Silentreload

Saturday, April 9, 2011

ikan bandaraya

Cuba nak berkongsi tentang sejenis ikan yang kadang-kadang dilihat sebagai ikan yang tak menarik,sebagai watak pembantu,sebagai cleaner dlm erti kata lain disisih dan tersisih. Ikan ini kebanyakan berasal dari Amerika Selatan.
Famili ikan ini seperti ikan lain juga, ade pelbagai corak dan warna. Mungkin jika dipandang di tempat yang berasingan, spesis ini tampak tidak jauh beza dan kurang menarik, anda boleh melihat keunikan ikan ini apabila diletakkan berlainan spesis didalam satu akuarium (community tank) .
Setelah beberapa hari mengintai spesis ini di banyak laman web, ternyata ikan ini juga ada peminatnya tersendiri, namun dimalaysia ikan ini masih lagi tidak mendapat sambutan yang hangat dan amat susah untuk mendapatkan spesis-spesis yang menarik. Setakat ini saya baru sahaja memiliki 4 spesis pleco dan masih lagi cuba untuk mendapatkan spesis-spesis lain. Antara spesis yang mencuri tumpuan saya ialah:






Di ingatkan kepada semua, ikan ini merupakan ikan pendatang, pengemar akuarium perlu lebih bertanggungjawab dalam membela ikan ini kerana sekiranya terlepas spesis ini ke sungai-sungai dan lombong kita, dikhuatiri akan mengakibatkan ganguan ekosistem. Antara kekacauan ekosistem yang kerap dilaporkan berpunca dari spesis ini ialah keruntuhan tebing-tebing sungai, ini kerana spesis ini akan mengali kawasan tebing sungai untuk dijadikan tempat bersarang, kes ini sering terjadi di kawasan lembah kelang.

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More