Silentreload

12 tips asas untuk menjaga komputer daripada virus

Adakah komputer anda dijangkiti virus?? Yaa.. ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh hampir semua pengguna komputer di seluruh dunia. Ada banyak virus dan worm diluar sana yang dapat menjangkiti komputer anda. Ada yang tidak berbahaya, tetapi, mereka memiliki kapasiti untuk melakukan perkara yang buruk seperti menghapus semua data dari komputer Anda. Namun ada cara untuk mencegah virus jauh dari PC Anda.

Pin Recycle Bin Pada Taskbar (Windows 7)

Recycle bin adalah tempat simpanan data atau fail yang anda buang dan mempunyai fungsi restore supaya anda boleh kembalikan folder atau fail2 yang telah dipadam.. Recycle bin adalah jenis bukan shortcut sebab itu bila nak pin pada taskbar ia takkan berjaya kerana folder tersebut memang dikhaskan pada desktop sahaja

Tips-tips menjaga External hard disk

External hard disk pelbagai jenama menjadi pilihan untuk kita simpan pelbagai file, lagu gambar tapi bagaimana kalau Hard disk kesayangan anda tu buat hal atau rosak dengan tiba-tiba.Tak kisah lah anda nak pilih brand apa..Hitachi ke Maxtor ke Toshiba ke Seagate ke. Pengguna yang suka sangat brand Maxtor akan cakap maxtor bagus..pengguna brand Hitachi akan cakap external hard disk dia lagi mantop.. tapi sekarang kita nak tahu sifat sifat external hard disk tu secara am..

Apakah SAYS.my

SAYS.my adalah komunitas warga Malaysia yang memilih hal menarik untuk berkongsi di media sosial (Facebook, Twitter, blog) dan mendapatkan ganjaran dengan wang tunai dan hadiah untuk melakukannya! Setiap Malaysia yang menggunakan media sosial boleh menyertai..

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Disaman Lebih 3 Billion!




WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dan laman web berkenaan disaman lebih AS$1 billion (RM 3.3 bilion) kerana menyiarkan artikel anti-Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Saman terbabit difailkan oleh peguam yang juga seorang aktivis, Larry Klayman di sebuah mahkamah tinggi di sini pada Khamis lalu. Dalam samannya, Klayman menuduh Facebook lewat menarik semula satu muka suratnya yang bertajuk 'Intifada Palestin Ketiga' bagi menentang Israel.

Menurutnya, Facebook sengaja membiarkan halaman tersebut kerana faktor komersial. Halaman Facebook itu yang mengajak orang ramai bangkit menentang Israel, menyaksikan lebih 300,000 pengguna mengklik tanda 'suka' terhadap cadangan tersebut.

Intifada atau kebangkitan menentang Yahudi tersebut dirancang diadakan pada 15 Mei depan. Muka surat itu cuma dipadam oleh Facebook pada 29 Mac lalu, beberapa hari selepas beberapa orang membuat aduan termasuk Menteri Diplomatik Awam Israel, Yuli Edelstein dan sebuah pertubuhan pro-Israel, Liga Anti-Defamasi.

Mengulas mengenai kes tersebut, seorang jurucakap Facebook berkata, dakwaan Klayman sama sekali tidak berasas. "Kami akan menentang habis-habisan untuk membuktikan kami tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, muka surat itu dikekalkan kerana ia bermula sebagai gesaan ke arah bantahan aman sebelum komen-komen di muka surat itu bertukar menjadi lebih ganas.

- Agensi

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More