Silentreload

12 tips asas untuk menjaga komputer daripada virus

Adakah komputer anda dijangkiti virus?? Yaa.. ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh hampir semua pengguna komputer di seluruh dunia. Ada banyak virus dan worm diluar sana yang dapat menjangkiti komputer anda. Ada yang tidak berbahaya, tetapi, mereka memiliki kapasiti untuk melakukan perkara yang buruk seperti menghapus semua data dari komputer Anda. Namun ada cara untuk mencegah virus jauh dari PC Anda.

Pin Recycle Bin Pada Taskbar (Windows 7)

Recycle bin adalah tempat simpanan data atau fail yang anda buang dan mempunyai fungsi restore supaya anda boleh kembalikan folder atau fail2 yang telah dipadam.. Recycle bin adalah jenis bukan shortcut sebab itu bila nak pin pada taskbar ia takkan berjaya kerana folder tersebut memang dikhaskan pada desktop sahaja

Tips-tips menjaga External hard disk

External hard disk pelbagai jenama menjadi pilihan untuk kita simpan pelbagai file, lagu gambar tapi bagaimana kalau Hard disk kesayangan anda tu buat hal atau rosak dengan tiba-tiba.Tak kisah lah anda nak pilih brand apa..Hitachi ke Maxtor ke Toshiba ke Seagate ke. Pengguna yang suka sangat brand Maxtor akan cakap maxtor bagus..pengguna brand Hitachi akan cakap external hard disk dia lagi mantop.. tapi sekarang kita nak tahu sifat sifat external hard disk tu secara am..

Apakah SAYS.my

SAYS.my adalah komunitas warga Malaysia yang memilih hal menarik untuk berkongsi di media sosial (Facebook, Twitter, blog) dan mendapatkan ganjaran dengan wang tunai dan hadiah untuk melakukannya! Setiap Malaysia yang menggunakan media sosial boleh menyertai..

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

payudara terbesar didunia..


LONDON – Seorang wanita, Chelsea Charms dengan bangganya mendakwa memiliki payu dara terbesar di dunia bersaiz 164XXX dan organ tersebut terus membesar pada kadar 2.5 sentimeter sebulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berketinggian cuma 1.62 meter memperoleh pendapatan ribuan dolar hasil kerjayanya sebagai seorang penari erotik.

Muncul di stesen televisyen Britain dalam program This Morning di stesen ITV kelmarin, Chelsea menyatakan dia menjalani tiga pembedahan yang bermula ketika dia berusia 20 tahun untuk membesarkan payu daranya sehingga bersaiz gergasi seperti sekarang.

Pembedahan ketiganya yang dinamakan Implan Payu Dara Tali Polipropilena kini diharamkan Britain.

“Ia merupakan sejenis salur yang mengepam cecair ke dalam poket payu dara, cecair itu diserap oleh implan dengan menyebabkan payu dara terus membesar,” katanya.

Charms masih menanti payu daranya diukur secara rasmi manakala seorang wanita, Maxi Mounds kini merupakan pemegang rekod payu dara terbesar di dunia. – Agensi

Monday, May 9, 2011

hot fm kena hacked

Salam kawan-kawan , Wah HOT topik hari ni apabila Facebook Hot FM kena hack.Wow , dasyat tu . Hackers yang bernama Jack Sparrow itu sanggup buatkan satu page dimana kita boleh link sendiri tentang Facebook Hot FM kena hack .HOT FM pagi mesti sedikit kecoh la dan confirm nama Jack Sparrow meletup dan terkenal . Gila Dasyat Jack Sparrow ni antara gambar2 yang jumpe di google...










Salam kawan-kawan , Wah HOT topik hari ni apabila Facebook Hot FM kena hack.Wow , dasyat tu . Hackers yang bernama Jack Sparrow itu sanggup buatkan satu page dimana kita boleh link sendiri tentang Facebook Hot FM kena hack .HOT FM pagi mesti sedikit kecoh la dan confirm nama Jack Sparrow meletup dan terkenal . Gila Dasyat Jack Sparrow ni antara gambar2 yang jumpe di google...

Wednesday, May 4, 2011

Ron 97 Kini RM2.90, Najib Pecah Rekod Pak Lah


Zaman Pak Lah, petrol dinaikkan secara mendadak hingga RM2.70, semua orang melenting. Zaman Najib petrol dinaikkan berperingkat-peringkat dan bermula tengah malam tadi harga petrol telah memecah rekod kenaikan pada zaman Pak Lah. Penyokong BN masih cool.



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual pada harga baharu, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan kenaikan kali ketujuh. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.


P/s: Sifir Najib mudah, apabila PRU 13 diumumkan nanti, harga petrol tanpa mengira harga semasa dunia akan diturunkan pada paras yang menggembirakan rakyat. Selepas PRU harga akan dinaikkan semula kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan.

Sunday, May 1, 2011

Budaya londeh seluar

RATUSAN penumpang LRT bawah tanah (subway) New York, dengan santai melondeh seluar atau gaun pada hari minggu awal Januari lalu. Mereka mengambil bahagian dalam acara perlihatkan kaki secara spontan, meskipun pada suhu rendah membeku.



Memperingati tahun ke-10 "No Pants Subway Ride", ditaja oleh Improve Everywhere itu, menampilkan ratusan penumpang LRT di New York. Mereka melondehkan pakain luar dari pinggang ke bawah, walaupun masih memakai jaket, syal, penutup telingga dan pakaian musim dingin lainnya, bagi bahagian atas tubuh mereka.

Bila petang hari, penumpang di enam titik pertemuan New York itu, yang terpisah di seluruh kota pun naik ke LRT ditentukan. Mereka bergabung berperilaku biasa seperti membaca majalah atau melihat sekitar, dalanm keadaan separuh telanjang.



Begitu pintu ditutup di perhentian sebelum mereka turun, peserta diminta berdiri, melepaskan rok dan seluar, kemudian memasukan ke dalam ransel dan tas.


"Jika ada yang bertanya mengapa kamu lucut seluar kamu, beritahu mereka seluar atau rok itu makin tak sedap memakainya." Demikian instruksi yang disampaikan via e-mail kepada peserta.


Bila mereka keluar dari LRT itu, semua peserta berdiri sesaat di sebuah tempat khas di jaringan bawah tanah, demi memberikan efek kejutan maksimum bagi sesama penumpang.
Itu budaya baru yang ingin dipasarkan ke seluruh dunia. Setakat ini sudah banyak negara yang mengikutinya, seperti Jepun dan Taiwan. Ada ke, pengikut tulinya di Malaysia ini? (Sumber Compas. NewYork/IH)




ANDA BAGAIMANA??

Saturday, April 30, 2011

Hitman 2: Game Tembak Orang Melayu?

tak habis-habis dengan agenda Yahudi ingin menghina Islam, tetiba lak ada game yang menghina bangsa Melayu. Apa kejadahnya?. Game Hitman 2 ni yang berkisah seorang karakter berkepala botak! ingin melunaskan misinya dibantu oleh pendeta dengan mencari dan membunuh boss mafia (kalau tak silap aku).

Bukti mereka hina orang Melayu pada gameplay dibawah:


Banyak perkataan Melayu disebut antaranya ialah:
Perkataan "lu gila!!" banyak disebutkan
"banduan" masa 1:44
"apahal ni?" masa 1:48
"boleh tahan" masa 1:49

Memang banyak disebut dalam gameplay tersebut!.

Yang pelik, masa minit ke 1:56 ada tulis, "Screw you, Haji".
Apa maksud Haji ni? Tembak Pak Haji ke???
apa pendapat anda?

Apple Menghina Islam!






"Projek Apple Mekah" Membangkitkan kemarahan umat Islam.
Mesej yang dihantar oleh MEMRI.

Pada Oktober 10, 2006. 1 website Islam telah post mesej untuk mengingatkan semua Muslim mengenai penghinaan baru pada Islam. Menurut mesej, bangunan berbentuk sama dengan Kaabah yang dibina di New York City, di Fifth Avenue di antara 58 dan 59 jalan di tengah bandar Manhattan, sangat jelas bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Kenyataan bangunan itu menyerupai Kaabah yang disebut "Apple Mekah". Bangunan tersebut dibuka 24jam sehari seperti Kaabah, dan paling teruk sekali, di dalamnya mengandungi bar menjual minuman keras. Memang sangat jelas ianya bertujuan untuk menghina Islam!!!.

Masalah tersebut selesai apabila projek tersebut berakhir. Pembinaan bangunan tersebut tidak kelihatan sama seperti Kaabah sama sekali, melainkan semua struktur-struktur bentuk kiub ialah dilarang kepada orang-orang kafir.

kredid
sumber

Siti Sarah disahkan hamil




SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

“Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

“Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

“Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung,” ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

“Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

“Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

“Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

“Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya,” ujarnya.



Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

“Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

“Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

“Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula,” ujarnya.



Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

“Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

“Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

“Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula,” ujarnya.

Friday, April 29, 2011

Daging Lembu Tiruan Pon Dah Ada Kat China

Salam...

Dulu negara kita pernah digemparkan dgn berita telur palsu, lepas ujian semua dijalankan pihak berwajib, disahkan bahawa telur2 tu telur asli dari Ayam. Tapi baru2 nie, Jabatan Industri dan Perdagangan China telah menemui "ekstrak daging lembu", nak tau lebih lanjut baca kat bawah. Adeiiii, lepas baca berita ni macam takut la pulak nak makan daging,maklumlah rakyat malaysia ni penggemar daging, tambah2 kalo daging masak merah nyum2.

Ok jom nak terangkan, "ekstrak daging lembu" ialah bahan aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging lembu tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu dengan hanya mengambil masa selama 90 minit!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di restoran2 kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh China. Sebab utamanya adalah kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi. Daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu" yang berharga 45 yuan untuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan.



Jadi kesimpulannya, berhati-hatilah kalo nk makan kat negara China. Banyak lak benda pelik2 yg dijumpai terutamanya makanan seperti telur tiruan, beras tiruan sejak kebelakangan ni. Sekian...

video games persenda islam "Gempur Syaitan" (Devil May Cry 2)

Kalo korang ada baca Harian metro hari nie mesti korang akan perasan tajuk "Gempur Syaitan". Jom kita baca apa berita tue kata.
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

He3, tapi dalam berita Harian Metro tu x bagitau lak apa tajuk game tue, sebenarnya game yg dimaksudkan adalah game Devil May Cry 2. Tah la aku x pernah main pulak game nie. Jom kita tgk gambar kalimah Allah dalam game tu.





sumber

Thursday, April 28, 2011

Digesa batalkan kad kredid jika anda pemain Sony PlayStation




LONDON - Sejumlah tiga juta pemain permainan video yang menjadi mangsa penggodam melibatkan rangkaian permainan Sony PlayStation di Britain digesa agar membatalkan kad kredit mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasihat itu diberikan selepas Sony berdepan kemarahan 77 juta pengguna Sony PlayStation di seluruh dunia yang kini berisiko menjadi mangsa kumpulan penipu yang mencuri nama, maklumat, data bank serta kata laluan mereka.

"Ia merupakan antara kes menggodam data yang terbesar pernah direkodkan. Jika kad kredit saya hilang semasa saya menaiki teksi, saya akan membatalkannya. Namun, ia lebih teruk jika Sony menghilangkan maklumat kredit kad anda," kata seorang pakar keselamatan komputer, Graham Cluley.

"Pencerobohan internet ini bukan sahaja menjatuhkan imej Sony tetapi turut mendatangkan bahaya kepada para penggunanya," tambah pakar berkenaan.

Para pemain berang kerana Sony hanya mendedahkan perkara itu pada Selasa lepas iaitu seminggu selepas akses dalam talian melibatkan Rangkaian PlayStation digantung.

"Anda (Sony) menunggu hingga seminggu untuk memberitahu kami bahawa data peribadi kami telah digodam," kata seorang pengguna Rangkaian PlayStation.

Mengulas mengenai ketidakpuasan hati pengguna, Sony bagaimanapun menyatakan, ia lambat mendedahkan perkara tersebut kerana pada awalnya tidak menyedari bahawa pencerobohan maklumat itu berlaku pada skala besar.

Dalam perkembangan terkini, Sony memberitahu, ia telah menukarkan maklumat peribadi yang dicuri penggodam ke dalam bentuk kod rahsia sekali gus mengurangkan risiko maklumat tersebut digunakan untuk tujuan jenayah.

Ia turut menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa data maklumat kad kredit tersebut sudah dicuri.

Menurut Sony, data kad kredit itu telah diasingkan daripada maklumat yang terdapat dalam kad berkenaan.

- Agensi

Tuesday, April 26, 2011

10 jari dijumpai


Kuala Lumpur: Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.

"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.

Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More