Silentreload

Sunday, April 24, 2011

kenali dan cara penjagaan hard disk




FIZIKAL
• HD mengandungi litar, cip, cakera magnetik
• Berfungsi menggunakan arus terus
• Mempunya motor untuk menggerakkannya
• Sensitif terhadap GEGARAN
• Kebanyakkan kerangkan HD berwarna HITAM untuk memudahkan penyah-haba dari HD ke udara

LOGIKAL
• Data dutilis berdasarkan logik1 dan 0 diatas setiap sektor cekera menggunakan kaedah magnetik
• Tindanan ketas sektor sedia ada akan menghapuskan data sebelumnya
• Logik 1 = Menandakan adanya data, Logik 0 = Tiada Data
• Sektor cakera perlu distrukturkan dahulu dengan MBR (diformat) sebelum data dapat ditulis diatas sektor berkenaan
• Struktur MBR (Master Boot Record) diperlukan sebelum OS dapat di"boot" oleh sistem BIOS
• Terdapat pelbagai format MBR seperti NTFS, FAT32, Linux Swap, Linux Files System dan sebagainya

Penjagaan HD perlu meliputi kedua-dua aspek iaitu dari aspek Fizikal dan Logikal. Kedua-duanya memainkan peranan penting dan SALING BERHUBUNG-KAIT diantara satu sama lain. Kerosakkan pada bahagian Fizikal akan mempengaruhi Logikal dan juga sebaliknya.

Sekarang, kita akan membicangkan dahulu penjagaan HD dari aspek Fizikal. Seperti telah diterangkan pada post sebelumnya sewaktu proses pemasangan HD, perlulah kita mengambil-berat persekitaran HD supaya jangka hayat HD kita dapat bertahan dengan lama. Perkara yang septutnya dilakukan dalam memastikan fizikal HD sentias berkadaan optimum adalah :-
1. Memastikan orientasi pengaliran udara di persekitaran HD lancar supaya HD dapat membuang haba dengan lebih efektif
2. Untuk komputer dengan bilangan HD yang bayka, selang-selikan HD berkenaan supaya haba yang dibebaskan oleh HD lain tidak diserap oleh HD yang lain
3. Memastikan sambung kabel bekalan kuasa tidak dikongsi dengan alatan yang lain sekiranya disambungkan ke HD
4. Menggunakan kabel IDE80 (sekiranya HD jenis PATA) dalam pemasangan HD. JANGAN sesekali menggunakan kabel IDE40 kerana ianya boleh merendahkan prestasi HD
5. Susun wayar-wayar didalam komputer supaya ianya tidak berselirat berhampiran HD untuk mencegah penghasilan elektromagnetik yang boleh menjejas prestasi HD sekaligus memendekkan jangka hayat HD

1 comments:

cara penjagaan logikal mana ?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More