Silentreload

Sunday, April 24, 2011

Jangan membelah Hard disk



JIKA HDD korang merupakan HDD yang baru datang dari kedai, dan masih ada bau kedai kat HDD berkenaan maka korang memang perlu mengambil tindakkan wajar dengan memformat HDD berkenaan mengikut spesifikasi OS yang bakal digunakan.

Terdapat beberapa petua dalam memformat HDD korang, untuk memastikan HDD korang dapat bertahan sehingga bertahun lamanya. Berikut adalah petua-petua yang patutnya korang ikut semasa proses memformat HDD dilaksanakan :-
1. Sekiranya korang hendak memasang OS pada HDD, maka peruntukkan SEBIJIK HDD untuk OS berkenaan. Jangan cipta dua ~ tiga partition serentak didalam satu HDD dimana :
o Partiton A untuk OS
o Partition B, C, D untuk blablabla
Ini akan menyebabkan HDD berkenaan "tekanan dalam RPM" kerana terpaksa melaksanakan beberapa partition serentak disamping sudah sedia dengan partition OS yang heavy load (virtual memory, paging file, blablabla).

Ini akan menyebabkan prestasi komputer menurun, sekaligus menyebabkan HDD berkenaan cepat rosak kalau berlaku putus bekalan eletrik (probability untuk bad-sector = HIGH)

Kesimpulannya, untuk OS peruntukkan sebijik HDD. Jangan membelah HDD berkenaan.
2. Sekiranya anda hendak membelah (membuat partition) HDD berkenaan, pastikan partition yang dicipta adalah ideal dan sesuai dengan keupayaan HDD berkenaan. Sebagai contoh memang tak wajar bagi sebuah HDD dengan saiz 40GB dibuat 4 partition. Ini akan membebankan HDD, ia seumpama sebijik otak yang nak memikirkan 4 perkara serentak.

Saiz yang paling kecil, yang disarankan oleh aku bagi satu-satu partition adalah 40GB, jadi sebagai contoh sekiranya ada satu HDD dengan saiz 200GB maka pecahan yang Ideal adalah mungkin 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB. Sekiranya satu HDD dengan saiz 250GB maka pecahan Ideal yang mungkin adalah 40GB + 40GB + 40GB +40GB + 40GB + 50GB. (Bergantung, tapi pastikan setaip partition tidak kurang dari 40GB)

Ingat! Saiz yang paling kecil, seminimum adalah 40GB. Jangan meletakkan saiz yang lebih kecil dari itu (memang tak digalakkan).
3. Untuk HDD yang telah terpakai, atau ingin diformat semua adalah digalakkan untuk memalakukan proses LLF (Low Level Format) terlebih dahulu sebelum proses format partition dan filesystem dijalankan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More