan baik saya…” beritahu Khairul pada Kak Seri.
“Haaa…beri laluan, sila beri laluan…” arah Kak Seri pada tetamu yang duduk di hadapan pelamin. Masing-masing berensot sedikit memberi laluan pada Affan dan Abang Longnya. Air jernih mula gugur dari kelopak mata Nadya. Affan yang dulu gagah, kini bergerak menggunakan kerusi roda. Affan sudah lumpuh! Nadya tidak dapat mengawal perasaannya, dia terlalu sedih.

“Selamat pengantin baru Khai…Irin…” ucap Affan dari kerusi rodanya. Dia tidak mampu bangun untuk menepung tawar dua insan kesayangannya. Khairul bingkas bangun dari kerusi dan turun dari pelamin lalu memeluk Affan. Nadya menyaksikan suami dan bekas kekasihnya berpelukan dengan linangan airmata. Tiada perkataan yang mampu diluahkan, tiada gambar yang boleh menjelaskan betapa hiba hatinya melihat Affan di atas kerusi roda.
“Nadya…ke mari sayang…” panggil Khairul. Farisha membantu Nadya turun dari pelamin, dia memegang kain layah yang panjang. Dengan hati yang remuk Nadya turun perlahan-lahan.
“Ini untuk Irin…dari mak dan Affan… izinkan aku Khai beri hadiah pada Irin…” ucap Affan. Khairul mengangguk. Affan menghulurkan sebuah kotak kecil yang panjang, dibalut kemas kepada Nadya.

Nadya menyambut pemberian itu dengan hati yang amat sayu. Dia mengharapkan kehadiran Affan, memberi restu kepada perkahwinannya namun kehadiran Affan dalam keadaan begitu sangat-sangat memilukan hatinya. Nadya seperti tidak sanggup melihat Affan dalam keadaan yang sedemikian. Lama dicarinya Affan, namun Affan menghilangkan diri sejak dia keluar dari hospital tiga bulan yang lalu. Rupa-rupanya, Affan mengasingkan diri kerana keadaan dirinya.
“Pengantin mana boleh nangis…dah bagi hadiah lagi ni, janganlah nangis…” gurau Affan.
“Khai… jaga Irin baik-baik… Irin, jangan nakal lagi…” pesan Affan.
“Fan…jangan balik dulu, kita makan sama-sama ya…” pinta Khairul. Affan mengangguk. Mereka berdua berpelukan sekali lagi. Keadaan itu turut mengundang sebak di hati tetamu yang pastinya tidak tahu akan sejarah di sebalik semua ini. Ayah Nadya kelihatan turut menyapu airmata, dia memerhati dengan mulut yang terkunci.
Kak Seri memberikan Affan dan Abang Long setangkai seorang bunga telur biarpun mereka tidak jadi menepung tawar. Affan keluar dari rumah dan kedua pengantin kembali ke atas pelamin. Sebelum duduk, Khairul sempat mengesat airmata Nadya.
“I love you so much…and I promise I will take a good care of you” ucap Khairul. Nadya mengangguk.


Selesai bergambar di pelamin, kedua mempelai di bawa ke khemah untuk acara makan beradap. Nadya terpandang ayahnya sedang duduk di sebelah Affan dan berbual mesra. Sesekali dia menepuk-nepuk Affan dan kemudian memeluknya. Nadya memerhati dari jauh.
”Az…kau tolong panggilkan Affan ke mari…kita makan sama-sama” beritahu Khairul pada Azrene.
“Okay…”
“Look at my mom…happy sungguh dia” bisik Khairul pada Nadya. Mata mereka tertumpu pada Hanum dan besannya Datin Kamariah yang sedang melayan tetamu. Senyum sentiasa menguntum dibibir mereka berdua.
“And my mom too…” balas Nadya. Dia tahu ibu dan ayahnya sangat bahagia pada hari ini. Sejak dia dan Khairul dinikahkan pagi tadi, ibu dan ayahnya senyum meleret sehinggalah sekarang. Mak Long dan Pak Longnya juga serupa. Sejak majlis bermula seawal jam 1 tengahari mereka berempat tidak menang tangan menyambut tetamu.
Azrene kembali ke meja pengantin tanpa Affan. Affan masih lagi berbual-bual dengan ayah Nadya.
“Affan kata dia nak makan kat sana aje, nak tengok kau dari jauh…” bisik Azrene pada Khairul. Khairul mengerti.
Affan melihat Nadya dan Khairul saling bersuap, dia tersenyum. Hatinya lapang hadir di sini, mengikhlaskan dirinya menyaksikan orang-orang kesayangannya disandingkan. Kini Affan turut merasakan perasaan yang dialami Nadya tiga tahun yang lalu, ketika Nadya hadir ke majlisnya bersama bekas isterinya dahulu.
Nadya melihat ayahnya meninggalkan Affan di situ lalu menghampiri mejanya. Hanafi berbisik sesuatu pada Khairul dan kemudiannya Khairul mengangguk. Hanafi beralih pula ke sisi Nadya. Dia turut berbisik.
Selesai makan dan bergambar, Khairul menemui beberapa rakan lamanya dan tetamu yang lain. Nadya pula menemui ayahnya dan Affan yang duduk di suatu sudut yang agak tersorok. Hanya ayahnya dan Affan sahaja di situ.
“Ayah…” panggil Nadya sambil menjinjit kain layahnya yang panjang.
“Duduk sini nak…” arah Hanafi dengan lembut. Nadya memandang Affan, Affan tersenyum. Airmata Nadya mengalir lagi melihat Affan menguntum senyum.
“Don’t cry…” isyarat mulut dari Affan.

“Ayah ada perkara nak cakap dengan Nadya dan Affan. Perkara yang dah lama ayah simpan dan ayah rasa ayah dan tak boleh nak tanggung lagi. Ayah minta maaf pada Nadya dan Affan, kerana ayah kamu berdua jadi macamni. Tetapi percayalah Nadya, ayah buat ini semua demi kebaikan” ucap Hanafi dengan jelas.
“Ayah…Nadya dah nikah pun dengan Khai…tak perlu diungkit lagi ayah…” ucap Nadya sayu.
“Ayah mintak maaf Nadya, ayah berdosa kerana memisahkan kamu berdua. Ayah upah orang untuk pukul Affan…sebab itu Affan tak dapat datang untuk berjumpa dengan Nadya… Ayah mintak maaf…” ucap Hanafi lagi. Airmata penyesalan membasahi wajahnya.
“Pakcik mintak maaf Affan… Pakcik bersalah. Pakcik rasa berdosa bila lihat kamu macam ni…” kata Hanafi lagi.
“Setiap yang berlaku ada hikmahnya pakcik dan kecacatan saya ini bukan disebabkan saya dipukul dulu…tetapi saya kemalangan…saya tak boleh berdiri lagi. Irin, I tak boleh jaga Irin lagi… Khai lelaki paling layak untuk jaga Irin dan I rasa Irin akan lebih bahagia dengan Khai. I dah tak berdaya…” kata Affan sambil memegang kakinya.

“Ayah menyesal dengan perbuatan ayah dan ayah mintak maaf pada Nadya dan Affan. Ampunkan ayah…” ulang Hanafi lagi.
“Ayah…Nadya tak pernah marah pada ayah… Ayah tak berdosa, ayah buat semua ni untuk anak ayah dan Nadya tak pernah anggap ayah menzalimi Nadya…” kata Nadya sambil menangis.
“Betul tu pakcik… saya juga tidak berdendam pada pakcik, yang sudah berlalu tu kita lupakan aje. Saya tak simpan dendam…” kata Affan pula. Hanafi memeluk Affan dan berulang kali memohon kemaafan dari Affan.

“Irin… I nak jumpa Khai, boleh tolong tolak wheelchair ni” pinta Affan.
“Boleh…” Nadya dengan lapang hati membantu menolak kerusi roda Affan ke tempat Khairul dan teman-temannya berbual. Melihat Nadya datang ke arahnya, Khairul meminta diri dari kelompok itu lalu menuju ke arah Affan dan Nadya.
“Khai… jaga Irin baik-baik. Aku bukan lagi ancaman pada hubungan kau dan Irin. Aku nak uruskan diri sendiri pun dah tak boleh, inikan pulak nak merebut cinta dari saudara aku sendiri. Kau janganlah syak apa-apa pada Irin dan aku akan pergi jauh dari sini. Usahlah kau bimbangkan aku lagi…”

“Fan…aku mintak maaf sebab syak kau yang bukan-bukan”
“It’s okay… aku tak marahkan kau, aku tahu kenapa kau bersangka macam tu…kalau aku pun akan melakukan perkara yang sama Khai. Tapi bersyukur, ada seorang lelaki yang baik yang akan menjaga Irin…dan aku pasti Irin akan lebih bahagia dengan kau…aku akan sentiasa berdoa untuk kau dan Irin.
“Fan…if you need anything just let me know okay… aku dan Nadya akan sentiasa membantu” ucap Khairul.
“Insya Allah… aku doakan kau dan Irin bahagia sehingga ke akhir hayat. Dikurniakan Allah anak-anak yang sihat dan bijak…comel-comel, handsome dan cantik macam korang berdua”
“Thanks Fan…”

“Abang aku dah tunggu tu…tolong Khai hantar aku ke sana…” pinta Affan. Khairul menolak Affan menuju ke kereta. Nadya turut sama mengiringi Affan pulang. Khairul mengangkat Affan dari kerusi rodanya dengan bantuan Abang Long.
“Jaga Irin Khai…” pesan Affan sebelum menutup cermin kereta. Khairul memaut pinggang Nadya dan Nadya juga turut membalasnya. Mereka berdua melambaikan tangan sehingga Affan hilang dari pandangan.
Nadya menarik nafas panjang. Rindunya sudah terubat, resahnya juga sudah terjawab. Dia yakin Khairul mampu membahagiakannya sepertimana Affan dahulu dan dia juga yakin Affan mampu melalui hidup ini dengan penuh kesabaran sebagaimana dia melalui ujian-ujian terdahulu. Kasih sayangnya untuk Affan kekal disuatu tempat yang telah dijanjikan dan dia juga berjanji untuk belajar mengasihi dan mencintai Khairul dengan seluruh jiwa dan raganya.
“Affan seorang kawan yang baik…” ucap Nadya
“We gonna miss him sayang…” balas Khairul.

Ya, Affan Afzam akan selalu dirindui dan rindu itu tetap akan wujud dalam jiwa kedua mereka sampai bila-bila. Cinta sedalam mana sekalipun bukan tiket untuk mereka bersatu, kasih sesuci embun juga bukan alasan untuk mereka kekal bersama. Tuhan adil dalam menentukan siapa yang akan menjadi pasangan kepada umatNya, dan manusia seharusnya bersyukur dengan kurniaan yang dilimpahkantext


Perlahan - Kod untuk scrolling text


Kod untuk scrolling text

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More