Silentreload

Sunday, April 24, 2011

Langkah-langkah yang patut dilaksanakan sewaktu memasang HDD




Korang membeli sebijik HDD, dan terlitas di hati korang untuk memasang sendiri HDD berkenaan di komputer korang. Maka jika itulah hasrat korang maka apa yang perlu dipertimbangkan di sini adalah :-

1. Ruang untuk HDD baru
2. Kitaran udara untuk HDD
3. Kabel bekalan elektrik ke HDD
4. Interface HDD

INGAT! 4 syarat tersebut adalah saling berkait rapat diantara satu dan yang lain. Perlunya 4 syarat ini dipertimbangkan dengan teliti sebelum mula memang HDD baru anda. Sekarang aku akan terangkan kenapa 4 syarat ini penting dan saling berhubung kait.

1 : Ruang untuk HDD baru

YA!, apabila membeli sebijik HDD pastikan yang komputer korang mempunyai ruang untuk memasang HDD berkenaan. JANGAN SESEKALI memang HDD BUKAN di tempatnya dalam casing korang seperti main letak jer HDD tu kat lantai Casing. Setiap HDD dibina dengan penyerap hentakan micro di tepi chassis HDD. Ini bermaksud, mengikut fiziknya hentakan / gegaran yang berlaku hanya akan diserap di tepi chassis (dekat skru tuu). Kalau berlaku di bawah chassis maksudnya gegaran berkemungkinan sampai ke cakera, sekaligus bakal merosakkan HDD berkenaan.

2 : Kitaran udara untuk HDD

Apabila syarat pertama telah dipatuh, masuklah segmen syarat kedua yakni kitaran udara pada HDD berkenaan. Ruang sudah ada tetapi ruang berkenaan tidak berupaya membekalkan ktaran udara yang lengkap bagi HDD berkenaan. Mengikut Fizik elektrik, elektrik mengalirkan haba maka HDD bila ianya berfungsi (sekaligus menggunakan elektrik) maka ianya menghasilkan HABA. Dan HABA dari HDD berkenaan jika tidak di nyahkan dari HDD, over-heating akan berlaku. Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa chassis HDD berwarna hitam? Kerana warna hitam mempercepatkan proses penyinkiran haba dari HDD sekaligus mengelakkan HDD dari over-heating.

Apabila memang HDD, pastikan yang ianya dipasang secara berselang-seli (jika terdapat HDD lain dalam komputer korang). Ini membolehkan HDD berkenaan menyahkan haba dengan lebih efektif. Jangan pasang HDD rapat-rapat dengan HDD (atau peralatan lain yang ada kat ruangan bay 3.5' tersebut). Perbuatan demikian akan mempercepatkan proses HDD untuk lingkup disebabkan over heating.

3 : Kabel Bekalan Elektrik untuk HDD

Ya.. ini satu lagi benda yang perlu dititikberatkan iaitu kabel sambungan bekalan kuasa untuk HDD. Setiap jenis HDD mempunyai jenis sambungan bekalan kuasanya yang tersendiri. Jangan lupa untuk membaca manual sebelum menyambung HDD korang!. Contoh seperti, HDD jenis PATA (Parallel ATA) memerlukan sambungan dari jenis MOLEX, manakala SATA (Serial ATA) memerlukan sambungan dari jenis 15-pin connector.

Terdapat HDD dari jenis Hybrid, yakni HDD yang mana memiliki dua jenis sambungan bekalan kuasa. Biasanya terdapat pada HDD dari jenis SATA. Perlu diingat di sini ialah korang HANYA PERLU SAMBUNGKAN SATU SAHAJA SAMBUNGAN BEKALAN KUASA pada HDD berkenaan!. Membuat dua sambungan kuasa secara serentak menyebabkan HDD korang lingkup on-the-spot.

Untuk performance dan pretasi yang superb, digalakkan korang supaya memperuntukkan satu saluran kabel bekalan kuasa pada satu HDD. Jangan kongsi laluan elektrik dengan peralatan yang lain semasa kabel berkenaan bersambung dengan HDD. Ini membolehkan HDD korang burfungsi dengan lebih baik dengan jumlah elektrik yang lebih konsisten.

4 : Interface HDD

Ini adalah benda yang SANGAT PENTING apabila handak menyambungkan I/O HDD korang. Pastikan korang tahu Interface HDD korang, samada dari jenis SATA, PATA, SCSI, SAS dsb. Jangan main cucuk dan sambung atau korang berpeluang melihat HDD korang rosak di hadapan korang. Lihat pada manual untuk lebih lanjut.

Biasanya, ralat sambungan selalu terjadi pada interface dari jenis PATA. Ingat!, pastikan orientasi sambungan adalah betul sebelum membuat sambungan

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More