Silentreload

Friday, April 29, 2011

Daging Lembu Tiruan Pon Dah Ada Kat China

Salam...

Dulu negara kita pernah digemparkan dgn berita telur palsu, lepas ujian semua dijalankan pihak berwajib, disahkan bahawa telur2 tu telur asli dari Ayam. Tapi baru2 nie, Jabatan Industri dan Perdagangan China telah menemui "ekstrak daging lembu", nak tau lebih lanjut baca kat bawah. Adeiiii, lepas baca berita ni macam takut la pulak nak makan daging,maklumlah rakyat malaysia ni penggemar daging, tambah2 kalo daging masak merah nyum2.

Ok jom nak terangkan, "ekstrak daging lembu" ialah bahan aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging lembu tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu dengan hanya mengambil masa selama 90 minit!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di restoran2 kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh China. Sebab utamanya adalah kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi. Daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu" yang berharga 45 yuan untuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.



Jadi kesimpulannya, berhati-hatilah kalo nk makan kat negara China. Banyak lak benda pelik2 yg dijumpai terutamanya makanan seperti telur tiruan, beras tiruan sejak kebelakangan ni. Sekian...

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More