Silentreload

Wednesday, May 4, 2011

Ron 97 Kini RM2.90, Najib Pecah Rekod Pak Lah


Zaman Pak Lah, petrol dinaikkan secara mendadak hingga RM2.70, semua orang melenting. Zaman Najib petrol dinaikkan berperingkat-peringkat dan bermula tengah malam tadi harga petrol telah memecah rekod kenaikan pada zaman Pak Lah. Penyokong BN masih cool.



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual pada harga baharu, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan kenaikan kali ketujuh. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.


P/s: Sifir Najib mudah, apabila PRU 13 diumumkan nanti, harga petrol tanpa mengira harga semasa dunia akan diturunkan pada paras yang menggembirakan rakyat. Selepas PRU harga akan dinaikkan semula kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More